SADAO 7 Dis. – Pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 791 buah kotak mengandungi pelbagai jenis rokok bernilai 11 juta baht (RM1.4 juta) yang dipercayai diseludup dari Malaysia susulan satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di Padang Besar, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Divisyen Kesembilan, Mejar Jeneral Akkapop Prasitwattanachai berkata, selain polis, serbuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang pegawai tentera.

“Serbuan dilakukan ke atas rumah terbabit yang dipercayai berfungsi sebagai stor untuk menyimpan kotak-kotak rokok berkenaan selepas maklumat berkaitan diterima hasil satu risikan.

“Kami percaya rokok-rokok itu akan diedarkan untuk pasaran selatan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini.

Akkapop berkata, rampasan tersebut dipercayai terbesar setakat ini, namun memberitahu, pihaknya tidak sempat membuat sebarang tangkapan kerana kesemua suspek sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat. -BERNAMA



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: