KUALA LUMPUR 7 Dis. – Siapa sangka mengunjungi ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 memberi rezeki kepada pengunjung apabila dapat menikmati makanan secara percuma di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tinjauan Utusan Online mendapati, pengunjung yang mengunjungi “Food Truck Rakyat” itu dapat merasai pelbagai juadah yang menarik termasuk cendol, rojak dan nasi kerabu.

Malah rata-rata pengunjung yang ditemui menyifatkan inisiatif tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan mereka yang dari luar ibu kota untuk hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurut Abu Salim, 46, dia tidak sangka dengan kehadirannya kali pertama ke perhimpunan itu memberi tuah kerana dapat merasai pelbagai juadah yang jarang ditemuinya.

“Ada di antara makanan yang ditemui di sini jarang di dapati di kawasan saya. Saya sungguh seronok dan tidak melepaskan peluang keemasan ini,” ujarnya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Saadah Hashim, 35, inisiatif itu membantunya untuk meringankan beban perbelanjaan ke perhimpunan itu terutamanya melibatkan kos membeli makanan.

“Terdapat peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan ketika perhimpunan ini, justeru dengan usaha ini saya dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan,” katanya.

Manakala rata-rata pengusaha food truck menyifatkan menyediakan makanan di perhimpunan itu membuka peluang kepada mereka untuk mempromosikan jenama syarikat serta makanan yang ditawarkan kepada warga kota’

‘Food Truck Rakyat’ menyediakan sajian percuma bermula 7 hingga 9 Disember yang dibuka selama lima jam bermula pukul 12.30 tengah hari. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: