NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah di negara ini, seperti dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.

Beliau berkata kes murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan serta diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“KPWKM mempunyai kuasa dan akta untuk menguruskan pelajar bermasalah selain mempunyai pusat pemulihan akhlak termasuk Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri untuk menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang dibuang sekolah.

“Bagi murid yang dibuang sekolah, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan siasatan akan dilakukan dalam mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan perkara itu masalah berkaitan pelajar dibuang sekolah perlu diuruskan KPWKM,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Rohani sebelum ini mencadangkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah dikaji semula dan digantikan dengan kaedah lain seperti kelas khas peralihan.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu kerana hukuman buang sekolah tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.

Mengulas lanjut, Huat Hock berkata Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kemampuan mengawal dan memulihkan akhlak murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius termasuk penyalahgunaan dadah dan gengsterisme kerana kebanyakan guru hanya terlatih dalam bidang akademik memfokuskan Pengajaran dan Pembelajaran.

NUTP, katanya. berpendirian tindakan buang sekolah perlu dikekalkan dan masih relevan diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata NUTP turut berharap cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani masalah sosial masyarakat diberi perhatian oleh pihak berkaitan, sebagaimana cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Isu agenda sosial ini kian menular dan jika tidak ditangani mulai sekarang, risau aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak akan tercapai. NUTP berharap pihak berkaitan dapat memberi lebih fokus kepada masalah agenda sosial ini demi masa depan negara,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Abam Bocey bergelar suami Norhidayah – Hiburan


KUALA LUMPUR 08 Dis. – Dengan sekali lafaz, pelawak terkenal Abam Bocey, 29, sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, kira-kira pukul 6 petang tadi di Masjid Jamek Sultan Hishamuddun, Sabak Bernam, Selangor.

ABAM BOCEY dan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Kamal Salan dberwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan wang hantaran bernilai RM13,888 beserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pengantin perempuan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan terima kasih atas doa semua. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya mohon maaf jika sebelum ini ada yang menganggap saya merahsiakan tentang perkahwinan kami. Tidak berniat untuk merahsiakan tetapi saya bimbang apa yang dirancang tidak berlaku,” kata Abam lagi.

Sepanjang majlis tersebut, Abam turut ditemani dua orang rakan baiknya yang juga anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi.

Pasangan pengantin baharu akan diraikan dalam majlis berinai pada malam ini bertemakan Arabic Night.

Sementara majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 9 Disember di kediaman Siti Norhidayah.

Abam dan Hidayah berkawan sejak 2009 sebelum Abam menyertai program Raja Lawak musim ke-6. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA kembali teruskan pengajian



JOHOR BAHRU: Dua pelajar pra siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang didapati positif Tuberkulosis (TB) dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk saringan dan sudah pun dibenarkan kembali ke universiti bagi meneruskan pengajian.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM Prof Dr Durrishah Idrus berkata kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.

“Bagi memastikan tiada pelajar lain dijangkiti penyakit berkenaan, Pusat Kesihatan UTM akan mengadakan saringan terhadap mereka yang berhubung secara rapat dengan pesakit terutama di fakulti dan rakan sebilik.

“Pada masa sama, UTM juga akan mengambil langkah proaktif dengan menjalankan saringan terhadap semua pelajar supaya mereka tidak menghidap sebarang penyakit yang boleh berjangkit,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Durrishah berkata sehubungan itu, ibu bapa penuntut universiti tidak perlu bimbang kerana pesakit TB akan sembuh dengan mengambil ubat secara berterusan dan pengawasan secara dekat oleh Pusat Kesihatan UTM.

Beliau berkata penuntut yang batuk berkahak lebih dua minggu dan demam terutama pada sebelah malam dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di Pusat Kesihatan UTM.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat dilaporkan berkata Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan ujian saringan penyakit TB di UTM minggu depan susulan dua pelajar perempuannya yang dikesan menghidapi penyakit berkenaan.

Pelajar yang dijangkiti itu berumur 20 dan 22 tahun dan berikutan itu, ujian saringan akan dibuat di sebuah kelas pelajar berkenaan serta dua asrama iaitu Kolej Tun Fatimah dan Kolej Perdana, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Saya punyalah malu masa tu – Hairul Azreen dedah pernah kerja cat jalan raya



PELAKON Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Hairul memberitahu ia merupakan pekerjaannya pada tahun 2006.

Hairul yang turut berkongsi fotonya ketika melakukan kerja itu akui malu gambarnya diambil.

Dengan nada gurau Hairul berkata jika boleh dia tidak mahu mengambil gambar ketika mengecat jalan kerana bimbang kekasih yang ada nanti lari.

Sementara itu, Hairul turut berpesan supaya berbuat baik dan menghargai dengan semua orang, tak kira siapa pun mereka.

Tambah Hairul lagi, ijazah terbaik adalah datang dari pengalaman hidup.

Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan Hairul yang sentiasa mahu memajukan diri biarpun sanggup bersusah-susah dahulu.



Source link

read more

5,000 naskhah cetakan khas akhbar jawi diedarkan – Nasional


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Sebanyak 5,000 naskhah akhbar jawi Utusan Melayu diedarkan secara percuma kepada pengunjung yang mengunjungi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2017, hari ini.

Akhbar jawi dengan cetakan khas itu diedarkan kepada pengunjung selepas solat Jumaat.

Salah seorang pengunjung, Mior Zarul Mior Ibrahim memberitahu, akhbar tulisan jawi dapat mengekalkan identiti bangsa melayu.

Akhbar jawi Utusan mencerminkan warisan bangsa, dan satu-satunya akhbar di Malaysia yang masih mempertahankan tulisan jawi,” katanya.

Sementara itu, bagi Risal Azuan pula berasa teruja dengan akhbar jawi yang diedarkan kepada pengunjung yang datang.

“Akhbar jawi ini perlu diteruskan agar generasi muda dapat mewarisi warisan nenek moyang mereka,” katanya kepada Utusan Online. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu treler rempuh belakang treler lain maut



SEREMBAN: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan dua treler di KM43.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), berhampiran simpang keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Lias Amat berkata pemandu yang memandu treler dengan muatan 60 tan polyethylene itu dipercayai telah merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan 60 tan tiang konkrit yang berhenti di laluan kecemasan kerana rosak.

Bomba menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada 7.02 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 15 minit kemudian dengan kekuatan 10 anggota termasuk dua pegawai.

“Mangsa, Muhamad Jidin, 27, yang tersepit pada bahagian kabin pemandu akibat rempuhan tersebut berjaya dikeluarkan anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.

“Pemandu treler yang membawa konkrit pula, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Lias berkata mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.

— BERNAMA



Source link

read more

Kurangkan hubungan dengan Amerika Syarikat – Hamas



KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabangsa digesa mengurangkan hubungan dengan Amerika Syarikat ekoran keputusan Presidennya Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ketua Diaspora Hamas Dr Maher Salah berkata kerajaan yang menentang keputusan itu juga boleh menghentikan pelaburan di negara-negara yang menerima langkah Trump itu.

“Dan terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin. Buku mengenai nasib rakyat Palestin juga boleh disediakan di sekolah-sekolah dan universiti,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Salah berharap keputusan Trump mengenai Baitulmaqdis, yang tidak akan diterima oleh rakyat Palestin, akan mempercepat proses perdamaian antara gerakan Hamas dan Fatah di Palestin.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha berterusan untuk menyokong rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang rejim Zionis.

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Trump telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Wang sita Ops JANS RM19.97 juta diserahkan kepada kerajaan – Jenayah


PUTRAJAYA 8 Dis. – Sebanyak RM19.97 juta daripada RM21.78 juta wang yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi membabitkan penyelewengan dana Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diserahkan kepada kerajaan.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, arahan itu susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Nurcahaya Arsad yang melucut hak RM19.97 juta itu daripada jumlah keseluruhan wang dan akaun bank yang disita serta diserah kepada kerajaan.

“Pada prosiding semalam, SPRM diwakili barisan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, Mohd. Farez Rahman dan Rozanna Abdul Hadi.

“Bagi beputusan melucut hak baki wang yang disita berjumlah RM1.8 juta pula ditetapkan perbicaraannya pada 13 Disember ini,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Caj instant transfer atas talian dimansuh tahun depan



KUALA LUMPUR: Caj perpindahan wang atas talian secara segera (instant transfer) sebanyak 50 sen akan dimansuhkan bermula 1 Julai, 2018.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ini bagi mengalakkan lebih banyak pihak menggunakan kaedah pembayaran digital berbanding tunai.

Bagaimanapun, pemansuhan tersebut hanya berkuat kuasa terhadap perpindahan wang berjumlah RM5,000 ke bawah yang dilakukan oleh individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Selain itu, untuk matlamat yang sama, bank pusat juga akan meningkatkan caj pemprosesan cek dari 50 sen ke RM1 bermula 2 Januari, 2021.

Sementara itu, Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, sudah tiba masa Malaysia menjuarai peralihan dari tunai ke digital.

“Kita mesti menerima gelombang perubahan teknologi dalam industri e-pembayaran. Sebagai sebuah negara, kita perlu rebut peluang yang menarik ini dan menjadi proaktif berbanding reaktif.

“Kita juga perlu memanfaatkan peluang yang akan dibawa oleh teknologi untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan produktiviti sistem pembayaran kita,” katanya sewaktu memberi ucaptama Forum Dan Pameran Sistem Pembayaran 2017 di sini hari ini.

Muhammad berkata, dengan menerima pembayaran melalui kad debit atau kredit, perniagaan di Malaysia telah berjaya menjimatkan RM422.4 juta dari 2015 hingga September tahun ini.

Beliau menambah, ia juga penting untuk Malaysia menghentikan penggunaan cek secara berperingkat.

“Kajian kami menunjukkan, kos untuk seunit cek diproses oleh bank meningkat dari RM3 pada 2011 kepada RM4 pada 2016, dan dijangka meningkat kepada RM6 pada 2020.

“Dengan kadar 120 juta unit cek setahun pada masa ini, ini bermakna kos keseluruhan memproses cek adalah RM484 juta – satu pembaziran kepada ekonomi negara,” katanya.



Source link

read more

Najib lawat Laman Media, layan swafoto – Nasional


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa hampir setengah jam melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Kehadiran Najib di ruang yang terletak di aras empat PWTC itu bukan sahaja untuk berkongsi mengenai berita liputan perhimpunan kali ini, tetapi turut memberi peluang kepada pihak media untuk berswafoto bersama beliau.

Perdana Menteri kelihatan begitu ‘sporting’ melayan permintaan media untuk bergambar hampir di setiap organisasi yang dilawati beliau.

Beliau juga turut melawat ruang media Utusan Malaysia selain memuji dan terpegun melihat kecanggihan teknologi tiga dimensi (3D) hologram yang dipamerkan di bilik berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons