KUALA LUMPUR: Perlembagaan UMNO wajar dipinda dengan meletakkan kuota kepada pemimpin Pemuda sebagai calon dalam pilihan raya, kata Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ia akan membolehkan usaha meremajakan UMNO dipertingkat setelah parti bertunjangkan Melayu itu kini menjangkau usia 71 tahun.

“Salah satu cara ialah untuk kita menginstitusikan dalam bentuk perlembagaan UMNO di mana setiap kali pilihan raya kita kena wajib ada 30 peratus muka baru.

“Apabila ia telah diinstitusikan, kita tidak boleh lari daripada satu janji dalam perlembagaan itu,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Malah, katanya, ia seiring hasrat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu parti itu kekal relevan hingga ribuan tahun lagi.

Bagaimanapun, jelas Rahman, usaha untuk meminda Perlembagaan UMNO itu bakal berdepan cabaran terutama dalam kalangan ketua bahagian.

BACA: PAU2017: ‘Kalau dah lama, sudahlah…beri ruang kepada yang muda’ – Perwakilan

Justeru, menurutnya, pemimpin lama perlu bertoleransi pada masa sama mencari jalan untuk mengetengahkan muka baharu dan anak muda sebagai pemimpin masyarakat.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: