Iraq isytihar perang ke atas Daish tamat



Selepas lebih daripada tiga tahun operasi pertempuran, Iraq mengumumkan pada Sabtu bahawa perjuangan menentang kumpulan militan Daish berakhir selepas pasukan ketenteraan negara mengusir ekstremis dari semua wilayah yang pernah ditakluk kumpulan itu.

Perdana Menteri Haider Al-Abadi secara rasmi mengumumkan kemenangan dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara Iraq malam Sabtu.

Bagaimanapun, para pegawai Iraq dan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa cabaran-cabaran utama tetap ada walaupun kemenangan ketenteraan.

“Masyarakat Iraq yang dihormati, tanahair kita telah dibebaskan sepenuhnya.

“Impian pembebasan telah menjadi kenyataan. Kami mencapai kemenangan dalam keadaan yang sukar dan dengan pertolongan Tuhan, keteguhan rakyat kita dan keberanian pasukan tentera kita, kita menang.

“Bendera Iraq terbang tinggi hari ini ke atas semua wilayah Iraq dan pada kawasan paling jauh di sempadan,” katanya, yang berdiri di hadapan anggota keselamatan paling kanan pasukan keselamatan Iraq.

Menurut Associated Press, berikutan kenyataan Al-Abadi, pejabatnya mengisytiharkan cuti umum Ahad dalam perayaan kemenangan, menurut kenyataan rasmi dari pejabat perdana menteri.

Pasukan Iraq melancarkan kawasan terakhir pejuang Daish di barat Iraq pada Sabtu dan menjamin sempadan Iraq-Syria bebas sekali gus menandakan berakhirnya operasi pertempuran terhadap pelampau.

“Semua tanah Iraq dibebaskan dari pengganas Daish dan pasukan kami mengawal sepenuhnya sempadan Iraq-Syria,” kata Leftenan Jeneral Abdul-Amir Rasheed Yar Allah, Ketua Tentera Kanan Iraq dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

AS memuji pengumuman Perdana Menteri Iraq itu dan mengucapkan tahniah kepada rakyat Iraq dan pasukan keselamatan negara itu atas keberanian berjuang membanteras kumpulan Daish.

“Pakatan kita akan terus berdiri dengan Iraq bagi menyokong pasukan keselamatan, ekonomi dan kestabilan bagi membantu memastikan Daish terus mengancam rakyat Iraq serta menggunakan wilayahnya sebafai tempat tinggal,” kata Brett McGurk, wakil khas Presiden AS menerusi kenyataan yang diposkan ke akaun Twitter rasminya.



Source link

read more

Taman Duriotourism pertama di Kuala Kangsar – Nasional


KUALA KANGSAR 9 Dis. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan tarikan baharu agropelancongan berasaskan durian pertama di negara ini di Taman Duriotourism MARDI Kuala Kangsar di sini.

Terletak di Kampung Talang Hulu, tapak agropelancongan tersebut yang berkeluasan 39.5 hektar itu memiliki pelbagai jenis varieti durian bermutu tinggi seperti D24, D99, MDUR78, MDUR79, MDUR 88 dan Musang King.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM50 seorang, pengunjung berpeluang melawat ladang durian seluas 22 hektar dengan menaiki tram selain menikmati raja buah itu secara segar terus dari ladang.

Pengunjung turut berpeluang memetik sendiri buah-buahan lain yang turut terdapat di sana seperti limau bali, manggis, rambutan dan kelapa selain merasai suasana sebenar di ladang dan menyertai aktiviti riadah seperti perkhemahan, berbasikal serta memancing.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, Muzium Durian yang memaparkan maklumat mengenai jenis-jenis durian, amalan agronomi serta kaedah penanamannya juga bakal dibangunkan supaya pengunjung mengetahui teknologi diguna pakai oleh MARDI dalam industri ini.

“Terdapat enam tarikan yang akan ditawarkan di Taman Duriotourism MARDI Kuala Kangsar iaitu Durio Tour, Durio Festival, Durio Products, Durio Muzium, Durio Chalet dan Friends of Durio.

“Pada musim cuti sekolah ini, kita galakkan orang ramai untuk hadir ke MARDI Kuala Kangsar sesuai dengan tema Taman Duriotourism ini iaitu ‘datang, makan buah-buahan segar, pelajari dan nikmati alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taman agropelancongan berkenaan di sini hari ini dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah MARDI, Dr. Mohamad Roff Mohd Noor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAU2017 Kurangkan pekerja tak terlatih dari luar negara – Shahrizat



KUALA LUMPUR: Wanita UMNO menyaran majikan di sektor swasta untuk mengurangkan jumlah pekerja tidak terlatih dari luar negara yang diberi gaji rendah.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mereka patut diganti dengan lebih ramai pekerja tempatan dengan gaji yang lebih tinggi.

“Ini pasti dapat membantu menjana ekonomi rakyat agar seiring dengan pembangunan negara,” katanya ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Tambahnya, sektor swasta tidak sepatutnya lepas tangan dalam isu ini dan bantu Kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara.



Source link

read more

Baitulmaqdis Penunjuk perasaan pro Palestin dan Israel bertembung di Paris



PARIS: Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Place De La Republique di tengah-tengah ibu kota Paris di Perancis bagi membantah kehadiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan juga terhadap deklarasi awal minggu ini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota Yahudi.

Namun ketegangan memuncak apabila penunjuk perasaan pro-Israel menghampiri perhimpunan itu dengan membawa bendera Israel dan A.S.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan memisahkan kedua-dua kumpulan.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh gabungan persatuan Palestin termasuk dari Europalestine, UJFP dan organisasi politik lain seperti Ensemble dan NPA.

Netanyahu dijangka bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris minggu ini.



Source link

read more

Jangan terperangkap serangan saat akhir pembangkang – Politik


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terperangkap dengan strategi serangan mengejut saat-saat akhir (SLMA) pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)nanti.

Menurut Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, serangan mengejut tersebut jika tidak ditangani dengan bijak boleh mengalihkan sokongan pengundi kepada BN dan pernah berlaku pada PRU-13 dahulu.

“KIta harus hidu awal isu dan pembohongan yang dimainkan oleh strategis pembangkang.

“Kita letak tanggungjawab kepada Biro Penerangan, Biro Teknologi Maklumat dan unit media sosial sedia jawapan dan serang balas dengan cepat,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli UMNO supaya tidak berasa selesa dengan kekuatan yang ada pada parti hari ini.

“Jika ada dalam minda kita, pertandingan dua penjuru akan bagi kelebihan, itu tidak tepat, kerana disesetangah kawasan ia tidak akan menguntungkan kita. Biar pun kita berharap pertandingan dua penjuru, ada kawasan dilihat terdapat risikonya.

“Oleh itu parti harus dikukuh dari dalam dan bukan bergantung kepada kelemahan pembangkang. Pembangkang hidup atas isu tetapi BN bergerak atas asas agenda,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAU2017 UMNO angkat suara rakyat jadi agenda kerajaan – Hishammuddin



KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah alpa mengangkat suara rakyat yang akhirnya menjadi agenda Kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti juga mahu rakyat melihat nilai dan makna kepimpinan yang sentiasa mendengar dan menyelami suara hati.

Jelasnya, kesannya besar kepada proses dasar dan polisi pembentukan negara walaupun ada yang melihat usul itu kecil.

“Sekadar menyebut beberapa contoh, penghapusan tol Batu Tiga Shah Alam adalah dari usul UMNO Shah Alam pada tahun 2012, penangguhan bayaran PTPTN diangkat dari UMNO Selayang, Program 1Azam datang dari suara Wanita, Pemuda dengan usul Program Rumah Transit dan Puteri dengan usul Perumahan Mampu Milik.

“Kesemua usul ini akhirnya menjadi agenda Kerajaan dan semua ini terlaksana di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya semasa ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di sini, hari ini.

Dalam pada itu, jelasnya yang juga Menteri Pertahanan, kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya tetapi bergantung kepada kesanggupan perajurit yang berkorban jiwa dan raga.

“Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela,” ujarnya.

Ketika mengulas isu Baitulmaqdis, Hishammuddin berkata, kerajaan sentiasa menghadapi sebarang kemungkinan dalam isu berkenaan.

“ATM sentiasa bersiap-siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan yang sewajarnya.

“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, akan terus kami junjung. Panglima Angkatan Tentera dan ATM pastinya sudah siap siaga,” katanya.



Source link

read more

Mulut tempayan boleh tutup mulut manusia tidak boleh kawal – Isteri Abam Bocey



ISTERI Abam (Bocey), Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, mengakui senyuman pelawak tersebut membuka hatinya untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat.
 
Mengenali Abam sebelum lelaki tersebut bergelar artis, Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, perkenalan mereka bermula di laman sosial Facebook (FB).
 
“Saya kenal Abam di FB dan kami berkawan biasa dan saya sendiri tidak sangka dia akan bergelar artis seperti hari ini.
 
“Kami tak keluar ‘dating’ hanya berhubung di FB dan telefon. Pertama kali berjumpa ialah ketika Abam menyertai program Raja Lawak 6,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Tambah Hidayah, dia tahu ada segelintir netizen melemparkan komen negatif terhadap dirinya di laman sosial.
 
Namun, dia mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan tohmahan tersebut.
 
“Abam ada pesan, kalau tengok media sosial, tak payah baca komen sebab nanti sakit hati.
 
“Tak apalah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia kita tak boleh nak ‘control’. Apa-apa pun saya tak simpan dalam hati,” ujarnya.
 
Hidayah sah bergelar isteri kepada Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dengan sekali lafaz tepat pukul 3.30 petang, 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
 
Pasangan suami isteri itu dinikahkan Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin. BACA: Abam Bocey sah bergelar suami dengan sekali lafaz
 
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan dengan wang hantaran berjumlah RM13,888.



Source link

read more

Walimatulurus Perdana bantu pasangan jimat kos perkahwinan – Nasional


REMBAU 9 Dis. – Dengan bayaran hanya RM4,000, enam pasangan sah bergelar suami isteri dalam Program Walimatulurus Perdana anjuran Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Kesemua pasangan tersebut dinikahkan oleh enam imam di Masjid An-Nur Rembau kira-kira pukul 10 pagi, manakala majlis persandingan diadakan di Dewan Agora di sini bermula pukul 12 tengah hari.

Bendahari Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Sdn. Bhd., Bahaman Harun berkata, program itu bertujuan membantu mengurangkan beban perbelanjaan perkahwinan golongan muda di daerah ini.

“Setiap pasangan cuma perlu membayar RM4,000 untuk menyertai Program Walimatulurus Perdana dan semua urusan majlis perkahwinan mereka diuruskan oleh pihak penganjur kecuali mas kahwin dan wang hantaran,” katanya di sini.

Bahaman berkata, program itu adalah anjuran bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Negeri Sembilan dan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PAU2017 Jangan terlalu selesa pertembungan lebih 2 penjuru – Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR: Perwakilan UMNO dinasihat untuk tidak terlalu selesa dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membabitkan pertembungan lebih daripada dua penjuru.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sesetengah kawasan itu tidak akan memberikan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau menggesa ahli parti untuk memperkukuhkan UMNO dari dalam dan bukan bergantung kepada faktor luaran.

“Kita telah terdampar dua kali di pantai politik. Kita terima serangan (SLMA) atau surprised last minute attack atau kejutan serangan saat akhir oleh pembangkang.

“Hingga ada di antara kita yang terperangkap dengan serangan ini.

“Jadi kita kena hidu isu-isu dan pembohongan yang dimainkan strategis pembangkang,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebelum mengakhiri ucapan, Datuk Seri Ahmad Zahid turut mengajak perwakilan untuk melafazkan ikrar kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti.



Source link

read more

Najib – Zahid susah senang bersama – Nasional


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memulakan hampir setengah jam pertama ucapan penggulungannya sebagai Presiden UMNO dengan memberi penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan beliau sebagai seorang sahabat lama yang akrab dan setia.

Perdana Menteri mengakui berpuas hati mempunyai timbalan yang tidak lupa mempertahankannya ‘di saat susah’ sebagaimana beliau menunjukkan prinsip ‘susah senang bersama’ ketika sahabatnya itu menghadapi detik sukar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bagan Datok pada 1988.

Menurutnya, Zahid yang ditekan dengan begitu dahsyat oleh pimpinan bahagian ketika itu meminta bantuannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO merasmikan  Persidangan Pemuda Bahagian Bagan Datuk dan beliau tanpa mempedulikan tekanan telah membantu sahabatnya itu.

“Saya pun beranikan diri,  saya tahu pimpinan bahagian itu benar-benar menentang, saya kata tak kisah, saya tetap pertahankan sahabat saya, saya beri sokongan terbuka, akhirnya Zahid menang 11 undi (kebetulan nombor bertuah saya)…sampai ketua bahagian masa itu komplen kepada Presiden ucapan Ketua Pemuda yang tak guna sama sekali, saya tak peduli…prinsipnya senang susah kita mesti bersama.

“Sebab itulah putaran roda siapa tahu? Dua tahun lalu timbalan saya buat …pula, Datuk Zahid tampil ke hadapan, dia pula pertahankan saya itu orang kata ‘the ironi of history’ Datuk Zahid tak lupa pertahan kawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Zahid, menurut Najib, mengingatkannya kepada lagu Datuk D J Dave yang antara liriknya berbunyi:

Sukarnya mencari 

Kawan yang setia 

Yang sanggup menolong

Di masa kau susah

Kawan waktu senang

Tak payah kau cari-cari

Di mana saja

Mudah kau jumpa

Perdana Menteri seterusnya bersetuju dengan cadangan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk membawakan semangat ‘war cry’ yang menjadi moto pasukan bolasepak Liverpool, ‘You’ll Never Walk Alone’ ke dalam jentera gerak gempur parti.

“Walaupun saya sakit jiwa dengar cadangan itu, malah KJ (Khairy Jamaluddin) pun sebagai penyokong tegar MU (Manchester United) sakit jiwa mendengarnya. Namun saya suka kerana kawan saya, Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang, Kelantan, Datuk Abdullah Md. Yasin mengatakan, “Datuk Seri you (are) not lonely…” Alhamdulillah, I am not lonely and not alone,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons