Bantuan baik pulih disalurkan selepas banjir selesai – Terkini


MACHANG 10 Dis.- Segala bentuk bantuan dan proses baik pulih sebarang kerosakan akibat banjir di negeri ini akan disalurkan selepas musim bencana alam tersebut berakhir.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, langkah itu diambil disebabkan berkemungkinan berlaku gelombang kedua atau ketiga banjir di Kelantan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu membaik pulih segala kerosakan yang berlaku akibat banjir.

“Setakat ini, kita telah menerima aduan daripada pemimpin tempatan mengenai kerosakan yang berlaku namun kita tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru.

“Saya risau kalau kita baik pulih waktu ini, akan berlaku kerosakan lagi apabila berlaku banjir selepas ini. Jadi kita tunggu sehingga banjir selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi 2017 UiTM Cawangan Kelantan di Dewan Profesional di sini hari ini.

Yang turut hadir, Rektor UiTM cawangan Kelantan, Dr. Tuan Mohd. Rosli Tuan Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya akan melihat secara menyeluruh segala bentuk bantuan yang diperlukan untuk tujuan baik pulih ini.

“Kita akan meneliti semua aspek bukan sahaja jalan malah sistem perparitan juga akan dilihat jika ia menyebabkan masalah banjir.

“Ini kerana kita tidak mahu membelanjakan untuk perkara yang sama setiap tahun,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kemalangan Lenggong Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban


LENGGONG: Sepasang kanak-kanak kembar antara dua maut dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan tiga nyawa berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong, dekat sini, pada pagi Ahad.

Mangsa, Muhd Hanif Ismail dan kembarnya, Nur Ain Hanifah Ismail, 8, serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, maut apabila kenderaan jenis Honda HRV mereka dirempuh sebuah lori muatan ikan dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, kenderaan yang membawa enam sekeluarga itu sedang menuju ke Kuala Kangsar dari arah Terengganu untuk menghabiskan cuti sekolah.

Honda HRV yang dinaiki kembar Muhd Hanif dan Nur Ain Hanifah bersama kakak mereka Nur Ain Hafizah. - Astro AWANI
Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Yaacob, 53, dan ibu kanak-kanak, Zarina Yong, 44, mengalami kecederaan parah dan masing-masing dirujuk ke Hospital Taiping dan Hospital Kuala Kangsar bagi rawatan lanjut.

Seorang lagi anak mereka, Nur Ain Harizah,13, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata, kemalangan yang melibatkan lima kenderaan itu berlaku berikutan lori ikan yang mengalami kerosakan brek lalu merempuh kenderaan keluarga tersebut.

“Siasatan awal mendapati lori muatan ikan tersebut telah merempuh sebuah Nissan Grand Livina dan Honda HRV yang berada di lorong kiri.

“Dua lagi kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Nissan Sentra pula berada di lorong kanan sewaktu kejadian,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Difahamkan, kemalangan tersebut melibatkan satu lagi keluarga yang menggunakan kenderaan jenis Nissan Grand Livina.

Afiq Syahid Hairollizam, 13, mengalami kecederaan dalaman di perut dan dihantar ke Hospital Taiping manakala ibu bapa serta adik perempuannya cedera ringan.

Pemandu Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang turut terlibat tidak mengalami sebarang kecederaaan.

Difahamkan, pemandu dan kelindan lori muatan ikan tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan.



Source link

read more

Sukarelawan UUM cuci rumah mangsa banjir Kelantan – Kelantan


PASIR MAS 10 Dis. – Seramai 15 anggota Majlis Sukarelawan Universiti Utara Malaysia (UUM) berkampung di beberapa kawasan di negeri ini bagi membantu penduduk membersihkan rumah mereka yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Penyelaras majlis tersebut, Shahrin Ahmad berkata, Majlis Sukarelawan UUM dibawah selian Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Muhamed Musatafa Ishak itu berkunjung ke beberapa kawasan antaranya di Rantau Panjang, Bendang Pak Yong dan Gelang Mas.

Menurutnya, misi tersebut turut dijayakan pelajar UUM yang menetap di Kelantan dan ini merupakan kali kedua mereka hadir ke sini selepas awal tahun lalu.

“Gotong-royong yang kita buat ini merupakan salah satu bentuk khidmat masyarakat membantu meringankan beban mangsa banjir.

“Selain itu, ia turut menjadi salah satu bentuk nilai tambah kepada pelajar UUM terutama dalam aspek pengurusan bencana.

“Melalui misi ini, mereka dapat melihat sendiri kesan banjir selain mendapatkan maklumat berkaitan dengan persiapan untuk menghadapi banjir pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program gotong-royong membersihkan kawasan Tadika Kemas Nurul Iman, Gelang Mas di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lori sapu semua kereta mayat kanak-kanak bergelimpangan – Saksi


GERIK: “Lori ‘sapu’ semua kereta di jalan, pakaian dan mayat bergelimpangan.”

Itu merupakan pengalaman tragis seorang saksi kemalangan yang dikenali sebagai Syahira, 26, dalam kejadian ngeri yang mengorbankan tiga beradik berhampiran MRSM Lenggong pada pagi Ahad.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, dia tidak dapat menahan sebak melihat pakaian bertaburan di atas jalan raya disebabkan kemalangan itu.

Menurutnya, lebih meruntun hatinya apabila melihat sekujur tubuh kanak-kanak terbaring kaku di atas jalan raya berhampiran kereta keluarganya yang remuk.

BACAKanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban

Kereta Honda yang dinaiki enam beranak remuk akibat kemalangan di Lenggong pagi tadi. - Astro AWANI
“Kami tak boleh buat apa, saya cuma bantu beri payung pada seorang lelaki di situ untuk payungkan jenazah. Sebaknya hati saya, hanya Tuhan saja yang tahu, hampir menitis air mata.

“Saya sampai di situ kira-kira 10 minit selepas kejadian, memang keadaan sangat berterabur. Lori itu ‘sapu’ semua kereta yang berhenti di lampu isyarat, ada kereta yang tercampak dalam longkang juga,” katanya.

Satu lagi kenderaan yang remuk dalam insiden kemalangan di Lenggong. - Astro AWANI
Tambahnya, seorang lelaki di situ memberitahu lori treler itu dipandu laju dan dilihat memotong beberapa kenderaan sebelum terlibat dalam kemalangan meragut tiga nyawa itu.

“Kalau tengok pada gaya pemandu lori itu, dia memang kelihatan seperti memandu laju, tapi saya tak berani cakap, yang saya pasti, memang ramai akan marahkan pemandu lori itu.

“Katanya brek dan klac lori rosak, itu yang tak sempat brek. Sebenarnya, saya tertinggal barang di rumah sebelum bergerak ke sini dan lewat kira-kira 10 minit sebelum mula bertolak.

“Kalau saya bertolak mengikut jadual dan tiada barang tertinggal, mungkin sayalah yang menjadi mangsa, bukan mereka. Ajal maut semuanya di tangan Tuhan,” katanya.

TERKORBAN: Kembar berusia 8 tahun, Muhd Hanif Ismail (depan, kanan) dan Nur Ain Hanifah Ismail (depan, kiri), bersama kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22, dan ahli keluarga. - Gambar ihsan
Dalam kemalangan ngeri itu, enam beranak yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu dalam kenderaan Honda dirempuh oleh sebuah lori muatan ikan dan menyebabkan tiga beradik termasuk sepasang kembar meninggal dunia di lokasi kejadian.

BACA: Tiga maut dirempuh lori ikan

Sementara itu, ibubapa mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Insiden berkenaan turut melibatkan tiga lagi kenderaan manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa mengesahkan pemandu lori berusia 24 tahun itu telah dipanggil bagi siasatan.

“Kita akan mengambil kenyataan pemandu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.



Source link

read more

Ini finalis dan markah penuh konsert separuh akhir Gegar Vaganza 4



KONSERT separuh GegarVaganza 4 (GV4) yang bertemakan ‘Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi’ menyaksikan hanya enam bintang berjaya ke minggu akhir, Ahad depan.

Minggu ini Hazami telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 70.55%.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Syura apabila diumumkan sebagai bintang keenam yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 58.10%.

Lima bintang lain yang berjaya memasuki peringkat akhir adalah Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Wah Idris dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert separuh akhir GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh tujuh bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Hazami: 70.55% 2. Aishah: 69.95%

3. Firman: 69.50%

4. Tia Jinbara: 69.35%

5. Liza Hanim: 68.85%

6. Lan: 66.40%

7. Syura: 58.10%

Sementara itu, Aishah yang mempersembahkan lagu ‘Keranamu Kekasih’ dan ‘River Deep Mountain High’ dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, tiket untuk konsert akhir GV4 boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my. Utk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Digi Star Of The Week

Anda juga jangan lepaskan peluang mengundi Digi Star Of The Week pada setiap minggu dan berpeluang memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite.

Kami kongsikan bagaimanakah caranya.

1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.

2. Klik MyDigi Rewards.

3. Pilih “Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017” pada bahagian Monthly Rewards.

4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.

5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.

6. Isikan kod undi anda di <www.gegarvaganza.com.my> untuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Warga Palestin tikam pengawal keselamatan Israel ditahan



BAITULMAQDIS: Seorang warga Palestin ditahan selepas didakwa menikam pengawal keselamatan Israel pada Ahad.

Kejadian berlaku susulan pergaduhan yang tercetus di stesen bas utama di Baitulmaqdis.

Pergaduhan itu dipercayai ada kaitan dengan siri protes yang diadakan di seluruh Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis oleh warga Palestin.

Protes diadakan bagi menolak sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf kawasan itu sebagai ibu negara Israel.

Ini adalah serangan pertama di Baitulmaqdis selepas Presiden AS Donald Trump iktiraf bandar tersebut sebagai ibu negara Israel.

Sehingga kini 4 orang terbunuh: 2 ditembak tentera Israel dan 2 dalam serangan udara tentera Israel.

Di serata dunia, protes turut dilakukan di bandar-bandar utama termasuk Karachi, Kaherah dan Istanbul.

Penunjuk perasaan inginkan pemimpin negara mereka mengambil pendekatan yang lebih keras susulan keputusan oleh Presiden Trump.

Penunjuk perasaan mendakwa Trump tidak mempunyai apa-apa kuasa atau mandat untuk menyerahkan Baitulmaqdis kepada Israel.

Dunia Arab pada hujung minggu lepas turut ingin Amerika melepaskan tugas sebagai broker rundingan damai Israel-Palestin kerana berat sebelah.



Source link

read more

Bukan sengaja cetus tanda tanya- Siti Nurhaliza – Hiburan


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Siapa tidak teruja bakal menimang cahaya mata sendiri lebih-lebih lagi penantian itu memakan waktu yang agak lama.

Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kesempatan rezeki yang diberikan Tuhan untuk berbadan dua akhirnya dimakbulkan jua selepas mendirikan rumah tangga selama 11 tahun dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa, dan kini usia kandungannya sudah masuk enam bulan.

Menjadi kelaziman bagi bakal ibu yang teruja untuk melayari fasa tersebut begitu jugalah penyanyi lagu Segala Perasaan ini yang turut berkongsi sebuah video imbasan kandungan (ultrasound) di Instagram.

Bagaimana pun, video terbabit yang turut terdengar perbualan doktor seakan memberi gambaran bayi dalam kandungannya itu ialah perempuan telah dipadamkan pada hari sama klip berdurasi 30 saat itu dimuat naik iaitu pada 26 November lalu.

Jelas Siti Nurhaliza, dia tidak mahu mencetuskan sebarang tanda tanya dalam kalangan peminat tentang soal jantina yang sedang di kandungkan.

Malah, tindakannya yang memadam semula video tersebut sama sekali tidak memberi erti melainkan hanya sekadar mahu berkongsi keterujaan.

“Bila kita sedang hamil pasti akan rasa keseronokan dan teruja. Bayi lelaki atau perempuan, nanti kita akan tahu juga.

“Saya bukanlah terlalu nak berahsia sangat, cuma tunggu waktu sesuai.

“Lebih-lebih lagi suami tidak berapa gemar saya berkongsi apa-apa mengenai kandungan sebab masih dalam perut kan. Biar betul cukup sifat semuanya baharu boleh kita kongsikan. Ini kata suami sayalah,” katanya kepada Utusan Online. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pekerja kilang dakwa diberhentikan tanpa notis tuntut pampasan



KUANTAN: Seramai 118 bekas pekerja sebuah kilang keluli di Kawasan Perindustrian Gebeng menuntut pembelaan selepas mereka diberhentikan tanpa sebarang pampasan daripada syarikat itu.

Seorang bekas pekerja, Zafran Ahmad, 43, berkata kesemua mereka merupakan pekerja tempatan yang telah bekerja di kilang terbabit di antara 15 hingga 20 tahun.

Menurutnya, pihak kilang memberhentikan pekerja dalam tiga peringkat.

Dalam peringkat pertama, 39 pekerja telah diarahkan untuk tidak datang bekerja selama 12 hari. Apabila mereka kembali ke kilang pada hari ke-13, mereka dimaklumkan telah pun diberhentikan kerja.

Peringkat kedua membabitkan 56 orang pekerja yang telah diberikan notis berhenti kerja sementara.

Peringkat ketiga pula membabitkan 23 pekerja yang diberi memo yang menyatakan mereka telah diberhentikan kerja.

Zafran berkata, dalam memo yang dikeluarkan, syarikat berkenaan berjanji untuk melunaskan gaji tertunggak namun sehingga kini mereka masih belum menerimanya.

“Pada 17 Nov lalu, semua pekerja diberi notis peringkat terakhir yang menyatakan kami semua tidak perlu masuk kerja lagi.

“Kami masih ada gaji tertunggak dan tiada pampasan diberikan oleh syarikat.

“Pada 30 Nov pula, kami diminta ke Pejabat Buruh untuk berjumpa dengan majikan tetapi malangnya pihak majikan tidak menghantar wakil,” katanya.

Seorang lagi bekas pekerja, Mohd Khaizal Idris, 42, mendakwa masalah membabitkan pekerja tempatan di kilang berkenaan berlaku pada awal 2016 dan usaha pekerja di situ untuk berjumpa dan berbincang dengan pengurusan tertinggi syarikat seperti tidak dilayan.

Katanya, mereka amat memerlukan tunggakan gaji berkenaan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak serta membayar hutang.

“Kami harap sangat ada yang sudi membela dan mengetengahkan masalah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya bolehlah kami membiayai anak-anak ke sekolah dan bolehlah bayar sikit mana-mana hutang yang ada,” ujarnya.

Kesemua bekas pekerja kilang keluli itu mahu pihak syarikat membayar tunggakan gaji serta pampasan atau faedah penamatan kerja seperti yang termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan undang–undang buruh berkaitan.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, wakil syarikat berkenaan yang berjaya dihubungi mereka berkata, pihaknya hanya akan membuat pembayaran tunggakan gaji dan pampasan selepas proses perbincangan selesai dan jumlah sebenarnya dimuktamadkan.

“Jumlah yang dianggarkan hanyalah RM700,000 dan kita kini dalam proses perbincangan dengan kesatuan pekerja untuk terus bertindak.

“Selain itu jumlah tuntutan yang sebenar perlu dimuktamadkan oleh peguam dan apabila semua sudah selesai baru syarikat boleh membuat pembayaran kepada mereka,” katanya.



Source link

read more

PM Yahudi terus angkuh mahu Palestin terima kenyataan Baitulmaqdis ibu kotanya



PARIS: Tanpa menghiraukan kecaman dan kemarahan antarabangsa entang pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, Israel tampil dengan kenyataan baharu yang menambah bara bantahan waerga Palestin.

Perdana Menteri Yahudi, Benjamin Netanyahu berkata lambat atau cepat, rakyat Palestin perlu sedar dan menerima kenyataan itu.

Dengan angkuhnya Netanyahu berkata ibu negara Israel adalah Baitulmaqdis kerana selama ini segala urusan rasmi sememangnya dibuat di situ.

“Di mana Knesset kita?, parlimen kita?, di mana mahkamah tertinggi kita?, kerusi kerajaan kita, pejabat Perdana Menteri, pejabat Presiden?

“Tidak ada di Beersheba, tidak ada di Ashdod, ini adalah bandar-bandar yang indah.

“Tetapi di Baitulmaqdis, ia sentiasa menjadi ibu kota kita dan Baitulmaqdis  tidak pernah menjadi ibu negara kepada negara lain.

“Saya fikir lebih awal rakyat Palestin menerima kenyataan ini maka akan lebih cepat kita bergerak ke arah keamanan dan inilah sebabnya saya fikir pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump  begitu penting untuk keamanan,” jelasnya sewaktu sidang media bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron di Paris pada Ahad.

Perancis tidak sokong kenyataan Israel

Sebelum itu Macron terlebih dahulu mengecam tindakan dan kenyataan Trump dan Netanyahu berhubung Baitulmaqdis.

“Perancis tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Perancis mahu perdamaian dibina dari masa ke masa di rantau itu dan mahu dua negeri terbabit secara damai menyelesaikannya dan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Saya mahu jelaskan kepada Perdana Menteri Netanyahu bahawa saya tidak setuju dengan pernyataan Presiden Amerika Syarikat.

“Perancis melihat ia amat bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan berbahaya untuk keamanan kedua-dua belah pihak Irael-palestin.” tegas Macron lagi.

Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.



Source link

read more

Jom Batik suntik elemen persahabatan – KL & Putrajaya


PETALING JAYA 10 Dis. – Kira-kira 350 masyarakat setempat menjayakan program Karnival Jom Balas Bakti Komuniti (Jom Batik) yang bertujuan menerapkan semangat persahabatan, keharmonian dan sikap tolong-menolong dalam kalangan komuniti setempat.

Program tersebut yang berlangsung di Taman Kejiranan KD9, Kota Damansara, di sini adalah anjuran Kejiranan Seksyen 8 dan Seksyen 9, Kota Damansara dengan kerjasama Kariah Surau Al-Ulum.

Pengarah Program Jom BATIK, Abdul Rahman Talib berkata, acara yang diisi dengan pelbagai aktiviti hiburan itu turut membabitkan penubuhan Pustaka Mini Jom Baca yang bakal beroperasi di Rumah Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah KD9 menjelang awal tahun depan.

“Saya amat berterima kasih kepada penduduk setempat yang mengambil inisiatif merealisasikan program ini sebagai satu pendekatan. Harapan saya supaya program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more