Peru kesan susu tercemar dari Perancis



LIMA: Pihak berkuasa Peru mengeluarkan amaran pada Isnin terhadap pencemaran produk susu kanak-kanak yang diimport dari Perancis.

Direktorat Jeneral Keselamatan Alam Sekitar Dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan negara itu ,Peruluis Del Carpio, dalam satu kenyataan turut memberi amaran bahawa terdapat produk yang tercemar dijual di pasar raya.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengambil produk susu tersebut dan pihak berkuasa telah menghentikan pengedaran produk susu Gloria Infant peringkat tiga yang bertarikh luput dari Jun hingga November 2019.

Syarikat Gloria, yang mengimport produk Lactalis ke Peru bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa  unit-unit yang diimport tidak menunjukkan sebarang risiko kesihatan sebelum diimport ke Peru dan telah menjalani pemeriksaan oleh kerajaan Perancis.

Bagaimanapun pengeluar produk itu dan pihak berkuasa Perancis telah mengarahkan  produk susu berkenaan ditarik balik di peringkat global yang dianggarkan berjumlah jutaan unit kerana bimbang dicemari bakteria Salmonella.



Source link

read more

Guru temukan ajal ketika memandu dipercayai serangan jantung – Terkini


ALOR SETAR 11 Dis. – Seorang guru lelaki maut dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultanah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Muhamad Zulkurnain Mat, 58, memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan X-Trail di lorong kanan menghala ke Anak Bukit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin memberitahu, MPV dipandu mangsa kemudian melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berhenti kerana lampu isyarat merah di persimpangan tersebut.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu terus turun untuk memeriksa MPV yang melanggarnya sebelum mendapati pemandu kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersandar di tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa merupakan guru di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini.

Kata beliau, pemeriksaan yang dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum kemalangan berlaku.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tragedi Lenggong Tak sempat peluk cium kali terakhir


KUANTAN: ‘Terkilan sangat sebab tak dapat peluk,cium buat kali terakhir’.

Itu reaksi Ramelah Yaakob, 54 tahun yang tidak sempat bersua dengan tiga anak saudaranya, Nur Ain Hafizah dan sepasang kembar, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan di simpang empat lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, pagi semalam.

Dia yang juga kakak kepada bapa ketiga beradik itu Ismail Yaakub, memberitahu tidak mengetahui mengenai perjalanan keluarga terbabit biarpun tinggal di belakang rumah mereka di Kampung Balai Besar, Dungun.

Ramelah juga berkata ketiga-tiga beradik tersebut sangat rapat dengannya terutamanya adik beradik kembar dan sebelum ini, mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Suami dia telefon semalam. Saya tidak tahu pun dia pergi ke Kedah.”

“Dia baharu sahaja pegi kenduri anak dia kemudian dia pergi rumah kakak. Tapi kakak rasa hendak peluk, hendak, cium dia, rindu pada dia.

“Tapi kakak reda walaupun tidak boleh hendak cakap apa. Sudah sampai masa dia. Kita juga akan sampai ke situ akhirnya,” katanya.

Nada sedih sama turut disuarakan nenek saudara kanak-kanak malang itu, Misah Awang.

BACA: “Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi

BACA: Tiga maut dirempuh lori ikan

“Saya sedih sangat sampai tidak boleh bercakap. Anak saudara saya telefon pun tidak boleh bercakap, kelu lidah ini.

Tragedi Lenggong

“Mereka sangat gembira dan ceria ketika balik berhari raya sebelum ini. Saya tidak menyangka kejadian ini  berlaku tetapi tetap reda,” katanya.

Sementara itu, Ramelah berkata, jika sekiranya bapa kepada ketiga beradik itu meningal dunia, mereka sekeluarga telah sepakat untuk kebumikannya di tanah perkuburan yang sama.”

“Jika dia meninggal dunia, hari ini atau esok ke, kakak reda. Kami kebumi di sini jugak sebab kesemua anaknya dikebumikan di sini.”

“Dia ada anak-anaknya dengan keluarga di sini sangat rapat. Lagipun kami tinggal di belakang rumahnya,” katanya lagi.

Jenazah tiga beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin Dua, Kuantan, kira-kira jam 12 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Bukit Kuin kira-kira jam 9 pagi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang maut adalah dua beradik kembar berlainan jantina berusia lapan tahun iaitu Muhammad Hanif Ismail, dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Seorang lagi mangsa, Nur Ain Harizah, 13 tahun yang duduk di tempat belakang selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan iaitu Ismail Yaacob, 53 tahun dan Zarina Yong, 44 tahun masing-masing cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Taiping.

 



Source link

read more

Rusia undur tenteranya dari bumi Syria



LATAKIA: Rusia mengumumkan pemberhentian operasi ketenteraannya di Syria berkuatkuasa pada Isnin.

Presiden negara itu Vladimir Putin mengumumkan perkara itu semasa membuat lawatan mengejut ke pangkalan udara Rusia di Hemeimeem Syria dan memerintahkan tenteranya untuk berundur dari negara terbabit.

“Saya dengan ini memberikan arahan bahawa kehadiran tentera Rusia di Syria berakhir, negara menanti anda pulang.

“Semoga perjalanan pulang anda semua selamat dan saya mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan anda,” jelasnya.

Turut berada di Pangkalan Udara Hemeimim adalah Presiden Syria Bashar al-Assad.

Lawatan mengejut Putin itu dibuat selepas pertemuannya dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi sebelum meneruskan perjalanan bertemu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Ankara.

Moscow telah bersekutu dengan Damsyik sejak September 2015 selepas Bashar memohon bantuan kententeraan bagi menentang kumpulan pemberontak Syria.

Sejak itu, Rusia sering melakukan serangan udara terhadap kumpulan yang menentang kerajaan, termasuk Gabungan Kebangsaan Syria, militan daish, kumpulan al-Nusra Front, dan lain-lain.

Selain turut sama dalam pertempuran, Rusia turut terlibat dalam membekalkan senjata kepada tentera Syria.



Source link

read more

Arab Saudi benarkan panggung wayang beroperasi semula – Terkini


RIYADH 11 Dis. – Arab Saudi hari ini menarik balik larangan operasi panggung wayang yang telah dikuatkuasakan sejak 35 tahun lalu.

Kerajaan negara itu memaklumkan, pihaknya akan mula mengeluarkan lesen panggung wayang serta merta dan premis pertama dijangka akan beroperasi Mac depan.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada perubahan sosial yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman dan keputusan itu dijangka akan menggalakkan industri filem negara itu yang baru berkembang.

`Buat pertama kalinya dalam tempoh 35 tahun, kerajaan membenarkan panggung wayang komersial beroperasi semula seawal tahun depan,’’ kata Menteri Informasi, Awwad Alawwad. – AFP



Source link

read more

Mustapa MITI to present National Industry 4.0 blueprint by 1Q2018



KUALA LUMPUR: The Ministry of International Trade and Industry (MITI) will present the blueprint for the National Industry 4.0 policy framework by the first quarter of next year. 

The blueprint will outline the nation’s objectives and aspirations in achieving the desired status of the fourth industrial revolution by empowering key stakeholders in this initiative, particularly those in the SME sector.

International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said the ministry will coordinate with various parties to develop and craft the national-level blueprint.

“MITI was leading the effort in enhancing the adoption of Industry 4.0 in the country, by developing the policy framework and is working closely and in collaboration with other agencies and ministries.

“They include MIGHT, Science, Technology and Innovation Ministry, Human Resources Ministry, Higher Education Ministry, Finance Ministry and Communications and Multimedia Ministry,” he told the press on Monday.

The Fourth Industrial Revolution, or 4IR, is loosely described as the next step of how technology is being used to fuse the various aspects of a nation’s economy.

It is being associated with digitisation and artificial intelligence and how these elements help boost a nation’s economy.

Malaysia does not have a blueprint on achieving Industry 4.0 yet.



Source link

read more

Acara amal tingkatkan pendedahan sukan permotoran masyarakat India



KUALA LUMPUR : Malaysian Indian Motorsport Academy (MIMA) bakal menganjurkan acara amal yang akan menghimpun peminat sukan permotoran dari kaum India negara ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kali pada 23 Disember depan.

The Speed Fiesta 2017 menampilkan penyertaan dari peserta masyarakat India dari negara ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai 200 murid sekolah rendah dari 20 sekolah jenis kebangsaan Tamil di kawasan pedalaman seluruh Malaysia.

Pengerusi MIMA dan Pengedar rasmi barangan F1 Malaysia Datuk K. Sethambaram Ram berkata ini adalah platform bagi masyarakat India Malaysia untuk didedahkan kepada dunia permotoran.

“Masyarakat India di negara ini kurang didedahkan kepada dunia permotoran. Kami mahu mereka untuk merasai pengamalaman dengan menggunakan kemudahan sedia ada.

“Kami mahu anak muda dijauhkan dari gejala sosial, ini adalah salah satu cara bagi mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Lebih 4,000 peminat sukan permotoran dijangka hadir pada acara amal ini.

Pengunjung bakal merasai pengalaman untuk memandu kereta berkelajuan tinggi, pameran automotif di kawasan paddock, lawatan menyeluruh di SIC dan simulasi perlumbaan.



Source link

read more

120 pelancong dari China dan Hong Kong tiba di Melaka – Terkini


MELAKA 11 Dis. – Kira-kira 120 pelancong dari China dan Hong Kong telah tiba ke negeri ini bagi tujuan promosi pelancongan serta memberi peluang kepada mereka untuk membuat pelaburan di sini.

Ketibaan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Summit Hotel, Ayer Keroh di sini sebelum itu telah melawat The Regalia Hotel, Tanjung Keling kira-kira pada pukul 11 pagi tadi.

Pelancong berkenaan kemudian dibawa untuk melawat Jalan Jonker dan selepas itu dipindahkan ke hotel di sini dan diberi makan petang yang dihoskan oleh pihak Sheng Tai International.

Antara tentatif program yang akan berlangsung selepas ini adalah sesi dialog dan perjumpaan bersama pihak pelabur sebelum diadakan jamuan makan malam di hotel tersebut.

Pelbagai lagi program akan dianjurkan yang berkaitan dengan budaya masyarakat tempatan seperti perkahwinan orang Melayu, sambutan dengan alunan kompang serta tarian kebudayaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tun M harap bakal Presiden AS tarik balik keputusan Trump



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Presiden Amerika Syarikat yang bakal menggantikan Donald Trump untuk menarik semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengerusi Perdana Global Peace Foundation itu menegaskan keputusan yang dibuat Trump itu tidak boleh diterima langsung malah mendedahkan dunia kepada bahaya.

“Harapan dan doa saya adalah supaya keputusan ini ditarik semula oleh bakal Presiden AS selepas ini.

“Pengumuman Trump tidak boleh diterima dalam apa juga sudut pandang, dan saya menggesa beliau untuk sedar bahawa beliau telah mendedahkan dunia kepada bahaya disebabkan keputusan tidak bertimbang rasa dan berhati-hati,” katanya dalam surat terbuka berkenaan isu tersebut.

Tegasnya, pengisytiharan kedaulatan Israel terhadap Baitulmaqdis bukan sahaja menyindir sistem perundangan antarabangsa malah polisi luar AS.

“Pengumuman Trump itu bertentangan dengan polisi luar AS yang berusia hampir tujuh dekad.

“Malah, ia turut bertentangan dengan Oslo Accord 1993 di mana AS tidak mengiktiraf Jerusalem yang merupakan kota suci bagi umat Islam, Kristian dan Yahudi sebagai ibu negara Israel,” katanya.



Source link

read more

Rusia arah tentera berundur dari Syria – Terkini


MOSCOW 11 Dis. – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengarahkan tentera negaranya berundur dari Syria kerana kempen ketenteraan Moscow dan Damsyik selama dua tahun untuk menghapuskan kumpulan pengganas Daesh telah berjaya.

Putin membuat pengumuman itu semasa membuat lawatan mengejut ke pangkalan tentera udara Rusia di wilayah Latakia, Syria sekali gus mengadakan rundingan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad selain memberi ucapan kepada anggota tentera Rusia.

Walau bagaimanapun beliau menegaskan, pangkalan udara itu dan kemudahan tentera laut di Tartous akan terus kekal milik Rusia. – Reuters



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons