Lang Merah mampu terbang tinggi – Marcote – Bola Sepak


ALOR SETAR 12 Dis. – Sejurus selepas menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote melaungkan keyakinan untuk membawa skuad Lang Merah terbang tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Marcote, 40, yang menandatangani kontrak setahun bagaimanapun sedar tugas yang bakal digalas sangat besar kerana penyokong meletakkan harapan tinggi kepadanya, malah dilihat cukup teruja untuk kembali ke Kedah selepas dua tahun.

“Saya amat gembira kerana saya kenal negeri ini, pemain dan juga masyarakat di sini. Saya percaya peminat dan pemain juga gembira kerana sejak dua tahun lalu prestasi pasukan meningkat. Saya yakin dengan sokongan daripada presiden, kelab dan penaja.

“Saya akui harapan penyokong terlalu besar. Ini Kerana Kedah telah memenangi Liga Perdana 2015, bermain dalam final Piala Malaysia 2015, menjuarai Piala Malaysia 2016, memenangi Piala Sumbangsih 2017 dan Piala FA 2017,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

Kata Marcote, dia akan merencanakan yang terbaik buat pasukan dan cuba untuk tidak menghampakan penyokong dengan mengulangi musim cemerlang seperti ketika kali terakhir bergelar jurulatih Lang Merah pada 2015.

Mengenai pertemuannya bersama pemain semalam, Marcote berkata, dia teruja bertemu semula pemain-pemain yang pernah dibimbing dan berharap dapat bekerjasama baik sebagai sebuah pasukan.

Marcote merupakan bekas penolong jurulatih Atletico Madrid dan pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan.

Dia menjadi calon pilihan bagi menggantikan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Lang Merah mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2017.

Mengulas mengenai tiga slot pemain import yang kosong, Marcote berkata, dia dan pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pemain import secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mereka menjerit meminta tolong – saksi



GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki lemas selepas dibawa ombak ketika sedang mandi bersama keluarga dan rakan-rakannya di Pantai Teluk Bahang, Batu Ferringghi di sini hari ini.

S.Sunni,14, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang mandi di pantai itu dan diberi bantuan awal termasuk resusitasi kardiopulmopari (CPR) namun disahkan meninggal dunia, kemudian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas pada pukul 12.58 tengah hari sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati remaja itu telah ditemui dan mangsa juga diberi bantuan awal iaitu CPR oleh orang ramai. Namun pegawai perubatan yang memberikan rawatan mendapati remaja itu meninggal dunia kira-kira pukul 1.29 tengah hari kerana lemas,” katanya yang menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi yang melihat kejadian itu dan hanya mahu dikenali sebagai Badrol, 30, berkata beberapa orang yang sedang berkelah di situ terus terjun ke laut untuk membantu mangsa selepas dimaklumkan rakannya remaja berkenaan di bawa ombak.

“Saya difahamkan dia dan beberapa orang lagi anggota keluarga dan rakan datang berkelah di sini sebelum turut ke laut untuk mandi.Tiba-tiba mangsa dibawa ombak serta ada beberapa rakannya cuba membantu tetapi gagal.

Mereka menjerit meminta tolong sebelum orang ramai membantu dan berjaya membawa mangsa ke pantai,kami cuba memberi bantuan CPR kepada remaja berkenaan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Cinta Pertama Pekin Ibrahim dan Fatah Amin


SINTOK: Kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya amat indah dan sentiasa menjadi ingatan buat ramai dalam kalangan kita.

‘Cinta Pertama The Musical’ memaparkan kisah berdasarkan pengalaman sebenar menarik perhatian penonton dengan kehadiran pelajar Semester 5 Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton, persembahan 38 pelajar yang terdiri daripada artis dan selebriti yang kini bergelar sebagai mahasiswa UUM amat mengujakan.

Kisah 'Cinta Pertama' membabitkan Pekin Ibrahim dan Fattah Amin dikongsikan menerusi sebuah persembahan teater muzikal

Mana taknya, kisah kehadiran Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Maulana, Zahid, Haziq, Akma, Aril dan Amir Syazwan yang pertama kali menjejakkan kaki ke universiti itu amat mencuit hati.

Kisah yang mengangkat tema cinta dan persahabatan itu diselitkan dengan konflik antara pelajar muzik dan filem, bagaimanapun proses adaptasi, rasa kebersamaan dan cinta yang mendalam terhadap UUM berjaya menyatukan mereka.

Ia dipersembahkan di Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok malam Selasa turut dihadiri Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Persembahan ini turut dihadiri Naib Canselor UUM

______________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers Hanie Maisarah Ahmad Rasidi dari Universiti Utara Malaysia, UUM.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM).



Source link

read more

Utara Itali dilanda banjir ribuan terpaksa dipindahkan



LENTIGIONE : Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari bandar-bandar berhampiran Parma di daerah Emilia Romagna di Utara Itali selepas dua tebing sungai di kawasan tersebut runtuh menyebabkan banjir besar.

Berdasarkan visual yang dirakam oleh pihak bomba yang membuat tinjauan udara menunjukkan air sungai yang melimpah memasuki kawasan hutan dan kediaman berhampiran .

Di bandar Lentigione, air  banjir melimpah ke jalan-jalan dan ke kawasan kediaman pada pagi Selasa.

Setakat ini sekitar 1,000 orang telah dipindahkan dari bandar, sementara beberapa penduduk dilaporkan terkandas di bangunan kediaman masing-masing.

Pihak bomba masih bertungkus lumus mencari mangsa untuk diselamatkan di kawasan yang dinaiki air.



Source link

read more

Hab saluran paip gas meletup: 1 maut, 18 cedera di Austria – Luar Negara


VIENNA 12 Dis. – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 18 lagi cedera apabila hab saluran paip gas utama di Austria meletup hari ini.

Insiden itu berlaku di Baumgarten, timur Vienna iaitu kawasan yang menempatkan bekalan gas-gas import terbesar dari Rusia, Norway serta beberapa negara lain.

Jurucakap polis, Edmund Tragschitz berkata, satu kebakaran turut berlaku susulan daripada letupan itu.

“Bagaimanapun, semuanya masih berada dalam kawalan ketika ini,” katanya yang memberitahu, punca letupan masih dalam siasatan polis. -AFP



Source link

read more

Tiada tangkapan SPRM dalam isu balak haram Terengganu – Ahmad Razif



KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menafikan adanya tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam isu pembalakan haram dan pencerobohan hutan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sebaliknya SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan selepas penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

“Saya sendiri tidak tahu (bahawa SPRM ada membuat tangkapan). Malah kerajaan negeri telah memberi arahan kepada SPRM termasuk agensi-agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu Jabatan Hutan dalam penguatkuasaan kerana mereka tidak cukup kakitangan.

“Alhamdulilah, kebelakangan ini banyak tangkapan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan mereka begitu agresif menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pencerobohan hutan negeri ini terus dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi bahas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti rehat di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu ketika sesi bahas Bajet 2018 Terengganu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azan Ismail mendakwa SPRM membuat tangkapan berhubung isu pembalakan haram di Dungun menerusi laporan sebuah media elektronik pada tahun lalu dan awal tahun ini.

Ahmad Razif kemudiannya bangun dan menafikan hal tersebut kerana SPRM hanya terlibat dalam proses siasatan dan tangkapan dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri menerusi penguatkuasaan yang dijalankan bersama PDRM.

“Saya nak betulkan yang tangkapan dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Jadi tidak ada penglibatan daripada SPRM. Saya nak betulkan kenyataan itu sebab ia akan beri imej yang tidak baik kepada Jabatan Perhutanan Negeri,” katanya.

Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Kuala Berang) kemudian bangun dan meminta Azan menarik balik kenyataan beliau kerana ia tidak tepat dan Azan berkata beliau akan menarik balik kenyataan itu esok selepas melihat semula laporan media tersebut atas alasan beliau sedang berbahas.

Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong turut menasihatkan Azan supaya turut berbuat demikian agar tiada penyelewengan fakta berlaku kerana ia boleh menjadi satu fitnah.

Azan kemudian menarik balik kenyataan itu dan menukar perkataan ‘tangkapan’ kepada ‘siasatan’ dengan alasan beliau tersilap sebut.– BERNAMA



Source link

read more

William dan Harry sah muncul dalam Star Wars The Last Jedi



LONDON: Star Wars: The Last Jedi filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini membuka tayangannya di Eropah pada selasa.

Ramai yang teruja bagi mengetahui kesinambungan francais filem sains fiksyen ini. Begitu juga dua putera diraja Britain Putera Williams dan adiknya Putera Harry.

Bukan sekadar peminat biasa Williams dan Harry sebenarnya tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem arahan Ryan Johnson itu.

Pelakon John Boyega ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan Williams dan Harry membuat penampilan singkat sebagai Stormtroopers. Ini bermakna penonton tidak akan dapat melihat wajah mereka dalam filem itu.

Spekulasi mengenainya mula tersebar tahun lalu selepas Williams dan Harry melawat set penggambaran filem berkenaan di Pinewood Studios pada April 2016.

Sebelum ini pelakon James Bond, Daniel Craig pernah buat penampilan khas dalam Star Wars: The Force Awakens juga sebagai Stormtroopers.

Tayangan amal Star Wars: The Last Jedi di Royal Albert Hall

Sementara itu Williams dan Harry menyertai barisan pelakon  Star Wars :The Last Jedi dalam tayangan amal filem itu di Royal Albert Hall London. Antara yang turut serta termasuk ikon filem berkenaan Mark Hamill dan Daisy Ridley.

Tayangan anjuran Yayasan Diraja yang dinaungi William, isterinya Kate Middleton dan Harry itu bertujuan meraikan 400 tetamu termasuk veteran perang dan sukarelawan yang menyumbang kepada yayasan itu.

Turut diundang beberapa keluarga yang terjejas dalam kebakaran Menara Grenfell jun lalu termasuk mereka yang membantu mangsa tragedi berkenaan.



Source link

read more

Isu Baitulmaqdis Warga Arab Israel adakan bantahan di Tel Aviv



TEL AVIV: Selepas perhimpunan dan bantahan besar dianjurkan oleh negara-negara Arab dan Islam, tiba giliran warga Arab di Israel pula mengadakan bantahan pada Selasa.

Tunjuk perasaan di Tel Aviv itu dihadiri ratusan warga berketurunan Arab Israel yang berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menyuarakan bantahan bagi mengutuk pengyistiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Trump pada Khamis mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.



Source link

read more

Kontraktor mengantuk langgar suami isteri hingga maut didenda RM7,000 – Terkini


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Seorang kontraktor didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini akibat memandu keretanya dalam keadaan mengantuk lalu terbabas dan melanggar pasangan suami isteri sehingga maut, lapan tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Yap Kim Sing, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh didakwa memandu kereta jenis Proton Persona tanpa pertimbangan munasabah sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal yang ditunggangi Muhammad Salim Ahmad, 20, dan dibonceng isterinya, Rahimah Abdul Rahim, 21.

Kim Sing dituduh melakukan kesalahan itu di simpang lampu isyarat Jalan Lembah Jaya Selatan, Hulu Langat, di sini pada pukul 3.45 pagi, 19 Julai 2009 mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan.

Mengikut fakta kes, Kim Sing yang memandu kenderaannya dari arah Hulu Langat telah gagal mengawal kenderaannya dan melanggar motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu ketika mangsa berada di persimpangan lampu isyarat Lembah Jaya menghala ke Bukit Belacan.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, hasil siasatan lanjut mendapati Kim Sing memandu kenderaannya dalam keadaan mengantuk.

Ketika rayuan Kim Sing yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia perlu menyara kedua ibu bapanya yang sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira tertuduh telah melakukan kesalahan serius kerana menyebabkan berlakunya kemalangan maut dan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati. – BERNAMA



Source link

read more

Culture of innovation not just for startups and private sector – PM Najib



KUALA LUMPUR: The culture of cultivating innovation should not only be a thing of the private sector, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, adding it is also increasingly prevalent in the public sector.

He said the government will continue to stress on nurturing creativity and innovation among Malaysians in an effort to generate new economic avenues and bring the country to greater heights.

“I do not accept that innovation is purely for the startups and the private sector, or for the Steve Jobs and the Elon Musks of this world. Innovation must be implemented for everyone, by everyone,” he said.

The Prime Minister said this when opening the Global Entrepreneurship Community (GECommunity) Summit 2017 with the aim of catalysing the growth and development of the global entrepreneurship movement here, Tuesday. 

He added that since its introduction in 2009, the National Blue Ocean Strategy (NBOS) had been a key pillar in national transformation as the government followed what was known as the Blue Ocean Shift process to tackle a wide range of economic and social issues, and rapidly deliver high impact initiatives for the benefit of the people and at low cost to the government. 

“In the eight years since its implementation, more than 90 government ministries and agencies are now collaborating to break down bureaucratic silos and develop creative and innovative initiatives to transform the nation.”

Najib said, as far as collaborations and innovations go, they should be more fluid between all the different sectors in the country.

“The new normal will be about getting government institutions and regulators working together with corporates and startups in a collaborative environment.

“We need to keep that momentum of innovation, because I believe we are at the tipping point of a new phase of the digital revolution.

“And I truly believe that public sector innovation in particular will be crucial in this new era,” he said.

The summit is expected to gather over 13,000 local and international entrepreneurs, corporates, investors and policymakers.

Najib also reiterated the importance of the country’s young innovators in carrying out the country’s National Transformation 2050 (TN50) initiative over the next three decades.

“It is clear that we have talented young entrepreneurs in abundance, if only we make sure we nurture them so that they can succeed.

“It’s imperative that we do so, so that young innovators are at the forefront of carrying forth the country’s vision into the next generation,” he said.

The event also saw the inaugural Global Blue Ocean Shift Awards being handed out by Najib to recipients including Deputy Prime Minister and Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn and Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa for their work in implementing the ”blue ocean strategy”.



Source link

read more