Susu tiruan Tiada laporan selain Johor KPDNKK masih tunggu laporan kimia



PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima sebarang laporan susu tiruan di kawasan lain selain dari Johor Bahru.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tiada tindakan lanjut dibuat pihaknya lantaran tiada laporan diterima.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya masih menunggu laporan ujian kimia sampel rampasan yang dibuat pada Khamis lalu di Johor Bahru.

“Kita pun tidak ada terima sebarang laporan daripada pengguna yang anak mereka terkesan dengan susu tiruan.

“Malah, laporan ujian laporan kimia juga belum diterima pihak kami. Mungkin anda boleh hubungi Jabatan Kimia bila nak serahkan laporan,” katanya pada sidang media Pengumuman Kawalan Harga Barang sempena Krisma di sini hari ini.

Justeru, Hamzah menggesa pembeli yang was-was dengan kualiti susu yang dibeli atau memberi kesan kepada kesihatan anak mereka untuk membuat aduan kepada KPDNKK. 

Sementara itu, Hamzah menegaskan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesiahatan dalam melakukan penguatkuasaan.



Source link

read more

OIC Arab Saudi punca AS isytihar Baitulmaqdis milik Israel – Presiden Iran



ISTANBUL : Keberanian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah bersebab.

Presiden Iran Hassan Rouhani menegaskan pada Rabu, tindakan itu dibuat kerana ada pihak di rantau tersebut mahu mewujudkan hubungan dengan Israel.

Tanpa menamakan pihak tersebut, kenyataan Hassan di Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul itu dipercayai merujuk kepada seteru Iran, Arab Saudi.

“Ada provokasi yang menyebabkan tindakan ini. Sudah pasti ia melibatkan usaha pihak tertentu untuk mewujudkan hubungan dengan rejim Zionis,” katanya ketika membuat kenyataan pada sidang berkenaan.

Kata Hassan, Riyadh mahu kerjasama lebih erat dengan Israel, bagi menangani pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau berkenaan.

Tehran juga menyifatkan Amerika kini membuktikan ia bukan pengantara yang jujur dalam rundingan damai Palestin-Israel.

Sebaliknya, satu-satunya alasan Washington terlibat dalam rundingan berkenaan hanya bagi menjaga kepentingan Israel, katanya.



Source link

read more

Roslan Shah pilih bertemu Norshila Amin – Hiburan


SHAH ALAM 13 Dis.- Pengacara Roslan Shah tidak melihat perlu untuk dia melayani permintaan penyanyi era 80-an, Norshila Amin untuk mengangkat sumpah laknat dalam menyelesaikan perbalahan yang timbul antara mereka.

Jelas Roslan, sama seperti Norshila dia juga mahu menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin. Namun untuk menuruti permintaan mengangkat sumpah laknat itu tidak sama sekali akan dilakukannya.

Tambah Roslan dia juga bersedia untuk bertemu dengan Norshila sendiri untuk berbincang hal tersebut.

“Tidak, saya tidak akan mengangkat sumpah laknat. Dia juga sudah membuat laporan polis. Jujurnya saya seorang yang pemaaf dan sedia meminta maaf dalam menyelesaikan hal ini.

“Lana khabarnya mahu membuat sidang akhbar, tetapi saya tidak akan berbuat apa-apa buat masa ini. Selain ada permintaan untuk bertemu sendiri dengan Norshila,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan yang kononnya terdapat khabar angin yang tersebar mengenai Norshila sehingga menyebabkan penyanyi itu tidak puas hati, kata Roslan dia tidak tahu apa-apa mengenai khabar angin tersebut.

Malah jelasnya ketika menjadi pengacara di sebuah tapak perniagaan bazaar baru-baru ini, dia turut membantu mempromosikan perniagaan Norshila.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai dakwaan khabar angin itu. Cuma mungkin kami boleh bertemu dan berbincang,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Rambu Ramba itu bersama anaknya, Nurrul Admiena Norrizan mengangkat sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak mengambil wang daripada lapan artis yang berniaga di ekspo jualan di Brunei, April lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rizal Khalif pengendali Melayu pertama kereta luncur salji anjing


KUALA LUMPUR : Ramai yang telah berjaya menempa nama bagi mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

Bagi Rizal Khalif, 42 tahun, beliau ingin mencabar dirinya dengan menjadi rakyat Islam, Malaysia yang pertama menyertai perlumbaan kereta luncur anjing dalam ‘Fjällräven Polar 2018’.

Dianjurkan sejak 1997, ‘Fjällräven Polar 2018’ adalah sebuah ekspedisi di Artik yang melibatkan peserta dari seluruh dunia mengembara sejauh 300 km melintasi padang gurun Artik.

Menurut Rizal, penyertaannya sebagai seorang Islam merupakan satu peluang baginya untuk meneroka dan mendalami agama Islam.

“Penyertaan ini tentunya satu cabaran buat orang Islam seperti saya terutamanya dari aspek solat, wudhu, cara-cara bersamak dan pilihan makanan.

“Walaupun akan ada yang beranggapan penyertaan saya ini seperti mencari masalah, namun ia tidak menjadi penghalang buat saya kerana saya tahu, Islam itu mudah.

“Saya mahu menjadi inspirasi kepada orang Islam yang lain untuk mengembara dan menjelajah dunia seperti saya “ katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui sistem pesanan ringkas WhatsApp di sini, hari ini.

Di dalam cabaran ‘Fjällräven Polar’, para peserta akan dikehendaki untuk memandu kereta luncur salji anjing dengan sendirinya merentasi hutan gunung bersalji.

Sumber: FJÄLLRÄVEN POLAR

Sumber: FJÄLLRÄVEN POLAR

Perjalanan yang bermula di pinggir Fjord Norway di Signaldalen dan berakhir di kawasan Jukkasjärvi di Lapland, Sweden.

Peserta juga perlu mengendalikan anjing baka Huskies, menyediakan makanan mereka sendiri dan mendirikan tapak perkhemahan.

Sejumlah 20 peserta dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 wilayah bakal menyertai ekpedisi selama seminggu.

Peserta yang medapat undian tertinggi secara automatik layak menyertai ekspedisi ini.

Namun, peserta kedua tertinggi akan diadili oleh juri berdasarkan kualiti permohonan mereka.

Buat masa ini, Rizal menduduki di tangga kedua bagi rantau Asia-Oceania.

Dia memerlukan undian anda untuk meneruskan perjuangannya dalam ekspedisi ini.

 Buat masa ini, Rizal menduduki di tangga kedua bagi rantau Asia/Oceania danmemerlukan undian anda untuk meneruskan perjuangannya dalam ekspedisi ini. Sumber: Instagram/@redtraveller

Undian boleh dibuat melalui pautan ini; http://polar.fjallraven.com/contestant/?id=758



Source link

read more

Siasatan susu tiruan perlu diperluas – Jenayah


JOHOR BAHRU 13 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memperluas penguatkuasaan dan siasatan melibatkan penjualan susu bayi tiruan ke seluruh negeri dan tidak terhad di bandar raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, langkah itu  bertujuan untuk melindungi pengguna daripada menggunakan produk terbabit.

“Jabatan Kesihatan meminta KPDNKK untuk memperluas penguatkuasaan mereka dalam hal ini ke setiap daerah di Johor.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan masih ada kes seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Apresiasi J-Care yang diadakan di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dakwaan potongan hasil padi sehingga 50 disiasat



JASIN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan kukan siasatan berhubung dakwaan potongan hasil padi melebihi 50% oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ke atas pesawah di Kelantan.

Bagaimanapun Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yakin ia tidak dilakukan sewenang wenangnya kerana potongan dibuat berdasarkan kualiti padi yang dijual.

Tambahnya kementerian juga sentiasa memastikan agar pembeli atau Bernas tidak ambil kesempatan ke atas petani.

“Kami tidak akan berkompromi dengan perkara ini tetapi saya tidak rasa keseluruhan petani ini dikenakan pemotongan 50%.

“Kami akan siasat perkara ini untuk mengetahui apa puncanya, adakah daripada pengilang atau Bernas atau daripada pesawah itu sendiri,” beliau berkata selepas merasmikan Program Jalinan Peladang peringkat Negeri Melaka 2017 di Merlimau, Melaka.

Beliau turut menasihatkan pesawah untuk menghasilkan padi yang lebih berkualiti untuk menikmati pulangan yang lebih besar.

Selain itu kementeriannya akan sentiasa memastikan agar pembeli atau Bernas tidak ambil kesempatan ke atas petani.

Baru-baru ini, Pertubuhan Peladang Kawasan Negeri Kelantan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka selepas Bernas memotong sehingga 50% hasil jualan padi.

TONTON: Petani tertekan potongan 50 peratus dari hasil padi



Source link

read more

Perjuangan Jedi belum berakhir | Astro Awani


KAMI berjanji tiada pengacau ataupun spoiler dalam penulisan ini.

Lebih baik daripada The Force Awakens dan banyak persoalan yang menjadi tanda tanya daripada episod terdahulu Star Wars kini terjawab.

Itu antara pandangan peminat-peminat Star Wars yang pergi menonton hari pertama tayangan filem Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi pada malam Rabu.

Persoalan mengenai siapakah Jedi yang terakhir sudahpun terjawab namun jalan cerita dalam filem tersebut tidak seperti yang dijangka peminat-peminat filem itu sendiri.

Peminat Star Wars yang pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Gambar - Opie Harris.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Hype Capsule, Sham Hardy, The Last Jedi (TLJ) menjawab pelbagai persoalan peminat tegar francais Star Wars tentang babak-babak filem yang terdapat dalam episod sebelum ini, A New Hope, the Return of the Jedi dan juga filem-filem prekuel yang lain.

Sham juga berasa jenaka yang diselitkan dalam babak-babak filem The Last Jedi juga digunakan tepat pada masanya dan memberikan TLJ empat daripada lima bintang.

Bagi editor kandungan Lowyat.net, Syefri Zulkefli, The Last Jedi mempunyai terlampau banyak jalan cerita yang tidak boleh dijangka. 

Peminat Star Wars di dalam pawagam semasa tayangan The Last Jedi. Gambar - Facebook/Official Star Wars Malaysia Fan Club oleh Hannti Tan.

Tidak seperti The Force Awakens yang dikatakan meniru jalan cerita A New Hope, TLJ bukan sekadar untuk melengkapkan trilogi ini sehingga episod kesembilan, malah adalah titik permulaan bagi trilogi Star Wars yang akan datang.

Bagi Syefri yang menulis komen tersebut dalam akaun Facebook miliknya, ia dibuat berdasarkan babak terakhir dalam filem itu dan memberikan filem TLJ rating sembilan daripada sepuluh markah.

Sementara itu, pembikin model Star Wars, Opie Harris berpendapat, The Last Jedi lebih menarik dan sangat mengejutkan.

Bagi Opie yang berkhidmat untuk Star Wars Modellers Malaysia, pengarah filem itu, Rian Johnson berjaya mengarah TLJ dengan baik, memberikan perincian dan pengisian cerita setiap watak dengan sama adil dan seimbang, ditambah dengan sedikit humor tetapi masih memberikan impak.

Tambah Opie lagi, andaian dan jangkaan peminat sebelum menonton TLJ juga jauh tersasar.

Ini gaya peminat tegar francais Star Wars pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju semalam. Gambar - Opie Harris.

Bagaimanapun seperti peminat-peminat yang lain, Syefri berasa The Last Jedi bukanlah filem terbaik Star Wars yang diterbitkan setakat ini.

Ramai peminat masih berpendapat episod enam, Empire Strikes Back kekal antara filem Star Wars terbaik setakat ini.

The Last Jedi juga filem Star Wars terpanjang diterbitkan Lucasfilm dengan durasi dua jam 32 minit (sumber IMDb) mengatasi Attack of the Clones yang sebelum ini memegang rekod tersebut dengan dua jam 22 minit.



Source link

read more

Turki tawar RM3.5 juta bantu cekup dua rakyat Amerika Syarikat



ANKARA: Turki menawarkan 3 juta Lira atau RM3.5 juta kepada sesiapa sahaja yang berjaya menemui dua individu yang juga bekas pegawai tentera dan perisikan Amerika Syarikat yang didakwa terlibat dalam cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan perkara itu pada Selasa selepas pendakwaraya Turki mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas pegawai Pentagon Michael Rubin dan bekas pegawai perisikan CIA Graham Fuller.

Rubin dan Fuller didakwa menjadi dalang yang bersekongkol dengan kumpulan berhaluan kiri di Turki dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu.

Kedua-dua individu terbabit sebelum itu dikatakan menjadi pengkritik hebat pentadbiran Erdogan.

Pemburuan tersebut bukanlah kali pertama dilaksanakan Ankara kerana ketika ini Turki telah menahan beberapa warganegara Amerika Syarikat yang terlibat dakwaan sama.

Sementara itu Jabatan Negara Amerika Syarikat memaklumkan menerima laporan berhubung Rubin dan Fuller.

Jabatan terbabit menyifatkan pemburuan ke atas bekas pegawai kerajaan Amerika Syarikat terlibat sebagai tidak masuk akal.



Source link

read more

12 pereka fesyen meriahkan Gadis Panca 2017 – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Seramai 12 pereka fesyen profesional dan amatur enggan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian sempena penganjuran peringkat akhir Gadis Panca 2017 pada awal tahun hadapan.

Dianjurkan buat julung kalinya oleh akhbar sisipan Pancaindera, program pencarian bakat itu dijadualkan berlangsung pada 12 Januari ini dan dijangka bertambah gah serta meriah dengan penglibatan mereka.

Menurut Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia (Pancaindera), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, seramai 12 finalis pertandingan berkenaan akan menggayakan 12 rekaan yang bertemakan stailo dan elegan.

“Selain menampilkan barisan gadis menawan yang berbakat besar dalam lapangan seni, program ini turut memberi ruang kepada pereka-pereka fesyen untuk berkongsi platform mengetengahkan kreativiti mereka.

“Justeru, pentas akhir yang bakal diadakan pada bulan depan di Dewan Utusan harap lebih meriah dengan rekaan busana indah yang berwarna-warni dihasilkan oleh para pereka fesyen terbabit,” katanya kepada Utusan Online.

Antara label yang turut serta ialah Amir Kadir, Jimmy Couture, Aniq Safuan, Anas Abdullah, J Calista, Zkir Rashid dan Syazlyn Saleh.

Selain itu, nama-nama lain adalah seperti Eyzad Elfie, Farel Mikhail, Muaz Abdullah, Istana Puteh dan Din Annuar.

Gadis Panca 2017 ditaja sepenuhnya oleh jenama kosmetik terkenal NR di samping mendapat kerjasama daripada A. Aida Production, Aspire Travel Sdn. Bhd. dan Epie Temerloh & Team sebagai penaja bersama. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jenazah lima sekeluarga dikebumi satu liang lahad



KLUANG: Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Viva dan bas ekspres di Segamat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan, di sini, hari ini.

Jenazah Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30, Zinnirah Abdul Hamid, 28, Nur Maghfirah Muhamad Abu Dujanah, 6, Muhammad Abu Ajwad Muhamad Abu Dujanah, 4, dan Nur Alia Humairah Abu Dujanah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 2.35 petang.

Terhadulu jenazah dibawa ke surau Kampung Mengkibol untuk disembahyangkan.

TONTON: Bayi antara lima maut dalam kemalangan di Segamat

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Selasa di KM 176 Jalan Johor Bahru-Seremban itu, seorang lagi mangsa, Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 3, sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru dan keadaannya dilaporkan kritikal.

BACA: Lima sekeluarga maut kereta bertembung bas

BACA: Kemalangan maut lima sekeluarga: Kereta hilang kawalan bertembung bas ekspres – polis

BACA: Jenazah lima mangsa kemalangan dituntut keluarga selesai bedah siasat

Menurut datuknya, Dzulkarnain Yusoh, 55, Nur Ghaziyah Athirah dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Segamat pada jam 12.45 tengah hari tadi untuk rawatan lanjut.

“Keadaannya masih tidak stabil kerana dia sahaja yang terselamat maknanya hentakan itu sangat kuat.

“Saya kesian tengok dia kerana pinggul dan kaki dia patah, jadi dia harus menjalani pembedahan,” jelas Dzulkarnain.

BACA: Nahas Segamat: Tunggu cucu balik, yang sampai jenazah mereka



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons