6700 etnik Rohingya terbunuh dalam sebulan



RAKHINE : Sekurang-kurangnya 6,700 etnik Rohingya terbunuh dalam tempoh sebulan pertama operasi ketenteraan di Rakhine, Myanmar sejak 25 Ogos lalu.

Angka itu diperoleh berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pertubuhan kemanusiaan antarabangsa ‘Doctors Without Borders’ (MSF) yang mendedahkan sekurang-kurangnya 6,700 orang termasuk 730 kanak-kanak menjadi korban mangsa konflik keganasan di wilayah bergolak itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan MSF itu juga, sekurang-kurangnya 2,700 yang lain meninggal dunia akibat penyakit dan masalah malnutrisi dalam tempoh berkenaan.

Ia menjadikan jumlah mangsa korban keseluruhannya mencecah lebih 9,000 orang dalam tempoh kajian tersebut dilakukan dari 25 Ogos hingga 25 September.



Source link

read more

Latiff Borgiba meninggal dunia di hari lahir ke-80 – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu Kakah meninggal dunia di kediamannya di sini hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika usianya genap 80 tahun hari ini.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak.

Menerusi kerjaya seninya yang bermula sekitar 1960-an, Allahyarham cukup dikenali dengan watak-watak antagonis baik dalam drama mahupun filem. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Polis tumpas Geng Cendol curi motosikal



BALING: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menumpaskan Geng Cendol yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sini.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Sharifuddin Yusof berkata ini berikutan tertangkapnya tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita pada 13 November lalu di Kuala Menora, Kuala Ketil.

“Hasil siasatan daripada tangkapan pertama itu, pihak polis telah mengenal pasti suspek utama yang digelar ‘Cendol’ dan beberapa anggota kumpulan lain yang bekerjasama dengan suspek dalam kegiatan mencuri motosikal di kawasan Baling, Kuala Ketil, Kupang dan Malau,” katanya ketika sidang media di IPD Baling di sini hari ini.

Katanya, bertindak atas maklumat dan siasatan, Op Lejang dilancarkan selama 20 hari bermula 15 November hingga 4 Disember untuk memburu Geng Cendol.

“Hasilnya, polis berjaya menangkap 10 anggota Geng Cendol dalam lingkungan umur 16 hingga 30-an dan sekali gus menyelesaikan 25 kes kecurian motosikal di Baling.

“Sebanyak enam motosikal, 15 rangka motosikal dan empat enjin turut dirampas ekoran tangkapan tersebut,” katanya.

Sharifuddin berkata siasatan juga mendapati Geng Cendol itu turut aktif mencuri motosikal di Kulim dan Kuala Muda sejak awal tahun ini selain terbabit dengan lebih 50 kes kecurian motosikal di daerah tersebut.

Beliau berkata sasaran motosikal adalah jenis Honda EX5, Yamaha 125 Z, Yamaha 135 LC, SYM dan Kriss, yang mana motosikal tersebut tidak mempunyai kunci tambahan.

“Motosikal yang dicuri akan disimpan di rumah Cendol sebelum dijual dan biasanya tidak akan disimpan melebihi 24 jam. Motosikal tersebut dijual antara RM250 hingga RM800 dan segala bayaran akan dibayar terus kepada Cendol tanpa melibatkan orang tengah,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan denda.

— BERNAMA



Source link

read more

Peluru bepandu Sah Tehran bekal senjata – AS



Amerika Syarikat, (AS) mendedahkan bukti Iran membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi di Yaman, sekaligus menunjukkan Tehran secara terangan melanggar relolusi Pertubuhan Bnagsa Bersatu, (PBB).

Ia  termasuk peluru berpandu balistik jarak dekat Iran yang djumpai  pada 4 November lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled di Riyadh, Arab Saudi, serta senjata drone dan senjata anti-tangki.

Iran bagaimanapun pada Khamis, menafikan perkara itu sambil menyifatkan ia senjata itu untuk tujuan pameran.

AS akui, ia tidak dapat mengesahkan dengan tepat bilakah senjata itu dipindahkan ke Houthi atau bila mana ia digunkaan namun,  Duta AS ke PBB, Nikki Haley yakin, kesemua sejata itu dihantar dari Tehran.

“Kesemua ini dibuat di Tehran, datang dari Tehran dan diberikan oleh Iran,” ujarnya pada sidang media  di hangar tentera di Pangkalan Bersama Anacostia-Bolling, Washington.

Haley turut memaklumkan, bukti itu termasuk spesifikasi teknikal khusus menyatakan senjata itu dihasilkan di Iran.

AS ketika ini sedang mendesak negara-negara lain menentang tindakan Iran.

“Anda akan melihat kami membina gabungan untuk benar-benar menentang Iran dengan  apa yang mereka lakukan,” tegasnya lagi.



Source link

read more

Kastam rampas 5,700 karton rokok – Nasional


KOTA BHARU 14. Dis. – Kastam merampas 5,700 karton rokok putih bernilai RM728,460 yang dipercayai diseludup selepas menyerbu sebuah lori di sebuah ladang kelapa di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu juga membawa penahanan kepada tiga lelaki berusia 30 sehingga tahun termasuk seorang warga Thailand.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, ketika ditahan ketiga-tiga lelaki itu sedang memunggah muatan tersebut untuk masuk ke dalam lori.

“Kita percaya kesemua mereka menjadi orang tengah yang mendapat upah lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

“Rokok seberat 969 kilogram ini dipercayai dari sempadan untuk dijual di sekitar premis, bazar dan kedai runcit negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Total contributions to EPF up 7.87 pct as at 3Q17



KUALA LUMPUR: EPF notes that quarterly operational results show upwardly figures.

Total contributions recorded in the quarter under review increased 7.87 per cent year-on-year to RM15.90 billion from RM14.74 billion in Q3 2016, bringing the total accumulated members’ contributions to RM715.97 billion (represented by the reclassified statistics of 13.7 million members).

The Age 60 Lump Sum Withdrawal saw a total of 12,811 applications approved, amounting to RM280.66 million, while the Age 60 Flexi Withdrawal recorded 29,712 approved applications amounting to RM662.05 million.

Approved applications for Age 55 Flexible Withdrawal in Q3 2017, meanwhile, decreased 48.11 per cent to 44,976 from 86,684 approved applications in the corresponding quarter in 2016.

The amount withdrawn under the scheme was RM1.80 billion, compared with RM2.53 billion in 2016 (Q2 2017: 45,723; RM1.78 billion).

Approved applications for Age 55 Lump Sum Withdrawal in the quarter under review also reduced 23.31 per cent to 36,045 (RM2 billion) from 46,999 (RM2.29 billion) in the corresponding period last year (Q2 2017: 41,914; RM2.51 billion).


EPF WEBSITE AND ONLINE ACTIVITIES PULL MORE VISITORS

Visitor traffic to the myEPF portal in Q3 2017 increased 5.19 per cent to 5.89 million from 5.60 million in the corresponding period last year.

Usage of EPF Kiosks reported a decline of 11.83 per cent from 3.29 million in Q3 2016 to 2.90 million in Q3 2017.

Usage of i-Akaun increased 33.19 per cent to 6.04 million in Q3 2017 from 4.54 million in Q3 2016. The wide array of e-services now available also attributed to the 37.29 per cent reduction in the number of visitors to EPF’s service counters nationwide from 1.25 million in Q3 2016 to 785,526 in Q3 2017.

 



Source link

read more

Sekumpulan lelaki merusuh di sekitar Ipoh


IPOH: Lebih 20 lelaki yang sebahagiannya lengkap bertopeng merusuh dan menimbulkan kekecohan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di sini pada Khamis.

Tindakan mereka mengherdik serta melaungkan slogan berbaur ganas menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut dalam kejadian kira-kira 2.30 petang ini.

Selain di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang juga merupakan lokasi tumpuan pelancong, situasi sama turut berlaku di beberapa sekolah sekitar Ipoh. Bagaimanapun, ia hanya melibatkan kumpulan kecil.

Namun, tindakan pantas pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berjaya meredakan situasi ‘tegang’ itu serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Pasukan polis sedang menjalankan latihan menghadapi PRU14.

Turut kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis melakukan sekatan jalan raya dengan membawa kayu cota, perisai untuk mengawal rusuhan itu.

Situasi membimbangkan itu bagaimanapun hanya satu latihan dan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam berdepan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby ketika dihubungi Astro AWANI berkata, perkara itu hanya latihan pihaknya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, latihan itu dilancarkan serentak di seluruh negara pada November lepas dan latihan amal itu kini berada di fasa keempat.

“Latih amal itu diadakan bertujuan sebagai persiapan pasukan untuk menghadapi PRU akan datang. Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan gusar dengan pergerakan pihak polis,” katanya yang memberitahu fasa kelima pula akan diadakan pada esok (Jumaat).

Latih amal itu meliputi semua elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) daripada Bukit Aman sehingga ke IPD serta pasukan bantuan yang akan dikerahkan pada waktu yang diperlukan.

Ia membabitkan lima fasa utama latihan iaitu fasa sebelum pembubaran Parlimen, fasa penamaan calon, fasa tempoh berkempen kemudian fasa hari mengundi dan terakhir fasa pengumuman keputusan pilihan raya.



Source link

read more

5 sebab Fox dijual kepada Disney



DISNEY mengumumkan pembelian aset filem dan televisyen dari studio 21st Century Fox yang dimiliki keluarga Murdoch.

Jual beli melibatkan perjanjian berbilion dolar ini disifatkan bakal mengubah industri media global dan menukar strategi keluarga Murdoch, yang dikenali sebagai pembina empayar.

Apakah yang mendorong keluarga Murdoch, yang memiliki 39 peratus kepentingan dalam studio berkenaaan, menjual pegangan mereka?

1. Perubahan industri media

Penjualan studio filem, produksi televisyan, perniagaan antarabangsa serta sukan serantau, termasuk syarikat penyiaran Sky, meninggalkan syarikat yang lebih kecil untuk fokus kepada liputan berita dan acara utama sukan.

Penjualan ini bermakna Fox kini hanya fokus kepada kandungan yang lebih berdaya tahan, bagi berdepan ancaman dari platform digital dan striming.

2. Keluarga Murdoch boleh menguasai Disney

Disney mahu perniagaan Fox membuka laluan kepada perniagaan berasaskan filem, televisyen dan sukan yang lebih besar, dengan pelaburan kepada platform digital, untuk bersaing dengan Netflix dan Amazon.

Perjanjian ini membolehkan keluarga Murdoch memperoleh 25 peratus kepentingan dalam Disney.

3. Dinamik keluarga Murdoch

Perjanjian ini menimbulkan spekulasi anak bongsu Rupert Murdoch, James, akan mengambil alih salah satu jawatan kanan di Disney, laporan menyebut, rundingan kini masih berjalan.

Langkah ini akan menangani kekangan dalam keluarga Murdoch, yang hanya tertumpu kepada Fox.

4. ‘Sky is the limit’

Fox mempunyai rancangan untuk mengawal sepenuhnya ‘Sky’. Menguasai 61% kepentingan menyebabkan ia bakal disiasat pihak kawal selia UK. Penjualan aset Sky kepada Disney boleh menjarakkan keluarga Murdoch daripada isu itu dan mengelak wujud pertikaian politik.,

5. Tawaran Disney

Saham Fox melonjak lebih 30 peratus sejak firma itu pertama kali umum ia mahu menjual kepentingannya.

Namun ia semakin merosot sejak beberapa tahun ini selepas firma itu gagal dalam rundingan untuk mengambil alih Time-Warner.

Tawaran Disney untuk membeli kepentingan Fox disifatkan terlalu baik untuk ditolak.



Source link

read more

Aliff Syukri bakal timang anak ke empat? – Hiburan


KUALA LUMPUR 14 Dis.- Perkongsian gambar di laman Instagram pelakon Fasha Sandha semalam mendapat perhatian apabila gambar tersebut seperti memberi makna yang jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bakal menimang anak keempat tidak lama lagi.

Sambil memegang perut Shahida, Fasha turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas lakonan mereka di dalam filem Badang The Movie.

“Tahniah sahabatku, DS Aliff dan Shahida keduanya bagus dalam #badangthemovie. Tahniah,” tulis ringkas.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari pihak Aliff sendiri, rata-rata pengikut Fasha tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Sementara itu pasangan suami ister tersebut sudah mempunyai tiga orang anak, iaitu Ammar, Qadejah dan Ibraheem. Mereka turut mempunyai dua anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum.

Dalam masa yang sama Shahida juga turut menjadi tumpuan apabila muzik video Abang Nak Tegur nyanyian suaminya dan Nur Sajat turut menampilkan dirinya dalam muzik video terbaharu.

Menurut Aliff dia membuat muzik video kedua itu bagi memenuhi permintaan pengikutnya di laman Instagram yang rata-rata memberi amaran untuk tidak menyokong muzik video pertamanya bersama Nur Sajat yang menjalani penggambaran di Sepanyol.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Less than 40 pct of EPF accounts active


KUALA LUMPUR: Data from the Employees Provident Fund (EPF) show that only seven million account holders of the total 17.8 million are active accounts. That represents just 39.3 percent of the total account holders that are active.

The remainder are either non-active accounts (6.7 million) or dormant accounts (4.1 million).

These statistics arise from EPF announcing a reclassification of data involving the number of EPF members and employers. The change came into effect in the third quarter of this year.

The reclassification exercise is to distinguish between accounts with savings and those with zero savings (dormant accounts). Data on employers, meanwhile, is reclassified between those with ’employer’ status as stipulated in the EPF Act 1991 and the self-employed status.
Changes took effect in third quarter this year

The EPF’s database system will automatically update any changes to the members’ or employers’ account status. The reclassification of data does not affect contribution amount or withdrawal statistics.

In a media briefing Thursday, EPF CEO Datuk Shahril Ridza Ridzuan said, “The EPF deals with vast amount of data as the number of our members and employers have grown significantly over the past 66 years. The reclassification exercise is necessary to provide greater transparency and clarity to the status of accounts and to ensure our statistics conform to the current provision in the EPF Act.

“Starting this quarter onwards, the total number of EPF members will be based on accounts with savings only. This will later be reflected in the upcoming EPF Annual Report 2017.”

He added that all dormant accounts would remain open for members below 75 years old in order to provide them the opportunity to re-contribute to their account for their retirement well-being.

The table below shows the updated data arising from the reclassification exercise and explanation for the changes:
Reclassification started in third quarter this year



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons