Teater Bilik bukan pementasan biasa budak sekolah



STATUS sebagai pelajar bukan alasan buat sekumpulan murid Sekolah Seni Malaysia (SSM) Johor tampil dengan produksi teater profesional untuk dipersembahkan kepada umum.

Bukan sekadar berlakon, pelajar dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun ini turut terlibat dalam keseluruhan proses — daripada cetusan idea, pengarahan hinggalah kepada pengurusan produksi.

Pementasan teater “Bilik” menjadi wadah buat pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor mengetengahkan kepakaran dalam produksi teater.

“Pementasan ini ialah wadah yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan dan mengembangkan bakat mereka di luar darjah,” kata jurulatih teater Nizam Yamin.

Kata Nizam lagi, tempoh cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba pengalaman sebenar industri pementasan dan persembahan kreatif.

“Pementasan ini ialah pendedahan yang baik kerana pelajar dapat belajar cara mengarah pementasan di samping pengurusan teater dengan berurusan bersama pemain-pemain industri.” 

Menariknya, pelakon-pelakon cilik ini akan membawa watak individu yang lebih dewasa daripada mereka, lantas mencabar kebolehan diri.

Teater “Bilik” berkisar tentang isu-isu yang masih membelenggu masyarakat Melayu Islam seperti agama dan budaya.

Jelas Nizam, walaupun tema yang dibawa berat dan abstrak, penonton tidak perlu gusar kerana pementasan ini akan menyelitkan tema percintaan yang disaluti komedi agar mereka tidak cepat bosan.

Skrip teater “Bilik” merupakan karya Noor Effendy Ibrahim, penulis skrip tersohor dari Singapura, yang mementaskan naskhah ini buat pertama kali pada tahun 90-an.

“Bilik” mula dipentaskan hari ini hingga 17 Disember di Revolution Stage Bandar Utama.



Source link

read more

Gempa bumi kuat landa selatan pulau Jawa Indonesia seorang maut



JAKARTA:

Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.5 magnitud melanda kepulauan Jawa di Indonesia awal pagi ini lapor Pusat Pemantauan Gempa Amerika Syarikat, USGS.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya seorang maut dan gempa memusnahkan beberapa bangunan.

Menurut USGS, pusat gegaran tertumpu di kedalaman 92 km, kira-kira 52 km ke baratdaya Tasikmalaya.

Agensi bencana kebangsaan Indonesia berkata pihaknya mengaktifkan amaran tsunami di selatan pulau itu, namun Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan tiada sebarang kesan tsunami dicatatkan.

Kesan gegaran turut dapat dirasai di tengah dan barat Jawa.

Menurut jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut akibat kejadian itu, beberapa kediaman musnah dan hospital telah dikosongkan.

Gempa juga menyebabkan beberapa bangunan tinggi di ibu negara Jakarta bergoyang.

Jawa adalah pulau dengan sejumlah 250 juta penduduk.



Source link

read more

Lesen, permit senjata api disaring ketat – Nasional


JOHOR BAHRU 15 Dis. – Proses pembaharuan lesen dan permit senjata api di negara ini sentiasa disaring secara ketat terutama melibatkan pemohon yang berusia bagi mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan sentiasa memandang serius berkenaan isu yang melibatkan penggunaan senjata api.

“Sebab itu kerajaan sentiasa berhati-hati dan membuat kajian mengenai latar belakang pemohon senjata api. Ini kerana senjata api ini sepatutnya dijaga macam anak.

“Bahaya senjata api ini, kalau ia tidak disimpan dengan baik boleh membawa perkara yang tidak baik,” katanya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulai 2017, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian menimpa Puteri Intan Sharini Mohd. Hishamuddin, 8, yang maut akibat terkena tembakan senapang patah di ruang tamu rumah datuknya di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, Kedah, kelmarin.

Siasatan awal polis mendapati, tembakan itu dilepaskan secara tidak sengaja oleh suspek berusia 15 tahun.

Difahamkan senapang patah tersebut milik moyang mangsa yang berusia 80 tahun dan tinggal di kawasan berhampiran namun dipinjam oleh datuk mangsa berusia 50 tahun bagi digunakan untuk menembak tupai.

Bapa saudara dan datuk mangsa kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bapa saudara antara tiga ditahan kes remaja dibunuh di Krubong



AYER KEROH: Bapa saudara dan dua lagi individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja tingkatan empat di Krubong, Melaka pada 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Afzanizar Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek yang ditahan itu dikatakan memukul remaja lelaki terbabit sebagai satu pengajaran kerana mencuri wang datuknya.

Bagaimanapun, menurutnya, bapa saudara mangsa dan dua lagi suspek tidak menyangka tindakan mereka memukul remaja terbabit bertukar tragedi pembunuhan.

“Berdasarkan pengakuan lisan awal daripada ketiga-tiga suspek, mereka mengaku terlibat memukul remaja berkenaan sehingga maut.

“Siasatan awal mendapati mereka tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai telah mengambil wang datuknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan latihan amal percubaan bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.

Tambah Afzanizar, laporan media yang mendakwa dua orang awam yang membawa remaja malang itu ke hospital selepas ditinggalkan di sebuah Hentian Bas di Ayer Keroh merupakan antara tiga suspek yang ditahan pihaknya.

Sementara itu, mengulas mengenai latihan amal berkenaan, beliau berharap orang ramai tidak perlu gusar sekiranya terserempak dengan situasi berkenaan.



Source link

read more

PM Najib terima anugerah tertinggi Bahrain



MANAMA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

Najib menerima anugerah “King Hamad Order for Development” yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini Jumaat.

Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

Raja Hamad juga mengurniakan anugerah “Medal of First Degree” kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.

Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.

Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974.

— BERNAMA



Source link

read more

[VIDEO] Satu juta kenderaan mungkin terlibat dalam kemalangan jalan raya – Nasional


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun diparas membimbangkan dan kini dilihat menjadi satu ‘ancaman’ kepada rakyat negara ini.



Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie berkata, statistik kemalangan jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lalu merekodkan sebanyak 521,466 kemalangan yang mengorbankan 7,152 pengguna jalan raya.

Katanya, jumlah kemalangan tersebut melibatkan 521,466 kenderaan dan jumlah itu dijangka mencecah kepada angka satu juta menjelang 2018 jika tiada sebarang tindakan segera dan proaktif diambil.

“Atas faktor itu, PPJK bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mengambil inisiatif mengadakan satu konvoi motosikal berkuasa tinggi ke seluruh Semenanjung atau Jelajah Malaya bagi mengenal pasti permasalahan dan punca yang mendorong kepada berlaku kemalangan.

“Konvoi selama empat hari bermula esok ini melibatkan seramai sembilan peserta yang akan merekodkan segala penemuan sepanjang jelajah sama ada dalam bentuk visual atau bertulis. Mereka akan bergerak ke selatan tanah air sebelum bergerak ke pantai timur, utara sebelum kembali ke Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat PPJK, Datuk Seri Ismail Ahmad dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Mohammad Hisham berkata, jarak keseluruhan perjalanan Jelajah Malaya sejauh 2,572 kilometer (km) dan peserta dijangka menunggang sejauh 634km sehari.

“Dalam setiap satu jam, mereka akan berhenti untuk menulis buku catatan perjalanan mengenai sebaran penemuan punca kemalangan. Mungkin mereka akan siarkannya secara langsung di Facebook PPIM dan PPJK.

“Antara perkara yang mungkin ditemukan sepanjang perjalanan yang boleh mengakibatkan kemalangan adalah seperti objek atas jalan raya, permukaan jalan berlubang, haiwan melintas jalan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya memerlukan masa yang panjang kerana antara punca berlakunya kecelakaan itu adalah disebabkan sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

“Memerlukan satu generasi kerana usaha murni seperti ini memerlukan masa yang panjang. Apa yang mampu dibuat ketika ini cuba dan terus mencuba mengurangkan kadar kemalangan setiap tahun.

“Lihat sahaja langkah yang diambil negara-negara maju dalam mengatasi masalah ini sehinggakan kadar kemalangan di negara mereka kini lebih terkawal,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

IIUM students win top banking award



KUALA LUMPUR: Two teams from the International Islamic University Malaysia (IIUM) took top honours in the second edition of the Eco-Biz Dream Project.

Team Eco Paddy Planter took home the coveted grand prize of RM10,000 while team Tanah Kita walked away with RM5,000 as the first runner-up.

For their outstanding effort, Team Craycil from Xiamen University Malaysia received a RM3,000 prize as the second runner-up. Team Green Gang from University Kebangsaan Malaysia and Team Borneo’s Ladies from Universiti Pendidikan Sultan Idris stood out with their submissions and were recognised as third and fourth runner-ups respectively, receiving RM1,000 each.

Alliance Bank Malaysia Berhad announced the winning teams after six weeks of business workshops for the participants which included storytelling and presentation training.

Said Alliance Bank Group CEO, Joel Kornreich: “The issues of green conservation and environmental protection are important topics on a global scale. The Eco-Biz Dream Project encourages the youth of today to be both enterprising and mindful of the environment. We believe that when innovative ideas meet the desire to improve society, there will be a meaningful and sustainable impact.”

This year, Malaysia’s first environmental-themed business plan competition received many high quality video submissions by student teams from 22 universities on the theme “Saving the Environment with Your Idea”.



Source link

read more

Kerbau bertuah naik Honda Odyssey


TASEK GELUGOR: Berpura-pura memancing udang galah, sebelum menyumpit kerbau milik penduduk kampung yang ditambat di tepi Sungai Kulim dekat Labuh Banting, Tasek Gelugor, pada Jumaat.

Malah, kerbau yang berjaya disumpit itu kemudian dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey.

Itu merupakan taktik empat lelaki yang cuba mencuri kerbau milik penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 11 pagi itu.

Namun, perbuatan kesemua suspek itu diketahui seorang remaja sebelum kepada orang kampung.

Itu merupakan taktik empat lelaki yang cuba mencuri kerbau milik penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 11 pagi itu.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Labuh Banting, Saidin Yaacob ketika dihubungi Astro AWANI berkata, suspek tidak sempat melarikan kerbau kerana perbuatan mereka disedari penduduk kampung.

“Menyedari mereka disergah penduduk kampung, kesemua suspek panik lalu melarikan diri menggunakan dua buah motosikal milik penduduk kampung.

“Menurut saksi, suspek juga membawa senjata parang dan kerbau dewasa yang dicuri itu mempunyai nilai antara RM7,000 hingga RM8,000 seekor,” katanya.

Kerbau yang dicuri dan disumbat dalam MPV.

Saidin berkata, pemilik kerbau yang berusia 50-an sebelum ini kehilangan tiga ekor lembu ketika bulan Ramadan lalu.

Katanya, pemilik kerbau juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kubang Semang petang ini.



Source link

read more

Putera Harry dan Megan Markle disatukan 19 Mei 2018



LONDON: Istana Kensington umum perkahwinan antara pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry dan pasangannya Megan Markle bakal diadakan pada 19 Mei 2018.

Majlis berkenaan akan diadakan di gereja St George, Windsor Castle.

Tarikh perkahwinan ini bagaimanapun tidak diadakan mengikut kebiasaannya, pada hari bekerja, seperti mana Ratu yang berkahwin pada hari Khamis sementara Duke of Cambridge pada Jumaat.

Perkahwinan sebaliknya akan diadakan pada hari sama berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA, yang lazimnya dihadiri Putera William selaku presiden.

Perkahwinan ini akan dibiaya sepenuhnya keluarga diraja sepenuhnya.

Ia juga berlangsung sebulan selepas Duke dan Duchess of Cambridge dijangka menimang anak ketiga mereka.

Putera Harry dan Markle diperkenalkan menerusi satu temujanji rahsia pada 2016 oleh kenalan mereka.

Hubungan itu kemudian berkembang menjadi lebih serius, dan pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka November lalu.



Source link

read more

Pusat Kesejahteraan Siber akan diwujudkan – Nasional


HULU TERENGGANU 15 Dis. -Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mewujudkan Pusat Kesejahteraan Siber (Cyber Wellness Centre) tahun depan dalam usaha menangani ketagihan internet dalam masyarakat yang semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, keperluan ke arah itu turut dirasakan mendesak susulan kajian  oleh SKMM  sejak tahun 2010 dalam beberapa fasa bersama universiti tempatan, International Medical University dan Heriot-Watt University Malaysia.

“Hasil kajian itu terhadap responden yang mendapati sebahagian besar daripadanya mengalami masalah ketagihan internet malah mengakui mengalami kemurungan yang tinggi sekiranya tidak mempunyai akses kepada internet.

“Daripada 725 responden, 89 peratus ketagih kepada internet, 67 peratus menunjuk kepada tahap keresahan diikuti 32 peratus menunjuk kepada tahap kemurungan… maknanya memang membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepasa merasmikan Majlis Berkhatan dan Bertindik Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, hari ini.

Bagi menjayakan usaha itu, modul-modul intervensi akan dibangunkan dalam menangani isu ketagihan bermain permainan dalam talian, ketagihan melayari kandungan lucah dalam talian dan sistem sokongan keluarga.

“Pihak SKMM turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain kini berusaha melaksanakan program kesedaran awam mengenai penggunaan Internet termasuklah  dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui program Digital Dakwah dan Kementerian Pendidikan melalui program Pembimbing Rakan Sebaya.

“Juga Persatuan Pengakap Malaysia melalui program Digital Literacy and Leadership di samping Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara melalui pembangunan modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak,” ujar Jailani. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more