Kontraktor hilang Khamis lalu ditemukan lemas – Nahas & Bencana


SEBERANG JAYA 16 Dis. – Seorang pekerja kontraktor lelaki yang terjatuh ke dalam laut di Pangkalan Kargo Perai, Perai dekat sini Khamis lalu ditemukan mati lemas berdekatan tiang 130 arah selatan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat Mohd. Khairul Azhar Mat Arik, 29, ditemukan kira-kira 1.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Operasi yang dipecahkan kepada tiga kumpulan itu dilakukan dari Jambatan Pulau Pinang dari lokasi mangsa jatuh selain di setiap tiang bahagian bawah pelantar jeti pelabuhan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd. Khairul yang sedang mengecat di kawasan itu terjatuh dalam laut dari atas jambatan yang menghubungkan antara pelantar kargo dengan darat.

Seramai 20 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Perai melakukan usaha mencari mangsa sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Maritim Malaysia (APMM). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

DAP tidak punya masa depan – Tiong Lai



ULU TIRAM: DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembangkang di negara ini merupakan parti yang tidak mempunyai pendirian asas sebaliknya hanya memperjuangkan sesuatu untuk kepentingan parti masing-masing sahaja.

Menurutnya, ia cukup jelas, DAP sekadar mahu merebut kuasa kerana tiada teras dan nilai yang sama selain sering membuat pusingan U.

Malah kata beliau, perkara itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang menjadikan empat komponen iaitu mementingkan kerjasama, mengutamakan  perasaan hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan serta keharmonian sebagai nilai teras perjuangan.

“Kita beritahu mereka sebenarnya DAP, PKR, PPBM, Amanah adalah pakatan yang tidak mempunyai nilai teras yang sama sebaliknya hanya untuk parti masing-masing sahaja.

“Terutama DAP, mereka tidak ada prinsip dalam kerjasama. Dulu dengan Pas… kemudian PPBM. Ini menunjukkan mereka parti yang mementingkan kuasa tetapi ia tidak ada prinsip dari segi perjuangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program MCA Bersama Rakyat Kawasan Parlimen Tebrau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Pei Chih, Ulu Tiram Johor.

Dalam pada itu, beliau yang Menteri Pengangkutan turut mengumumkan bahawa MCA sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan telah menghantar senarai nama calon untuk bertanding mewakili parti itu.

Katanya, surat juga telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan parti itu menunggu pengumuman rasmi daripada pucuk pimpinan.

Antara calon yang dikenal pasti di negeri itu, katanya, ialah Naib Presiden MCA, Datuk Dr Hou Kok Chung yang bakal bertanding kerusi Parlimen Tebrau dan Datuk Tan Cher Puk bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.

“Kita mahu menang kembali kerusi DUN Johor Jaya dan beliau (Tan) adalah orang yang paling layak.

“Walaupun tewas sebelum ini, beliau tetap terus memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk kawasan itu serta tidak menghiraukan tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.



Source link

read more

Pemurahnya penyanyi Syahrini mahu bawa 100 orang tunai umrah



PENYANYI Indonesia, Syahrini berhasrat membawa 100 orang untuk menunaikan ibadah Umrah di tanah suci, Mekah.

Hasrat itu merupakan azam Syahrini, 35,  sempena menyambut tahun 2018.

“Jika ada rezeki lebih dari Allah, saya berhasrat untuk membawa 100 orang menunaikan Umrah.

“Doakan rezeki saya ya,” katanya kepada Detikhot.

Terdahulu pelantun lagu I Love You Allah ini pernah menanggung pembiayaan umrah untuk 20 orang baru-baru ini.

Selain itu, Syahrini juga merancang mengadakan konsert sulung sempena ulang tahun perjalanan karier dalam persada muzik Indonesia yang sudah mencecah selama 10 tahun.

Sumber: Detikhot



Source link

read more

Pejuang siber perlu bangkit, jangan serang sesama sendiri – Politik


KOTA KINABALU 16 Dis. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pejuang siber UMNO agar bangkit daripada kekalahan kepada pembangkang dalam perang siber sebelum ini untuk memastikan kemenangan dapat dicapai semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berkata, pejuang siber UMNO tidak boleh lagi menyerang sesama sendiri untuk mempertahankan pemimpin masing-masing sebaliknya fokus menangkis segala fitnah dan tuduhan pembangkang demi kemenangan parti.

Beliau berkata, statistik menunjukkan 82 peratus pengundi menggunakan media sosial malah 90 peratus pengundi mudah aktif dalam medium tersebut, justeru kesempatan tersebut perlu digunakan sebaik mungkin untuk menangkis fitnah dan menarik sokongan rakyat.

“Saya tahu setiap pemimpin ada pejuang siber masing-masing tetapi sebelum ini mereka berfikiran silo ada yang tembak sesama sendiri, perangai seperti seladang, suka tanduk sesama sendiri sampai tanduk patah, akhirnya bila harimau dan singa datang tanduk seladang tidak ada lagi untuk bertahan.

“Jangan kita serang sesama sendiri. Kita lihat pengaruh media sosial sangat kuat, kita kalah dalam perang persepsi sebab kita perang sesama sendiri, akhirnya kita kecundang kerana kita tidak laksanakan tugas menangkis fitnah dan tuduhan pembangkang,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial anjuran Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Zahid turut menasihatkan setiap pejuang siber parti agar tidak melampaui batas-batas moral dan menggunakan kata-kata kesat seperti dilakukan golongan lawan sebaliknya mereka perlu menjaga tatasusila.

“Dulu kita baik, malah amat baik sehingga mereka ambil kesempatan, kali ini kita tidak akan jadi terlalu baik tetapi bukanlah sampai jadi jahat kerana kita menjawab dengan menghamparkan fakta dan maklumat yang tepat.

“Mereka bergembira kalau dapat memalukan dan melondeh pakaian seseorang pemimpin di laman sosial tetapi itu budaya songsang yang semberono, kita bukan macam itu kerana kemenangan kita mesti dicapai dengan cara yang baik,” tegas beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ronaldo free kick gives Real another world title



ABU DHABI: Cristiano Ronaldo scored with a free kick which went through the defensive wall to break Gremio’s brave resistance and give Real Madrid a 1-0 victory over the South American champions in the Club World Cup final on Saturday.

Ronaldo’s 53rd-minute strike gave Real their second world title in a row, the third in the last four seasons, and ended Gremio’s hopes of pulling off what would have been a huge upset.

The European champions, enjoying the backing of most neutrals at the Zayed Sports City Stadium, dominated as expected, with 20 shots on goal to Gremio’s one, but the much more limited Brazilians still made their lives uncomfortable.

Overall, it was the Spanish club’s sixth world title as they also won the old Intercontinental Cup — now recognised by FIFA — three times.

Real also extended European dominance with 10 wins out of 13 since the club cup was started in its current form in 2005, reflecting the region’s financial dominance in the sport.

The dynamics of modern football mean that the best South American, Asian and African players line up against, rather than for, the teams from their own continents, and Real’s side on Saturday included Brazilians Marcelo and Casemiro.

Gremio coach Renato Portaluppi won the old International Cup as a player with the same club in 1983 when his two goals gave them a 2-1 win over Hamburg SV but a repeat never looked on the cards.

FIFA president Gianni Infantino has admitted the tournament needs a revamp and wants to replace it with a new one featuring up to 24 teams.

Gremio survived the first half with their goal intact thanks to some resolute, last-ditch tackling.

Pedro Geromel cleared Daniel Carvajal’s shot off the line with goalkeeper Marcelo Grohe beaten, Isco and Luka Modric both fired shots wide and Walter Kannemann made a last-gasp saving tackle on Ronaldo as he was about to shoot.

Edilson had Gremio’s best effort with a 35-metre free kick that dipped and swerved just over the bar — their only shot of the match. Real broke through after Ronaldo won a free kick around 25 metres from goal. As usual, the Portuguese took it himself and blasted a low shot which flew through the wall, bounced and squeezed inside Grohe’s near post.

Ronaldo had another goal disallowed for a hairline offside decision. After that Modric burst through the midfield and fired against the post and Grohe made more saves from Ronaldo and substitute Gareth Bale to keep down the score.



Source link

read more

Malaysia menuju ke arah yang betul – PM



KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menuju ke arah yang betul seperti yang dibuktikan dalam laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar negara pada 2017, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri merujuk kepada laporan IMF baru-baru ini yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat dan diunjurkan pada 5.5 – 6.0 peratus untuk 2017, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh.

“Bukti bahawa kita sedang menuju ke arah yang betul,” kata Najib dalam catatan terbaru Twitter beliau.

IMF menyatakan bahawa agenda pembaharuan struktur komprehensif pihak berkuasa, yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, yang memberi tumpuan terhadap usaha menambah produktiviti dan hasil pasaran tenaga kerja, akan membantu meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana dan meningkatkan taraf hidup.

“Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan penyertaan pasaran tenaga kerja wanita dan mengurangkan ketidakpadanan kemahiran,” katanya.

Pasukan IMF, yang diketuai oleh Nada Choueiri, melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 28 Nov hingga 8 Dis 2017 untuk mengadakan perbincangan bagi Rundingan Artikel IV 2018 dengan Malaysia.

Pasukan itu bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kanan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bertemu dengan wakil dari sektor swasta dan kumpulan pemikir.

Dalam satu kenyataan selepas akhir lawatan itu, Choueiri menyatakan ekonomi Malaysia telah menunjukkan daya tahan pada tahun-tahun kebelakangan ini dan terus berjalan dengan lancar.

“Bagaimanapun, inflasi teras dan pertumbuhan kredit terkawal. Inflasi harga pengguna telah meningkat dengan harga minyak yang lebih tinggi, dan diunjurkan hampir empat peratus untuk 2017. Dari segi luaran, lebihan baki akaun semasa telah meningkat, dibantu oleh eksport yang kukuh,” kata Choueiri.

“Pertumbuhan KDNK sebenar dijangka pada 5.0 – 5.5 peratus pada 2018. Walaupun kenaikan kitaran akan mula normal, momentum dalam aktiviti dijangka terus kukuh pada separuh pertama tahun ini, disokong oleh permintaan domestik dan kekuatan yang berterusan dalam perdagangan global.

“Inflasi dijangka merosot dalam jajaran 3.0 – 3.5 peratus dengan kesan yang lebih rendah daripada harga minyak dunia.

“Risiko terhadap prospek jangka pendek adalah seimbang. Permintaan global yang kukuh untuk elektronik, yang memberi manfaat kepada eksport Malaysia, boleh bertahan lebih lama daripada yang dijangkakan, sementara risiko penurunan, termasuk ketidakpastian dasar dalam ekonomi maju dan keadaan kewangan global yang lebih ketat. Mengenai masa depan, keseimbangan dasar akan menjadi perkara utama.

“Rancangan pengukuhan fiskal yang dirancang kerajaan untuk 2017-2018 adalah sesuai, dan akan membantu membina penampan dan mengekalkan keyakinan pasaran kewangan.

“Dalam jangka sederhana, dasar fiskal perlu mengikut laluan pengukuhan secara beransur-ansur, dan komposisi pelarasan boleh diperbaiki untuk menjadikannya lebih banyak berasaskan pendapatan dan memberi ruang untuk pembaharuan struktur dan meningkatkan perbelanjaan sosial untuk pertumbuhan inklusif,” katanya.

Sektor kewangan pula, katanya, berdaya tahan dan keuntungan serta kecairan bank adalah kukuh, dan akses korporat kepada kredit kekal baik.

“Walaupun pertumbuhan harga perumahan sederhana, risiko wujud dalam pendedahan kepada gadai janji isi rumah dan sektor pembangunan hartanah. Bagaimanapun, impak mereka terhadap kestabilan kewangan makro dilihat terkawal.

“Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja wanita; meningkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran; meningkatkan latihan vokasional dan teknikal untuk mengurangkan ketidakpadanan kemahiran pasaran buruh; menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R & D); serta menambah baik infrastruktur awam,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

WeMalaysia wujud kesepakatan rakyat di seluruh negara – Muhammad Ali



KUALA LUMPUR: Keunikan WeMalaysia sebagai pergerakan antarabangsa yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana kepercayaan politik serta bersifat neutral merupakan kunci utama dalam menyatukan rakyat Malaysia semua kaum di seluruh dunia.

Presiden WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia juga memahami aspirasi negara dan mewujudkan kesepakatan menerusi kempen dan aktiviti yang dijalankan bagi memperkasakan semangat patriotisme di luar negara.

“WeMalaysia semakin dikenali dan mudah diterima ramai kerana falsafah yang dibawa oleh pertubuhan itu sendiri serta hasrat rakyat Malaysia yang menginginkan satu entiti yang tidak bersifat politik dan berperanan untuk menyatukan rakyat Malaysia di luar negara.

“WeMalaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah pun melalui fasa pengenalan dan peluasan. WeMalaysia kini berada di fasa pemantapan yang dijangka akan mengukuhkan lagi peranan dan suara WeMalaysia di platform sedia ada.

“Pelbagai program secara kerjasama telah dilaksanakan di setiap fasa dan berorientasikan aktiviti berasaskan pelajar seperti program meet and greet, forum, kerohanian, sukan antara universiti, kesukarelaan, program penghayatan nilai kemerdekaan dan pelbagai lagi,” katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Muhammad Ali berkata demikian di dalam Majlis Majlis Outreach dan Engagement di University of Adelaide dengan kerjasama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide.

Majlis Outreach dan Engagement WeMalaysia bersama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide itu diaturkan dan dikelola oleh Koordinator WeMalaysia Adelaide, Oscar Ong dan Noor Azrul Nordin.

BACA: Terima perubahan dasar Kerajaan dalam Bajet 2018 – WeMalaysia BACA: Hari Malaysia: Lebih 3,500 rakyat sertai Solidariti WeMalaysia 2017

Jelasnya, WeMalaysia tidak mewujudkan program sendiri namun bergerak melalui kerjasama bersama persatuan pelajar Malaysia.

“Ia bagi menjayakan aktiviti mempromosi sayang negara dengan memperkasa semangat patriotisme.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah beliau ada dipelawa untuk tampil dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan trend semasa memperlihatkan muka-muka baru sebagai calon, Muhammad Ali memberitahu.

“Bagi saya pertanyaan ini cukup besar ertinya. Saya menghormati pertanyaan yang dikemukakan dan bersifat terbuka. Keutamaan saya sekarang adalah menolong pelajar dan membantu menjayakan program persatuan.

“Sejak saya menerajui WeMalaysia melalui aktiviti pelajar di luar negara, banyak pengalaman telah saya tempuhi. Buat masa ini, saya lebih selesa mengemblengkan tenaga dan idea melaksanakan misi WeMalaysia dalam memupuk semangat patriotisme dan sayang negara secara berterusan.

“Saya berhasrat untuk memanfaatkan potensi kepimpinan menjurus kepada aktiviti pelajar berbanding bertanding.”

Soalan itu diajukan ekoran pengalaman kepimpinan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah pernah berada di Amerika Syarikat.

Justeru, penglibatan aktif beliau mewakili WeMalaysia bukan sahaja di Queensland, malah di Western Australia, Victoria, New South Wales, Australia Capital Territory dan kini di South Australia menyerlah pengaruhnya yang tersendiri.

Katanya lagi, bertandang ke Adelaide adalah sebahagian daripada usaha memenuhi fasa pemantapan WeMalaysia selain mengatur perancangan kolaborasi bersama persatuan pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide untuk tahun 2018.

Dalam pada itu, Penasihat Kedutaan yang juga penghubung antara WeMalaysia dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Faridah Hanum Husain menyifatkan WeMalaysia sebagai satu entiti yang unik.

“Ia amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, bukan sahaja di luar negara malahan di Malaysia juga.

“Hasrat dan peranan WeMalaysia dalam menyatukan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur, berbeza kaum dan agama serta pendapat politik amatlah dihargai dan disanjungi,” ujarnya.

Faridah turut berharap WeMalaysia akan terus maju dalam agendanya serta meluaskan peranannya tidak terhad di luar negara sahaja.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia di luar negara agar bijak membezakan cinta negara dengan cinta politik.

“Ia termasuk semua organisasi sama ada badan kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan pelajar di Australia seperti Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA), Malaysian Students Organization (MSO) serta lain-lain persatuan diaspora Malaysia di Australia.

“Semua harus terus memberikan sokongan dan kerjasama program-program kesepakatan dan semangat patriotisme Malaysia.

“Hal ini juga penting bagi memastikan hubungan pelajar dan golongan diaspora setiasa dekat dan mesra antara satu sama lain dalam membina perpaduan dan integrasi nasional,” katanya.

WeMalaysia merupakan satu gerakan terbuka yang digerakkan oleh pelajar Malaysia di luar negara.

Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).



Source link

read more

PRU-14: Senarai calon MCA Johor sudah dihantar – Politik


JOHOR BAHRU 16 Dis. – MCA Johor sudah menjalankan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan mengenal pasti semua calon yang akan dipertandingkan di negeri ini.



LIOW TIONG LAI

LIOW TIONG LAI

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, senarai calon MCA negeri bagi PRU-14 sudah dihantar kepada Perdana Menteri dan hanya menunggu pengumuman rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, antara calon yang dikenal pasti ialah Naib Presiden MCA Datuk Dr. Hou Kok Chung yang bertanding di Parlimen Tebrau dan Datuk Tan Cher Puk akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.

“Saya yakin Datuk Tan (Cher Puk) untuk sekali lagi tolong kita bagi menawan semula Johor Jaya kerana dia adalah calon yang paling layak.

“Biarpun tewas dahulu, beliau terus memberi perkhidmatan yang terbaik dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan pelbagai isu tempatan. Saya kagum dengan komitmen beliau yang memahami isu setempat di kawasan Johor Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis MCA Bersama Rakyat Tebrau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chih, Taman Desa Cemerlang di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ozil volley gives Arsenal 1-0 win over Newcastle



A blistering first-half volley by Mesut Ozil gave Arsenal a 1-0 home win over Newcastle United on Saturday and lifted them into the Premier League’s top four while it also piled more misery on the struggling Magpies.

The result lifted Arsenal to fourth place on 33 points from 18 games, one ahead of surprise package Burnley and five behind third-placed Chelsea, with Newcastle, on 15 points, plunging into a relegation scrap.

Germany midfielder Ozil unleashed an unstoppable shot past visiting goalkeeper Rob Elliot in the 23rd minute as Arsenal celebrated their 10th successive top-flight win over Newcastle, who have now taken one point from their last nine league games.

Alexis Sanchez had a shot blocked by a visiting defender and following an aerial duel, the ball fell kindly to Ozil who showed a touch of class to crash his effort into the top corner.

Arsenal’s first league win in four games pleased their manager Arsene Wenger, who singled out Ozil and talented 20-year old left back Ainsley Maitland-Niles, who produced another fine performance for the Gunners.

“Overall we deserved to win – we had plenty of chances,” Wenger told the BBC.

“Ozil’s goal was a gem, that was a great goal. Ainsley Maitland-Niles could have had a goal, he was sharp.

“The strange thing in our last games is that our displays have been good but we didn’t win. That’s why it’s important to win today.”

The dominant home side missed several chances in either half while the visitors came close against the run of play in the 56th minute, when Arsenal keeper Petr Cech parried a fierce low shot by Spanish striker Joselu.

Maitland-Niles nearly scored in the first half after a darting solo run, with Sanchez and Jack Wilshere also coming close before Joselu had another dangerous shot deflected wide at the other end.

“It was physically difficult today after three games in six days,” said Wenger.

“In the last 10 minutes we became edgy but overall, I feel we dominated.”



Source link

read more

Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin



PASIR PUTEH: Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama perlu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat di negara ini perlu bersatu padu dan melupakan seketika pertikaian perbezaan politik bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.

“Isu Palestin merupakan satu perkara yang besar kerana ia mencabuli perundangan antarabangsa sekali gus menyukarkan usaha perdamaian yang sedang diusahakan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi wartawan sambilan Berita Harian Pasir Puteh, Rokaid Chik di rumahnya di Selising di sini, hari ini.

Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan bersama-sama menghadiri perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra pada 22 Dis ini.

Perhimpunan selepas Solat Jumaat itu akan melibatkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.

— BERNAMA



Source link

read more