JKM dan Baitulmal perlu ambil kira kesusahan penduduk dalam bandar – Johari



KUALA LUMPUR: Syarat kelayakan bantuan kebajikan yang khusus kepada masyarakat bandar wajar dipertimbangkan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal perlu menilai semula ciri-ciri miskin bandar memandangkan kos sara hidup yang berbeza dengan masyarakat luar bandar.

“Bagi keluarga yang mempunyai isi pendapatan RM3,000, tetapi mempunyai anak 5 atau 6 orang dan menetap di bandar, mungkin berdepan dengan masalah.

“Jika di luar bandar, mungkin pendapatan itu sudah cukup selesa.

“Jika berdasarkan JKM atau Baitulmal, kriteria yang ditetapkan buat masa ini tidak membolehkan golongan dengan pendapatan itu mendapat bantuan,” kata Johari ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Sekolah, Program ‘Back To School’ TNB 2018 di Titiwangsa, hari ini.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan seperti JKM dan Baitulmal mewujudkan dua kriteria berbeza supaya membolehkan bantuan disalurkan kepada setiap rakyat.

“Sebagai wakil rakyat, saya mahu pastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang diberikan kerajaan.

“Walaupun kerajaan sudah menyediakan prasaranan seperti sekolah dan bantuan lain, mungkin ada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah.

“Jadi saya mahu bawa perkara ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya setiap keluarga yang tidak mampu boleh mendapat bantuan bulanan,” ujar beliau.

Johari turut meningatkan orang ramai yang mahu memohon bantuan untuk bersedia dengan pengesahan dokumen yang sudah ditetapkan, supaya permohonan berjalan lancar.



Source link

read more

Neves Pretty Ugly kahwin di usia 43 tahun



DENGAN sekali lafaz, vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves bergelar suami kepada wanita Noorliana Umar, 36.

Neves atau nama sebenarya Raizan Zainal Abidin, 43, selamat memperisterikan Noorliana pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau Damansara Perdana, pada Ahad.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Pada majlis itu, Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Penyatuan pasangan itu turut dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Foto/ Sumber: Mstar Online



Source link

read more

Pertandingan video pendek #muhibah bermula di Kedah – Nasional


ALOR SETAR 17 Dis. – Utusan Malaysia memulakan pertandingan video pendek bertemakan muhibah (#muhibah) untuk pelajar sekolah menengah di seluruh negara di negeri ini hari ini.

Pengurus dan Pengarang Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim berkata, program tersebut bertujuan memberikan maklumat lebih terperinci kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi menarik sekolah-sekolah di bawah pengurusan pihak tersebut.


“Pertandingan tersebut bermatlamat memupuk ukhwah dan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum selain memartabatkan serta meningkatkan penggunaan bahasa Malaysia.


“Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah seluruh negara dan akan berlangsung selama setahun dengan keseluruhan hadiah berjumlah RM48,000.00,” katanya ketika ditemui selepas program #muhibah di sini hari ini.


Yang turut hadir ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN, Rozaini Ahmad.


Wahid berkata, empat kategori akan dipilih setiap bulan berdasarkan empat kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah serta Sarawak yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. 


Beliau memberitahu, peserta perlu menghasilkan video pendek bertemakan muhibah tidak lebih dua minit dan menyediakan penerangan video tersebut dalam 50 hingga 100 patah perkataan.


“Pertandingan tersebut diharap dapat menerapkan semangat keharmonian melalui intipati atau konsep cerita yang akan diterjemahkan oleh pelajar di dalam video pendek itu.


“Ia juga sejajar dengan maksud ‘muhibah’ itu sendiri yang membawa maksud persahabatan dan kemesraan,” katanya.



Source link

read more

NUTP rallies support Cikgu Azizan who faces assault charges



KUALA LUMPUR: A teacher from Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak in Seremban, Negeri Sembilan, is facing charges for allegedly assaulting a student whom he claimed had sniffed glue and skipped schools regularly.

The teacher, only identified as “Cikgu Azizan” had attended his first court hearing on Oct 31 where he was charged under Section 323 of the Penal code which carries punishments for voluntarily causing hurt.

If convicted, Azizan could face a year’s jail or a fine up to RM2,000, or both.

In a statement last Friday, the National Union for Teachers and Parents (NUTP) had called on Malaysian teachers to lend support for Azizan who will be brought to court tomorrow.

“NUTP will provide legal support to defend Cikgu Azizan. At the same time, we urge all teachers in Malaysia to show their moral support by attending the court hearing on Dec 19 at 8.30am at the Seremban Magistrate Court,” the statement said.

According to the pendidik2u.my website, Azizan is known as a strict disciplinary teacher who handles tough cases involving juvenile delinquencies such as sniffing glue, bullying, violence and more.

An article on the website said the teacher did not expect that he would be charged under the said section.

During his hearing, Azizan pleaded not guilty and he was released under a RM500 bail. However, while awaiting bail, the teacher was allegedly placed in the same lock-up as 13 convicts facing serious offences. He was handcuffed with one who was facing a drug offence.

The charges brought against him were made over an incident where he apparently slapped a student whom he claimed was sniffing glue within school grounds and invited three other students to join him.

The student was alleged to have been involved in other disciplinary cases such as bullying, beating other students and skipping school by climbing over the school gate.

Yesterday, a local daily reported that more than 200 teachers are expected to attend the court hearing on Tuesday to show their support to Azizan.

NUTP Negeri Sembilan chairman, Abu Hurairah Suak said more than 100 teachers showed their support for Azizan when the charge documents were brought to the same court on Nov 27.

“Aside from teachers, Cikgu Azizan will receive support from Parents Teachers Associations (PTA) and mosque committee members.

“We believe that our support for him will lift up his spirits and I hope more teachers will participate and show support this coming Tuesday,” he said.



Source link

read more

Perancang perkahwinan dituduh tipu pelanggan di Johor



JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggannya hingga kerugian RM5,000 pada Mac lepas.

Bagaimanapun, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyariqah Saidon, 25, dengan menawarkan pakej perkahwinan murah hingga menyebabkan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM5,000 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada Mac lepas.

Zurina didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

Zurina, yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja membayar wang jaminan bagi kes lain selain sedang berusaha untuk menjual barangan perniagaan bagi melangsaikan hutang para pelanggannya.

Majistret Mohd Azlan Shah membenarkan Zurina dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 10 Januari depan.

Pada 20 November lepas, Zurina dituduh memperdayakan seorang wanita hingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 Sept lepas.



Source link

read more

Tindakan tepat batalkan IMAMS – Nasional


ALOR SETAR 17 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyanjung tinggi tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyatakan persetujuan supaya pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan serta merta.



SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sekiranya diteruskan, sistem tersebut dilihat hanya membebankan rakyat. 


“Pelaksanaannya dilihat terlalu terburu-buru dan tidak rasional. Apabila Perdana Menteri bersetuju dengan pembatalan tersebut, ini membuktikan yang beliau sentiasa peka serta menitikberatkan keadaan semasa dihadapi rakyat. 


“Dalam keadaan rakyat dibebani oleh kenaikan kos sara hidup dan faktor luar jangka yang lain, kami amat berharap supaya pelaksanaan sebarang sistem atau dasar akan mengambil kira kepentingan serta sensitiviti rakyat terlebih dulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Tambahnya, sekarang bukanlah masanya untuk mana-mana pihak menambah beban rakyat dengan setiap insiatif yang mahu diambil perlu dinilai baik buruknya secara teliti. 


“Alasan kononnya inisiatif ini dapat menambah perbendaharaan kerajaan adalah sesuatu yang tidak setimpal dengan beban tambahan kepada jemaah umrah. Reaksi rakyat sudah boleh menjadi kayu ukur kepada usaha yang semberono dan membuta tuli seperti ini. 


“Kami percaya bahawa inisiatif ini menampakkan kelemahan sistem nilaan perolehan kementerian berkaitan. Sepatutnya pihak kementerian mengambil kira impak politik dan dalam masa sama mengkaji beban kewangan dihadapi rakyat secara keseluruhan,” katanya. 


Beliau menegaskan, pihaknya konsisten dalam menolak sebarang usaha menambah beban rakyat melalui khidmat yang belum jelas atau bersifat ‘atas angin’. 


“Jika pemantauan menjadi isu, langkah memperkenalkan lesen khas kepada syarikat pengendali pakej umrah sudah memadai dengan sebarang penambah baikan sistem secara belakang tabir (back end system) wajar dilihat semula supaya tidak membebankan jemaah,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Batal IMAMS Semua pihak perlu ambil pengajaran – Johari



KUALA LUMPUR: Isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan perlu diambil pengajaran oleh semua pihak agar perkara itu tidak berulang di masa depan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, apa sahaja perkara yang melibatkan kepentingan rakyat perlu diberi perhatian agar golongan itu tidak tersinggung.

“Kita perlu ambil pengajaran daripada semua ini, kerana rakyat sekarang sangat sensitif.

“Walaupun kita lihat kos RM40, RM50 atau RM60 dilihat seperti jumlah yang kecil tetapi untuk orang awam, ia adalah jumlah yang besar.

“Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong keputusan pembatalan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan di bawah program ‘Back To School’ oleh Tenaga Nasional Berhad di sini, pada Ahad.

BACA: Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat – Najib

BACA: Isu IMAMS: Bagaimana individu yang tak pernah tunai umrah jadi CEO? – TPM Zahid

BACA: Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam – Nazri Aziz

BACA: Isu IMAMS: ‘Biarlah Tabung Haji yang uruskan’ – PPIM

BACA: Demi Allah! Kementerian hanya buat untuk kebajikan jemaah – Mas Ermieyati

BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan

BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS



Source link

read more

Kumpulan lelaki bersenjata tahan bas ekspres di Yala dan membakarnya



YALA: Sekumpulan lelaki lengkap bersenjata menahan sebuah bas ekspres dua tingkat di daerah Benang Setar, wilayah Yala di selatan Thailand dan bertindak membakarnya.

Ketua Polis Daerah Benang Setar Kol Mustafa Manit berkata, kumpulan lelaki terbabit sebelum itu mengarahkan 11 penumpang bas terbabit termasuk pemandunya meninggalkan kenderaan itu sebelum membakarnya.

“Lelaki itu turut menabur paku di jalan raya serta membakar tayar dan menebang pokok bagi menghalang bantuan pihak keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini dan menambah, kira-kira 10 lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku pada pada Ahad.

Menurutnya, bas ekspres terbabit sedang dalam perjalanan dari Betong ke Yala.

Berikutan kejadian itu, pihak polis kata Mustafa terpaksa menutup jalan raya itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku terhadap pengguna jalan raya yang lain.

— BERNAMA



Source link

read more

Tidak pernah terfikir berhenti berlakon- Neelofa – Hiburan


KUALA LUMPUR 17 Dis.- Pelakon dan pengacara popular, Neelofa tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sejak menceburi bidang tersebut hampir tujuh tahun lalu.

Jelas usahawan berjaya ini, berikutan komitmen yang tinggi menerusi pelbagai pernigaaan dan pelantikannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd., dia cuma mahu melabuhkan sauh lakonannya untuk seketika sahaja.


“Kalau kata terus berhenti berlakon itu tidak mungkin sama sekali. Saya sayangkan dunia lakonan dan peminat-peminat yang selama ini tidak pernah lelah menyokong saya.


“Mungkin akan dikurangkan sedikit berikutan komitmen tetapi itu tidak bermakna saya terus menyepi. Sibuk itu bagaikan sudah sebati dalam hidup saya.


“Lagipun, masih banyak ilmu lakonan yang saya perlu belajar. Saya mahu mencuba pelbagai watak dan terus mewarnai dunia lakonan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kanak-kanak bekas penghidap sakit jantung tawan Gunung Santubong



KUCHING: Tiga tahun lalu kanak-kanak ini menjalani pembedahan untuk merawat penyakit jantung berlubang yang dihidapinya dan bulan lepas Siti Nur Intan Hidayah Azhar, 9, membuktikan bergelar bekas pesakit jantung bukan halangan untuknya melakukan aktiviti lasak.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sungai Gau, Temerloh, Pahang itu boleh berbangga kerana menjadi antara pendaki yang menawan Gunung Santubong di sini yang terkenal dalam kalangan peminat sukan tersebut sebagai antara gunung yang mencabar.

Ditemani ibu bapanya Azhar Ahmad, 49, dan Siti Hawa Abdul Latiff, 45, anak bongsu daripada lima beradik itu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menguasai gunung berketinggian 810 meter dari aras laut tersebut.

“Ayah dan ibu membawa saya mengikuti misi pendakian ini setelah doktor yang merawat saya di Institut Jantung Negara mengesahkan saya boleh melakukan aktiviti lasak,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya pendakian itu adalah yang pertama baginya dan dilakukan tanpa persediaan rapi.

Siti Nur Intan Hidayah adalah antara 28 peserta dari Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang yang mengikuti misi pendakian ke gunung legenda itu baru-baru ini serta merupakan satu-satunya pendaki kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan.

Menceritakan pengalamannya semasa sampai ke puncak, Siti Nur Intan Hidayah berkata ia satu pengalaman yang sukar dilupakan terutama apabila terpaksa memanjat tangga tali pada dinding batu menegak.

“Saya menangis apabila berjaya sampai di puncak kerana tidak menyangka mampu berbuat demikian. Saya hampir berputus asa kerana terasa sangat penat, namun atas sokongan dan bantuan peserta lain, saya kuatkan semangat untuk terus mendaki,” katanya yang berhasrat meneruskan kegiatan itu.

Terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Kuching, Gunung Santubong merupakan antara destinasi popular dan wajib bagi pendaki.

Ini kerana walaupun ketinggiannya hanya 810 meter, pendaki perlu berdepan dengan trek yang mencabar termasuk memanjat tangga tali dalam keadaan menegak serta mampu menimbulkan rasa gayat bagi yang lemah semangat.

“Gunung Santubong ini memang lebih rendah berbanding gunung-gunung lain di Semenanjung Malaysia namun keadaan pendakian yang mencabar menuntut kekuatan mental dan fizikal yang tinggi,” kata ketua misi pendakian itu Mohd Faizal Muda.

Ini kerana katanya selain mendaki dalam keadaan menegak, kedudukan satu anak tangga dengan anak tangga lain yang berjarak dua hingga tiga kaki menuntut kekuatan fizikal pendaki.

Bagaimanapun katanya pemandangan indah di puncak gunung itu merupakan ganjaran yang sukar diperoleh di tempat lain menjadikan Gunung Santubong tumpuan peminat aktiviti lasak tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more