Bashar al-Assad sifatkan militia yang disokong Amerika sebagai pengkhianat



BEIRUT: Presiden Syria Bashar al-Assad pada Isnin menyifatkan kumpulan militia yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) di timur Syria sebagai ‘pengkhianat’, menurut kenyataan pejabat rasmi yang disiarkan secara atas talian.

Bashar berkata, dia juga mengalu-alukan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pilihan raya Syria selagi ia seiring dengan kedaulatan Syria.

Kenyataan itu diperoleh daripada hasil pertemuan Bashar dengan Timbalan Perdana Menteri Syria Dmitry Rogozin du pangkalan Hmeimim.

Sebuah gabungan antarabangsa yang dipimpin AS bagi menentang Daish telah memberi sokongan ketenteraan kepada Angkatan Demokratik Syria (SDF), iaitu sekutu militia Kurdish dan Arab yang kini menguasai hampir suku daripada Syria.

Bashar sebelum ini telah berikrar untuk menawan kembali keseluruhan Syria.

Sementara itu, Rogozin yang ditemui selepas pertemuan dengan Bashar berkata, Rusia akan menjadi satu-satunya negara yang akan mengambil bahagian dalam pembangunan semula infrastruktur tenaga Syria.



Source link

read more

226 pelajar terima bantuan awal persekolahan – Nasional


SEREMBAN 18 Dis. – Seramai 226 pelajar sekolah daripada 104 keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan awal persekolahan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), di sini hari ini.

Para penerima berkenaan adalah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Paroi.

Mereka menerima baju sekolah, kasut dan stokin serta wang tunai RM250 bagi pelajar sekolah menengah dan RM200 bagi sekolah rendah.

Majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi MAINS di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini,

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Mohd. Redza; ADUN Paroi, Mohd. Ghazali Wahid dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.

Sempena majlis itu, seramai 104 penerima bantuan dalam kariah masjid berkenaan turut menerima sumbangan masing-masing sebanyak RM200.

Mohamad dalam ucapannya pada majlis itu berkata, keupayaan MAINS menyalurkan bantuan seperti itu adalah hasil daripada pengurusan kewangan yang baik oleh badan berkenaan.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu, MAINS melalui Pusat Zakat Negeri Sembilan telah mencatatkan prestasi yang baik dalam kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.

“Pengurusan yang baik ini telah meningkatkan keyakinan dalam kalangan umat Islam untuk menunaikan tanggung jawab masing-masing.

“Malah ada dalam kalangan pembayar zakat ini datang dari negeri lain kerana mereka yakin dengan sistem pengurusan zakat di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Persatuan pertubuhan dibatal jika gagal patuhi perlembagaan – TPM Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR: Persatuan atau pertubuhan berdaftar yang melakukan aktiviti yang melangkaui perlembagaan pertubuhan berkenaan atau melanggar undang-undang sedia ada akan dibatalkan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan yang dilakukan RoS itu bertujuan bagi memastikan semua pertubuhan bergerak selaras dengan objektif penubuhan serta perlembagaan.

“Antara tugas RoS ialah menjalankan saringan yang teliti semasa peringkat pemprosesan pendaftaran pertubuhan. Semua persatuan dan pertubuhan tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Justeru, sekiranya terdapat aduan terhadap pertubuhan yang tidak mengikut perlembagaan pertubuhan, maka RoS akan melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan pembatalan di bawah Seksyen 13 di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Khairul Azwan Harun mengenai langkah lebih berkesan oleh agensi perundangan untuk mengambil tindakan terhadap persatuan seperti persatuan pengguna yang menjangkau batas perundangan yang dibenarkan.

Ahmad Zahid berkata terdapat 262 buah persatuan pengguna yang telah didaftarkan di bawah RoS sehingga 15 Disember lepas, daripada jumlah itu sebanyak 158 persatuan adalah aktif manakala 104 persatuan pengguna dibatalkan.

Sehubungan itu, beliau berkata mesyuarat penyelarasan peringkat tertinggi akan diadakan pada waktu terdekat ini yang akan dipengerusikan beliau sendiri, bagi menyelaras semua pertubuhan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan semua NGO yang berdaftar melalui RoS di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

“Langkah penyelarasan ini perlu dilakukan segera bagi memantau NGO berkenaan dan sebagai jalan penyelesaian dalam menangani masalah dalam pertubuhan tersebut,” katanya.

Ahmad Zahid berkata penyelarasan itu harus dilaksanakan berikutan wujudnya beberapa NGO kononnya memperjuangkan sesuatu isu tetapi sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang tidak mengikut akta pertubuhan masing-masing.

— BERNAMA



Source link

read more

Serangan pengebom bunuh diri mengorbankan 2 orang di Helmand Afghanistan



AFGHANISTAN: Tindakan pengebom bunuh diri menyebabkan dua orang terkorban sementara 29 yang lain cedera termasuk orang awam di Wilayah Selatan Helmand, di Afghanistan.

Menurut jurucakap polis wilayah itu, Abdul Salam Afghan, suspek dipercayai merempuh sekumpulan polis yang sedang bertugas.

Sementara itu, salah seorang saksi kejadian memberitahu, dia ada terdengar letupan kuat terbabit dan mendapati adik, anak dan pekerjanya antara yang tercedera.

Dia dengan pantas membawa kesemua mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setakat ini masih belum ada individu atau pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.



Source link

read more

Sukatan teknologi hijau menjelang 2020 – Nasional


PUTRAJAYA 18 Dis. – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan melaksanakan sukatan teknologi hijau dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sepenuhnya menjelang tahun 2020 sebagai usaha menyemai kesedaran dan memupuk gaya hidup hijau dalam kalangan pelajar.



Maximus Johnity Ongkili

MAXIMUS ONGKILI

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, KeTTHA melalui Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Pendidikan akan menyemak semula isi kandungan kurikulum berkaitan teknologi hijau.

Beliau berkata, modul kurikulum teknologi hijau akan dimasukkan dalam mata pelajaran seperti Sains, Kimia, Biologi dan Fizik.

“Ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020. Saya telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya ia boleh mula dijalankan pada tahun depan untuk melatih guru-guru yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu KeTTHA, di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 1,700 guru akan dilatih secara khusus untuk memastikan tenaga pengajar adalah mencukupi dalam proses pengajaran.

Sementara itu, Ongkili berkata, YaHijau akan melaksanakan program kadet sukarelawan dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah dan universiti sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan amalan dan gaya hidup hijau.

“Sukarelawan ini akan bertindak sebagai promoter untuk amalan gaya hidup hijau dan penjagaan alam sekitar secara berterusan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

YaHijau ditubuhkan untuk memberi pendidikan, kesedaran dan menggalakkan penyertaan orang ramai khususnya masyarakat di peringkat akar umbi dan badan korporat berhubung aplikasi teknologi hijau dan pembudayaan amalan hidup hijau.

Ia juga berperanan mempromosi serta meningkatkan kefahaman, pendedahan dan penghargaan serta minat dalam memperkasakan gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat akar umbi termasuk pelajar universiti dan sekolah. – BERNAMA



Source link

read more

Ferrari could walk out of F1 warns Marchionne



MARANELLO: Ferrari could lead other Formula One teams into an alternative championship if the sport becomes too much like the U.S.-based NASCAR series but hope it does not come to that, chairman Sergio Marchionne has said.

Speaking to reporters at the Italian team’s pre-Christmas lunch in Maranello on Monday (December 18), the Fiat Chrysler chief executive said his previous threats to take Ferrari out of the sport after 2020 should not be taken lightly.

There have been similar threats in the past from Ferrari, before Marchionne’s time, without any of them coming to anything.

He also announced a Feb. 22 launch date for the team’s 2018 car and said Ferrari should be challenging for the title after finishing runners-up to Mercedes this year.



Source link

read more

Cari pintu tersembunyi dapat dua juta mata ganjaran BIG AirAsia



KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang memenangi lebih dua juta mata ganjaran BIG dalam kempen “Pintu Terbuka AirAsia mulai hari ini sehingga 14 Januari 2018”.

Dilancar sempena sambutan ulang tahun keenam syarikat penerbangan kos rendah tersebut, AirAsia berkata, kempen berkenaan adalah kisah ia membuka pintu selama lebih sedekad bagi membolehkan pengembara menikmati destinasi yang belum diteroka di rantau ini dan juga rantau lain.

“AirAsia mencabar orang ramai dalam satu pengaktifan unik untuk mencari 16 pintu tersembunyi di Malaysia, mengambil gambar mereka dengan pintu tersebut, memuat naiknya di Instagram dengan hashtag yang diberikan untuk mendapatkan mata dan berpeluang untuk memenangi dua juta Mata Ganjaran BIG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mata ganjaran BIG yang diperoleh boleh ditebus untuk penerbangan AirAsia.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata, syarikat itu memulakan operasi dengan hanya dua pesawat dan kini memiliki lebih 200 pesawat dan menerbangkan lebih 400 juta penumpang.

“Kami bangga dapat berkhimat ke lebih 130 destinasi, termasuk tempat yang kurang dikunjungi tetapi menjadi impian ramai orang,” tambahnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Taeyang umum kahwin Min Hyo Rin Februari depan



ANGGOTA kumpulan BIGBANG, Taeyang mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Min Hyo Rin.

Berita gembira itu dikongsi oleh Taeyang menerusi akan Instagram (IG)nya sebentar tadi.

Taeyang juga turut memuat naik foto bersama dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang pelakon.

“Hello semua, ini adalah Taeyang. Hari ini saya ingin berkongsi satu berita gembira dan istimewa dalam hidup saya kepada kamu semua.

“Saya telah membuat keputusan untuk menghabiskan hidup saya bersama Min Hyo Rin, seorang wanita yang sentiasa berada di sisi tidak kira susah atau senang sejak empat tahun lalu.

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menganggap saya seperti keluarga.

“Kepada semua anggota BIGBANG, YG Family dan mereka yang saya pernah bertemu serta bekerja bersama, saya ingin ucapkan terima kasih.

“Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan dan restu kepada kami berdua,” tulisnya.

Dalam pada itu, agensinya, YG Entertaiment juga  mengesahkan pasangan itu akan berkahwin pada February depan.

“Benar, Taeyang dan Min Hyo Rin akan berkahwin pada Februari depan.

“Mereka akan berkahwin sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.

“Majlis tidak akan berlangsung secara besar-besaran dan pasangan ini memilih untuk berkahwin secara sederhana,” katanya.

Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2013 ketika menjalani rakaman video muzik.

Foto: Instagram @_youngbae_
Sumber: Soompi / Allkpop



Source link

read more

Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson tidak lagi bergelap



ATLANTA: Lapangan terbang paling sibuk di dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta kembali pulih seperti biasa.

Menurut laporan, bekalan kuasa yang terputus secara tiba-tiba berpunca daripada kebakaran di sebuah tempat elektrik bawah tanah.

Hal terbabit dimaklumkan Syarikat Perbekalan Awam, Georgia Power selepas pihaknya melakukan siasatan.

Lebih seribu penerbangan terpaksa ditangguh dan ada yang dibatalkan menyebabkan ribuan penumpang terkandas.

Syarikat Penerbangan Delta Air Lines, hab terbesar di Atlanta antara yang terkesan.

Pihaknya terpaksa membatalkan hampir 900 penerbangan pada hari kejadian sementara 300 lagi penerbangan pada Isnin.



Source link

read more

Gavin Pemain Terbaik Jelajah Asia – Golf


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pemain golf No. 1 Malaysia, Gavin Kyle Green melengkapkan musim 2017 yang menakjubkan dengan dinobat sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017 dalam Malam Anugerah jelajah berkenaan selepas tamatnya Indonesia Masters di Jakarta, malam tadi.

Gavin, yang mencecah usia 24 tahun pada 28 Disember ini meraih pengiktirafan itu melalui proses pengundian oleh rakan pesaingnya selepas mencatat musim cemerlang dengan meraih gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, selain tiga kali menduduki tempat kedua pada Terbuka India, Yeangder Heritage di Taiwan dan Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selatan.

Pemain golf terkemuka negara itu meraih musim yang cemerlang apabila muncul pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia, sejak Jelajah Asia ditubuhkan pada 2004.

“Ini satu lagi pencapaian dalam karier saya, dan saya akan terus berusaha keras dan meraih lebih banyak kejayaan,” kata Gavin seperti dipetik dalam laman sesawang Jelajah Asia, www.asiantour.com.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain Jelajah Asia yang mengundi saya. Ini adalah kemuncak kejayaan saya musim ini dan ia satu pengiktirafan yang akan saya ingati selama bertahun-tahun akan datang,” katanya.

Lebih manis lagi, beliau juga meraih kategori pukulan paling jauh selepas mencatat purata 287 meter pukulan tee-off.

Pemain muda Amerika Syarikat, Micah Lauren Shin pula menerima anugerah Pemain Muda Terbaik, manakala Terbuka Singapura SMBC dan venue kejohanan berkenaan, Kelab Golf Sentosa, masing-masing memenangi anugerah Kejohanan Golf Terbaik dan Lapangan Golf Terbaik.

Terbuka Shinhan Donghae pula menerima anugerah Penglibatan Penyokong Terbaik buat kali kedua berturut-turut sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif digital dan aktiviti disediakan kepada peminat.

Pemain Amerika Syarikat, Paul Peterson pula meraih anugerah purata pukulan ‘stroke’ terbaik manakala pemain Vietnam, Michael Tran memenangi gelaran ‘Greens in Regulation’ terbaik. – BERNAMA



Source link

read more