Lelaki cedera dipukul geng tunang



JOHOR BAHRU: Seorang pemuda cedera pada kepala dan beberapa bahagian anggota badan akibat dipukul 10 lelaki ketika ingin berjumpa dengan tunangnya dalam kejadian di sebuah restoran di Pekan Layang-Layang, Kluang, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu mangsa yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun tiba-tiba ditolak dan dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali sebaik menghampiri tunangnya.

Berikutan itu, mangsa yang cedera telah membuat laporan polis di balai berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia dipercayai berlaku ekoran tindakan mangsa yang memalukan tunangnya dalam laman Facebook dengan mengatakan tunangnya ada berhutang dengannya.

Dalam masa sama, tunang mangsa pula dikatakan ada ‘orang’ (teman lelaki) baharu yang tidak berpuas hati apabila mangsa mengganggu teman wanitanya dengan cara memberi mesej dalam aplikasi WhatsApp dan Facebook.

“Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi. — Bernama



Source link

read more

Saya tiada hubungan dengan Sajat Aliff Syukri jawab tuduhan liar



USAHAWAN kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan tuduhan liar yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan pengasas produk Let’s Cantik, Nur Sajat.

Semuanya kerana isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak mengikuti rombongan Aliff ke Sepanyol.

“Tuduhan yang mendakwa saya ada hubungan dengan Sajat adalah satu perkara yang tidak berasas. Ada khabar nakal yang mendakwa saya sengaja tak mahu membawa Shahida ke Sepanyol.

“Isteri saya tidak mengikuti rombongan kami ke sana kerana dia sedang hamil tiga bulan. Dia tidak selesa untuk menaiki penerbangan selama 20 jam dan risau akan kesihatan dirinya,” kata Aliff yang ditemui di majlis pelancaran single Abang Nak Tegur pada Selasa.

BACA: Muzik video ‘Abang Nak Tegur’dapat ‘dislike’ tertinggi di YouTube

Aliff terbang ke Sepanyol bersama Sajat, pembantu peribadi masing-masing serta krew produksi lain seperti Edry Abdul Halim dan Lisa Surihani untuk merakamkan muzik video lagu terbaru Aliff dan Sajat yang berjudul Abang Nak Tegur.

Semenjak dilancarkan pada hujung bulan lalu, video lirik lagu tersebut yang dimuat naik di laman YouTube mendapat jumlah ‘dislike’ hampir 330,000 pengguna.

Biarpun dikritik, video lirik itu berjaya mendapat lebih 3.7 juta tontonan.

“Pada awalnya saya risau dan rasa sedikit tertekan, tetapi saya biarkan sahaja perasaan itu dan tidak mahu memikirkan mengenai tekanan.

“Ramai ‘dislike’ tetapi tontonan masih banyak. Pihak KRU juga melancarkan Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan suara nyanyian isteri saya.

“Alhamdulillah, selepas enam hari dimuat naik, lagu itu mendapat lebih 2.7 juta tontonan di laman YouTube. Ia satu perkembangan positif,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Nahas kereta api Amtrak Gerabak bergerak melebihi dua kali ganda had laju



DUPONT: Pihak keselamatan Amerika Syarikat telah memulakan operasi mengalihkan kereta api penumpang Amtrak yang tergelincir dan terjatuh di atas beberapa buah kenderaan di lebuh raya Interstate 5 pada Isnin di Tacoma, Washington.

Dua trak bersaiz besar digunakan dalam operasi tersebut yang sedikit terjejas kibat cuaca buruk yang melanda.

Hasil siasatan awal mendapati, kereta api terbabit bergerak pada kelajuan 80 kilometer sejam, melebihi dua kali ganda had laju yang ditetapkan.

Menurut ahli lembaga keselamatan pengangkutan negara itu, kelajuan yang dibenarkan cuma 30 kilometer sejam.

Rekod rasmi mangsa yang terkorban dicatatkan adalah tiga.

Amtrak mengesahkan kejadian membabitkan kereta api 501 yang sedang dalam perjalanan dari Seattle ke Portland, Oregon.



Source link

read more

Tengku Khalidah kekal sebagai Presiden Wham – Hiburan


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin terus diberi kepercayaan bagi menerajui Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) selaku presiden dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) 2017 yang diadakan hari ini.

Selain jawatan tersebut, tiga lagi kerusi kepimpinan tertinggi turut dikekalkan dengan undian sebulat suara yang diadakan di Suke Sucre Bistro, Cheras, di sini.

Sementara itu, Pengarang Hiburan mStar Online, Mohd. Nizam Abdullah dipilih sebagai Timbalan Presiden, Penolong Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Nor Asikin Hassan pula dilantik sebagai Setiausaha di samping wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd. Tahir selaku Penolong Setiausaha.

Dalam pada itu, Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamsul Azree Samsir menyandang jawatan sebagai Ketua Biro Penerangan, manakala bagi jawatan Bendahari kekal disandang oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Harian).

Enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Wham pula disandang oleh Hanisah Selamat (Berita Harian), Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia), Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro), Farol Hadi Mustafa Kamil (Insta Online), Fairoz Azizan (Berita Harian) dan Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!).

Turut dilantik, Pengarang Kanan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Noor Joha Ahmad dan Pengarang UKSB, Rosli Manah sebagai juruaudit persatuan berkenaan.

Pada masa yang sama, para ahli juga bersetuju agar satu bentuk tindakan diambil terhadap sesuatu isu yang boleh menjatuhkan dunia kewartawanan hiburan negara. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

12 cedera bas kilang bertembung lori muatan besi buruk



SEBERANG PERAI:

Seorang pemandu bas patah peha manakala 11 pekerja kilang cedera ringgan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan lori membawa muatan besi di Kawasan Perindustrian Perai 6, Pulau Pinang pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, bas  yang membawa pekerja wanita itu dalam perjalanan menghantar pekerja kilang di Perai sebelum dirempuh lori berkenaan yang dikatakan secara tiba- tiba keluar dari simpang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata  rempuhan itu menyebabkan bas terseret ke kanan jalan sebelum melanggar  penghadang jalan.

Akibat kejadian itu, pemandu bas berusia 52 tahun telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat manakala 11 penumpang yang lain mengalami kecederaan ringgan.

Pemandu treler berusia 29 tahun dilaporkan tidak cedera.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital Seberang Jaya, untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

Arab Saudi pintas peluru berpandu sasarkan Riyadh oleh pemberontak Houthi



SANAA: Tentera pakatan diketuai Arab Saudi yang menentang pemberontak Houthi di Yaman mendakwa berjaya memintas peluru berpandu yang disasarkan ke Riyadh.

Peluru berpandu tersebut dipercayai disasarkan ke Istana Yamama milik keluarga diraja di ibu negara berkenaan.

Istana itu menjadi lokasi pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud mempengerusikan mesyuarat kerajaan dan menerima kunjungan rasmi ketua negara dari seluruh dunia.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu yang berjaya memasuki ruang udara Riyadh.

Stesen televisyen milik pemberontak Houthi mendakwa peluru berpandu berkenaan merupakan satu serangan dan rejim Arab Saudi yang bekerjasama dengan Israel serta Amerika Syarikat kini berada dalam lingkungan serangan mereka.

“Selepas peperangan yang berlanjutan selama 1,000 hari, peluru berpandu kami (pemberontak Houthi) kini mampu sampai ke kubu kuat Riyadh, termasuk istana pemerintah, yang menjadi simbol pemerintahan mereka,” kata ketua pemberontak Abdul Malik al-Houthi dalam satu siaran televisyen.

Awal bulan ini, pemberontak Houthi mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah loji nuklear yang masih dalam pembinaan di Emiriah Arab Bersatu, UAE.

UAE bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Perang menentang pemberontak Houthi yang diketuai Arab Saudi sudah berlanjutan sejak Mac 2015.

Pemberontak juga membunuh bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, selepas beliau memeterai perjanjian dengan pakatan Arab Saudi.

Perang di Yaman sudah mengorbankan lebih 10,000 penduduk awam dan menyebabkan jutaan penduduknya kini di ambang krisis kemanusiaan.



Source link

read more

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Tian Chua – Mahkamah


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua selepas gagal untuk menghadirkan diri tanpa sebarang alasan kukuh pada pengurusan kes rayuannya membabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.

Pada 28 September tahun lalu, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di no. 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan (Akta 15) dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak



PUTRAJAYA: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menangkap dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam insiden serang dan bunuh di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mangsa yang maut dalam kes itu mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah dikenal pasti.

“Tapi tidak payahlah saya komen (tentang kes jenayah lampau) orang yang sudah meninggal,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kes itu selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ke-25 di sini, hari ini.

Beliau berkata polis melihat insiden itu sebagai perkara yang serius dan boleh menjejaskan imej negara kalau tidak ditangani dengan sebaik mungkin.

Noor Rashid berkata antara maklumat yang diterima mengenai kes tersebut ialah mereka berkaitan terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang dan ada kemungkinan berlaku perebutan kawasan.

Pada Ahad, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan empat lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di Johor Bahru.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Erdogan bawa resolusi desak AS tarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis ke UNGA



ISTANBUL: Turki akan membawa resolusi untuk menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Presidennya Recep Tayyip Erdogan berkata sokongan dua pertiga di Perhimpunan Agung memberi isyarat bahawa keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan ditolak.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.

BACA: AS veto draf resolusi PBB berkaitan Baitulmaqdis

Tiada negara yang memegang kuasa veto dalam perhimpunan berkenaan, tidak seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang menyaksikan Britain, China, Perancis, Russia dan AS mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang resolusi.

Resolusi untuk mendesak AS menarik semula pengiktirafan tersebut di UNSC dikemukakan oleh Mesir. 

Namun, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi walaupun 14 negara lain menyokong resolusi tersebut.



Source link

read more

Diskaun tol di KLK, LPT 1 sempena Krismas – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Semua pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan menikmati diskaun tol 10 peratus sempena cuti perayaan Krismas pada Isnin depan.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun tol bagi pengguna ke­dua-dua lebuh raya terbabit ditawarkan selama 24 jam bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

Jelasnya, inisiatif itu sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menghargai semua pengguna.

“Selain itu, Anih Berhad turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti perayaan Hari Natal.

“TTA ini disediakan bagi membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada sesuatu masa yang sama di plaza tol pada waktu puncak, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons