Trauma periuk maut salah langkah nyawa melayang


PHNOM PENH: Lelaki kudung kaki, wanita wajah tidak sempurna, warga emas buta mata dan anak-anak hilang tangan antara pemandangan biasa di Kemboja.

Bukan salah mereka dilahirkan cacat, tetapi kebanyakannya bertukar menjadi sedemikian akibat periuk api, senjata zaman perang komunis dan pasca perang tahun 1970-an.

Mengimbau apa yang berlaku kepadanya, Loah Nimul, berkata, kalau masa boleh diundur, beliau berharap langkah diatur lima tahun lalu tidak tersilap, atau dimulakan dengan kaki tangan.

“Kerana silap langkah, kaki saya hilang, duduk di hospital lebih dua bulan, suami juga tinggalkan saya ketika itu,”’ ujar Nimul yang ditemui di Pusat Pemulihan Fizikal Battambang, Kemboja.

Loah Nimul hilang kaki akibat tersilap pijak periuk api di Kemboja.- Foto Astro AWANI / Azlinariah Abdullah
BACA: Legasi perang 6 juta periuk api di Kemboja

Kata Nimul, semasa kejadian, beliau dan kakak serta adiknya mencari kayu di hutan yang agak jauh daripada kawasan rumahnya.

“Apabila letak kaki sebelah kanan di atas tanah, terdengar bunyi kuat, kemudian dunia saya gelap, apa yang berlaku selepas itu, saya cuma ingat berada di hospital.

“Hari-hari berikutnya, saya hanya mengenangkan nasib diri yang miskin, tiada apa-apa, cacat anggota kaki, bagaimana mahu kerja beri nafkah kepada adik-adik,” ceritanya lagi.


 

Lain pula cerita Ngor Chreb, kini 42 tahun, yang terlibat dalam kemalangan selepas lari daripada gugusan bom dijatuhkan dalam usaha mengusir komunis selepas rejim Pol Pot dijatuhkan pada 1979.

“Sedang lari, saya dilanggar pula motosikal yang laju, saya gagahi bangun dan cuba panjat pokok. Namun malangnya, saya terjatuh pula. Akibatnya, saya lumpuh di bahagian belakang. Kaki saya juga hancur terkena serpihan bom.

“Saya tidak salahkan motosikal atau pokok, tetapi kerana takut dengan bom, ini semua terjadi,” ujar ibu kepada dua orang anak ini.

Seperti Nimul, Chreb juga penghuni di Pusat Pemulihan Fizikal Battambang.

Kawasan kampung di Battambang ini diwarta penuh dengan periuk api, tetapi penduduk kampung terus menetap bagi tujuan untuk berlindung dan mencari rezeki. - Foto Astro AWANI / Azlinariah Abdullah
Bagi Eng-Savvy, geram beliau kepada periuk api dan senjata pembunuh lain mendorongnya bertugas dalam agensi memadamkan periuk api, Pusat Bertindak Periuk Api Kemboja atau C-MAC.

“Dalam tahun 1970-an, masa paling sukar. Sekolah saya di kawasan Kampung Thom, banyak ditanam periuk api ditanam. Bukan sahaja sekolah, gereja juga dipenuhi periuk api. Selama ini, saya terselamat, tetapi saya menyaksikan rakan sekolah saya maut kerana terpijak periuk api. Salah seorang dalam keluarga saya juga sengsara hingga kini kesan tepijak periuk api.

“Disebabkan itu juga, saya berusaha dan berikrar untuk membasmi habis-habisan senjata pembunuh ini. Walaupun perang sudah tamat, kami masih lagi berperang membersihkan saki-baki periuk api ini,” kata Savvy.

C-MAC bekerjasama dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam usahanya membersihkan periuk api, senjata tidak meletup dan bahan tinggalan perang lain di Kemboja.
 Mangsa-mangsa periuk api merenung nasib mengimbau trauma akibat menjadi mangsa periuk api, bom dan senjata pembunuh yang lain di Kemboja. - Foto Astro AWANI / Azlinariah Abdullah
Kepada Pengarah Program Pusat Pemulihan Fizikal ICRC Kemboja, Philip Morgan, individu yang datang bersama kaki hancur, perut terburai dan bermandi darah seluruh anggota badan merupakan antara kes biasa ditanganinya sejak 20 tahun lalu.

“Pesakit tidak terus ke hospital kerana lokasinya agak jauh dan padat. Mereka kebiasaannya datang ke pusat ini terlebih dahulu untuk mencuci luka dan mendapatkan nasihat. Hanya selepas itu mereka membuat susulan di hospital dan kemudiannya membuat susulan lanjut di pusat pemulihan,” kata Morgan.

ICRC membangunkan dua pemulihan fizikal mangsa perang di Kemboja iaitu di wilayah Battambang dan Kampung Speu di Phnom Penh. 

Petugas C-MAC giat membersihkan periuk api di kawasan yang diwartakan memiliki bahan membunuh itu di Battambang, Kemboja. - Foto Astro AWANI / Azlinariah Abdullah Di pusat ini, bantuan seperti latihan vokasional, rawatan percuma dan bantuan kewangan diberikan kepada mangsa periuk api ketika peperangan.

Ketua Misi ICRC di Kemboja, Roman Paramanov semasa ditemui di pejabatnya di Phnom Penh berkata, ICRC merancang merangka pelan kerja untuk tempoh 10 tahun bersama Kemboja bagi menjalankan aktiviti pemulihan kepada penduduk tempatan kurang upaya (OKU) kerana perang dan periuk api.

“Secara puratanya, 11,500 yang sudah menerima manfaat perkhidmatan kami di kedua-dua pusat pemulihan fizikal. Kami menjangkakan, tahun depan ia bertambah menjadi 200,000 orang,” katanya.

Dengan adanya perkhidmatan diberikan ICRC, termasuk memberi bantuan kewangan, mereka yang terjejas kerana perang dan periuk api boleh tampil memulakan perniagaan sekali gus menjana ekonomi keluarga masing-masing.



Source link

read more

Polimas dianugerah status emas oleh APACC – Kampus


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas), Jitra, Kedah dianugerahkan status emas oleh Suruhanjaya Pensijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC) baru-baru ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini berkata, anugerah tersebut menjadikan Polimas sebagai politeknik kesembilan mendapat pengiktirafan emas di Asia Pasifik.

“Kejayaan Polimas ini bersandarkan pelbagai kelebihan antaranya mereka bentuk dan membangunkan dua perhentian bas sebagai kemudahan untuk kegunaan masyarakat dan pelajar selain mengeluarkan buku ‘A Record of Golden Memories’ bagi mendokumenkan bukti kukuh berkaitan kerja-kerja ke arah pemuliharaan bangunan warisan,” katanya.

KPT berkata, Polimas turut mempunyai Centre of Town and Regional Planning (CTOP) dan merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dan menggunakan teknologi terkini secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta merupakan pemenang kepada anugerah e-pembelajaran dan penggunaan paling tinggi bagi Curriculum Information Documentation Online System (CIDOS).

“Selain Polimas, lapan politeknik lain turut tersenarai dalam kalangan 12 terbaik bagi tahun ini iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Seberang Perai,” katanya. – BERNAMA



Source link

read more

PM Najib Hadi bakal sepentas selamatkan Baitulmaqdis



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal sepentas sekali lagi dalam Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan perkara tersebut berkata perhimpunan itu juga akan disertai 250 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

“Kita jangkakan kehadiran dalam 10,000 orang dan kita mengalu-alukan lebih daripada itu.

“Ia juga melibatkan parti-parti politik dan NGO termasuk NGO yang bukan Islam.

“Soal Palestin adalah soal kesejagatan dan kemanusiaan, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan kepada perhimpunan,” katanya selepas mempengerusikan ‘Mesyuarat Penyelarasan Himpunan Solidariti Perdana: Intifada Selamatkan Baitulmuqaddis’ di sini hari ini.

Beliau berkata perhimpunan tersebut akan dimulakan dengan forum khas sebelum Solat Jumaat di Masjid Putra yang melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al Agha serta tokoh-tokoh politik dan NGO.

Najib dan Abdul Hadi juga dijangka akan bersama-sama menurunkan tandatangan sebagai membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. 

Antara wakil politik yang dijemput sebagai panel forum adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kamaruddin Mohd Nor; Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad dan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid sebagai moderator.



Source link

read more

Riyad AS bukan lagi perantara rundingan damai



New York: Amerika Syarikat telah secara automatik melepaskan jawatannya sebagai perantara dalam proses damai Israel-Palestin.

Menurut Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, situasi itu berlaku ketika AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tambahnya, Palestin kini turut meninjau peluang untuk melantik Rusia atau China sebagai perantara dalam rundingan damai itu.

Riyad mengeluarkan kenyataan berkenaan selepas Duta AS ke PBB Nikki Haley memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa AS menarik balik kenyataan Presiden Donald Trump.

Undian tersebut mendapat sokongan daripada 14 negara, tanda kepada tentangan hebat keputusan Donald Trump.

Menurut Riyad, AS seharusnya menjadi neutral dan bukan berat sebelah dan memihak kepada Israel.



Source link

read more

Jadual baharu KTM Komuter mulai Jumaat – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Jadual baharu tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan KTM Komuter akan dilaksanakan bermula Jumaat ini ekoran kerja naik taraf projek Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang sedang berlangsung.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan, satu landasan akan ditutup manakala hanya satu landasan sahaja digunakan untuk operasi bagi laluan terlibat.

Menurutnya, ini termasuk perjalanan terus tren dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim tanpa transit di Sungai Buloh ekoran fasa penyelenggaraan landasan di (KL Sentral – Putra) dan (Kuang – Sungai Buloh).

“Perkhidmatan tren antara Batu Caves ke Sentul pula akan ditambah melalui tren perantara yang disediakan sebagai perkhidmatan tambahan pada waktu puncak pagi dan petang bagi laluan itu.

“Penumpang tren perantara yang turun di Stesen KTM Sentul dan ingin meneruskan perjalanan ke KL Sentral atau Stesen LRT Sentul dan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara yang disediakan pada hari Isnin hingga Jumaat,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari akaun Twitter KTMB di @ktm_berhad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu Palestin harus rentasi ideologi politik – Hishammuddin



KUALA LUMPUR: Pendirian kerajaan dalam membela nasib rakyat serta kedaulatan Palestin perlu disokong rakyat Malaysia daripada segenap lapisan, merentasi kaum, agama dan juga ideologi politik, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, ketika memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Barisan Nasional dahulu, beliau pernah memperjuangkan isu yang sama dan ianya mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

“Tak ada sebab apa yang kita nak buat (Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis) Jumaat ini, tak dapat sokongan daripada semua pihak. Kalau buat pilihan tak mahu bersama terserahlah, tapi orang akan tanya apa pendirian mereka (pembangkang) berhubung kait isu ini,” katanya kepada siding media selepas melakukan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Parti Amanah Negara bahawa pihak mereka tidak akan menghantar wakil ke himpunan solidariti dalam memperjuangkan nasib rakyat Baitulmaqdis di Palestin di Masjid Putra pada 22 Disember ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal sepentas sekali lagi dalam perhimpunan itu.

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Zahid, turut memberitahu wartawan bahawa perhimpunan itu juga akan disertai 250 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Sementara itu, Hishammuddin, ketika diminta mengulas mengenai cadangan kerajaan untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmaqdis, Palestin, beliau memberitahu sidang media bahawa perkara itu akan menjadi agenda pada tahun hadapan memandangkan mesyuarat kabinet pagi tadi berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri yang ketika ini sedang berada di Sri Lanka.

Selain itu, katanya lagi, mesyuarat tadi merupakan mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir untuk tahun ini.

Namun, katanya, kenyataan Datuk Seri Najib untuk membuka pejabat kedutaan merupakan momentum sokongan berterusan negara dalam usaha mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin yang sah.

“Mengenai perkara ini (pembukaan pejabat kedutaan) kita kena bincang di peringkat kabinet, (tetapi) ini kelebihan bila bawa ke peringkat Jemaah Menteri kerana kita boleh mendapatkan pandangan daripada Wisma Putra, menteri yang menjaga ekonomi, mengenai isu keselamatan.

“Jadi bila kita combine kesemua pandangan itu, kita dapat buat keputusan yang akan mengambil kira apa jua kebimbangan dan perkara-perkara yang tak terfikir hari ini,” katanya lagi.



Source link

read more

Solo Kisah Star Wars paling gengster



BELUM lagi kebah demam Star Wars: The Last Jedi, spin-off filem perang galaksi itu Solo: A Star Wars Story sudah mulakan langkah awal promosi.

Menurut salah seorang penggerak utama jalan cerita filem ini Paul Bettany, Solo akan membawa penonton lari sedikit daripada naskhah francais Star Wars seperti yang sedia ada.

“Ia kisah Han Solo dan semestinya ceritanya meloncat-loncat. Pada satu tahap ia adalah filem gengster,” ujar Bettany.

Bettany menggantikan Michael K. Williams selepas pelakon itu menarik diri dalam filem berkenaan kerana pertindihan jadual dengan penggambaran filem The Red Sea Diving Resort.

Masalah berpunca tindakan pengarah asal Phil Lord dan Christopher Miller meninggalkan tugas sekerat jalan selepas berbalah dengan pihak penerbitan dan digantikan dengan pengarah veteran Ron Howard.

Selain Bettany filem ini turut membariskan beberapa lagi nama besar Hollywood antaranya Donald Glover, Woody Harrelson dan Thandie Newton.

Bagaimanapun watak utama Han Solo disandarkan ke bahu pelakon kurang ternama Alden Ehrenreich.

Solo: A Star Wars Story dijadual membuka tirai tayangan pada 25 Mei 2018.



Source link

read more

Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil



RIO DE JANEIRO : Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.

Serentak itu, 27 pengedar dadah yang paling dikehendaki diberkas.

Menurut ejen persekutuan Brazil, geng terbabit melakukan operasi haram itu di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Rio De Janeiro.

Kejayaan membanteras operasi berkenaan dilakukan selepas 10 bulan melakukan intipan, risikan dan maklumat.

Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak, antaranya kakitangan lapangan terbang, kastam dan beberapa individu dalaman.



Source link

read more

PAN bukan cabaran Pas – Politik


KOTA BHARU 20 Dis. – Pas tidak gentar cabaran PAN yang berhasrat meletakkan calon di semua kawasan di negeri ini sebaliknya menganggap saingan sebenar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah Barisan Nasional (BN).



SLUG Lojing PertanianKELANTAN KOTA BHARU 9 November 2014 - Pengerusi

Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAN sebenarnya bukan cabaran memandangkan terdapat sebahagian daripada pengikut parti serpihannya itu sudah kembali kepada Pas.

Malah beliau berkata, pihaknya yakin penyokong Pas akan tetap setia dengan parti itu selain berharap hampir 40 pengundi atas pagar cenderung memilih Pas dalam pilihan raya nanti.

“Kita yakin pengundi atas pagar akan memberi sokongan kepada Pas untuk terus memerintah Kelantan.

“Malah, jika tiga penjuru sekalipun, kelebihan masih memihak kepada Pas,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tambah Che Abdullah, rakyat di negeri ini dilihat tiada keperluan untuk mengundi parti lain sebaliknya akan terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Pas Kelantan.

“Tiada sebab pengundi Pas mahu menjatuhkan kerajaan negeri, malah sebahagian pengikut pemimpin PAN sudah kembali semula kepada kita,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tidak bijak tukar pengurusan pakej umrah di bawah TH – MATTA



KUALA LUMPUR: Pengurusan pakej umrah harus dikekalkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berbanding diletakkan di bawah Tabung Haji (TH).

Ini adalah kerana sistem keselamatan sudah diwujudkan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah penipuan pakej umrah, kata Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

“Sejak sekian lama, sesiapa yang mengendalikan pakej umrah perlu mendapatkan lesen ‘keluar’ dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan kini hanya pengendali dengan ‘Lesen Khas Umrah’ dibenarkan mengendalikan operasi itu.

“Justeru, tahap keselamatan sudah diwujudkan dan tidak perlu ditukar agensi,” kata naib presiden Umrah dan Haji MATTA, Shahrulnezam Mohd Daud dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, penukaran itu akan turut menjejaskan pengendali pelancongan umrah khususnya Bumiputera yang akan sukar bersaing.

“Kurang bijak dan tidak bertanggungjawab untuk membatalkan mekanisma sedia ada dan meletakkan perusahaan secil dan sederhana (PKS) terutama pengendali pelancongan Bumiputera dan beribu-ribu pekerja dalam keadaan terancam.

“Ia akan menyukarkan pengendali pelancongan Bumiputera untuk bersaing dan kekal dalam perniagaan jika agensi kerajaan lain mengambilalih,” ujarnya.

Tambah Shahrulnezam, jumlah kerugian akibat penipuan pakej umrah adalah rendah pada purata RM5 juta setahun dan berbanding kerugian RM5 bilion akibat penipuan pelaburan permainan wang.

“Bagaimanapun, amat mendukacitakan melihat jemaah Umrah ditipu individu tidak bertanggungjawab.”

Beliau berkata penipuan itu didalangi orang tengah dan individu yang menghilangkan diri selepas memungut wang.

Risiko itu, kata Shahrulnezam, boleh dikurangkan dengan mengenakan tindakan terhadap pengendali pelancongan umrah berlesen bagi setiap tindakan agen bawahan mereka, tidak kira agensi atau individu yang mewakili mereka.

Sementara itu, TH pada Selasa berkata mereka bersedia menjadi orang tengah antara agensi pelancongan dan umrah dengan bakal jemaah dalam usaha menangani penipuan pakej umrah.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, beliau sendiri akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH akan datang.

Cadangan itu disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sambil berkata TH telah terbukti cekap dalam pengurusan jemaah haji.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons