Laporan mengenai susu tiruan dijangka siap Januari – Kementerian Kesihatan



MELAKA: Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengesan punca kewujudan sumber susu formula bayi yang disyaki tiruan di Johor baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata siasatan terperinci berkaitan rantaian bekalan logistik susu berkenaan dan dari mana ia datang itu penting bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Keputusan laporan kimia tentang isi kandungan susu yang dirampas itu akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihatkan ibu bapa untuk segera membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah selepas pengambilan susu.

Pada 10 Disember lepas, KPDNKK telah merampas 210 kotak susu formula bayi yang disyaki tiruan dalam lima serbuan sekitar Johor Bahru.



Source link

read more

Treler pertama filem biografi Datuk Lee Chong Wei keluar



KUALA LUMPUR : Treler pertama filem biografi juara badminton negara Datuk Lee Chong Wei dikongsi jaguh itu sendiri dalam laman Twitternya pada malam semalam.

First trailer is out. Stay tuned. (Treler pertama keluar. Nantikan.),” kata beliau dalam akaun media sosial @leechongwei.

Berdasarkan laporan sebelum ini, filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada suku pertama tahun hadapan.

Antara nama besar yang turut membintangi filem ini termasuk Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih kepada Chong Wei.

 



Source link

read more

Kami tidak terima kata Israel kepada PBB



BAITULMAQDIS: Israel enggan menerima resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara tersebut sebagai terbatal dan tidak sah.

Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkeras bahawa Baitulmaqdis ‘sentiasa’ menjadi ibu negara Israel.

“Kami tidak terima resolusi ini. Baitulmaqdis adalah ibu negara kami. Namun, saya hargai semakin banyak negara yang menerima perkara ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden Trump dan Duta AS Nikki Haley kerana mempertahankan Israel,” katanya dalam satu video di Facebook.

Pengumuman yang dibuat Trump pada 6 Disember lalu tersasar jauh dari polisi luar negara tersebut yang telah menerima konsensus bahawa nasib Baitulmaqdis wajar ditentukan melalui rundingan.



Source link

read more

Rempuhan di Melbourne tiada kaitan keganasan – Luar Negara


MELBOURNE 22 Dis. – Lebih 19 orang dilaporkan cedera dengan empat daripadanya parah selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di kawasan persimpangan yang sibuk di pusat bandar Melbourne.

Saksi berkata, puluhan pejalan kaki tercampak selepas dilanggar oleh kenderaan yang tidak cuba untuk berhenti malah terus merempuh masuk ke persimpangan yang sesak itu.

Pemangku Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Shane Patton berkata, insiden tersebut disifatkan sebagai perbuatan sengaja dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan serangan keganasan.

Menurutnya, pemandu berusia 32 tahun yang merupakan warga Australia berketurunan Afghanistan itu mempunyai beberapa rekod kesalahan trafik, jenayah termasuk mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek ditahan di tempat kejadian selepas cuba bergelut dengan seorang anggota polis dan kini berada di hospital.

“Kereta terbabit dipandu laju secara sengaja melalui persimpangan itu sebelum bertembung dengan sejumlah besar pejalan kaki.

“Pemandu mempunyai sejarah penggunaan dadah dan masalah kesihatan mental. Pada masa ini kita tidak mempunyai sebarang bukti atau risikan yang menunjukkan kaitannya dengan keganasan atau ekstremisme,” katanya kepada pemberita di Melbourne.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan kejadian itu sebagai perbuatan jahat dan serangan pengecut. – AFP



Source link

read more

Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda – Shahrir



KUALA LUMPUR: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir mempersoalkan bagaimana permindahan tanah milik FELDA dilakukan dengan mudah tanpa penyeliaan yang jelas.

Malah beliau terkejut apabila terdapat transaksi ‘hantu’ pindah milik berlaku tanpa pembayaran dilakukan.

“Saya terpegun, begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda.

“Tiada rundingan tentang perkara itu (pindah milik). Namun, kami membuat keputusan untuk miliki semula tanah tersebut.

“Kami sudah laporkan perkara ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Jika perlu, perkara ini boleh dibawa ke mahkamah,” kata Shahrir ketika sidang media khas di Menara Felda di ibu negara, pada Khamis.

Fokus utama Felda kini adalah untuk mendapatkan semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta. 

Menurutnya lagi, Felda akan mengambil tindakan sivil terhadap syarikat swasta yang dikatakan menyalahgunakan kuasa. 

“Syarikat tersebut telah menukar hak milik tanah kepada syarikatnya sendiri dan tida penerimaan wang daripda penjualan itu,” ujarnya lagi. 

Selain itu, katanya Felda akan menukar status kaveat persendirian yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan penguasaan pemilikan terhadap tanah itu.

BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit

BACA: Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus – SPRM



Source link

read more

Istana Kensington siar gambar rasmi pertunangan Putera Harry Meghan Markle


LONDON: Istana Kengsinton mengeluarkan gambar-gambar rasmi bagi meraikan pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle.

Potret hitam putih pasangan itu disiarkan bersama gambar berwarna yang menampilkan Harry dan Meghan duduk sambil memegang tangan.

Imej hitam putih pasangan ini tersenyum dirakam di sekitar kediaman di Frogmore House, Windsor.

Meghan memakai baju panas berwarna putih, memegang wajah Putera Harry dengan cincin pertunangannya jelas kelihatan.

Gambar rasmi pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle - foto Alexi Lubomirski/AP

Satu lagi imej menampilkan pasangan itu dalam pakaian lebih formal, dengan Putera Harry memakai sut berwarna biru gelap, sementara Meghan memakai gaun labuh hitam bersulam emas oleh rumah fesyen terkenal British, Ralph and Russo.

Kedua-dua imej ini dirakamkan oleh jurugambar fesyen terkemuka Alexi Lubormirski, awal minggu ini di Frogmore House, Windsor.

Istana Kensington turut menyiarkan gambar ketiga, sebagai tanda terima kasih atas ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Gambar rasmi pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle - foto Alexi Lubomirski/AP

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan di gereja St George, Istana Windsor, Mei tahun depan.

Putera Harry dan Meghan mengesahkan pertunangan mereka November lalu.

Mereka diperkenalkan kenalan menerusi satu temujanji rahsia pada 2016.



Source link

read more

Terima kasih kerana masih bersama Palestin walaupun diugut Trump



BAITULMAQDIS: Ugutan dari Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyekat dana kepada negara yang menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dikecam ramai pihak dan disifatkan sebagai satu tindakan buli.

Perunding utama bagi Palestin Saeb Erekat berkata ugutan dari AS itu memalukan bagi komuniti antarabangsa.

“Sepanjang sejarah manusia, kuasa membawa tanggungjawab yang besar, jadi, untuk bertindak menentang undang-undang antarabangsa dengan ugutan merupakan suatu perkara yang amat memalukan.

“Walau bagaimanapun, kami berterima kasih kepada negara yang masih menyokong walaupun telah diugut,” kata beliau.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.

Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.

35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.



Source link

read more

29 maut pusat sauna terbakar – Luar Negara


SEOUL 22 Dis. – Kebakaran besar dilaporkan berlaku di pusat kecergasan lapan tingkat di bandar Jecheon, Korea Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan 26 yang lain, lapor pejabat bomba.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kenderaan di kawasan tempat letak kereta bawah tanah sebelum merebak ke seluruh bangunan komersial menempatkan pusat sukan dan sauna awam itu.

Menurut bomba, 20 mangsa yang maut berada dalam sauna awam di tingkat dua bangunan manakala mayat sembilan lagi ditemukan di kawasan lain bangunan terbabit.

“Kebakaran itu mengeluarkan kepulan asap tebal yang merebak dengan cepat dan ramai mangsa tidak menyedari kebakaran berlaku, menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.

“Usaha menyelamat masih berjalan, mungkin ada lebih banyak yang terkorban atau cedera,” kata jurucakap pasukan bomba.

Kira-kira 50 anggota peyelamat dan lebih 20 jentera pemadam api dikerahkan ke lokasi kejadian. – REUTERS



Source link

read more

Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah



KUALA LUMPUR: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Azizan Manap, atau lebih dikenali Cikgu Azizan hari ini memaklumkan beliau akan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan sama ada akan kekal bertugas di sekolah yang sama atau sebaliknya.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan beliau memaklumkan portal Sinar Harian, buat masa ini tiada sebarang surat yang dikeluarkan dan diserahkan kepadanya sebelum musim persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.

“Saya serahkan semuanya kepada JPN,” katanya kepada portal berita itu.

BACA: Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan

BACA: Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul

Sementara itu, portal itu turut melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon memberi jaminan akan menghulurkan bantuan terbaik bagi kedua-dua pihak.

Katanya, kes tersebut memberi impak besar kepada profesion perguruan dan ia perlu dilihat melalui pelbagai sudut.



Source link

read more

Mayat mangsa pembunuhan kejam selamat disemadikan – Nasional


MELAKA 21 Dis. – Mayat mendiang Tan Aik Chai, mangsa pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Johor Ahad lalu, selamat disemadikan di Taman Peringatan Jelutong Funeral Parlour di Jalan Sungai Putat di sini petang ini.

Mayat mangsa yang berusia 44 tahun itu dibawa menaiki kenderaan mayat jenis Mercedez E250 CGI dari Johor kira-kira pukul 9.50 pagi dan tiba di Plaza Tol Ayer Keroh pukul 12 tengah hari ini.


Sebuah bas yang membawa ahli keluarga mangsa termasuk isterinya yang merupakan warganegara Vietnam dan anak lelaki mangsa turut tiba di negeri ini dan bergerak menuju ke taman peringatan berkenaan.


Upacara persemadian itu dihadiri kira-kira 30 orang yang berpakaian serba hitam dan putih, dipercayai ahli keluarga mangsa.


Sejurus selepas mayat dikebumikan kira-kira pukul 1 petang, mereka yang hadir bertafakur selama kira-kira dua minit diikuti upacara meletakkan kalungan bunga berhampiran tempat 
persemadian mendiang sebelum bersurai.  


Mayat mendiang sebelum ini ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor selama tiga hari sebelum dibawa ke Melaka untuk disemadikan.


Dalam kejadian pukul 7.30 malam Ahad lalu, Aik Chai diserang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta mewah BMW ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak untuk mengisi angin tayar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons