Polis akan panggil Isa Samad – Nasional


PULAU PINANG 23 Dis. – Polis mengesahkan satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda di Jalan Semarak di ibu negara.



Noor Rashid Ibrahim

NOOR RASHID

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan berkenaan kini sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan polis akan memanggil bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kita akan tengok dan jika ada keperluan kita akan dapatkan keterangan beliau (Mohd. Isa). Selepas beliau pulang ke Malaysia, kita akan dapatkan keterangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini malam tadi selepas merasmikan program kayuhan amal anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, setakat ini satu laporan polis telah dibuat oleh pengurusan Felda berhubung perkara berkenaan.

“Kes ini disiasat sebagai penipuan dokumen mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kes tikam langgar Berpunca akibat dadah



JOHOR BAHRU: Insiden pembunuhan seorang lelaki di Stesen Minyak di Taman Pelangi Johor Bahru Ahad lalu dipercayai akibat hutang peredaran dadah antara individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan awal terhadap kesemua suspek yang ditahan.

Menurutnya, setakat ini, polis telah menahan 14 suspek iaitu 10 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 16 hingga 26 tahun termasuk yang terbaharu seorang lelaki berusia 22 tahun petang semalam di Johor Bahru.

Malah, polis turut memberi jaminan lebih ramai lagi suspek akan ditahan untuk membantu siasatan.

“Kita percaya dengan penangkapan seramai 14 orang ini dapat menyelesaikan kes ini.

“Polis juga mengesan saki baki yang dipercayai terlibat dan telah dikenal pasti,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru.

Tambah Wan Ahmad Najmuddin berkata, setakat ini seramai lapan individu termasuk saksi telah dipanggil polis bagi merekod percakapan serta membantu siasatan.

Pada 20 disember, polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki di pulau pinang, manakala tujuh lagi individu termasuk tiga wanita di tahan di singapura dengan bantuan singapore police force, manakala semalam, polis menahan lagi lima suspek.

Enam daripada 14 suspek telah direman tujuh hari sehingga 27 disember bagi membantu siastan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

BACA: Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak

BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek

BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru 



Source link

read more

Enam lelaki larikan barang kemas bernilai RM1.5 juta – Jenayah


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Polis memburu enam lelaki dipercayai terlibat melarikan kira-kira lapan dulang barang kemas dianggar bernilai hampir RM1.5 juta dari sebuah kedai emas dalam sebuqh pasar raya besar di Rawang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, empat daripada enam lelaki terbabit bersenjatakan dua objek menyerupai pistol, sebilah parang dan tukul besi.

Katanya, suspek yang memakai topi keledar dan berbaju hitam menyerbu masuk ke kedai berkenaan sebelum memecahkan kaca meja pameran dan melarikan barang kemas tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek menunggang tiga buah motosikal sebelum empat daripada mereka masuk ke dalam kedai yang terletak di tingkat satu bangunan pasar raya besar terbabit.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Maritim Malaysia selamat tujuh nelayan di Pulau Mantanani



KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kota Kinabalu pada Khamis berjaya menyelamatkan tujuh daripada sembilan nelayan tempatan yang dilaporkan hanyut selama lima hari.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, nelayan terbabit hanyut selepas bot pancing yang dinaiki karam di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud.

Ketujuh-tujuh lelaki itu, berusia antara 28 dan 52 tahun, ditemui lima batu nautika barat laut di perairan pulau berkenaan kira-kira jam 8.30 malam.

“Kesemua mangsa ditemui bergayut di batang kayu balak dalam keadaan lemah serta kejang sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” kata Adam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang media di Wisma APMM Kota Kinabalu, Kolombong, hari ini.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Saudi Saldi, 28 tahun, Noradin Bihi (33), Tadura Subing (35), Razpauzi Nasi (35), Noradin Majiki (38), Rubi Akpara (50) dan Abdul Si Misil (52).

Manakala dua lagi mangsa yang masih dilaporkan hilang adalah Dimas Tampas, 50-an, serta Moso, 40-an.

Operasi mencari kedua-dua lelaki itu masih giat dijalankan menggunakan aset Kapal Maritim (KM) Berani dengan bantuan pemantauan udara daripada pihak Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Adam berkata, pada jam 10.45 pagi 20 Disember lalu, DM15 Kota Kinabalu menerima maklumat dari Kapal Nur Amanah memaklumkan terdapat sebuah bot mengalami kerosakan di posisi lebih kurang 11 batu timur Pulau Mengalum.

“Bot telah mengalami kerosakan selama tiga hari.

“Semalam (Khamis) kira-kira jam 2.20 petang, KM Berani menemui seorang mangsa bernama Nordin Majuki di posisi lebih kurang 5 batu nautika dari Pulau Mantanani Kecil.

“Seterusnya pada jam 8.30 malam, kami menerima maklumat terdapat enam mangsa berada di Pulau Mantanani Kecil dan kami diarahkan untuk mengambil mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Adam berkata, sembilan nelayan itu pada 17 Disember lalu menaiki bot bernombor pendaftaran P4 2054/2/F untuk pergi memancing di perairan Pulau Gaya, menghala ke Pulau Mengalum.

Susulan kerosakan yang dialami bot dinaiki, Dimas dan Moso telah menurunkan sampan kecil tanpa enjin bagi meminta bantuan, sebelum mereka dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Baki mangsa yang tinggal di bot berkenaan kemudiannya hanyut secara perlahan-lahan selama lima hari sebelum mereka mengambil keputusan untuk berenang ke Pulau Mantanani dengan memakai jaket keselamatan.

“Mereka mengambil masa 10 jam untuk sampai (ke Pulau Mantanani) sebelum mendapat pertolongan orang kampung.

“Seorang mangsa dijumpai oleh KM Berani manakala enam lagi dijumpai pengawal keselamatan di Pulau Mantanani Kecil,” katanya.

Sementara itu, Abdul Si yang merupakan tekong bot terbabit ketika ditemui, mengucapkan terima kasih kepada Maritim Malaysia kerana bertungkus lumus menyelamatkan nyawa mereka.



Source link

read more

Rindu itu bukan mudah ini kisah benar lagu Cari Aku Jika Rindu



KUALA LUMPUR : Ungkapkan perkataan rindu jika anda merindui pasangan atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan anda.

Ini kerana rindu yang anda rasai tetapi tidak diungkapkan mungkin membawa padah kepada diri sendiri.

Kisah benar ini telah memberi inspirasi kepada Zahid Baharudin untuk menggubal sebuah lagu baharu berjudul ‘Cari Aku Jika Rindu‘.

Menurut Zahid, seorang pengikut laman media Instagramnya berkongsi cerita tersebut kepadanya dan mengharapkan beliau akan menjadikan kisah benar itu sebuah lagu.

“Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menjiwai lagu tersebut kerana tidak pernah mengalami keadaan yang sama.

“Namun, setelah mendapat ilham dengan penceritaan dari pencipta lagu tersebut, ia lebih mudah bagi saya untuk mempersembahkan lagu ini,” katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI.

Lagu yang telah dilancarkan pada Jumaat ditulis oleh Hilmy Aslam dan komposernya adalah Zahid Baharudin, Kautsar Matsin dan Amir Ali.

Tambah Amir, untuk menambah kelainan kepada lagu tersebut, mereka menggunakan seruling sebagai instrumen utama.

“Penggunaan seruling dalam lagu ini untuk memberi nafas baharu agar ia akan lebih dekat dengan pendengar lagu ini,” katanya.

Bagi yang ingin mendengarkan lagu ini, anda boleh dengarkannya di playlist menerusi aplikasi Raku.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Raku di AppStore atau Google Play Store secara perrcuma di telefon pintar anda.



Source link

read more

Penerbangan ke UK dibenar bawa peranti – Arab Saudi



KUALA LUMPUR: Arab Saudi mengumumkan kesemua penerbangan menuju ke United Kingdom dibenarkan untuk membawa perantik elektronik, sekaligus memansuhkan larangan yang dikuatkuasakan awal tahun ini.

Perkara terbabit dikongsikan Portal Arab News yang memetik tweet rasmi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA),  Ketua Umum GACA memberitahu bermula 21 Dis, penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah boleh menggunakan komputer riba dan tablet dalam kabin pesawat.

Pada Mac lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain umum larangan menggunakan peranti elektronik di dalam kabin pesawat bagi penerbangan terus dari Turki, Lubnan, Jordan, Mesir, Tunisia serta Arab Saudi.

Bagaimanapun, pada Julai lalu, AS menarik balik larangan terbabit terhadap penumpang penerbangan Arab Saudi.



Source link

read more

Keluarga murid dakwa diugut bunuh – Terkini


SEREMBAN 22 Dis. – Keluarga kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai di sini yang ditampar oleh seorang guru lelaki mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman sosial.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon selepas bertemu ibu bapa serta murid itu di rumah mereka di Nilai pagi ini.

“Amat malang kerana ada yang bertindak sedemikian. Keluarga itu mengalami trauma ekoran kes tersebut dan kini menerima ugutan bunuh pula. Ini adalah perbuatan buli siber,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Menderma Kasut di sini hari ini.

Menurut Sin Woon, berdasarkan pertemuan beliau dengan keluarga itu dan guru tersebut, Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, kedua-dua pihak ternyata bersedia menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.

“Saya berjumpa mereka secara berasingan dan akan mengatur perjumpaan antara mereka secepat mungkin. Bagaimanapun, mereka meminta tempoh bertenang terlebih dahulu,” katanya.

Baru-baru ini Cikgu Azizan dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan seorang murid lelaki berusia 11 tahun semasa perhimpunan sekolah itu pada 6 April lalu selepas Jabatn Peguam Negara menarik balik kes itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Yakini kecekapan polis kendali kes jenayah terancang – Nur Jazlan



JOHOR BAHRU: Masyarakat harus yakin terhadap kecekapan polis mengendalikan kes jenayah terancang, seperti kejadian pembunuhan seorang anggota kongsi gelap di Taman Pelangi, di sini, Ahad lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata polis mempunyai taktik sendiri dalam menanganinya dan ia tidak perlu diperkotak-katikkan sesetengah pihak.

“Kecekapan polis tidak perlu diragui, sebab itu sehingga kini banyak pihak (suspek) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan di Taman Pelangi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Transformasi Sosial (PTS), di Taman Tampoi Utama, di sini hari ini.

Ahad lepas, seorang anggota kongsi gelap berusia 40-an tahun maut selepas ditikam, dilanggar dan digilis oleh empat suspek lelaki menggunakan sebuah kereta di sebuah stesen minyak, ketika dia sedang berhenti untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Setakat ini, 14 individu melibatkan empat wanita dan 10 lelaki berumur 16 hingga 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

— BERNAMA



Source link

read more

China mungkin lanjutkan aktiviti ketenteraan di Wilayah Doklam



NEW DELHI: India dan China hari ini menyambung siri rundingan wilayah pertikaian di Doklam, Bhutan untuk siri ke-20.

Rundingan tersebut adalah yang pertama selepas aktiviti ketenteraan kedua-dua negara berakhir pada 28 Ogos lalu.

Konfrontasi didakwa dicetuskan India yang membawa masuk pasukan tenteranya bagi mengusir tentera China yang didakwa lebih awal memasuki wilayah itu.

China didakwa tidak hanya meletakkan tenteranya malah telah menjalankan projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya.

Operasi seumpama itu yang dilakukan China disifatkan terburuk pernah berlaku sejak rundingan dimulakan pada 2003.

Bagi China, langkah India terbabit tidak menghormati hubungan dua hala dan menolak rundingan langsung tiga pihak diadakan bersama Bhutan, serta mahu meneruskan hasratnya mengembangkan aktiviti ketenteraannya ke rantau Doklam.

Menurut penganalisis antarabangsa, siri rundingan kali ini adalah kritikal dan peluang untuk melihat penyelesaian jangka panjang semakin kabur.

Namun, penganalisis yakin kedua-dua negara akan menumpukan kepada isu di luar wilayah terbabit yang melibatkan hubungan ekonomi.



Source link

read more

Telan selepas curi cincin berlian – Jenayah


ISKANDAR PUTERI 22 Dis. – Seorang wanita ditahan kerana dipercayai mencuri sebentuk cincin berlian di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah di sini semalam.



Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad

Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, wanita berusia 43 tahun itu datang bersama-sama seorang anak lelakinya untuk melihat barang perhiasan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek kemudian memilih serta melihat barang perhiasan yang dipamerkan daripada jurujual.

“Pada mulanya tidak ada apa-tapa tetapi kemudian meminta air teh untuk minum dan selepas itu, mangsa (jurujual) menyedari sebentuk cincin hilang.

“Suspek pada mulanya tidak mengaku ada mencuri cincin berkenaan selepas pengurus kedai emas itu mendapati ia hilang, namun selepas semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dibuat mendapati wanita itu menelannya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, suspek yang tidak bekerja kemudian ditahan dan kedai emas itu mengalami kerugian bernilai RM20,399 akibat perbuatan wanita tersebut. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more