17600 bungkus rokok seludup bernilai RM93000 dirampas



TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 17,600 bungkus kecil rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,000 dalam serbuan terhadap sebuah van di kawasan Batu 5 Jalan Kinabutan di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian 10.30 malam itu, seorang lelaki yang juga pemandu van jenama Hiace berjaya melarikan diri.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota unit risikan PPM Tawau yang membuat pemantauan di kawasan Batu 3, Jalan Apas itu terserempak van suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek tiba-tiba memecut laju kenderaan tersebut ketika dihampiri untuk diperiksa.

“Van tersebut dikejar dan apabila sampai di Jalan Kinabutan, ia terbabas di bahu kiri jalan dan hasil pemeriksaan, pemandunya telah melarikan diri, tetapi menemukan 25 kotak mengandungi 7,800 bungkus rokok jenama Apache (RM46,800) serta 9,600 bungkus rokok A Satu (RM43,200),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yazib berkata turut dirampas adalah van serta sebuah alat walkie-talkie dan nilai rampasan keseluruhan RM189,000.

— BERNAMA



Source link

read more

Pertahan Harvey Weinstein Matt Damon mungkin hilang dalam Oceans 8



BELUMPUN ditayangkan lagi, sudah ada gelora bagi filem Ocean’s 8.

Satu petisyen diwujudkan bagi mendesak babak melibatkan Matt Damon dibuang daripada filem berkenaan.

Desakan berpunca tindakan pelakon itu cuba melindungi salah laku seksual mogul perfileman Hollywood, Harvey Weinstein.

Petisyen berkenaan diwujudkan di laman web ThePetitionSite yang meminta agar penerbit filem itu George Clooney yang juga sahabat baik kepada Damon dan penerbit bersama Steven Soderbargh ‘melenyapkan’ terus Damon dari ‘filem wanita’ itu.

Setakat ini ia telah menerima lebih 26,000 tandatangan.

Ocean’s 8 merupakan versi wanita bagi francais Ocean yang popular sebelum ini dan menampilkan beberapa pelakon wanita kelas A Hollywood selaku teraju utama.

Antaranya Sandra Bullock, Cate Blanchett, Rihanna, Mindy Kaling, Awkwafina, Helena Bonham Carter, Anne Hathaway dan Sarah Paulson.

Damon yang memegang watak sebagai Linus Caldwell dalam francais filem itu bagaimanapun hanya tampil seketika dalam Ocean’s 8.

Bagaimanapun perananannya masih dirahsiakan dan tidak diketahui sekiranya babaknya dibuang, bakal menjejaskan jalan cerita.

Damon sebelum ini mengakui bahawa dia tahu mengenai gangguan seksual Weinstein terhadap rakannya yang juga seorang pelakon Gwyneth Paltrow beberapa dekad lalu, namun masih memilih untuk bekerjasama dengannya.

Antara kerjasama Damon dan Weinstein termasuk menerusi filem Good Will Hunting yang melayakkannya dicalon dalam Anugerah Akademi bagi kategori pelakon terbaik.



Source link

read more

Dua cedera 1 parah dalam insiden letupan di pasar Sepanyol



MURCIA: Pengunjung ke pasar di Murcia, Sepanyol dikejutkan dengan letupan kuat hari ini yang mencederakan tiga orang.

Seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah.

Kawasan tersebut dikosongkan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Gambar dari kawasan kejadian menunjukkan serpihan kaca berselerak susulan letupan. 

Difahamkan, pengunjung yang berada di pasar tersebut sedang sibuk membeli-belah sempena sambutan Hari Natal Isnin ini.



Source link

read more

32 maut bas terhumban ke dalam sungai di India – Luar Negara


NEW DELHI 24 Dis. – Sekurang- kurangnya 32 orang terbunuh apabila sebuah bas yang membawa 50 penumpang terhumban ke dalam sungai di utara India hari ini.

BBC melaporkan, bas yang dipandu oleh remaja berusia 16 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jambatan dan terhumban kira-kira 30 meter ke dalam Sungai Banas.

Bas tersebut dilaporkan membawa penumpang dari Rajasthan menuju ke sebuah kuil di daerah Sawai Madhopur. AGENSI



Source link

read more

Selesaikan segera masalah SUPP UPP – PM Najib



KUCHING: Perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP) harus diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14).

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mahu SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional percaya, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari mempunyai formula tersendiri untuk menyelesaikan perkara itu.

“Selesaikan soal SUPP dan UPP ini untuk sekali dan selamanya. Kita ada formulanya, saya pasti Datuk Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ada program bagaimana menyelesaikan isu ini. Kita akan selesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP ke 24 di Kuching pagi Sabtu.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan 50 peratus dana daripada kerajaan persekutuan untuk membiayai tabung mikro yang akan dikendalikan oleh SUPP.



Source link

read more

Hanya kerana tolak lamaran wanita ini dibakar hidup-hidup



SEORANG wanita berusia 24 tahun didakwa disimbah minyak tanah dan dibakar hingga mati selepas menolak lamaran seorang lelaki.

Menurut laporan Mirror.co.uk, wanita berkenaan Sandhya Rani sedang dalam perjalanan pulang dari kerja ketika didatangi oleh seorang lelaki bernama Karthik Vanga, 25 tahun.

Kartik, bekas rakan sekerja Sandhiya yang dikatakan sangat obses kepada mangsa telah mengekorinya menggunakan motosikal.

Mengikut laporan polis, Kartik mendesak mangsa memberitahu mengapa lamarannya ditolak sebelum menyimbah petrol kepada mangsa.

Walaupun mangsa sempat melarikan diri, tetapi menurut saksi kejadian, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mangsa tidak menyedari yang dirinya terkena nyalaan api dari suspek.

Orang ramai yang ada di situ cuba menyelamatkan mangsa, tetapi mangsa mengalami kesan melecur lebih 60 peratus di badannya dan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Ghandi.

Kartik, pernah bekerja di firma yang sama dengan mangsa dua tahun yang lalu tetapi telah dibuang kerja.

Dia didakwa sering mengejar dan mengganggu mangsa selama berbulan-bulan. 

Suspek kini dipercayai berada dalam tahanan.



Source link

read more

Tiga beradik maut kemalangan selepas hantar ibu bapa, adik tunaikan umrah – Nahas & Bencana


KUANTAN 23 Dis. – Tiga beradik maut manakala dua orang lagi parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, Wan Nor Afifah Wan Mohd. Kamaruzzaman,28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd. Mahathir,14 dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengerjakan umrah, Khamis lalu.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu ialah ibu saudara mereka, Salma Ibrahim dan sepupu tiga beradik berkenaan, Nurul Aliyani Zawawi.

Ibu saudara mereka yang mahu dikenali sebagai Mama berkata, kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

“Sebelum itu, pada Khamis lalu mereka menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke KLIA yang ingin menunaikan umrah.

“Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini kira-kira pukul7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan selepas kemalangan berlaku.

“Dia beritahu saya tiga adik beradiknya sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam berada dalam air manakala ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama kemudian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pesawat kedua A350 XWB Malaysia Airlines selamat tiba


SEPANG: Malaysia Airlines hari ini menerima pesawat kedua model A350 XWB, satu-satunya dengan paparan logo Negaraku bermotifkan Jalur Gemilang di bahagian luarnya.

Pesawat MH5025 jenis A350-900 ini berlepas dari Toulouse, Perancis pada jam 2.02 tengah hari Jumaat dan selamat tiba di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines di sini jam 9.45 pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata, Malaysia Airlines yakin pesawat terbaharu itu akan membawa industri penerbangan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Malaysia Airlines sangat berbangga membawa Jalur Gemilang ke seluruh dunia, sekaligus membawa imej dan nama negara.

“Kami bangga dan yakin, dengan Airbus 350 ini, Malaysia Airlines akan terus dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penumpang sebagai perlambangan nilai-nilai Malaysia,” katanya.

Izham berkata demikian kepada media ketika ditemui di kompleks itu untuk turut serta menerima pesawat komersial A350-900 tersebut, yang menggunakan enjin tujahan termaju Rolls Royce Trent XWB. 

Antara ciri istimewa pesawat ini ialah, ia memiliki 286 tempat duduk, dengan tiga kelas, terdiri daripada 4 tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group, Kapten Izham Ismail (tengah) turut hadir menyambut ketibaan pesawat A350-900.

Penumpang juga berpeluang menikmati hiburan dan capaian perhubungan (connectivity) dalam pesawat yang akan memberikan kepuasan dan keselesaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Pesawat Airbus A350-900 itu adalah yang kedua daripada enam pesawat yang diterima Malaysia Airlines secara berperingkat menerusi pajakan daripada Air Lease Corp, Amerika Syarikat, menerusi program selama 12 tahun.

BACA: 5 perkara menarik tentang pesawat terbaharu Malaysia Airlines

Pesawat pertama tiba pada 30 November lalu, dari Toulouse, Perancis.

Empat daripada enam unit pesawat itu akan digunakan untuk penerbangan Kuala Lumpur – London, menggantikan pesawat Super Jumbo A380.



Source link

read more

Ribut tropika Tembin Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang


LANAO DEL NORTE: Angka kematian daripada Ribut Tropika Tembin di Mindanao, Filipina meningkat ke hampir 200 orang sehingga awal pagi Ahad.

Jumlah kematian dijangka terus meningkat, dengan lebih 150 orang masih lagi hilang.

Pihak berkuasa terus bertungkus-lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat terutama di kawasan petempatan sekitar sungai.

Menurut laporan AFP, paras sungai di kawasan kampung Dalama meningkat mendadak dan menghanyutkan kebanyakan rumah di kampung tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa Ribut Tropika Tembin diteruskan di kawasan yang teruk terjejas di Lanao del Norte (foto: Reuters)

Kawasan yang turut terjejas termasuk sekitar Sungai Salog di bandar Sapad.

Pulau kedua terbesar di Filipina, Mindanao, mempunyai 20 juta penduduk dan dibadai lebih 20 ribut skala besar setiap tahun.

Sehingga kini kawasan yang teruk terjejas adalah Tubod, Salvador dan Sapad yang berada di wilayah Lanao del Norte.

Menurut laporan AFP, kawasan penempatan yang berada berdekatan dengan sungai musnah dihanyutkan arus deras (foto: Reuters)

Wilayah lain yang turut menyaksikan angka kematian tinggi adalah kawasan perikanan di Zamboanga.

Menurut pihak berkuasa Salvador, penduduk di kawasan berkenaan telah diberikan amaran berkali-kali, namun mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai degil dan enggan pindah.

Operasi mencari dan menyelamat menjadi sukar susulan kejadian tanah runtuh.

Ribut Tembin melanda kawasan yang sama seminggu selepas Ribut Tropika Kai-Tak yang mengakibatkan 54 orang terbunuh dan 24 orang hilang di kawasan tengah Filipina.



Source link

read more

MAB terima pesawat kedua A350-900 – Korporat


SEPANG 23 Dis.- Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerima pesawat kedua Airbus A350-900 XWB dengan menampilkan motif khas Negaraku.

Menurut kenyataan MAB, pesawat MH5025 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpue (KLIA) di sini hari ini pukul 9.45 pagi setelah berlepas dari Toulouse, Perancis pada 2.02 petang semalam.

Ketibaan pesawat baharu itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail

“Dengan menampilkan nombor pendaftaran 9M-MAC, pesawat membawa Jalur Gemilang itu bakal menggalas imej Malaysia ke serata dunia,” kata kenyataan itu hari ini.

A350-900 yang merupakan jenis pesawat badan besar menawarkan empat tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan serta 247 tempat duduk kelas ekonomi yang memiliki ruang lebih selesa.

Pesawat menggunakan enjin Rolls-Royce Trent XWB itu memberi penjimatan kos operasi bahan bakar sehingga 25 peratus selain dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu termasuk ruang siling lebih tinggi, tingkap lebih besar, pencahayaan dalaman diod pemancar cahaya (LED) serta kemudahan internet secara WiFi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons