Penempatan anggota tentera dibuat ikut keperluan bukan untuk raih undi



JITRA: Kerajaan tidak pernah menempatkan anggota tentera di kawasan tertentu bagi tujuan meraih undi dalam pilihan raya umum sebaliknya ia dilakukan berdasarkan keperluan dan strategi pertahanan untuk menjamin keselamatan negara.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum menempelak Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong yang mendakwa kononnya pembinaan kem tentera di kawasan tertentu di Johor bertujuan politik kerana ia satu penghinaan kepada pasukan keselamatan negara.

Malah Mohd Johari berkata meskipun kerajaan mempunyai kem tentera yang besar dan lengkap di Port Dickson, Negeri Sembilan serta pangkalan tentera laut terbesar di Lumut, Perak namun, Barisan Nasional (BN) tetap tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Port Dickson dan Parlimen Lumut.

“Jadi ini menunjukkan kita tidak ada motif langsung atau perancangan membina kem tentera adalah untuk menghadapi pilihan raya umum, tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di sini, pada Ahad.

Khamis lalu sebuah portal berita melaporkan Liew mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menafikan dakwaan bahawa satu kem tentera akan dibina di kawasan Parlimen Sembrong yang diwakili Hishammuddin.

Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu menegaskan, sejak dahulu lagi kementeriannya tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan mana-mana pihak mengenai isu keselamatan negara.

“Kita akan akan tempatkan anggota keselamatan di mana sahaja diperlukan termasuk di Pusat Latihan Khidmat Negara untuk pentadbiran serta pengurusan keselamatan di kawasan berkenaan,”  katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 400 murid Tadika Kemas dari sekitar Parlimen Kubang Pasu menerima  sumbangan berupa dua set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, dua pasang stoking dan alat tulis yang disumbangkan UEM Group Berhad.

— BERNAMA



Source link

read more

Jedi masih kuasai panggung wayang



LOS ANGELES: ‘Star Wars: The Last Jedi’ terus menguasai kutipan ‘box office’ di Amerika Syarikat dan Kanada, mendahului 3 filem baharu yang mula ditayangkan minggu lepas.

Filem kelapan dalam siri Star Wars itu kini menambah AS$69 juta kepada kutipan terkumpul pada hujung minggu lepas.

Filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ yang mula ditayangkan berada di tempat kedua dengan kutipan AS$34 juta dan ‘Pitch Perfect 3’ di tempat ketiga dengan AS$24 juta.

Musim cuti Krismas dan Tahun Baharu dijangka akan menyaksikan lebih ramai penonton wayang di AS dan Kanada.

Dan ini senarai penuh kutipan di AS dan Kanada, minggu lepas:

1. “Star Wars: The Last Jedi,” AS$68.5 million.

2. “Jumanji: Welcome to the Jungle,” AS$34 juta.

3. “Pitch Perfect 3,” AS$20.4 juta.

4. “The Greatest Showman,” AS$8.6 juta.

5. “Ferdinand,” AS$7 juta.

6. “Coco,” AS$5.2 juta.

7. “Downsizing,” AS$4.6 juta.

8. “Darkest Hour,” AS$4.1 juta.

9. “Father Figures,” AS$3.2 juta.

10. “The Shape of Water,” AS$3 juta.



Source link

read more

Korea Utara sifatkan sekatan baharu PBB satu tindakan perang



BEIJING: Korea Utara hari ini menyifatkan sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap mereka sebagai satu tindakan perang dan sama seperti sekatan ekonomi penuh, kata kementerian luar negara itu pada hari Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi berita KCNA, republik itu turut mengancam akan menghukum mereka yang menyokong sekatan berkenaan.

Korea Utara turut mendakwa Amerika Syarikat takut dengan kekuatan nuklearnya dan semakin terdesak untuk mengenakan sekatan yang paling teruk ke atas mereka.

Jumaat lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara telah mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara kerana melancarkan lagi ujian peluru berpandu balistik antara benua baru-baru ini.

Sekatan tersebut bertujuan untuk menghadkan akses produk petroleum tertapis dan minyak mentah kepada negara itu dan juga pendapatan dari rakyat mereka yang bekerja di luar negara.

Resolusi itu bertindak mengharamkan hampir 90 peratus eksport petroleum tertapis ke Korea Utara dengan menghadkannya kepada 500,000 tong setahun dan mendesak pemulangan warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan, bukannya 12 bulan seperti yang dicadangkan pada awalnya.

Resolusi yang didrafkan oleh Amerika Syarikat itu turut menghadkan bekalan minyak mentah ke Korea Utara sebanyak 4 juta tong setahun, dan akan berkurang lagi jika negara itu terus melakukan ujian nuklear.



Source link

read more

Waris penumpang MH17 suarakan kebimbangan selepas penemuan baharu jasad – Nasional


THE HAGUE 24 Dis. – Ahli keluarga kepada penumpang yang terbunuh dalam nahas udara Malaysia Airlines (MAS) MH17 meminta supaya orang ramai menghormati jasad mangsa yang terbunuh dalam tragedi itu bimbang ada pihak cuba meraih publisiti selepas mendakwa membuat penemuan tulang baharu di lokasi kejadian.

Wartawan bebas, Patrick Lancaster mendedahkan di YouTube pada 11 Disember lalu bahawa dia menemukan sebanyak 52 ketul tulang dan jasad di lokasi nahas, di timur Ukraine.

Bagaimanapun penemuan Lancaster mencetuskan tanda tanya ahli keluarga penumpang dan MH17 Foundation yang mahu sebarang penemuan tulang mangsa supaya diserahkan segera untuk dikenalpasti dan dikembalikan kepada waris.

“Keadaan penemuan itu sedikit mencurigakan kerana ia ditemukan betul-betul di lokasi pasukan penyiasat bersama menggali tanah dan memeriksanya dan agak mustahil di lokasi berkenaan terdapat banyak rangka manusia,” kata Pengerusi MH17 Foundation, Piet Ploeg. – AFP



Source link

read more

Beruang 100kg maut dilanggar motosikal di Terengganu


DUNGUN : Seekor beruang matahari mati selepas dirempuh sebuah motorsikal di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT 2) petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira 6.50 petang itu di KM347.5 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun. 

Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan, Ahmad Hafizzudin Zulkifli, 29 tahun, cedera ringan apabila terjatuh selepas merempuh haiwan berkenaan.

Ketika kejadian, Ahmad Hafizzudin sedang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kuala Terengganu apabila secara tiba-tiba beruang berkenaan melintas lebuh raya berkenaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 6.50 petang itu di KM347.5 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun. - Facebook/Terengganu Times
Ini menyebabkan, Ahmad Hafizzudin gagal mengelak lalu merempuh beruang jantan berkenaan yang dipercayai menyeberang lebuh raya itu dari Hutan Simpan Rasau untuk ke kawasan hutan berhampiran.

Rempuhan itu menyebabkan Ahmad Hafizzudin tercampak ke lorong kecemasan dan mengalami kecederaan di mulut dan badannya.

Sepasukan anggota paramedik bergegas ke lokasi kemalangan dan merawat mangsa sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut.

Ahmad Hafizzudin cedera ringan apabila terjatuh selepas merempuh haiwan berkenaan. - Facebook/Terengganu Times
Bangkai haiwan liar terbabit kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Ahmad Zailani turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berwaspada ketika melalui LPT 2 kerana  jajarannya melibatkan kawasan hutan simpan yang menjadi habitat banyak haiwan liar.



Source link

read more

Penjawat awam ingkar khianati kerajaan dilucutkan jawatan – Erdogan



TURKI mengesahkan seramai 2,756 penjawat awam dilucutkan dari jawatan selepas siasatan mendapati mereka terlibat secara langsung dalam usaha cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Mereka terdiri daripada anggota tentera, guru dan kakitangan beberapa kementerian.

Mereka didapati bersalah kerana menganggotai kumpulan pengganas yang diketuai ulama terkemuka Fethullah Gulen yang telah dilucutkan kerakyatannya.

Kerajaan menamakan Fethullah sebagai dalang cubaan rampasan kuasa terbabit.

Fethullah yang kini menetap di Pennsylvania, Amerika Syarikat sejak 1999 bagaiamanapun menafikan dakwaan itu.

Sejak tercetusnya cubaan rampasan kuasa yang gagal pada Julai 2016, dianggarkan seramai 50,000 orang telah ditahan manakala hampir 150,000 penjawat awam telah dilucutkan jawatan.

Badan hak asasi manusia menyelar tindakan yang dilaksanakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan terbabit dan menyifatkan ia sebagai usaha untuk menyekat perbezaan fahaman politik di negara itu.



Source link

read more

Meratapi kematian artis perbuatan taksub melampau – Mufti Perlis – Nasional


KANGAR 24 Dis. – Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur segelintir remaja Islam yang berhimpun dan meratapi kematian selebriti Korea, Kim Jongh-hyuun, 27, baru-baru ini yang dianggap terlalu taksub dan melampau.

Beliau berkata, perbuatan meratapi atau Niyahah bagi memperingati kematian ahli keluarga adalah dilarang apatah lagi yang tiada kaitan dengan kekeluargaan seperti dilakukan golongan itu.

Kata beliau, menurut pandangan sesetengah ulama, orang Islam dibenarkan mendengar lagu daripada artis-artis berkenaan tetapi hendaklah dengan syarat-syarat tertentu.

“Namun, walau bagaimanapun ini tidak bererti muslim boleh menjadikan mereka (artis Korea) sebagai idola seterusnya membawa kepada ketaksuban yang melampau.

“Berkabung tidak diizinkan melainkan untuk isteri dan wanita dengan syarat syaratnya. Berkabung kerana artis seperti itu adalah melanggar arahan Nabi Muhammad SAW apatah lagi kerana disebabkan membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Asri mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan Shinee itu yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang, tidak mengira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir.

Kata Mohd. Asri, dalam hal ini, golongan agama dan ibu bapa haruslah sedar bahawa kejadian meratapi itu merupakan fenomena semasa tentang kegilaan remaja terhadap artis.

“Perkara ini kita perlu tangani dengan pendekatan yang berkesan dan alternatif,” katanya lagi

Kim Jongh-hyuun disahkan mati di kediamannya di Cheongdam-dong, Korea Selatan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

APM sasar tiga juta anggota tahun depan



KANGAR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan tiga juta keanggotaan pada 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata pada masa ini, hampir dua juta menjadi anggota sukarelawan APM dan jumlah itu dijangka meningkat pada masa akan datang.

“Kita akan perluaskan penyertaan keanggotaan dalam kalangan penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah dan orang ramai agar matlamat ini tercapai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis di sini, malam tadi.

Beliau berkata keanggotaan yang ramai diperlukan bagi membantu agensi lain, misalnya JKM ketika mengendalikan pusat-pusat pemindahan sekiranya berlaku sesuatu bencana.

“Mereka (JKM) tidak cukup kakitangan bertugas, jadi dengan adanya anggota APM termasuk sukarelawan, kerja-kerja untuk memberi bantuan kepada mangsa akan jadi mudah,” katanya.



Source link

read more

Pelarian yang didagangkan sebagai hamba di Libya diterbangkan ke Itali



PRATICA DI MARE: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula membawa pelarian Afrika ke Itali dari Libya pada Jumaat, memindahkan mereka dari pusat tahanan yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak berperikemanusiaan.

Ratusan ribu pendatang itu sebelum ini melarikan diri dari konflik atau kemiskinan di kampung halaman mereka, dan kini terperangkap di Libya, di mana mereka berharap untuk masuk ke Eropah melalui Itali dengan bantuan penyeludup.

Ia kali pertama Suruhanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR) di Libya memindahkan pelarian secara langsung terus ke Eropah.

Menurut Menteri Luar Itali, Marco Minniti, ia disifatkan sebagai hari yang penuh bersejarah dalam usaha negara dunia terutama Eropah dalam menangani isu kemanusiaan.

“Untuk pertama kalinya, koridor kemanusiaan dibuka dari Libya untuk ke Eropah, dan ini adalah satu permulaan yang amat baik,” jelasnya.

Sejumlah 162 pelarian dari Eritrea, Habsyah, Somalia dan Yaman diterbangkan ke Itali pada Jumaat dan Sabtu menggunakan pesawat tentera Itali.

Mereka terdiri daripada ibu tunggal, kanak-kanak tanpa penjaga dan orang kelainan upaya (OKU).

Mengulas perkembangan tersebut, wakil khas UNHCR bagi Mediterranean, Vincent Cochetel berkata, ia satu langkah bijak yang sepatutnya dipersetujui lebih awal bagi menangani krisis kemanusiaan itu.

“Kebanyakan pelarian yang dibawa keluar hari ini menceritakan keperitan yang dialami mereka setelah dipenjarakan oleh penjenayah pemerdagangan manusia yang tidak berperikemanusiaan,” jelasnya.

Libya merupakan antara negara berhampiran Laut Mediterranean yang sering menjadi sasaran warga pelarian yang mencari suaka politik di Eropah sejak 2011.

Penghantaran kumpulan pelarian pertama ke Itali itu adalah susulan gesaan dan rayuan PBB agar negara dunia tampil membantu menangani konflik kemanusiaan di Libya yang disifatkan sebagai parah.

Ia juga susulan penyiaran rakaman oleh media antarabangsa tentang aktiviti perhambaan melibatkan 1,300 pelarian yang dilakukan kumpulan penjenayah di Libya.

Masalah lambakan dan kelewatan negara dunia memberi tindak balas dalam isu terbabit dilihat diperguna penjenayah terbabit.



Source link

read more

UniSZA juara Adu Kolek Terengganu 2017 – Sukan


KUALA TERENGGANU 24 Dis. – Pasukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul sebagai juara Adu Kolek Terengganu 2017 yang diadakan di Pulau Warisan di sini hari ini.

UniSZA mendahului cabaran sejauh 300 meter itu dengan catatan masa 1:32:15 sekali gus mengetepikan Pejabat Daerah Kuala Nerus di tempat kedua (1:32:91) dan ketiga, Pejabat Daerah Kuala Terengganu (1:33:53).

Kemenangan itu membolehkan pasukan institusi pendidikan tinggi itu membawa pulang RM2,500 manakala kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,500).

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Yang hadir sama, Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah.

Tempat keempat diraih Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) manakala Dungun (kelima), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (keenam), Setiu (ketujuh), Besut (kelapan), Hulu Terengganu (kesembilan), Universiti Teknologi Mara (UiTM) (ke-10), Marang (ke-11) dan Kemaman (ke-12).

Kejohanan selama dua hari yang merupakan program penutup tirai Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 itu menghidup dan memberi nafas baharu kepada kegiatan yang pernah diadakan  suatu ketika dulu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more