Bukan saja ijazah kejuruteraan tetapi juga lesen juruterbang



BATU PAHAT: Seramai 12 graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya ditawarkan kerja di Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Menurut Pensyarah Kejuruteraan Aeronautik UTHM, Dr Kamilah Yusuf, kesemua mereka berjaya dalam temuduga yang ditetapkan kerana ilmu yang mendalam serta kefahaman tinggi mengenai kejuruteraan pesawat.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar kami sekali gus menjadikan mereka bukan sahaja mampu mengendalikan pesawat, tetapi juga faham mengenai kejuruteraan pesawat itu sendiri,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, modul pembelajaran yang digariskan bertepatan dengan kehendak industri mendorong mahasiswa sentiasa di hadapan dan tidak ketinggalan dengan arus perubahan dalam sektor penerbangan awam.

Kesemua mereka merupakan lulusan Program Kejuruteraan Aeronautik UTHM di bawah dua jabatan iaitu Kejuruteraan Aeronautik Penerbangan Profesional dan Kejuruteraan Aeronautik Penyelenggaraan Pesawat.

_________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers , Anbia Adam dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).



Source link

read more

Guatemala ikut telunjuk Amerika Syarikat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



BAITULMAQDIS: Selepas Amerika Syarikat, Presiden Guatemala Jimmy Morales mengumumkan akan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv, Israel ke Baitulmuqaddis pada Isnin.

Keputusan itu dipuji oleh Israel namun dikecam oleh rakyat Palestin.

Guatemala menjadi negara kedua membuat keputusan itu selepas Amerika Syarikat .

Guatemala adalah satu daripada sembilan negara yang mengundi bersama  Amerika Syarikat dan Israel minggu lalu, menentang resolusi yang membatalkan pengiktirafan Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Trump tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan begitu juga Morales.



Source link

read more

Seorang maut, 10 cedera dalam letupan di restoran – Luar Negara


QUITO 25 Dis. – Seorang kanak-kanak terkorban manakala 10 lagi cedera dalam satu satu letupan di sebuah restoran malam semalam.

Insiden tersebut yang berlaku pada 11.11 malam waktu tempatan, dipercayai berpunca daripada tangki gas di restoran berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan menambah angka mangsa yang tercedera berkemungkinan akan meningkat, tetapi mengesahkan tiada yang terperangkap dalam bangunan itu. – AFP



Source link

read more

Semak status pengelola umrah di portal i-Umrah – JAWHAR



PENDANG: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menasihatkan umat Islam menyemak maklumat status agensi pengelola umrah melalui portal i-Umrah jabatan itu terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang pembayaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Ketua Pengarah jabatan itu Ahmad Musadad Sulaiman berkata ia bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang semakin berleluasa dan melibatkan mangsa yang banyak terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Portal itu, menyediakan maklumat seperti senarai agensi pengelola  umrah yang sah, boleh dilayari melalui laman web http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/index.php, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program JAWHAR Bersama “Bersama Santuni Masyarakat” di Kampung Pondok Chegar di sini, hari ini.

i-Umrah ialah sebuah portal yang dibangunkan khas bagi menyalurkan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah negara ini.

Secara dasarnya, portal ini menyediakan maklumat-maklumat seperti senarai  agensi pengelola umrah yang sah bagi menguruskan perjalanan jemaah umrah Malaysia dan butiran mengenai syarikat pengelola umrah seperti nama syarikat, nombor telefon dan faksimili. 

Ahmad Musadad berkata statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia merekodkan kerugian berkaitan penipuan umrah lebih RM21 juta membabitkan 3,482 kes dari 2012 hingga Oktober tahun lepas.

Beliau tidak menolak kemungkinan kebanyakan kes penipuan itu berlaku disebabkan oleh sikap jemaah yang mahu pakej terlalu murah tanpa menyelidiki latar belakang sesuatu syarikat tersebut.

“Kerajaan telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 dan mana-mana harga yang lebih rendah daripada itu adalah meragukan dan tidak boleh dipercayai.

“Berhati-hatilah dalam pembelian pakej umrah dan kalau ditawarkan bawah harga lantai RM4.900, siasat dahulu… kalau rasa ragu-ragu pilihlah syarikat dan agensi yang telah terbukti berwibawa dalam urusan berkaitan umrah ini agar urusan berkaitan visa juga berjalan lancar,” katanya.

Ahmad Musadad berkata umat Islam juga perlu berurusan dengan ejen pelancongan berdaftar dan mempunyai lesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi pengendalian umrah agar tidak mudah tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, seramai 500 asnaf fakir miskin dan pelajar sekolah di daerah Pendang menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur, wang zakat serta pakaian seragam sekolah pada majlis itu.

–BERNAMA



Source link

read more

Meghan Markle jadi tarikan sambutan Krismas keluarga diraja Britain


SANDRINGHAM: Ratu Elizabeth II dan keluarga diraja Britain menghadiri sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House di Norfolk.

Turut hadir dan tentunya mendapat perhatian penduduk tempatan adalah tunang Putera Harry, Meghan Markle.

Markle turut mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk tempatan selepas selesai sambutan tersebut.

Sandringham House adalah kediaman yang selalu menjadi tumpuan keluarga diraja Britain untuk menyambut Krismas.

Keluarga diraja UK termasuk tunang Putera Harry, Meghan Markle turut hadir ke sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House (foto: AP Photo/Alastair Grant)
Ratu Elizabeth II ditemani Putera Philip dan keluarga diraja lain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine, yang hamil dengan anak ketiga.

Agensi berita The Associated Press melaporkan lebih ramai penduduk tempatan keluar untuk menyambut keluarga diraja Britain itu pada tahun ini.

Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak hadir ke sambutan di gereja itu pada tahun lepas susulan demam.

Keluarga diraja UK termasuk tunang Putera Harry, Meghan Markle turut hadir ke sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House (foto: AP Photo/Alastair Grant)
Dalam ucapan hari Krismas tahun ini, Ratu Elizabeth II memuji semangat yang ditunjukkan mangsa yang terselamat dalam serangan pengganas di Manchester, bangunan parlimen UK di London dan London Bridge.



Source link

read more

Kelantan, Simic dalam rundingan akhir – Bola Sepak


KOTA BHARU 25 Dis. – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melakukan rundingan akhir dengan bekas penyerang import Melaka United, Marko Simic bagi mendapatkan khidmat pemain itu untuk memperkuat Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain kelahiran Croatia itu akan tiba di Kota Bharu pada Khamis ini untuk berbincang mengenai kontrak yang ditawarkan oleh KAFA.

“Sebelum ini saya ada berhubung dengan beliau dan pemain itu menyatakan hasrat untuk berjumpa KAFA dan bersedia untuk menandatangani kontrak bersama Kelantan.

“Malah Simic juga menunjukkan kesungguhan tinggi untuk menyertai Kelantan pada musim depan apabila sedia bertolak ansur membabitkan beberapa hal kecil dalam kontrak yang ditawarkan kepadanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

KAFA sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 30 tahun itu bagi memperkemas jentera serangan Kelantan dan rundingan awal menunjukkan keputusan positif.

Bagaimanapun, pada masa sama terdapat desas-desus mendakwa pemain berkenaan telah dipancing oleh pasukan Kedah.

Bibi Ramjani berkata buat masa ini KAFA menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain terbabit dan tidak teragak-agak untuk menyambungnya jika Simic menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Mengulas mengenai kuota bagi pemain import dari ASEAN, Bibi Ramjani mengesahkan penyerang skuad kebangsaan Filipina, Misagh Bahadoran hampir pasti menyarung jersi The Red Warriors.

“Setakat ini saya boleh mengesahkan 90 peratus pemain itu akan menyertai Kelantan dan dia juga akan tiba di sini pada Jumaat ini,” katanya.

Setakat ini Kelantan memiliki tiga pemain import iaitu Margaro Gomis (Perancis), Cassio Francisco de Jesus (Brazil) Do Dong-hyun (Korea Selatan). – BERNAMA



Source link

read more

Pendekatan agresif polis bantu kekang penularan Daish – Pakar Kriminologi



KUALA LUMPUR : Pendekatan agresif polis dilihat membuahkan hasil dalam usaha mengekang kegiatan Daish dan fahaman militan di Malaysia daripada merebak.

Pakar Kriminologi Datuk Akhbar Satar berpendapat, perkara itu menyukarkan kumpulan pengganas daripada terus bertapak dan menyebarkan fahaman mereka.

“Namun, saya percaya pihak polis masih lagi memantau rapat situasi ini untuk memastikan kegiatan pengganas dapat ditumpaskan sebelum ia bertapak di negara ini.

“Sebagaimana yang kita ketahui, pengaruh Daish sudah mula memasuki Malaysia sejak tahun 2013. Jika dilihat kepada keadaan sekarang, kegiatan mereka terbantut berbanding sebelumnya memandangkan pendekatan agresif pihak polis, terutamanya unit counter-terrorism dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah beliau, usaha itu dikukuhkan lagi dengan kerjasama antara pihak polis dengan pakar akademik dalam bidang counter-terrorism.

Akhbar diminta mengulas mengenai penyebaran fahaman Daish di Malaysia selepas polis pada Sabtu telah mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan kerana menyeludup senjata api.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya sedang meneliti penglibatan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan Daish.



Source link

read more

Krismas dirai meriah, perkukuh silaturahim – Nasional


KUALA LUMPUR 25 Dis. – Sambutan Hari Krismas diraikan meriah hari ini dengan tradisi kunjung-mengunjung diteruskan bagi mengukuhkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Seperti kebiasaan, gereja-gereja di seluruh ibu negara menjadi tumpuan penganut agama Kristian termasuk warganegara asing sejak awal pagi bagi mengikuti acara keagamaan sebelum mengunjungi saudara-mara serta sahabat handai untuk mengeratkan hubungan sempena sambutan Hari Natal tahun ini.

Tinjauan Bernama di sini mendapati gereja utama St. John’s Cathedral di Bukit Nanas dan Gereja Katolik St. Joseph di Sentul adalah antara yang menjadi tumpuan penganut agama Kristian.

Ketua Pengiring St. John, Mark Ira, berkata kira-kira 2,000 penganut agama Kristian mula memenuhi ruang gereja seawal 7 pagi sebelum acara keagamaan dimulakan pada 7.30 pagi bagi memuliakan sambutan perayaan tahunan penganut agama itu.

“Kami berhimpun bersama-sama. Selesai upacara keagamaan, masing-masing meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar,” katanya.

Seorang pelancong warganegara Jerman, Jonathan Edward, 35, mengakui merasai kemeriahan sambutan Krismas di negara ini walaupun tanpa salji seperti di negara asalnya.

“Bagi saya, Malaysia adalah sebuah negara yang bebas beragama,” katanya yang berada di Malaysia sejak awal bulan ini.

Cavina Lim, 26, pula berkata sambutan Krismas sangat istimewa di negara ini kerana ia diraikan tanpa mengira kaum dan kedudukan.

“Saya berasal dari Petaling Jaya, setiap tahun rumah keluarga saya menjadi tempat pertemuan beberapa saudara mara yang kebanyakannya tinggal di luar negara, untuk meraikan Krismas bersama,” katanya yang ditemui di pusat beli-belah di ibu negara.

Di MELAKA, Krismas disambut meriah di Ujong Pasir dan Bandar Hilir, selain beberapa kompleks beli-belah dihiasi lampu berwarna-warni dan dekorasi bertemakan sambutan perayaan itu.

Gereja St. Peter’s, Gereja St. Francis Xavier dan Gereja Christ antara yang menjadi tumpuan penganut agama Kristian termasuk warga asing yang bekerja di sini untuk meraikan Krismas bersama rakan taulan.

Selain itu, upacara keagamaan diadakan bermula petang semalam hingga pagi tadi turut dihadiri pelancong dari dalam dan luar negara.

Di SELANGOR, kira-kira 2,000 penganut Kristian berkumpul di Gereja Our Lady of Lourdes (OLL) di Klang untuk acara keagamaan.

Pengerusi paderi OLL Damian Prakash berkata sambutan Krismas tahun ini menjadi lebih bermakna kerana gereja itu akan meraikan ulang tahunnya yang ke-90 pada tahun depan.

Di SARAWAK, antara gereja yang menjadi tumpuan ramai ialah St Joseph’s Cathedral dan St Thomas’ Cathedral di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini selain penganjuran rumah terbuka yang menjadi tradisi pada setiap sambutan perayaan di negara ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang turut meluangkan masa melakukan kunjungan sempena rumah terbuka di kediaman Biskop Kuching dan Brunei, Reverend Donald Jute, di Jalan McDougall, di sini. – BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

read more

Krismas kali ini impian kami tercapai



MEREKA tidak pernah menyangka impian untuk merayakan Krismas di negara yang ada musim sejuk bakal menjadi kenyataan.

25 Disember 2017, Hari Natal yang pastinya terus diingati dan terpahat kemas di dalam lipatan sejarah Hilary Anak Karim dan Christysterra Johnny.

Dua mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini menyambut Krismas buat pertama kalinya di luar negara. Lebih tepat lagi, negara yang ada musim sejuk.

Hilary Anak Karim dan Christysterra Johnny merupakan antara mahasiswa terlibat yang kini mengikuti program pertukaran pelajar di luar negara dan mereka pada kali ini berada di Universiti Sakarya di Turki.

Hilary berpendapat bahawa pengalaman menyambut Krismas di negara orang kali ini sememangnya pengalaman yang baru untuknya bersama rakan-rakannya.

“Saya juga berpeluang untuk mempelajari tradisi mereka yang menyambut Krismas di sini kerana sudah tentu tradisi di sini berbeza jika dibandingkan di Malaysia. Di Sabah, kami biasanya makan masakan tempatan seperti bosou, bambangan dan tuhau namun di sini kami telah dijamukan dengan makanan tradisional mereka sendiri iaitu dolma, tavuk dan juga baklava,” ujar Christysterra apabila dihubungi oleh Awani Rangers UMP melalui panggilan video.

Begitu juga dengan Christysterra, menurutnya, jika beliau berada di Sabah, keluarganya sudah pasti berkumpul di rumah nenek mereka dan dihadiri oleh semua ahli keluarga besar mereka bagi menyambut perayaan ini tidak kiralah saudara dari jauh mahupun dekat.

Hilary, 21, merupakan pelajar tahun tiga dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Christysterra, 21, pula dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri di UMP.

Di sebalik keghairahan dan keterujaan menyambut Krismas di perantauan, mereka fokus terhadap agenda yang lebih besar untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Antara lain, program pertukaran pelajar menjadi platform untuk mereka melebarkan ‘sayap’ serta pemikiran, melihat dunia seluas-luasnya untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. 

UMP amat menggalakkan para mahasiswa untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara yang berlangsung selama satu semester iaitu enam bulan untuk menimba pengalaman dan bertukar kepakaran dengan mahasiswa luar negara.

_________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMP, Nazmi Nasir dan suntingan oleh Mimi Rabita PNC dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UMP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Bagi pelajar IPT yang ada cerita yang ingin dikongsikan kepada dunia, ini tempatnya! – awanirangers.com



Source link

read more

2 pusat penempatan banjir RM6.5 juta siap tahun depan – Terengganu


KUALA TERENGGANU 25 Dis. – Dua buah dewan serbaguna bernilai RM6.5 juta yang juga akan dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir di sekitar daerah Kuala Nerus dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kedua-dua projek berkenaan yang sedang dalam pembinaan kini sudah 70 peratus siap.


Beliau menjelaskan, dua projek itu melibatkan sebuah dewan serbaguna di kawasan Tok Jembal berharga RM3 juta manakala sebuah lagi dewan serbaguna bernilai RM3.5 juta juga sedang dibina di Tok Jiring.


“Kita telah sediakan tempat (penempatan mangsa banjir) di Tok Jembal iaitu berdekatan padang bola sepak Kampung Tok Jembal yang boleh menampung kira-kira 1,000 orang dalam satu-satu masa.


“Satu lagi projek (dewan serbaguna) juga sedang dalam pembinaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tembesu (Tok Jiring),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja di Felda Belara dekat sini hari ini.


Ahmad Razif berkata, sebaik siap dua projek berkenaan, kesemua mangsa banjir di daerah terlibat tidak lagi perlu dipindahkan ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar sebagaimana biasa.-UTUSAN ONLINE






Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons