Kongsikan hasil siasatan terhadap pembunuhan spesis terancam – MNS



KUALA LUMPUR: Persatuan Pencinta Alam Malaysia mahu siasatan mengenai kematian haiwan terancam dikongsikan, jelas presidennya Henry Goh.

Beliau juga mendesak pihak berkuasa untuk mempertingkatkan usaha pemantauan dan siasatan bagi menghentikan aktiviti haram ke atas spesis berkenaan

Henry berkata demikian sebagai reaksi kepada beberapa kes kematian haiwan terancam baru-baru ini yang melibatkan kes kemalangan jalan raya dan pembunuhan melibatkan haiwan terancam seperti tapir dan beruang matahari. 

Baca: Beruang maut dilanggar motosikal 
Baca: Tapir mati dilanggar Saga
Baca: Kereta berpusing dan terbalik selepas terlanggar tapir

“Berapa banyak lagi haiwan terancam harus terbunuh sebelum perkara ini dapat diselesaikan?” soal Henry.

Katanya, selain kemalangan yang mengakibatkan kematian haiwan terancam, binatang tersebut turut diancam pihak yang tidak bertangungjawab yang menjual bahagian badan binatang terbabit.

“Usaha sama yang tersusun antara agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, Jabatan Perhutanan, Polis dan Pejabat Peguam Negara diperlukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang berhubung isu ini,” katanya.



Source link

read more

Sekurang-kurangnya 20 terbunuh serangan udara di wilayah Taiz Yaman



SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dilaporkan telah terbunuh dan berpuluh-puluh lebih cedera dalam satu serangan udara yang dipimpin oleh Saudi di sebuah pasar di barat daya Yaman.

Laporan Al Jazeera yang memetik sumber berkata, serangan itu menyasarkan pasar Souk Al-Shahra iaitu sebuah pasar popular di kawasan pemberontak Houthi di wilayah Taiz kira-kira 200 kilometer barat daya Sanaa.

Saudara mara sesetengah mangsa tidak dapat mengenal pasti jenazah jenazah mereka kerana dipercayai hancur.

Sebuah rangkaian televisyen yang dikendalikan oleh kepimpinan Houthi, meletakkan jumlah mangsa lebih daripada 50 orang.

Gambar-gambar dimuat naik di laman web mereka yang memperlihatkan beberapa motosikal dan kedai musnah akibat serangan itu.



Source link

read more

Star Wars: The Last Jedi rekod kutipan RM3 bilion – Luar Negara


LOS ANGELES 26 Dis. – Filem Star Wars: The Last Jedi dijangka bakal memecahkan rekod pecah panggung sepanjang zaman apabila berjaya mencatatkan penjualan tiket sebanyak AS$745.5 juta (RM3 bilion) setakat ini sehingga semalam.

Sekiranya ramalan oleh pengkaji filem adalah benar, sekuel terbaharu francais Star Wars itu mampu memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.5 bilion) sehingga hujung minggu ini.

Ia sekali gus menjadikan filem terbabit berada di tempat kedua, di belakang sekuel terdahulu iaitu Star Wars: The Force Awakens yang merekodkan kutipan tiket sebanyak AS$936.7 juta (RM3.8 bilion).



Source link

read more

Peralatan Mekanikal diisi dadah RM23 juta dirampas



PERAI: Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas 1.5 juta pil Eramin 5 bernilai lebih RM23 Juta ringggit dalam serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata, pihaknya menemui 12 kotak yang mengandungi dadah disyaki pil Eramin 5 dalam serbuan di Zon Perdagangan Bebas Kargo MAS LTAPP kira-kira jam 9 pagi pada 17 Disember lalu.

“Menurut rekod penerbangan, bungkusan berkenaan diikrarkan sebagai ‘peralatan mekanikal’ dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei City, Taiwan dan LTAPP merupakan destinasi terakhir dan dipercayai untuk pasaran tempatan,”

“Susulan itu, tiga lelaki berusia antara 18 hingga 34 tahun termasuk pekerja syarikat agen penghantaran telah direman 12 hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah Zulkifli, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap syarikat penghantaran terbabit yang sebelum ini pernah beberapa kali membawa masuk barang dari luar negara.

Dalam pada itu, orang ramai di minta menyalurkan maklumat kepada pihak kastam berhubung aktiviti penyeludupan dadah dan juga barangan lain seperti rokok, minuman keras mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau terus ke pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang.



Source link

read more

Rapper T.I buat hal lagi di malam Krismas



ATLANTA: Pelbagai jenis gaya dan cara bagi menyambut perayaan hari Krismas.

Berbeza pula dengan artis terkenal Rapper T.I apabila memilih untuk meluangkan masa pada malam Krismas dengan membayarkan barangan yang dibeli golongan ibu tunggal bersempena perayaan itu.

Dalam video yang disiarkan, pemenang Anugerah Grammy itu masuk ke sebuah pasaraya dan memanggil mereka yang berstatus ibu tunggal.

Kebanyakan orang ramai yang sedang membeli belah untuk persiapan terakhir Krismas nyata terkejut dengan kehadiran beliau.

Rapper kemudian menawarkan diri untuk membayar semua barangan yang ada di tangan mereka (ibu tunggal).

Ini bukan kali pertama T.I. mengejutkan pembeli dengan membayar hadiah mereka.

Dia sebelum ini muncul di kedai-kedai Metro Atlanta sekitar Krismas pada tahun-tahun yang lalu untuk membantu golongan ibu tunggal.



Source link

read more

Tanah Felda: Jangan buat spekulasi awal – Nasional


KOTA BHARU 26 Dis. – Semua pihak perlu menyerahkan isu kehilangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa sebarang gangguan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar berkata, membuat spekulasi hanya sia-sia kerana isu Felda adalah masalah rakyat dan bukan melibatkan isu politik atau UMNO.

“Bila ada tuduhan biar proses siasatan berjalan kerana kita ada sistem penyiasatan dan akan ada proses seterusnya.

“Biar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tugas mereka tanpa gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategk Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Chetok, Kedai Piah di sini hari ini.

Tambah Annuar, isu Felda akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO jika ia dilihat pada perspektif yang betul.

“Isu Felda ini bukan dibangkitkan oleh pembangkang tetapi dari kami dalam kerajaan sendiri kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbuka kepada teguran.

“Kita kena bezakan parti dengan kerajaan. Apa-apa agensi kerajaan tidak kira Felda atau Mara, kita kena ingat kita pegang amanah rakyat. Jadi, bila pegang amanah rakyat akan ada tuduhan dan persepsi,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ambang tahun baru Prasarana lanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi



Kuala Lumpur: Sempena sambutan Tahun Baharu 2018 pada Ahad malam, waktu operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel, Transit Aliran Massa (MRT),  Bas Rapid Transit (BRT) dan bas Rapid KL di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan hingga 2 pagi.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan LRT Kelana Jaya bagi stesen KLCC dan Masjid Jamek akan dilanjutkan hingga 2 pagi, manakala stesen Pasar Seni, Ampang Park dan USJ7 akan tamat pada 1 pagi.

“Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bagi LRT laluan Seri Petaling pula akan tamat perkhidmatannya pada 2 pagi,” kata kenyataan itu.

Bagi aliran Monorel pula, operasi di stesen Bukit Bintang akan berakhir pada jam 1 pagi, sementara perkhidmatan MRT laluan Bukit Bintang, Mutiara Damansara dan Pasar Seni juga akan tamat pada waktu sama.

Perkhidmatan BRT laluan Sunway di stesen Mentari, SunMed, SunU-Monash,South Quay-USJ 1 dan USJ 7 akan menghentikan operasinya pada 1 pagi, manakala stesen Sunway Lagoon dan Sunway-Setia Jaya pula berakhir pada 2 pagi.

Bas Rapid KL terakhir yang berlepas pada 2 pagi melibatkan laluan 751 (Pasar Seni-Taman Sri Muda), 772 (Pasar Seni-Subang Suria), 780 (Pasar Seni-Kota Damansara), 300 (Mushi Abdullah-Pandan Mewah), 640 (Pasar Seni-Taman Sentosa), 450 (Lebuh Pudu-Terminal Kajang), 220 (Munshi Abdullah-Taman Melawati), 180 (Pasar Seni-Taman Dato Senu), 173 (Medan Pasar-Taman Jasa Utama) dan 600 (Pasar Seni-Puchong Utama).

Prasarana menasihati warga kota yang mengikuti acara ambang tahun baharu supaya menggunakan kad My Rapid atau ‘Touch n Go’ bagi melancarkan perjalanan, parkir kenderaan di fasiliti ‘Park and Ride’ dan patuh kepada arahan pihak berkuasa.

— BERNAMA



Source link

read more

Star WarsThe Last Jedi bakal jadi filem cecah kutipan tertinggi dalam sejarah



LOS ANGELES: Filem sensasi box office ‘Star Wars:The Last Jedi’ kini semakin menghampiri untuk mencatatkan rekod pecah panggung sepanjang zaman apabila berjaya mengutip RM3 bilion sehingga Selasa. 

Pakar industri percaya filem berkenaan berjaya merekodkan sejarah tersendiri, kerana ia kini sudah menghampiri kutipan sekuel terdahulu ‘Star Wars: The Force Awakens’ dengan jumlah RM3.8 bilion.

Sekiranya ‘The Last Jedi’ ini berjaya menambahkan koleksi kutipannya pada minggu ini tentunya ia akan memecahkan rekod tersebut sekaligus menjadi filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah.

Ramai pakar-pakar industri perfileman berpendapat bahawa angka itu mampu dipecahkan oleh ‘The Last Jedi’ berikutan ianya masih lagi mendapat sambutan hangat di seluruh dunia sehingga kini.

Filem tersebut mula tayangan perdana pada 13 Disember lalu. 



Source link

read more

Doakan ‘Coach’ Poad cepat sembuh – Sukan


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Berita mengenai masalah kesihatan yang dialami ketua jurulatih olahraga pecut kebangsaan, Mohd. Poad Md. Kassim yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru mengejutkan anak-anak didiknya.

Kebanyakan atlet pecut negara menyuarakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan jurulatih yang lebih dikenali sebagai Coach Poad itu, malah meminta peminat sukan tanah air agar sama-sama mendoakan beliau segera sembuh.

Mohd. Poad kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan difahamkan akan dikomakan kerana penyakit tersebut.

“Assalamualaikum mohon doakan jurulatih saya (Poad) dilindungi dan diberi kesembuhan kembali seperti sedia kala.

“Hari ini doktor nak komakan dia kerana jangkitan kuman di paru-paru semakin merebak…Semoga dengan doa tuan-tuan diterima Allah, amin,” kata pemenang pingat emas 100 meter Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan dalam media sosial.

Sementara itu, Asnawi Hashim, 19, mengakui, dia, Khairul Hafiz, Badrul Hisyam Abdul Manap dan beberapa atlet olahraga dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang kini menghadiri program di Cameron Highlands berasa tidak keruan selepas menerima perkhabaran Coach Poad.

“Apabila saya tahu jurulatih dimasukkan ke hospital dan keadaannya agak kritikal, saya, Khairul Hafiz dan Badrul Hisyam cuba untuk pulang sendiri ke Johor.

“Kami harap dia cepat sembuh kerana sudah hampir tiga minggu jurulatih tidak dapat bersama menjalani latihan,” katanya.

Atlet olahraga SSTMI berada di Cameron Highlands sejak Jumaat lalu bagi menjalani program yang dijadual tamat Sabtu ini. Semua atlet dipantau oleh pembantu Mohd Poad selepas jurulatih itu tidak dapat turun kerana masalah kesihatan.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim pula berkata, beliau terkejut apabila mengetahui keadaan Mohd. Poad menerusi mesej yang diterima dalam grup Whatsapp Atlet dan Jurulatih pagi tadi, dan berharap semua pihak dapat mendoakan jurulatih itu.

“Saya masih tidak tahu secara terperinci keadaan Mohd. Poad dan akan cuba menziarahi beliau dalam masa terdekat.

“Nasihat saya kepada semua atlet pecut yang dibimbing beliau agar tabah menghadapi dugaan ini dan berdoa Mohd. Poad segera sembuh.

“Saya sedar tahun depan banyak kejohanan olahraga dan temasya bakal disertai atlet pecut, namun jangan cepat berfikir yang bukan-bukan sebaliknya harus berdoa untuk kesihatan Mohd. Poad.

“Dalam masa sama saya percaya tugasan jurulatih tersebut akan diambil alih oleh pembantunya untuk mempersiapkan atlet,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.

Mohd. Poad adalah guru dari Chabau, Jasin, Melaka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Antara kejayaannya adalah melahirkan juara Sukan SEA yang juga pemegang rekod 100 dan 200m kebangsaan, Khairul Hafiz. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Akta Aksem berkuat kuasa Jumaat ini



KUALA LUMPUR: Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang digubal untuk memperkemas tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti menyalahi undang-undang di sempadan darat negara akan berkuat kuasa Jumaat, 29 Dis.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, tarikh  penguatkuasaan akta itu yang ditetapkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN dibuat berdasarkan subseksyen 1(2) Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799].

“Penggubalan akta ini juga memberi punca kuasa bagi penubuhan sebuah agensi khusus dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang bertanggungjawab untuk mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara,” menurut kenyataan itu.

Melalui akta itu, fungsi Aksem telah diperluas bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Fungsi ini membolehkan Aksem melaksanakan operasi sehingga ke garis persempadanan negara bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Ini akan dapat memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan yang pada masa ini dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am, (PGA), PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

KDN menjelaskan bahawa agensi-agensi yang membentuk Aksem melibatkan keanggotaan lima agensi sedia ada iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

“Peruntukan dalam akta ini juga membenarkan mana-mana pegawai awam lain dilantik bagi menyertai Aksem mengikut keperluan,”katanya.

— BERNAMA



Source link

read more