Letupan di Saint Petersburg cederakan empat orang – Nasional


MOSCOW 28 Dis. – Satu letupan di sebuah pasar raya di bandar Saint Petersburg, Rusia semalam mencederakan beberapa orang pengunjung.

Jurucakap Jawatankuasa Siasatan Rusia, Svetlana Petrenko berkata, satu siasatan dilancarkan selepas satu objek tidak dikenali meletup.

“Sebanyak empat orang dikejarkan ke hospital,” katanya.

Menurut polis, letupan berlaku di sebuah pasar raya di timur laut bandar itu. – AFP



Source link

read more

Tangguhkan perjalanan ke Yaman – Wisma Putra



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesyorkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Yaman.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, kementerian itu memberitahu, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini di Yaman, khususnya di Sanaa.

“Sehingga kini, laporan yang diterima menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang berada di Yaman adalah selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman giat menghubungi rakyat Malaysia di Yaman.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman adalah dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, sekiranya masih belum berbuat demikian,” jelas kenyataan terbabit.

Berikut ialah butiran Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman:

Alamat :  Villa No. 1611, Way No. 3019
Shatti Al Qurum, P.O. Box 3939,
Postal Code 112, Ruwi Muscat
Oman    
    
Telefon  :  (968) 2469 8329; (968) 2469 8643
Faks  :  (968) 24605031
Emel  :  [email protected]

Sekurang-kurangnya 71 orang awam terbunuh dalam serangan udara selama 48 jam yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi yang mensasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.



Source link

read more

[VIDEO] Permainan Pokemon jadi inspirasi lukisan – Terkini


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Permainan animasi Pokemon yang pernah terkenal seketika dahulu menjadi inspirasi kepada pelukis muda, Mohammad Haziq Syawal Mohd Hanis, 24, untuk mengetengahkan ideanya dalam lukisan seni halus.

Malah mesej yang berat mengenai kanak-kanak zaman sekarang yang terlalu seronok bermain permainan video telah menjelaskan bahawa berlaku perubahan waktu dan masa pada zaman kini.

Menurutnya, dia mendapat idea sebegitu ketika memerhatikan kanak-kanak di kawasan perumahannya yang kusyuk bermain animasi Pokemon sehingga larut malam.

“Dahulu kita akan bermain baling selipar, teng-teng dan congkak dengan kawan-kawan namun sekarang sudah berubah.

“Saya memang sengaja selitkan animasi Pokemon itu sebelah selipar menunjukkan bahawa terdapat perubahan waktu,” ujarnya ketika ditemui Utusan Online dalam Pameran New Comers 2 di sini hari ini.

Pameran New Comers 2 adalah anjuran Balai Seni Negara yang bertujuan mengetengahkan pelukis-pelukis muda dalam satu platform bagi menonjolkan bakat baru untuk bersaing dalam industri seni.

Sebanyak 20 karya daripada enam pelukis muda itu di pamerkan di sebuah hotel terkemuka bermula 19 Disember hingga 4 Januari depan.

Sementara itu, tambah Mohammad Haziq Syawal, pelukis muda sebayanya tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan tidak perlu gentar untuk mengutarakan idea dalam karya mereka.

“Kita tidak perlu takut untuk melakukan sesuatu perubahan dalam karya kita, mana tahu perkara itu membuahkan hasil,” ujarnya.

Manakala bagi Abdul Fatah [email protected], 26, dia mengetengahkan tema dua dunia dalam lukisannya bagi memberi mesej berbeza kepada pengunjung dalam pameran itu.

“Kita lihat daam lukisan ini ada katil, ada meja tetapi dekat bawah ini ada buaya. Jadi memberi mesej bahawa kita berada dalam realiti dan juga dalam alam lain,” ujar pemilik Sarjana Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Israel cabar keamanan keharmonian di Baitulmaqdis – TPM Ahmad Zahid



MELAKA: Israel dan sekutunya mencabar keamanan serta keharmonian di Baitulmaqdis yang didambakan masyarakat dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata hakikatnya masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian dikekalkan di Baitulmaqdis, namun ini dicabar Israel yang memindahkan ibu kotanya ke bandar itu.

“(Pertubuhan) Bangsa Bersatu telah adakan perhimpunan luar biasa yang mana usul (menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel) telah diterima 128 negara… masyarakat dunia mahukan keamanan dan keharmonian beragama.

“Namun negara kecil ini (Israel) mencabar hak orang beragama Islam, beragama Kristian untuk berada di sana (Baitulmaqdis),” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2017 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, dan lebih 8,000 pengunjung termasuk pelancong dari dalam serta luar negara.

Ahmad Zahid berkata pemimpin masyarakat Kristian Katholik turut menyertai perhimpunan menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini, menunjukkan masyarakat berbilang agama di negara ini faham mengenai kepentingan keamanan dan keharmonian untuk sesebuah negara.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda perlu mempertahankan keamanan, keharmonian, kecintaan dan semangat kekitaan yang dikecap sejak sekian lama.

“Keharmonian memang sukar untuk dicapai tetapi keharmonian tetap menjadi tonggak perpaduan rakyat kita, ini uniknya Malaysia dan kita semua harus bersyukur dengan terus pertahankan keamanan serta keharmonian ini,” katanya.

Katanya walaupun mempunyai perbezaan pendapat, agama dan latar belakang, Islam telah mengajar semua supaya saling menghormati antara satu sama lain dan ini merupakan tonggak rakyat Malaysia untuk sekian lama.

“Kita mesti belajar menghormati agama lain dan orang lain supaya agama kita dan kita sendiri dihormati,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengekalkan keamanan dan kehormanian ini, maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk terus mempertahankannya.

— BERNAMA



Source link

read more

Penyampaian HASDI III Sabtu ini – Terengganu


KUALA TERENGGANU 27 Dis. – Penyertaan dalam Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI III) meningkat lebih sekali ganda hampir dalam semua kategori berbanding dua tahun lepas dengan kebanyakan karya yang diterima untuk penilaian  memperlihatkan mutu yang boleh dianggap tinggi.



Penyampaian HASDI III Sabtu ini

ABDUL MUBIN ISMAIL

Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggara HASDI III, Abdul Mubin Ismail berkata, lebih membanggakan apabila penyertaan bagi kategori penulis berusia 21 tahun ke bawah meningkat begitu ketara yang sekali gus memperlihatkan percambahan ramai golongan pelapis.

“Penyampaian hadiah kepada para pemenang berdasarkan karya terbitan sepanjang  2015 dan 2016  itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman malam Sabtu ini di Hotel Permai di sini,”ujarnya kepada Utusan Online hari ini.

 HASDI I dirintis pada 2013, disusuli  HASDI II (2015) ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan para sasterawan /penulis/pengarang anak negeri dan pemaustatin yang telah menghasilkan karya yang bermutu, dan menyemarakkan dunia sastera tanahair.

Hadiah secara dwitahunan itu yang turut menobatkan tokoh Sasterawan Negeri dan Sasterawan Harapan Negeri  di samping karya-karya yang ditulis dalam bahasa Melayu, ditambah baik dalam edisi ketiga ini.

“Ini termasuk meningkatkan nilai dan jumlah hadiah di samping memperkenalkan beberapa kategori /genre baharu, juga diwujudkan hadiah utama dan hadiah penghargaan,”ujarnya yang juga Ketua Dua Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita).

 Katanya, terdahulu pada sebelah petangnya di hotel yang sama akan diadakan Wacana Karya Terpilih HASDI III yang akan disampaikan oleh kalangan panel penilai yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Dr. Shamsudin Othman dan S.M Zakir.

“Mereka antara lain akan membincangkan kriteria, skop dan aspek-aspek penilaian serta pemilihan karya yang menang serta keperluan dan tips-tips kepada penulis untuk penyertaan HASDI yang akan datang. Orang ramai dijemput hadir,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Peniaga kedai runcit didakwa membunuh



KOTA TINGGI: Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Baru Sungai Mas, Bandar Penawar, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Zalihah Mohamad Yusof.

Tertuduh, Alemi Azuan Sanip 29 tahun didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Alemi Azuan turut didakwa dengan niat melakukan bunuh ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun pada 3 Disember hingga 14 Disember lalu di antara 7.30 malam hingga 12 tengah hari di Jalan Kampung Baru Sungai mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.

Zalihah menetapkan 28 Januari 2018 sebagai sebutan semula kes selepas menerima laporan kimia.



Source link

read more

Habis GV4 isteri ajak pindah Malaysia ini jawapan Firman



PENYANYI Indonesia, Firman Siagian mengakui isterinya, Marissa Purwana Putri sering mencadangkan untuk berpindah dan menetap di Malaysia.

Hasrat itu disuarakan sejak Firman mulai terbabit dalam rancangan Gegar Vaganza 4 (GV4) beberapa Oktober lalu.

“Isteri saya mengajak saya berpindah ke Malaysia dan terus menetap di sini. Katanya Malaysia sangat indah dan dia sangat sukakan suasana masyarakat di sini yang gemar bersahabat.

“Tapi jawab saya jangan terburu-buru. Buat sementara waktu biarlah kami berulang-alik terlebih dahulu sehingga betul-betul serasi.

“Lagipun, penting untuk kami mengenali budaya dan cara hidup di Malaysia. Selepas itu baru boleh dipertimbangkan untuk berpindah ke Malaysia,” kata Firman kepada Astro Gempak.

Firman berkata demikian sejak rutin mingguannya berulang-alik selama lebih lapan minggu sepanjang terbabit dengan GV4.

“Biasanya saya akan datang ke Kuala Lumpur untuk sesi latihan hingga ke konsert GV4 pada hari Ahad kemudian pulang ke Indonesia pada hari Isnin bagi tuntutan kerja di sana.

“Banyak persembahan saya yang pada asalnya berlangsung pada hari Jumaat diawalkan dalam tempoh waktu saya di Indonesia mulai Selasa hingga Khamis.

“Sekarang, saya kembali ke trek asal seperti mana sebelum ini,” tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Tiga sekeluarga maut terhidu gas beracun ketika gali lubang najis



PASURUAN: Semalam, kita dikejutkan dengan berita empat sekeluarga di Lombok Timur yang maut seorang demi seorang akibat terkena renjatan elektrik di sawah milik mereka.

Hari ini, khabar mendukacitakan dengan jalan cerita yang hampir sama pula berlaku di Pusuruan, Indonesia pada Rabu.

Menurut laporan media tempatan, tiga sekeluarga terkorban pada 8.40 pagi tadi setelah terhidu gas beracun di belakang rumah mereka.

Menurut laporan portal Warta Bromo, ketika kejadian, si ayah Suparno, 40 tahun, yang dibantu anaknya Junaidi, 20 tahun, dikatakan sedang menggali lubang tangki septik baharu di belakang rumah ekoran tangki lama yang sudah penuh dan tidak lagi berfungsi.

Dikhabarkan lubang yang digali Suparno sejak beberapa hari lalu hanya terletak kira-kira 30 cm di sebelah tangki lama tersebut.

Suparno sempat menggali lubang sedalam lebih 4 meter apabila secara tiba-tiba dinding tanah itu bocor dan air kumbahan serta gas beracun daripada tangki septik lama mencurah masuk dan memenuhi lubang yang baru digali.

Suparno yang berada di dalam lubang tersebut terendam di dalam air limpahan selain melemah setelah dipercayai terhidu gas beracun daripada tangki septik tersebut.

Melihat keadaan ayahnya, Junaidi cuba memberi bantuan dengan menariknya keluar dari lubang sambil berteriak meminta pertolongan. Tetapi malang bagi Junaidi apabila dia juga terhidu gas beracun dan pengsan.

Mujiono, 45 tahun, yang terdengar teriakan anak saudaranya Junaidi meluru ke lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan kedua-dua mereka.

Malang baginya apabila dia sendiri turut rebah dan pengsan.

Seorang lagi ahli keluarga, Jamin, 65 tahun, iaitu ayah kepada Suparno yang tiba seketika kemudian cuba memberikan pertolongan kepada dua anak dan cucunya itu, namun dia sendiri rebah dan tidak sedarkan diri.

Penduduk yang menyedari kejadian itu berjaya menarik keluar kesemua mangsa yang terjatuh ke dalam lubang septic tersebut, namun hanya Jamin yang berjaya diselamatkan.

Ketiga-tiga mangsa yang lain disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Pusdik Shabara Porong, manakala Jamin masih dirawat dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Polis Indonesia mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.



Source link

read more

Polis Selangor guna lagu sampai pesanan kepada warga polis – Nasional


POLIS Selangor menggunakan pendekatan lain daripada yang lain iaitu lagu yang mengandungi lirik pesanan kepada warga polis sebagai medium untuk disebarkan di media sosial.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, walaupun liriknya ringkas dengan muzik ringan, namun maknanya mendalam bagi warga polis dalam menjalankan tugas memberi khidmat kepada masyarakat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu FELDA Isa Samad individu penting bantu siasatan – DIG



KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad merupakan individu penting yang boleh membantu siasatan kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kenyataan Isa penting bagi membantu siasatan kes tersebut kerana beliau adalah antara individu yang menjawat jawatan pengurusan tertinggi FELDA ketika itu selain mempunyai kaitan dengan keputusan melabur.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Isa bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut, minggu depan.

“Kita sudah rakam keterangan lima saksi terdiri daripada pegawai FELDA, pejabat tanah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta yang penting adalah pengadu itu sendiri esok atau lusa kita rakam percakapan apabila dia berada di Kuala Lumpur.

“Kita akan tengok segala dokumen berkaitan bagaimana keputusan dibuat dan sebagainya. Kalau kita tahu (Mohd Isa) ada kaitan dengan keputusan untuk melabur, kita akan ambil keterangan beliau,” katanya.

BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kes Felda

BACA: Isu tanah Felda: Isa Samad sedia disiasat pihak berkuasa

BACA: Isu tanah Felda: Polis buka kertas siasatan, panggil pengadu, pegawai Felda

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman di sini pada Rabu.

Tambah Noor Rashid, siasatan dijangka akan lebih rancak minggu depan apabila polis mengambil keterangan individu penting selain memperoleh dokumen berhubung kes itu.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana penipuan serta pemalsuan dokumen.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons