Kereta api kabel Bukit Bendera beroperasi semula Sabtu



GEORGE TOWN: Selepas ditutup selama sebulan bagi kerja- kerja pemulihan dan pembaikan akibat banjir dan tanah runtuh di Bukit Bendera, perkhidmatan kereta api kabel Bukit Bendera akan beroperasi semula pada Sabtu ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perkhidmatan itu akan dibuka bermula jam 6.30 pagi.

“Keretapi funikular akan memulakan operasi semula pada Sabtu, 30 Dis ini selepas tepaksa ditutup kerana bencana angin kencang dan juga banjir yang paling buruk dalam sejarah negeri Pulau Pinang.

“Selepas usaha bersungguh-sungguh selama hampir dua bulan kita berjaya membaikinya, bukan sahaja keretapi tetapi kawasan tanah runtuh juga,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar pada Khamis.

Menurutnya, sebelum ini perkhidmatan adalah terhad dan hanya disediakan untuk pengusaha perniagaan dan pihak-pihak berkepentingan dari 27 hingga 29 Dis bagi memudahkan kerja-kerja menyambung semula perkhidmatan dan perniagaan seperti biasa pada 30 Dis.

Guan Eng berkata, sebanyak 194 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Bukit Bendera yang menyebabnkan perkhidmatan itu tergendala dan menghalang bukan sahaja laluan ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas banjir selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada 4 Nov lepas menyebabkan Guan Eng merayu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Banjir itu mengorbankan tujuh nyawa, dan angin kencang serta hujan lebat merosakkan hartanah selain mengakibatkan pokok tumbang di beberapa kawasan.

Kerja pemulihan dan pembaikan tertumpu kepada tiga kawasan utama iaitu landasan kereta api kabel, kawasan di kemuncak dan laluan jip dari Kebun Bunga.

Sebanyak, 36 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di kemuncak Bukit Bendera yang menjejaskan jalan dan laluan kecil di kemuncak, dan empat tanah runtuh serta pokok tumbang dan dahan turut dikenal pasti di sepanjang landasan yang mengakibatkan gangguan kepada operasi kereta api.



Source link

read more

Kakak Meghan Markle bidas komen Putera Harry



SALAH sebuah komen yang dibuat Putera Harry seperti tidak disenangi kakak kepada tunangnya, Meghan Markle, hinggakan Samantha Markle terpaksa membidasnya di Twitter.

Dalam temu bual bersama BBC, Putera Harry berkongsi pengalaman menyambut perayaan Krismas bersama Meghan dan seluruh kerabat keluarga diraja.

“Dia (Meghan) memang menikmati detik-detik bersama keluarga saya dan mereka gembira dengan kehadirannya (Meghan).

“Kami mempunyai keluarga yang sangat besar. Dia (Meghan) berjaya menharungi detik bersama keluarga saya dengan baik sekali. Ini boleh diumpamakan sebagai keluarga yang dia tidak pernah miliki,” ujar Harry.

Selepas seorang wartawan dari Daily Express London, memuat naik baris terakhir Harry di laman Twitter, Samantha terus memberi respons kepadanya.

Samantha melalui Tweetnya berkata: “Sebenarnya, dia (Meghan) mempunyai keluarga yang besar yang sentiasa bersamanya. Kami mempunyai rumah yang kecil. Bila ayah dan Doria berpisah, kami sentiasa berada di sisinya supaya Meghan mempunyai dua rumah. Tiada siapa yang ditinggalkan, dia yang tiada masa. Bacalah buku saya, ia dilengkapi fakta dan gambar.”

Dalam Tweet seterusnya, Samantha berkata “Keluarga Meg (keluarga kami) lengkap dengan kakak, abang, ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan keluarga kami sentiasa bersama kerana ayah kami yang sentiasa berkorban untuk orang lain. Dia (Meghan) sentiasa mempunyai keluarga ini. Perkahwinan ini hanya akan meluaskan apa yang sedia ada.”

Sementara itu, Samantha juga dilaporkan bakal menerbitkan buku berjudul “The Diary of Princess Pushy’s Sister” di mana beliau melalui Tweet berkata akan menceritakan kehidupan di rumah asal Meghan.



Source link

read more

Ramai pemimpin masyarakat tiada maklumat tentang ketum – Nasional


PADANG BESAR 28 Dis. – Kebanyakan pemimpin masyarakat yang bercakap soal penanaman ketum sebenarnya tidak mempunyai maklumat lengkap daripada pakar-pakar yang membuat kajian terhadapnya sehingga mendorong pandangan negatif terhadap potensi tanaman itu.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pokok ketum mempunyai khasiat perubatan yang tinggi seperti mana hasil kajian lebih 20 pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM), malah kehebatannya diakui negara-negara maju.


Katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, ketum turut mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dengan beberapa buah negara telah memperoleh manfaat daripada potensinya.


“Sebagai contoh, Kalimantan kini memperoleh pendapatan sebanyak RM10 juta sebulan hasil pengeksportan daun ketum ke negara Eropah.


“Jika kerajaan benarkan penanaman ketum secara terkawal, RISDA yakin dapat membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan sekali gus menjimatkan wang agensi itu sebanyak RM130 juta untuk membantu golongan berkenaan ketika harga getah jatuh,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sumbangan Bantuan Kembali Ke Sekolah 2018 kepada seramai 800 penerima melibatkan anak-anak pekebun kecil dan ladang-ladang berdaftar di bawah RISDA di Tapak Pasar Sehari Beseri di sini hari ini.


Menurut beliau, kawasan utara Perak sehingga negeri ini mampu menghasilkan daun ketum yang terbaik berbanding di negara-negara lain.


Katanya, pihaknya juga bersedia menyumbang kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang selama ini berhadapan dengan masalah peruntukan untuk menjalankan program pemulihan dan pencegahan dadah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Proses naik taraf Stesen Bas Kulim bermula Februari 2018



KULIM: Kerja-kerja menaik taraf stesen bas Kulim yang bernilai RM2.5 juta dekat sini akan bermula menjelang Februari depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) Ir Muhamad Tarmymy Che Ani berkata, projek naik taraf itu akan melibatkan terminal mengambil dan menurunkan penumpang, parkir bas, ruang menunggu, kaunter tiket, medan selera dan stesen teksi.

“Untuk itu, kerja-kerja meroboh terminal lama dan sebagainya akan dilakukan secara berperingkat kerana tidak mahu menganggu dan menjejaskan operasi bas dan perniagaan yang ada di kawasan tersebut, ” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Stesen bas itu mula beroperasi di lokasi sekarang pada tahun 2000 apabila stesen bas lama di kawasan yang kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan Kulim ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Tambahnya, projek naik taraf itu nanti mampu memuatkan sehingga 22 buah bas dalam satu masa dengan lapan terminal mengambil dan menurunkan penumpang.

Di samping itu, sebanyak 26 kaunter tiket yang berciri mesra pelanggan juga akan dibina termasuk ruang menunggu berbumbung.

“Sebagai permulaan, pihak kami sedang menyiapkan tapak perniagaan sementara berhampiran Pejabat Penerangan.

“Ini bertujuan memindahkan peniaga yang beroperasi di medan selera di stesen bas itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan,” katanya.

Dalam pada itu, dua gerai berkonsep ‘food bus static’ akan beroperasi di stesen bas berkenaan apabila semuanya siap dibina nanti.

“Kita akan letakkan dua bas lama yang dicat semuIa untuk dijadikan gerai jualan yang akan ditentukan kemudian.

“Kami yakin ia akan menambah nilai dan kaedah terbaik dalam menghidupkan semula stesen bas ini di samping menarik kunjungan orang ramai,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Beberapa jalan di ibu negara ditutup sempena larian tahun baharu – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 28 Dis. – Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup sementara kepada pengguna untuk memberi laluan kepada program Larian Tahun Baharu 2018 pada 1 Januari depan.

Presiden Persatuan Wilayah Ceria 1Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, antara jalan berkenaan adalah Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Damansara yang akan ditutup bermula pada pukul 4.30 pagi hingga 9 pagi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kesesakan. Seramai 150 anggota trafik akan ditempatkan di lokasi sepanjang program itu berlangsung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, penganjuran program tahunan yang mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini bermula pada pukul 5 hingga 10 pagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

India aims for law that could jail Muslim men who instantly divorce wives



NEW DELHI: The Indian government on Thursday introduced a bill in parliament aimed at prosecuting Muslim men who divorce their wives through the ‘triple talaq’, or instant divorce, which women complain violates their right to equality.

In August, the Supreme Court ruled as unconstitutional the law, which allows Muslim men to divorce their wives simply by uttering the word “talaq” three times.

Muslim women had petitioned the court, arguing the practise of husbands divorcing them through “triple talaq”, including by Skype and WhatsApp, not only violated their rights but left many women destitute.

“Only a law can explicitly ban triple talaq, we have to enforce legal procedures to provide allowance and protect custody of children,” said Law Minister Ravi Shankar Prasad.

The bill, if approved, would make the practise a non-bailable offence with a possible three-year jail term.

Muslims are the biggest religious minority in Hindu-majority India and relations between the communities have been occasionally strained since Prime Minister Narendra Modi and his Hindu-nationalist Bharatiya Janata Party won a 2014 election.

India is one of the few countries where the practise of instant divorce has survived and some Muslim groups have said that while it was wrong, the law should be reviewed by the community itself.

Members of the All India Muslim Personal Law Board said the government had no right to outlaw instant triple talaq, as it was directly interfering with the Muslim personal law.

India’s civil codes are designed to protect the independence of religious communities. Unlike most Hindu civil laws, which have been codified and reformed, Muslim personal laws have largely been left untouched.

Zakia Soman, founder of a Muslim women’s group, the Bharatiya Muslim Mahila Andolan, said once triple talaq becomes a legal offence, victims could approach the police and the legal system to initiate action against offenders.



Source link

read more

Mama Suad nekad bela nasib wanita Afrika



KUALA LUMPUR: Wanita Sudan terkenal dengan perwatakan lemah lembut dan sopan tutur katanya.

Bagaimanapun, jangan terpedaya dengan kelembutan mereka kerana di sebaliknya tertanam semangat kental untuk melihat negara mereka terus makmur dan menempah nama bukan sahaja di rantau Afrika malah di seluruh dunia.

Dr Suad El-Fatih Al-Badawi, 85, adalah antara wanita berkenaan. Dikenali kerana perjuangannya membela hak-hak wanita, wartawan, anggota politik dan ahli akademik Sudan ini bertekad untuk melihat rakyat Afrika, terutamanya kaum wanita, menjalani kehidupan yang lebih baik dan bebas daripada kemiskinan.

Walaupun pada usia sedemikian, Dr Suad, yang lebih gemar dipanggil “Mama Suad” masih bekerja melalui pelbagai projek untuk memperkasa wanita Afrika dan memastikan mereka dilayan dengan adil.

“Jadilah seorang wanita yang kuat. Saya suka wanita yang kuat. Sekiranya kita berganding bahu, kita akan dapat mengatasi semua halangan,” kata Mama Suad dengan tegas semasa wawancara dengan sekumpulan wartawan Bernama yang melawat Sudan baru-baru ini.

IBU KEPADA AFRIKA

Usahanya yang tidak mengenal lelah untuk memperkasa golongan wanita Afrika diperakui oleh Pan African Parliament (PAP) – sebuah badan Kesatuan Afrika (AU) – apabila menganugerahkan beliau dengan gelaran “Umme Africa” (Mama Africa atau Ibu kepada Afrika).

Malah Mama Suad bukan sahaja mendapat anugerah daripada PAP. Terdahulu, pada 1970-an Arab Saudi telah meminta bantuan beliau untuk menubuhkan Girls College of Education di Riyadh.

Menurut Mama Suad, itu antara pengalaman paling membanggakan kerana berjaya mengatasi halangan budaya Arab Saudi terhadap pendidikan untuk kaum wanita pada masa itu.

“Saya sangat gembira kerana kolej itu hanya untuk wanita. Adalah sukar untuk memberi pendidikan kepada wanita di Arab Saudi pada masa itu kerana umum berpendapat bahawa wanita hanya perlu mempelajari al-Quran dan Sunnah,” jelas beliau.

Mama Suad bukan sahaja terkenal kerana minatnya dalam pendidikan wanita, malah perjuangannya untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak di benua Afrika juga telah menarik lebih banyak perhatian terhadap beliau.

Menurut beliau, disebabkan kurangnya rawatan perubatan di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil, kira-kira 276 kes kematian kanak-kanak bagi setiap 10,000 kanak-kanak (276: 10,000) dilaporkan di negara-negara Afrika, menjadikannya kadar kematian tertinggi kanak-kanak di dunia.

PROJEK MELATIH BIDAN

Berikutan jumlah kematian kanak-kanak yang tinggi itu, Mama Suad memutuskan untuk bersama-sama pasukan PAP melaksanakan projek melatih penduduk desa sebagai bidan agar dapat membesarkan anak yang sihat.

Walaupun pada awalnya idea beliau menjadi bahan ketawa sesetengah pihak, beliau tetap tabah dan akhirnya berjaya merekrut serta melatih lima wanita sebagai bidan di setiap 10 negara Afrika di bawah projek berkenaan.

Mengakui program itu satu kejayaan, beliau yang juga pengasas International Muslim Women Union (IMWU), menyaksikan kadar kematian kanak-kanak di benua Afrika menurun berbanding beberapa tahun lepas.

Bagaimanapun, projek berkenaan kini ditangguhkan akibat kekangan kewangan, katanya.

“Saya mempunyai impian untuk melatih setiap bidan di setiap kampung di Afrika. Begitulah harapan kami. Buat sementara waktu, biarlah ia menjadi satu impian dahulu. Semakin kerap kita mengimpikannya, semakin banyak akan kita peroleh,” katanya.

PELABURAN EMAS

Petah bercakap, beliau yang juga anggota badan perundangan dewan rendah Sudan, bukan sahaja memperjuangkan hak-hak wanita tetapi juga berminat dalam perniagaan.

Beliau menggalakkan ahli perniagaan asing untuk berdagang dan melabur di Sudan iaitu antara negara terbesar di Afrika dengan jumlah penduduk lebih 40 juta.

“Di dalam Sudan, di dalam perut bumi Sudan ada seluruh kekayaan alam. Uranium, emas, besi, kesemuanya ada di Sudan,” katanya bangga.

Menurut beliau, kini terdapat sejumlah besar emas untuk dilombong, sekali gus menggalakkan para pelabur agar mengambil kesempatan untuk melabur dalam logam berharga itu.

Laporan mengatakan bahawa Sudan telah menjadi antara pengeluar emas terbesar di Afrika. Ia menghasilkan 25.6 tan emas dari Januari hingga November 2016.

Mama Suad juga kagum dengan Malaysia dan berharap Sudan dapat mencontohi kejayaan Malaysia dalam mencapai kemajuannya.

Dan resipi kunci kejayaannya? “Impian perlu tinggi, sentiasa membuat rancangan teratur sebelum memulakan sesuatu, sentiasa berpegang pada masa anda, dan sentiasa mencari alternatif untuk segala-galanya.”

— BERNAMA



Source link

read more

India lulus rang undang-undang haramkan perceraian segera



NEW DELHI : Dewan Rendah India meluluskan rang undang-undang mengharamkan penceraian segera menerusi kaedah talaq berganda yang diamalkan orang Islam, dan mereka yang melakukan kesalahan itu berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Rang undang-undang ini diluluskan selepas Mahkamah Agung India, memutuskan amalan penduduk Islam yang menceraikan isteri dengan kaedah itu tidak mengikut perlembagaan.

Sejumlah 170 juta penduduk Islam India mengikut pegangan sunah yang dikawal selia Undang-undang Peribadi Islam untuk Urusan keluarga.

Undang-undang ini membenarkan kaum lelaki menceraikan isteri hanya dengan mengucap perkataan Arab, ‘Talaq’ selama tiga kali, pada bila-bila masa menerusi apa jua medium, termasuk telefon, perkhidmatan mesej ringkas dan muat naik status di media sosial.

Lebih daripada 20 negara Islam, termasuk negara jiran Pakistan dan Bangladesh telah mengharamkan amalan berkenaan.

Rang undang-undang yang diluluskan dewan rendah akan dibentangkan di Dewan Tertinggi Parlimen bagi tujuan kelulusan sebelum diwartakan sebagai akta.

Sementara itu beberapa parti pembangkang kritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, kerana membentangkan usul rang undang-undang berkenaan tanpa melalui perbincangan dengan mereka.



Source link

read more

[VIDEO] 4 tan minyak masak, 1,230 liter petrol dirampas – Jenayah


TUMPAT 28 Dis. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 4,981 kilogram minyak masak dan 1,230 liter petrol yang cuba diseludup ke Thailand.



Video oleh YATIMIN ABDULLAH

Rampasan tersebut dilakukan oleh kedua-dua agensi penguatkuasaan itu menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bermula pada 21 Disember hingga semalam.

Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, sepanjang operasi itu pihaknya turut menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 35 hingga 65 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan haram itu.

Menurutnya, turut dirampas tiga buah kenderaan dan sebuah bot yang digunakan untuk menyeludup barangan kawalan itu ke negara jiran sepanjang tempoh operasi tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM37,049. Kita akan terus menjalankan kerjasama ini dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan itu daripada terus berleluasa,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga Superintenden, Mohamad Pajeri Ali dan Pegawai Pemerintan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintenden Ahmad Amri Ab. Rahman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Polis P. Pinang terima basikal elektrik untuk jalankan rondaan



GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang hari ini menerima tujuh basikal elektrik atau E-Basikal bagi melaksanakan penugasan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai terutama pelancong asing dan pusat membeli-belah di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata objektif utama penggunaan basikal elektrik itu ketika rondaan dapat mewujudkan kehadiran polis di tempat awam dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

“Hari ini Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menerima sebanyak tujuh buah basikal yang menggunakan kuasa bateri hasil sumbangan daripada tiga syarikat swasta di negeri ini.

“Tiga basikal akan digunakan oleh Unit Polis Pelancong IPK Pulau Pinang manakala dua buah lagi ditempatkan masing-masing di Balai Polis Batu Feringghi di daerah Timur Laut dan Queensbay di daerah Barat Daya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Basikal Elektrik oleh tiga syarikat kepada IPK Pulau Pinang, di sini hari ini.

Basikal elektrik buatan China itu berharga RM3,680 setiap satu dan boleh dicas semula menggunakan kuasa elektrik.

Chuah berkata penggunaan basikal elektrik itu juga dapat memudahkan anggota polis berinteraksi dengan orang awam dan pelancong ketika membuat rondaan dan melaksanakan konsep ‘Stop Talk’. 

Katanya IPK Pulau Pinang menjadi negeri pertama menggunakan basikal elektrik itu untuk menjalankan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai dan pusat membeli-belah di negeri berkenaan.

“Selain itu, IPK Pulau Pinang juga akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai kesesuaian dan respons masyarakat tentang penggunaan basikal elektrik berkenaan dan jika ia memberi kesan positif kami akan usulkan kepada Bukit Aman untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakannya di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata penggunaan basikal elektrik itu dapat membudayakan gaya hidup sihat kerana ia juga boleh dikendalikan dengan cara kayuhan dan jarak perjalanannya jika menggunakan kuasa elektrik boleh mencapai sehingga 50 kilometer (km) dengan kelajuan 25km sejam.

“IPK Pulau Pinang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang berbesar hati menyumbang basikal elektrik ini dan berharap ia dapat ditambah lagi pada masa hadapan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons