Artis meriahkan pembukaan Pak John Steamboat & BBQ – Hiburan


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Sempena pembukaan cawangan baharu di IOI City Mall, Putrajaya, Pak John Steamboat & BBQ menjemput beberapa orang selebriti bagi memeriahkan lagi majlis yang berlangsung semalam.

Majlis perasmian pembukaan serta sambutan ulang tahun keenam restoran tersebut telah disempurnakan oleh pelakon dan penerbit tersohor negara, Datuk Rosyam Nor manakala penyanyi Salma (3 Juara), Ayu Damit dan Mac Rahayu menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu popular mereka.

Majlis yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri turut diserikan dengan kehadiran pelakon Dazrin Kamarudin dan isterinya.

Pak John Steamboat & BBQ menyajikan hampir 160 bahan-bahan yang boleh direbus atau panggang serta beberapa masakan panas yang siap dihidang dengan harga bermula RM42.90 seorang. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Tiada lagi sakit yang perlu kau tanggung Faiz



KUALA KANGSAR: Setelah berjuang dengan sepenuh kudratnya melawan kesakitan di usia mentah, Mohd Faiz Mohd Abd Shukor, 2 tahun, akhirnya pergi buat selamanya pada petang Jumaat.

Mohd Faiz, kanak-kanak yang menanggung derita berikutan kanser mata tahap kronik telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di sini.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu bapa dan disaksikan seisi keluarganya sekitar pukul 4.08 petang setelah lelah bertarung dengan barah yang merosakkan penglihatannya itu.

Sebelum ini, Astro AWANI pernah melaporkan mengenai keadaan Mohd Faiz yang hilang nikmat melihat dunia setelah sel kanser semakin merebak ke mata kanannya menyebabkannya buta kedua-dua mata.

Ketika dihubungi, ibu kepada anak syurga itu, Nor Salwati Abu Bakar berkata beliau redha dengan pemergian satu-satunya anak lelakinya tersebut.

“Perginya sayang Mama menghadap Illahi… Mama redha dan ikhlas melepaskanmu sayang, Mama dah cuba tapi Allah lebih sayangkanmu, nak.

“Tiada lagi gurau dan senyum darimu sayang, untuk Mama hanya kenangan, tiada lagi tangan yang membelai lembut pipi Mama ini.

“Selepas ini, tiada lagi kesakitan yang Faiz tanggung, tenanglan sayang di syurga dan bermainlah di taman indah di sana,” luah ibunya dalam Facebook pada awal pagi Sabtu.

Jenazah Mohd Faiz telah selamat dikebumikan pada malam Jumaat dan ratusan netizen memberikan kata sokongan buat anak kecil berkenaan di Facebook.

Berikut adalah video daripada laporan Astro AWANI sebelum ini:



Source link

read more

Pusat hemodialis pertama mula operasi Februari tahun depan – Nasional


KUALA TERENGGANU 29 Dis. – Pusat hemodialisis di Telaga Daing, Seberang Takir yang menelan belanja RM1.4 juta kini dalam persediaan fasa terakhir sebelum dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pada masa ini kerajaan negeri masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan yang ketika ini sedang membuat penilaian terakhir mengenainya.

Beliau mengesahkan pihaknya masih menunggu kunjungan pasukan pemeriksa daripada kementerian berkenaan untuk membuat penilaian terakhir sebelum mula beroperasi.

“Pusat hemodialisis ini pada masa ini dalam fasa terakhir dan ia bukan mudah kerana kita kena dapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan. Kita sedang tunggu pasukan daripada kementerian berkenaan untuk buat penilaian terakhir.

“Kalau mereka kata ok, kita akan terus masukkan segala peralatan dan kita sudah siap sedia termasuk 24 mesin. Pusat ini adalah yang pertama di Malaysia yang keluar dari hospital biasa, di bawah swasta dan pesakit HIV dan Hepatitis B kita asingkan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Jom Kembali ke Sekolah DUN Seberang Takir anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO negeri di Dataran Permata, Seberang Takir, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim serta Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar.

Selain itu, Ahmad Razif turut memuji komitmen pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan termasuk peralatan persekolahan bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya di kawasan DUN Seberang Takir meskipun dalam keadaan kekangan ekonomi.

“Ini satu kesedaran oleh semua pihak, walaupun keadaan susah tapi pada masa sama kita lihat ramai pihak ingin bantu dan beri sumbangan, ini satu perkara amat baik dalam masyarakat. Hari ini juga ada gunting rambut percuma dari pagi hingga petang selain balut buku percuma dan cabutan bertuah,” ujarnya.

Seramai 33 tukang gunting rambut terlibat menyediakan khidmat percuma kepada 700 murid sekolah yang akan memulakan sesi baharu persekolahan Isnin ini dan karnival sehari itu dihadiri kira-kira 3,000 orang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kebakaran Kampung Baru Api padam sekejap kemudian menyala balik – Saksi



KUALA LUMPUR: “Masa kejadian, saya sedang masak, baru buka kedai. Tiba-tiba saya dengar jeritan orang minta tolong. Saya tengok dah ada asap tebal dan api mula marak.

“Saya guna alat pemadam api untuk padamkan api yang menyala di dinding rumah, tetapi api tu padam sekejap saja, kemudian ia menyala balik,” kata Syawal Indra, saksi kebakaran di Kampung Baru pagi ini.

Pemilik kedai makan itu ditemui selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba dalam kejadian yang membabitkan 15 rumah setinggan dekat Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, hari ini.

Ketua Cawangan Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ahmad Adli Abdul Rahman sementara itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9:39 pagi.

Menurutnya, api berjaya dikawal sekitar 10:12 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Usaha memadam kebakaran sedikit mencabar memandangkan kedudukan rumah yang agak rapat dan ia antara punca kenapa api merebak dengan cepat.

“Jumlah kerugian dianggarkan sekurang-kurangnya RM500,000,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang tiba di lokasi pada 11:25 pagi memuji tindakan pantas bomba dan pihak berkuasa mengawal kebakaran.

Beliau turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan penempatan sementara buat mangsa yang tinggal sehelai sepinggang selepas semua harta benda hangus dalam kejadian berkenaan.

Astro AWANI dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 9:48 pagi menerusi pembaca kami di Facebook yang menggunakan nama Ct Baizura.



Source link

read more

Terima kasih kerajaan, batal penalti dan notis pengosongan kuaters – Nasional


PETRA JAYA 29 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang membatalkan penalti dan notis pengosongan kuaters yang dikenakan terhadap lebih 500 penjawat awam dan pesara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, hari ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat bersama CUEPACS yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Putrajaya pada pagi tadi.

“CUEPACS merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan keputusan pantas ini.

“Garis panduan kelayakan mendiami kuaters disemak semula yang diguna pakai Badan Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan CUEPACS Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Adnan Mat dan Pengerusi CUEPACS Sarawak, Ahmad Malie.

Tambahnya, keputusan itu memberi kelegaan kepada mereka terlibat dan juga hadiah bagi menyambut tahun baharu.

Semalam, CUEPACS mendesak kerajaan membatalkan penalti dan notis pengosongan kuaters berkenaan yang diterima sejak April lalu.

Terdapat penjawat awam yang dikenakan penalti hingga mencecah hampir RM120,000 ekoran arahan pemindahan tempat kerja dari Kuala Lumpur ke Putrajaya dan sebaliknya selain persaraan kakitangan yang terlibat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ibu cekik anak sebelum bunuh diri



JOHOR BAHRU: Seorang wanita mencekik anak perempuannya berusia 10 tahun hingga mati sebelum menggantung diri di sebuah bilik di rumahnya di Taman Indah Heights Dua, Skudai, Johor, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat wanita berkenaan, J. Sumanthi, 45, ditemui tergantung di sebuah bilik gimnasium manakala mayat anak perempuannya ditemui di tingkat atas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, dua lagi anaknya yang berusia 16 dan 19 tahun tiada di rumah. Mereka keluar membeli kelengkapan sekolah di sebuah pusat beli-belah di Tampoi.

Katanya, anak mangsa cuba menghubungi ibunya beberapa kali pada jam 7 malam tetapi panggilan mereka tidak dijawab.

“Suami mangsa bertindak mengambil kedua-dua anaknya dari pusat beli-belah dan apabila tiba di rumah mereka mendapati pintu rumah berkunci dan si suami membuka dengan menggunakan kunci pendua.

“Dia menemui isterinya dalam keadaan tergantung di bilik gimnasium di tingkat bawah rumah sebelum bergegas mencari anak bongsunya yang ditemui di tingkat atas dalam keadaan tidak sedar diri dan mempunyai kesan cekik,” katanya. 

Eng Lai berkata, ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru tiba di lokasi dan pegawai perubatan mengesahkan Sumanthi maut kira-kira tiga jam sebelum mayatnya ditemui.

Bagaimanapun, katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mayat wanita berkenaan.

Menurutnya lagi, Sumanthi merupakan pesakit kanser tahap empat yang sering mengadu sakit serta pernah memberitahu tidak mahu hidup lagi.

Kedua-dua mayat dihantar ke HSA untuk bedah siasat.



Source link

read more

Penyerang lepas tembakan di gereja Kaherah sekurang-kurangnya 10 maut



KAHERAH: Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan maut apabila penyerang bersenjata melepaskan tembakan yang menyasarkan orang ramai di pekarangan gereja ortodoks Koptik di sini pada Jumaat, lapor Reuters.

Laporan awal daripada pasukan keselamatan dan saksi di tempat kejadian mengatakan terdapat dua penyerang terlibat, iaitu seorang yang ditembak manakala seorang berjaya melarikan diri.

Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa hanya terdapat seorang penyerang yang cedera dan telah ditahan pihak berkuasa. Kementerian itu tidak menjelaskan lanjut mengenai dua laporan yang berbeza.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Kumpulan militan dan ekstremis Islamis dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengaku melaksanakan beberapa serangan ke atas minoriti Kristian di Mesir, termasuk dua kes pengeboman sempena sambutan Palm Sunday pada April lalu dan di katedral Koptik terbesar Kaherah pada Disember 2016.

Jurucakap gereja memberitahu, tembakan pertama dilepaskan di sebuah kedai milik penganut Kristian sejauh 4 kilometer dari gereja, dan mengorbankan dua orang. Penyerang itu kemudiannya bergerak ke gereja Mar Mina di bandar Helwan, dan menembak secara rambang dan cuba melontar bom.



Source link

read more

Tekong Thailand parah ditikam awak-awak – Jenayah


KUALA TERENGGANU 29 Dis. – Seorang tekong warga Thailand cedera parah akibat ditikam awak-awak yang mengamuk di atas bot dalam kejadian berhampiran Pulau Tenggol, Dungun, petang semalam.

Selepas menikam mangsa, suspek berusia 24 tahun yang juga rakan senegara bergegas melarikan diri dengan terjun dari kapal menggunakan pelampung dan berenang menuju Pulau Tenggol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang parah dengan kesan tikaman di perut selain dikelar di beberapa anggota badan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan.

Beliau memberitahu, hasil siasatan awal polis mendapati suspek tiba-tiba mengamuk dengan bertindak mencederakan tekong menggunakan pisau serta merosakkan peralatan menangkap ikan.

Menurutnya, berdasarkan aduan pemilik bot, terdapat empat awak-awak dan seorang tekong yang kesemuanya warganegara Thailand berada di atas bot pukat tunda kelas C itu dan mereka tidak fasih berbahasa Malaysia.

“Kita dapati tekong bot itu telah bekerja selama lebih 10 tahun dan empat awak-awak bekerja bersama tekong tersebut,” katanya, hari ini.

Menurut Fazlisyam, tiga awak-awak yang berada di atas kapal ketika kejadian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Tambah beliau, pihaknya sedang giat mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kelapa untuk majlis tahlil arwah ayah bertukar jadi majlis tahlil sendiri


DUNGUN: Siapa sangka niat seorang anak yang keluar bagi memetik kelapa untuk tahlil arwah ayahnya, akhirnya bertukar menjadi majlis tahlilnya sendiri.

Mangsa Mohd Fariq Fyrdaus Harun, 30 tahun, maut selepas terjatuh dari ketinggian 40 meter ketika memanjat sebatang pokok kelapa di Kampung Rantau Abang, Dungun.

Isteri mangsa Khairunnisa Salem, 29 tahun memberitahu, suaminya memetik kelapa untuk digunakan bagi majlis tahlil dan cukur jambul anak bongsu mereka yang berusia 29 hari.

‘Niatnya malam ni nak buat tahlil arwah ayah dia (mangsa) dan cukur jambul anak bongsu jadi sebab itu dia keluar petik kelapa agaknya.

”Saya tak tahu dia petik kelapa sebab tidak dimaklumkan. Saya ingat dia pergi rumah adik-beradik lain untuk sembelih ayam sebab memang kami rancang nak buat lauk ayam kampung,’ katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

jatuh pokok

Ujarnya, kematian suaminya itu juga hanya diketahui selepas ahli keluarga meminta kad pengenalan Allahyarham untuk tujuan dokumentasi.

Mangsa dikatakan tergelincir ketika memanjat pokok berkenaan sekitar jam 11.00 pagi.

Orang ramai dilokasi insiden segera membantu menghantar mangsa ke Hospital Dungun bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun , ACP Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Source link

read more

SJKC tidak akan ditutup – TPM – Nasional


BAGAN DATUK 29 Dis. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan kerajaan tidak akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, malah SJKC di seluruh negara yang berjumlah 1,298 buah ketika ini ditambah apabila pembinaan 10 buah SJKC telah diluluskan oleh kerajaan tahun ini.

Menurutnya, dalam masa sama sebanyak 454 buah sekolah SJKC yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid kerana mempunyai kurang 150 murid juga tidak akan ditutup.

“Saya memberi jaminan tiada satu pun SJKC di negara ini yang akan ditutup. Ini kerana kerajaan mahu memastikan pendidikan sama rata tanpa mengira kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sumbangan kelengkapan persekolahan kepada murid, Program Kembali Ke Sekolah di SJKC Chong San, Bagan Sungai Burung, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons