Salleh pertikai permohonan maaf Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kesilapan dalam karier politiknya dipertikai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau merujuk kepada permohonan maaf bekas perdana menteri itu yang diungkapkan di penghujung ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam semalam.

Dalam catatan blognya, Salleh berkata permohonan maaf Dr Mahathir seolah-olah lebih kepada memberikan alasan daripada meminta maaf.

“Ia berbunyi seperti kenyataan ‘sebelum saya pergi…’dalam kata lain ia bukan isu yang penting hanya diselit masuk kerana beliau sudah berada di atas pentas berucap. Permohonan maafnya itu terlalu umum dan ia boleh bermaksud apa saja.

“Adakah Mahathir bercakap mengenai kerugian dagangan mata wang asing atau isu Maminco, isu pemenjaraan Anwar Ibrahim. atau Krisis Perlembagaan, atau Perwaja? Atau dia memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukannya sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri,” kata Salleh.

Dalam ucapan dasar itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM berkata: “Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya ingin pohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa.

“Saya, seperti manusia lain tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melakukan kesalahan bukan sahaja pada hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik.”

Salleh berkata permohonan maaf yang ikhlas, ia perlu khusus , dan permohonan maaf perlu dinyatakan kepada pihak yang terkilan.

“Permohonan maaf seperti ini boleh dinafikan kemudian kerana ia kurang terperinci atau ia boleh bertukar untuk melindungi apa yang perlu dilindungi apabila diperlukan.

Bagaimanapun, ia lebih berbunyi seperti (Tun Dr) Mahathir memberikan alasan terhadap kesilapannya dengan mengatakan adalah lumrah bagi manusia untuk melakukan kesalahan – maka ia bermakna beliau tidak boleh dipersalahkan kerana beliau hanyalah manusia,” kata menteri itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Lelaki ditahan terlibat samun dan cederakan pekerja hotel bajet – Jenayah


BUTTERWORTH 30 Dis. – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun ke atas hotel bajet di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Melur, Jalan Raja Uda di sini 26 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu tidak bekerja dan melakukan kegiatan itu sendirian.

Menurutnya, pihak polis menerima beberapa laporan berkaitan kejadian samun hotel bajet termasuk yang terbaharu pada 22 Disember lalu membabitkan dua buah hotel di Jalan Raja Uda di sini yang dipercayai dilakukan suspek terbabit.

“Dalam kejadian pertama iaitu kira-kira 1.15 pagi, seorang lelaki bertopi telah masuk ke dalam hotel bajet itu dan meluru ke bahagian kaunter serta mencederakan pekerja dengan menikam tangan, bahu dan kepala mangsa serta merampas wang tunai RM60.

“Manga yang bertindak balas memukul suapek dengan sebatang besi sebelum lelaki itu melarikan diri melalui pintu hadapan hotel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Noorzainy, kejadian kedua berlaku setengah jam kemudian apabila suspek mengugut mangsa di sebuah hotel bajet berhampiran dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai RM700 dan telefon bimbit miliknya.

Jelasnya, suspek yang memiliki empat rekod jenayah lampau ditahan selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

“Dia kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 2 Januari depan dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan”,ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MET jangka ribut landa Pantai Timur dan Johor



KUALA LUMPUR: Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Pantai Timur dan Johor hingga Isnin ini.

Kawasan yang dijangka terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan di Pahang.

Laporan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) dalam laman webnya turut menjangkakan angin kencang di Terengganu dan Mersing, Johor.

Dijangkakan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Sementara itu, di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga Rabu ini.

Ribut petir di perairan Perak dan Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi ini.



Source link

read more

Bukan senang jadi wartawan pada 2017



BRUSSELS: Sekurang-kurangnya 81 wartawan terbunuh pada 2017 ketika menjalankan tugas.

Angka ini adalah rendah berbanding 93 orang yang dicatatkan pada 2016.

Untuk tempoh yang sama, lebih 250 wartawan dipenjarakan pada 2017.

Lebih merisaukan adalah jumlah wartawan yang diganggu dan berdepan kekejaman ketika menjalankan tugas menunjukkan peningkatan.

Menurut laporan “Kill Report” terbitan organisasi wartawan terbesar dunia, Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ), wartawan ini maut akibat pembunuhan terancang, dalam serangan bom dan pelbagai pertempuran di serata dunia

Antara lokasi yang menyaksikan pembunuhan wartawan yang tinggi termasuk di Mexico, zon konflik di Afghanistan, Iraq dan Syria.

Laporan pemerhati wartawan dari Paris, Reporters Without Borders (RSF) yang diterbitkan pada 20 Disember mengiktiraf tahun 2017 sebagai tahun paling kurang merbahaya untuk wartawan sejak 14 tahun  kebelakangan ini.

Menurut RSF, antara penyumbang utama kekurangan jumlah nyawa wartawan yang terkorban adalah disebabkan lebih ramai wartawan tahun ini yang memilih untuk tidak pergi ke kawasan merbahaya yang sedang mengalami situasi perang.

Sementara itu, pertubuhan Committee to Protect Journalists (CPJ) dalam laporan yang diterbitkan awal Disember mendedahkan bahawa terdapat 262 wartawan yang sedang dipenjarakan kerana laporan berita mereka pada tahun 2017.



Source link

read more

Program gunting rambut percuma untuk 300 murid – Pulau Pinang


NIBONG TEBAL 30 Dis. – Sebanyak 300 kanak-kanak menyertai program gunting rambut percuma anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan Gerakan Belia 4B kawasan itu di sini hari ini.

Program itu diadakan serentak di empat lokasi iaitu Taman Tasek Maju dan Taman Kesumba, Sungai Bakap; Masjid Changkat, Jawi dan Dewan Perda Sungai Acheh bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu Mohd. Norhiesam Ismail berkata, program itu adalah acara tahunan yang dianjurkan pihaknya bagi meringankan beban ibu bapa menjelang musim persekolahan sesi 2018.

“Dengan adanya program ini, ibu bapa boleh jimatkan sedikit duit dan masa daripada hantar anak-anak mereka menggunting rambut di kedai kerana kita bawakan tukang gunting ke sini.

“Selain itu juga pada pertengahan Januari ini, kami juga akan mengadakan program bantuan persekolahan kepada murid-murid yang tercicir daripada menerima bantuan daripada mana-mana pihak,”katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PATI bina rumah di lokasi tersorok pinggir bandar



KUALA LUMPUR: Warga asing masih lagi bertindak berani menjadikan lokasi tersorok di pinggir bandar sebagai kawasan penempatan haram.

Beberapa kawasan tersorok di Desa Park City, di sini antara lokasi yang menjadi mangsa pencerobohan dan dijadikan penempatan haram warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Hasil risikan dan maklumat, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati lebih 30 buah rumah dibina secara haram sejak enam bulan lalu.

Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, pihaknya menangkap 45 warga asing kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

Ini termasuk bayi dan kanak kanak, berusia dua minggu dan enam tahun.

Semakan mendapati kesemua mereka dilahirkan di Malaysia.

“Kawasan ini mungkin dianggap strategik kerana lokasinya tersorok dan sukar dimasuki,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen.

Operasi membabitkan lebih 100 anggota penguatkuasa membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Source link

read more

Navalny gesa boikot pilihan raya Mac depan



MOSCOW: Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny, menolak keputusan mahkamah tertinggi Rusia yang mengekalkan keputusan menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya pada Mac ini.

Susulan daripada keputusan mahkamah itu, Navalny melalui kemaskini Twitter menggesa pengundi untuk memboikot pilihan raya tersebut.

Keputusan mahkamah itu dijangka menamatkan cita-cita politik Navalny yang ingin menghapuskan penyelewengan dan rasuah jika dilantik menjadi Presiden Rusia.

Navalny sebelum ini berkempen di serata Rusia selama setahun untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai calon Presiden Rusia.

Navalny pada 2014 didapati bersalah dalam kes penyelewengan dan Suruhanjaya Pilihanraya Rusia menggunakan alasan itu untuk membatalkan pencalonan Navalny.

Navalny mendakwa kes tersebut adalah bersifat politik.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dijangka akan menang mudah untuk memasuki penggal keempat dengan 80 peratus sokongan popular dalam tinjauan.



Source link

read more

Nora rahsiakan jantina bayi – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Pelakon, Nora Danish, 35 yang sedang mengandung tujuh bulan memilih untuk merahsiakan jantina anaknya.

Menurut pelakon itu, keputusan tersebut dibuat sejak awal lagi dengan keputusan bersama suaminya, Mohamad Nedim Nazri.

“Saya cuma rahsiakan jantina ini kepada umum sahaja. Saya, ahli keluarga dan rakan-rakan kebanyakannya dah tahu.

“Biarlah jantina bayi ini jadi kejutan buat peminat ketika saya bersalin nanti,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Oh Most Wanted di sini hari ini.

Dijangka bersalin pada 9 Mac depan, Nora mengakui dia agak teruja untuk menyambut kelahiran kedua ini selepas sembila tahun tidak mengandung.

Tambahnya, kandungan kali ini juga agak berbeza daripada sebelum ini disebabkan faktor umur.

“Sekarang saya mengandung pada usia 30-an jadi beri kesan pada badan. Baru-baru ini saya sakit tulang pinggul sehingga sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Alhamdulillah, sekarang dah baik. Saya tidak ada alahan dan makan pun sentiasa berselera. Itu yang berat sekarang naik hingga 15 kilogram” jelasnya.

Pasangan Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac lalu dalam satu majlis tertutup di Glasshouse At Seputeh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ramuan rahsia dalam membentuk rakyat Malaysia



“I think race, or rather ethnicity and identity make up the ingredients of being Malaysian.”

Itu antara kata-kata hikmah Profesor di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia, Datuk Dr Ahmad Murad Merican kepada AWANI REVIEW.

Ahmad Murad menegaskan bahawa pemahaman dasar dan bahasa sesebuah negara harus dijadikan keutamaan dalam membentuk perpaduan rakyat.

Beliau turut berkongsi kepentingan teori “Ground Rules” dalam membentuk sejarah rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Itu antara intipati artikel versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Murad Merican – Race Matters, So Live With It!.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih tentang ramuan rahsia dalam mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia.



Source link

read more

TNB sedia bantu buat pendawaian semula – Nasional


MACHANG 30 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggesa pondok pengajian melakukan semakan terhadap sistem pendawaian masing-masing bagi mengelak kebakaran sebagaimana yang berlaku ke atas Pondok Beta Hilir, Kota Bharu kelmarin.

Pengurus Besar TNB Kelantan, Datuk Ir Md. Yuslan Md Yusof berkata, rata-rata pondok pengajian di negeri ini didapati beroperasi sejak puluhan tahun lalu dan premis-premis terbabit wajar melaksanakan pendawaian semula.

“Lantik kontraktor berdaftar untuk buat semakan pendawaian. TNB sendiri juga sedia memberi khidmat nasihat kepada mana-mana pusat pengajian pondok yang ingin membuat pendawaian semula.

“Jika tidak mampu membiayai kos pendawaian semula, pengurusan pondok berkenaan boleh memohon bantuan kita menerusi Program Pendawaian Semula Asnaf TNB Kelantan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan ‘Program Back To School’ TNB Sesi Persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaweh, di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Machang, Wan Mohd. Adnan Wan Aziz yang mewakili Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam kelmarin, sebanyak 14 unit kediaman Pondok Beta Hilir yang menempatkan 24 pelajarnya musnah dalam kebakaran yang berlaku dalam tempoh sejam. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Mudir Pondok Beta Hilir, Mohd. Jalaludin Asayuti Mohamed dilaporkan berkata, litar pintas mungkin menjadi punca kerana pendawaian kediaman berstruktur kayu itu dibina sudah agak lama iaitu 37 tahun lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more