KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang ketika kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di sungai di Kampung Sungai Bintosan Darat, Kota Marudu awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pasukan Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikerahkan ke tempat kejadian kira-kira 16 km dari balai berkenaan.

Kesemua enam individu lain yang turut menaiki kenderaan jenis Toyota Innova itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin pintu kereta.

Kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4.35 pagi.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Muhammad Asyraf Nurajim.

Katanya operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan serta punca kejadian masih disiasat.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: