Empat bersaudara selamat selepas terperangkap 30 jam akibat insiden kepala air



KEMAMAN: Empat bersaudara terperangkap kira-kira 30 jam selepas menempuh fenomena kepala air di kawasan Hutan Simpan Cerul di sini pada Jumaat.

Ketika kejadian, semua mangsa memasuki hutan pada jam 7.30 pagi untuk menahan burung tetapi tidak dapat keluar kemudiannya kerana laluan mereka didapati tenggelam akibat kejadian kepala air.

Salah seorang mangsa, Kamal Bahrin Mohamad Samsir berkata, terkandas di dalam hutan merupakan satu pengalaman yang menakutkan kerana bimbang dengan ancaman keselamatan, terutamanya binatang buas.

“Lebih kurang pukul 7.30, kami masuk dalam (hutan). Kemudian dalam pukul 9 lebih, nak keluar balik, air dah penuh. Air dah melimpah.

“Tak boleh nak melintas. Tak boleh balik. Kami pusing balik, dan kemudian jumpa sebuah rumah kongsi balak. Kami duduk di situ, buat tempat berteduh,” kata Kamal Bahrin.

Menurutnya, ketika berlindung di rumah kongsi yang ditinggalkan itu, mereka hanya mengalas perut dengan memakan buah limau purut yang terdapat di kawasan sekitar.

Kamal Bahrin berkata dia berjaya menghubungi keluarganya pada jam 9 pagi Sabtu dan meminta mereka menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbullah Halipah berkata, seramai 10 kekuatan dikerahkan selepas menerima panggilan pada jam 1.45 petang Sabtu.

Katanya, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan kelaparan.

Tambahnya, pelbagai rintangan terpaksa dilalui bagi membawa keluar semua mangsa dari kawasan hutan itu.

“Semasa kita melalui jalan-jalan itu, sungai utama tiada masalah, tetapi apabila hendak memasuki hutan yang kecil itu, ada sedikit akar kayu. Itu menyukarkan kita untuk sampai ke lokasi.

“Tambahan pula, air sungai yang sedikit deras, dicampur dengan kayu-kayu dan akar-akar kayu, menyebabkan kesukaran,” kata Mohd Hasbullah.

Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Paman, Kemaman dihentikan sepenuhnya pada jam 7 petang Sabtu.



Source link

read more

Serlah faktor X dalam diri pelajar luar negara – WeMalaysia



KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di luar negara disyor menyerlahkan faktor X diri dan semangat optimis pada tahun baru 2018 dalam memacu perjalanan masing-masing di perantauan.

Presiden WeMalaysia Australia, Muhammad Ali Halim Sirat berkata, saranan itu diambil kira berdasarkan paradigma 2018 yang dijangka bersifat lebih berdaya saing melibatkan potensi orang muda, kuasa keyakinan tinggi dan kebijaksanaan dalam menaakul maklumat.

“Citra terindah yang perlu dizahirkan oleh pelajar Malaysia di luar negara adalah mengekalkan momentum sedia, menyerlahkan faktor X diri dan semangat optimis dalam pengajian.

“Keseimbangan juga melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui penyertaan program pelajar, sukan dan interaksi sosial hubungan komuniti serta universiti.

“Percayalah, dalam dunia pembelajaran di luar negara, suatu saat kita akan terfikir betapa pentingnya faktor X diri dan semangat optimis,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Amanat itu diberi semasa berucap dalam majlis pertemuan sempena tahun baru bersama Pengarah Education Malaysia Australia (EMA) dan Pengarah Mara Australia di Sydney.

BACA: WeMalaysia wujud kesepakatan rakyat di seluruh negara – Muhammad Ali

BACA: Pelanjutan biasiswa usaha KPT lahir lebih ramai graduan PhD – Nasnoor

Jelasnya, semangat untuk mengekalkan sikap optimis dalam diri adalah penting dalam menyelusuri dunia siswa.

“Berinteraksi dengan komuniti dan universiti adalah pengalaman paling berharga dalam menggilap potensi dan bakat anak muda.

“Malah hubungan komuniti termasuk rakan serumah, teman sepengajian, sahabat berkongsi suka duka, masyarakat domestik dan antarabangsa akan menyerlahkan faktor X serta ketahanan diri sewaktu berada di luar negara,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Pengarah EMA Khalil Zaiyany Sumiran menyarankan pelajar Malaysia di luar negara khususnya di Australia untuk bersedia berdepan dengan cabaran menuntut ilmu seiring dengan dasar negara menerokai Revolusi Perindustrian Keempat (RP 4.0).

Jelasnya RP 4.0 adalah fasa kini dan masa depan berbentuk siber-fizikal.

“Oleh yang demikian, kebolehan penguasaan ilmu seiring RP 4.0 keempat akan melengkapkan pelajar dalam persaingan global serta wajar dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pelajar Malaysia di Australia yang berjumlah 31,605 orang dan daripada jumlah itu, seramai 14,690 orang adalah pelajar di sektor pengajian tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu Pengarah Mara Australia Sydney, Ahmad Zuriat Ahmad Tejuddin mahu pelajar terus menggembleng idea dan tenaga memberi sumbangan kepada negara.

“Besarlah harapan agar pelajar bersiap siaga mendepani cabaran tahun 2018. Apa yang penting adalah pelajar perlu tahu bahawa saya sebagai bapa yakni penjaga pelajar di sini akan sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan kepada pelajar untuk menyelesaikan pengajian dengan baik.

“Saya juga meletakkan kepercayaan tinggi kepada pelajar tajaan Mara di Australia dan New Zealand agar lebih berdedikasi pada tahun 2018,” katanya.

Jelasnya, pelajar tajaan Mara di Australia adalah kumpulan kedua terbesar dihantar belajar ke luar negara selepas United Kingdom (UK).

WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan UK.



Source link

read more

Tular anak MB Kelantan ditahan fitnah – Politik


KOTA BHARU 31 Dis. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menafikan anaknya ditahan polis kerana kes dadah sebagaimana yang tular di laman media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Asri Mat Daud berkata, perkara yang tular itu adalah fitnah dan orang ramai diminta supaya tidak mempercayainya.

“Sebaran berkenaan adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan maruah Menteri Besar Kelantan serta keluarganya.

“Pihak yang membuat sebaran palsu dan fitnah ini diajak kembali kepada ajaran Islam dan gerun kepada ancaman neraka kerana mencipta pembohongan untuk meraih sokongan politik serta menjatuhkan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini tersebar satu mesej di laman sosial mengenai anak Ahmad yang dikatakan ditahan polis kerana kes dadah sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Mesej tersebut turut ‘mendoakan’ urusan Ahmad dipermudahkan seperti menerima pertolongan daripada individu bernama ‘Zahid’.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri meminta penyebar fitnah agar berhenti melakukan perbuatan keji tersebut dan bertaubat kepada Allah SWT serta memohon maaf kepada Ahmad dan keluarganya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gara-gara terima gaji lewat lelaki pukul anak majikan bakar kereta


SIBU: Seorang lelaki berusia awal 30-an mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja setelah mendapati gajinya lambat dibayar.

Buruh binaan terbabit juga bertindak membakar kereta rakan sekerjanya yang dipercayai cuba mententeramkan suspek.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailani Amit berkata, insiden kira jam 3.50 petang Sabtu itu berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Aman, di sini.

Menurutnya semasa kejadian, tiga pekerja binaan sedang menanti bayaran gaji oleh majikan.

Bagaimanapun, suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan oleh anak majikannya yang berusia 24 tahun mengenai kelewatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja untuk bulan ini.

Justeru, rakannya berusia 35 tahun cuba menenangkan suspek, namun dia terus mengamuk dengan memukul isteri rakannya itu dan anak majikannya.

Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan batang besi serta membakar kereta Perodua Kancil milik rakannya sebelum melarikan diri.

Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan batang besi serta membakar kereta rakannya jenis Perodua Kancil sebelum melarikan diri.

Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan batang besi serta membakar kereta rakannya jenis Perodua Kancil sebelum melarikan diri. – Foto JBPM Sarawak

Tujuh anggota balai Bomba dan Penyelamat Sibu diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah RM12,000.

Kes masih disiasat dan polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.



Source link

read more

300 pelajar DUN Kuang terima bantuan persekolahan Felcra – Nasional


KUANG 31 Dis. – Bebanan membeli barangan kelengkapan persekolahan bagi sebahagian pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) luang Selangor hari ini diringankan oleh Felcra Berhad (Felcra).

Agensi berkenaan, melalui Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra yang diadakan sempena Karnival Detik 1118 yang berlangsung di Kampung Setia dekat sini telah menyumbangkan barangan persekolahan bernilai RM350 setiap seorang kepada 300 pelajar yang dikenal pasti datang dari keluarga golongan berpendapatan rendah (B40).

Sumbangan berbentuk pakaian seragam, beg sekolah, stoking, buku latihan serta peralatan menulis tersebut telah diserahkan kepada pelajar berkenaan ahli Ahli DUN (ADUN) Barisan Nasional Kuang, Datuk Mohd. Abdul Shukur Idrus.

Abdul Syukur di dalam ucapan alu-aluannya berkata, pemberian bantuan oleh Felcra itu adalah sikap terpunyi yang harus dicontohi oleh semua syarikat milik kerajaan (GLC).

“Kesanggupan Felcra untuk turun padang membantu masyarakat luar menunjukkan tahap keprihatan syarikat tersebut dan memastikan rakyat di seluruh peringkat turut merasai nikmat kemakmuran negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Felcra dan berharap langkah ini turut dicontohi oleh mana-mana GLC lain,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra di Kampung Setia, Kuang di sini.

Menyentuh perkara sama, Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Tengah Ahmad Salleh memberitahu, agensinya telah memperuntukkan kira-kira RM6.3 juta untuk Program Ceria Kembali Ke Sekolah untuk sesi persekolahan 2018.

Menurut beliau, peruntukkan tersebut telah digunakan untuk membantu 18,097 orang pelajar yang terdiri daripada keluarga dalam golongan B40.

Katanya, bantuan tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan pelajar-pelajar untuk memulakan sesi persekolahan akan datang.

“Mereka yang menerima bantuan ini dipilih daripada anak-anak keluarga B40 yang dalam kalangan keluarga peserta, anak kakitangan serta masyarakat berhampiran kawasan operasi Felcra.

“Bantuan berkenaan termasuklah beg sekolah, pakaian seragam sekolah, alat tulis dan kasut yang nilai keseluruhannya RM350 bagi setiap penerima,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran – MPN



KUALA LUMPUR: Kerajaan masih takut untuk mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini dalam usaha melakukan transformasi pendidikan negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose bekata, cabaran pelbagai etnik, jurang pendapat dan pelbagai lagi bukan alasan untuk sekolah satu aliran tidak dilaksanakan.

“Walaupun kita (MPN) harap kita ada kekuatan politik untuk akhirnya kita mempunyai satu aliran sahaja, pada masa sama kita juga membenarkan pelajar untuk mengikuti bahasa ibunda masing-masing supaya tidak dilupakan.

“Pendidikan itu mesti satu aliran supaya proses meningkatkan kualiti pendidikan tercapai pada masa sama penyatupaduan masyarakat dapat kita capai hasil penggunaan sistem.

“Namun, pelaksanaan ini merupakan sesuatu yang kita (Kerajaan) tak berani dan belum berani buat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap supaya ahli politik dan pembuat dasar memikirkan cara untuk melaksanakan sistem pendidikan satu aliran di negara ini.



Source link

read more

Morsi dipenjara tiga tahun – Luar Negara


KAHERAH 30 Dis. – Sebuah mahkamah di sini menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi serta 19 yang lain.

Bekas pemimpin itu turut diarahkan untuk membayar denda berjumlah AS$112,700 (RM457,719) atas dakwaan menghina mahkamah.

Selain itu, turut dikenakan hukuman yang sama adalah aktivis Mesir, Alaa Abdel Fattah dan penyampai televisyen, Tawfik Okasha.

Bagaimanapun, keputusan hukuman tersebut boleh dibuat rayuan. – REUTERS



Source link

read more

Jenazah ADUN Lepar selamat dikebumikan



KUANTAN: Jenazah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gambang di sini, tengah hari tadi.

Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai di sini, pada kira-kira 4.15 pagi tadi.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Rohaizan Yatim, 52, enam orang anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

Menurut anak kedua arwah, Mohd Irwan Afendi, 25, ayahnya yang menghidap kencing manis hanya demam sejak seminggu lalu, namun semakin pulih dan kelihatan ceria semalam.

“Pada pukul 4 pagi, emak memanggil saya dan tiga adik yang berada di rumah untuk membantu mengangkat ayah yang lemah di tandas. Kami membawanya ke bilik dan menghubungi ambulans. Waktu itu nafas ayah begitu laju.

“Pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan ayah sudah tiada, selepas beberapa kali melakukan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di tanah perkuburan hari ini.

Beliau menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang penyayang walaupun ada masanya tegas dengan anak-anak.

Terdahulu, jenazah Mohd Shohaimi yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar disolatkan di Masjid Sungai Isap pada kira-kira 11.45 pagi, yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Antara yang menziarahi jenazah ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut sama menziarahi jenazah adalah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, anggota mesyuarat majlis kerajaan, ADUN dan pengarah jabatan di Pahang.

Sementara itu, anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata beliau kehilangan seorang rakan dan seorang wakil rakyat yang sangat komited untuk membantu rakyat. Lepar terletak di bawah Parlimen Paya Besar.

Abdul Manan berkata arwah tetap meluangkan masa mengikuti program di sekitar Parlimen Paya Besar walaupun tidak sihat termasuk program penyampaian sumbangan pada Khamis lalu, yang merupakan pertemuan terakhir mereka.

“Rutin arwah untuk keluar berjumpa orang ramai setiap 9 pagi, pulang ke rumah lewat petang dan sekali lagi keluar pada sebelah malam untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mahu bertemunya.

Masa arwah lebih banyak diluangkan di luar berbanding keluarga. Begitu komitednya arwah dalam bekerja. Beliau juga sepatutnya menghadiri satu majlis di sekolah kebangsaan Cina di sini pagi ini,” katanya.

Abdul Manan menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat menghormati ADUN Lepar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang dianggapnya sebagai ‘guru’ merupakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar manakala arwah adalah setiausaha bahagian ketika itu, sehingga berkeras menolak apabila namanya dicalonkan pada pilihan raya umum ke-12.

“..arwah bimbang jika beliau tidak dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik… sedangkan sehingga ke akhir hayatnya arwah sentiasa mendedikasikan masanya dengan kerja dan masyarakat,” katanya.

Abdul Manan juga berkata arwah baharu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia Yayasan Felda pada Oktober lalu, dan hanya sempat menghadiri dua mesyuarat.

— BERNAMA



Source link

read more

Suami mental cuba bunuh isteri hamil dengan renjatan elektrik


TENNESSEE: Seorang lelaki di Florida ditahan kerana cuba membunuh isterinya yang hamil dengan renjatan elektrik.

Dalam kejadian di Knoxville pada Selasa, Michael Scott Wilson, 32 tahun, dilapor memasang wayar dari pengecas bateri kereta kepada tombol dan pemegang pintu rumahnya di Palm Coast.

Menurut laporan NY Dailynews, suspek berbuat demikian kerana marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan pemohonan cerai pada 6 Disember lalu.

Suspek yang dipercayai menghidap sakit mental itu membuat perancangan teliti agar isterinya Ashley Lauren Wilson, 29 tahun, memasukkan kunci dan memegang selak pintu rumah yang mana akan mengaktifkan litar elektrik.

Menurut laporan NY Dailynews, suspek berbuat demikian kerana marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan pemohonan cerai pada 6 Disember lalu.

Menurut polis, Ashley bernasib baik apabila dia terdetik memberitahu ayah tirinya tentang larangan suami agar tidak membenarkan anak-anak mereka menyentuh pintu depan rumah.

Ayah tiri Ashley yang ragu-ragu dengan larangan itu bertindak memeriksa pintu rumah tersebut dan mendapati ada kesan terbakar pada pemegang pintu.

Pasukan penyiasat yang kemudiannya dikerahkan ke lokasi bertindak menendang pintu dan serentak itu berlaku percikan bunga api besar.

Menurut polis, Ashley bernasib baik kerana dia mungkin maut akibat renjatan elektrik kuat pada seluruh tubuhnya jika memegang tombol pintu tersebut.

Polis dalam pada itu menyifatkan insiden ini antara kes keganasan rumah tangga yang paling dahsyat pernah berlaku di situ.

“Bukan saja lelaki ini cuba merancang membunuh isterinya dengan renjatan elektrik, tetapi dia juga boleh menyebabkan kecederaan parah pada orang lain yang cuba masuk ke kediaman ini,” kata seorang pegawai polis.

Michael bagaimanapun berjaya ditahan di Penjara Knox County, Knoxville dan kini sedang menunggu perbicaraan.



Source link

read more

AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat – Politik


SHAH ALAM 30 Dis. – Selepas beberapa kali melanggar peruntukan perlembagaan parti sehingga berdepan kemungkinan dibubarkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.

Sebelum ini, parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz itu diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan AGM, menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan menggunakan istilah Armada.

Namun, di sebalik kejayaan PPBM mengadakan AGM selepas pelbagai kontroversi melanda, mesyuarat yang dihadiri seramai 941 perwakilan itu dilihat sekadar menjadi medan untuk menyebar kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Paling ketara, Dr. Mahathir sendiri dalam ucapannya selama hampir sejam, telah menyebut nama Najib sebanyak 38 kali sejak dari awal hingga akhir dan menuduh Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan negatif khususnya kleptokrat.

Tidak ketinggalan, Pas yang turut menjadi sasaran kecaman barisan kepemimpinan tertinggi PPBM hanya kerana parti tersebut enggan menyertai Pakatan Harapan dan bersekongkol dengan DAP.

Ternyata perkara tidak digemari perwakilan PPBM sendiri apabila mereka tampil menyuarakan kekecewaan terhadap Dr. Mahathir khususnya kerana tidak menjadikan medan AGM sebagai pentas untuk mengangkat perjuangan bangsa, agama dan tanah air, sebaliknya menjelmakan dendam politik yang kesumat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons