Gabung kelas Ingat semua darjah satu pandai baca kira – MPN



KUALA LUMPUR: Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas, kata Prof Datuk Raduan Che Rose.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) itu menegaskan jurang pendidikan yang berbeza di negara ini akan menyukarkan penerimaan dalam kalangan murid, terutama tahap satu.

“Pelaksanaan pengasingan kelas sebelum ini bukannya ada arahan atau apa-apa. Cuma ia sebagai satu amalan untuk memudahkan guru membimbing murid ikut prestasi akademik masing-masing.

“Di Malaysia, ada yang masuk tahun satu belum kenal huruf, manakala ada pula yang sudah pandai membaca dan mengira.

“Kalau kita lambakkan semua sekali gus semua pelajar dalam satu kelas tetapi tahap pencapaian mereka sangat berbeza, ini menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Yang paling pandai dan yang paling lemah perlu diasingkan, sekali gus perlu ada cara serta amalan yang sesuai untuk dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

BACA: Apa guna gabung kelas tapi 40 murid satu kelas? – PAGE

BACA: Gabung kelas: ‘Takkan nak biar murid melompat?’ – Luahan guru terbeban

Malah, beliau mempersoal tujuan utama Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan penghentian pengasingan kelas mengikut prestasi akademik murid. 

“Penggabungan kelas ini, apa yang kita nak sebenarnya? Bila kita tidak mengadakan pengasingan ini, kita mengandaikan semua pelajar-pelajar mempunyai taraf pencapaian akademik yang sama.

“Salah satu syarat mesti ada guru terlatih kerana mereka perlu melakukan penilaian di peringkat sekolah,” katanya.

BACA: Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran – MPN

Mengambil contoh di Finland, Raduan berkata guru-guru di negara itu mempunyai sarjana pendidikan (pedagogi).

Justeru, beliau berharap supaya pelaksanaan penggabungan kelas tanpa menilai prestasi akademik murid diteliti bagi mengelak murid terus tercicir tanpa sistem perkhidmatan perguruan yang inklusif.



Source link

read more

Tragedi Memali: Dr. Mahathir gelar mufti kafir – Politik


SHAH ALAM 30 Dis. – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus mencipta kontroversi dan kali ini dakwaan dilihat cukup berat.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir.

Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut.

“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti Pas, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir.

“Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, di sini hari ini.

Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahunya, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berterusan menyerang Pas sebagai parti yang memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.

“Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. Pas sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, beliau sedang meneliti tiga kawasan.

“Saya mungkin akan bertanding di tiga kawasan Parlimen iaitu Kubang Pasu, Langkawi dan Putrajaya. Rakyat memberi gambaran bahawa saya diterima dan mempunyai peluang jika bertanding di sana,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Australia rampas kanabis bernilai AS$325 juta – Luar Negara


SYDNEY 30 Dis. – Kapal perang Australia merampas kira-kira lapan tan kanabis yang dianggarkan bernilai AS$325 juta (RM1.3 bilion) di Laut Arab.

Pasukan keselamatan Australia mengira jumlah bungkusan yang mengandungi dadah dalam satu operasi di Laut Arab di Asia Barat kelmarin. – AFP

Jurucakap kapal HMAS Warramunga, Dugald Clelland berkata, turut dirampas dalam operasi tersebut adalah dadah jenis heroin seberat 69 kilogram.

“Hasil siasatan pihak kami menemukan sejumlah kanabis dan heroin di dalam tiga buah kapal di kawasan laut berkenaan dan kesemua dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke seluruh dunia,” katanya. – AFP



Source link

read more

Berdepan protes antikerajaan Congo arah potong perkhidmatan internet SMS



CONGO: Pemerintah Congo mengeluarkan arahan kepada semua syarikat pembekal telekomunikasi di negara itu agar memotong akses internet dan khidmat pesanan ringkas SMS menjelang demonstrasi antikerajaan yang bakal diadakan pada Ahad.

Menurut Menteri Komunikasi Emery Okundji pemotongan terbabit dibuat selepas amaran tidak diendahkan penganjur demonstrasi iaitu aktivis Katolik.

“Ini adalah demi keselamatan negara.

“Ini juga sebagai tindak balas terhadap keganasan yang sedang berlaku sekarang ini dan kerajaan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan keamanan rakyat Congo,” jelasnya.

Okundji menulis surat kepada pembekal  terbabit dan mengarahkan mereka untuk menggantung perkhidmatan internet dan SMS bermula 6 petang Jumaat sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.

Pihak berkuasa Congo mengharamkan demonstrasi pada Ahad itu yang disokong kebanyakan pemimpin pembangkang.

Amaran berkumpul lebih dari lima orang juga dikeluarkan.

Sebelum ini satu siri rayuan oleh kumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis Katolik telah diadakan bagi menganjurkan protes terbabit namun ditolak kerajaan.

Demonstrasi tersebut bertujuan mendesak Presiden Jospeh Kabila untuk tidak menggubal perlembagaan baharu negara itu bagi membolehkan beliau bertanding untuk penggal seterusnya.

Menurut perlembagaan Congo, Kabila perlu melepaskan jawatan itu dan mengadakan pilihan raya namun Kabila didakwa menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dengan menangguhkan pilihan raya terbabit hingga Disember 2018.



Source link

read more

AGM PPBM: Perwakilan kecewa dengan Dr. Mahathir – Politik


SHAH ALAM 30 Dis. – Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ternyata ibarat rumah siap pahat berbunyi apabila beberapa perwakilan menyatakan kekecewaan terhadap Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Biro Penerangan PPBM Kuantan, Mohd. Hafiz Azizi Zainudin berkata, ucapan dasar Tun Mahathir bukan sahaja gagal menggariskan dasar perjuangan secara jelas sebaliknya menjadi medan luahan dendam peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Tun Mahathir sepatutnya menggunakan peluang dalam mesyuarat pertama itu untuk menyampaikan amanat berkenaan perjuangan parti kepada perwakilan dan ahli, bukannya matlamat peribadi yang dilihat mahu menjatuhkan Presiden UMNO itu.

“Kedengaran Tun Mahathir kerap menyebut nama Najib dalam ucapan dasarnya dan dengan jelasnya menyebut mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

“Apakah penubuhan parti ini hanya mahu membalas dendam kepada Najib berikutan menganggap Perdana Menteri menjatuhkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Hafiz Azizi berkata, dia mengharapkan Dr. Mahathir akan berucap berkenaan perjuangan orang Melayu dalam parti yang boleh diserapkan kepada golongan muda.

“Bagaimanapun, aspek tersebut tidak disentuh sekali gus menunjukkan parti berkenaan tidak mempunyai arah tuju sebenar.

“Mengapa perkara ini tidak disentuh? Saya merasa mesyuarat ini seperti sia-sia dan perjuangan parti hanya agenda peribadi dan dendam sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi perwakilan yang juga Ketua Pemuda PPBM Kuantan, Mohd. Asyraf Mohamad Asri berkata, dia kesal kerana golongan muda tidak diberikan peluang untuk menyoal berkaitan isu terkini terhadap kepemimpinan parti.

“Suara golongan muda seakan-akan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti, saya kesal kerana tiada sesi soal jawab pada persidangan ini sedangkan golongan muda juga ada pandangan sendiri tetapi seperti disekat,” katanya.



Source link

read more

Kecilkan jumlah murid elak proses PDP dalam kelas terjejas – NUTP



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong cadangan untuk mengecilkan jumlah murid dalam satu kelas kepada kurang daripada 30 orang.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, pengecilan kuantiti murid dalam kelas perlu dilakukan bagi membolehkan guru memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (PDP).

Katanya, pandangan yang dikemukakan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) itu seiring arahan Kementerian Pendidikan supaya menghentikan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik mulai 2019.

“Berdasarkan PDP, seseorang guru dilatih untuk mengajar kelas seumpama demikian. Mereka akan mengajar, dan untuk murid yang cemerlang, akan diberi latihan yang berunsur pengayaan (enrichment). “Bagi murid yang kurang pencapaian, mungkin guru akan beri pemulihan. Jadi, jika kelas itu kecil atau mengikut saiz optimum, tiada masalah untuk menjalankan PDP,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Tegas Tan, saiz murid dalam kelas tidak menjadi punca yang menjejaskan fokus guru semasa pengajaran.

Sebaliknya, katanya, apa yang menjadi faktor ialah, guru terpaksa menggalas tugas yang tidak berkaitan dengan PDP.

“Apa yang sering NUTP bangkitkan adalah, masa guru dikuncupkan atau diambil oleh tugas-tugas lain yang tidak ada kaitan dengan PDP.

“Ini menjadi satu masalah kepada kita, bukan isu sama ada kelas itu besar atau kecil. Kerana, guru boleh mengajar, itu tidak jadi masalah,” ujarnya.

Justeru, beliau yang senada dengan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE)  yang mahu cadangan itu dipertimbangkan bagi membolehkan guru memberi perkhidmatan yang terbaik kepada modal insan negara.

Malah, beliau berpandangan guru-guru mesti diwajibkan menjalani latihan dalam meningkatkan profesionalisme perkhidmatan, terutama dalam pelaksanaan penggabungan kelas, tanpa mengikut tahap akademik.



Source link

read more

Cucu perempuan lelaki terkaya Indonesia meninggal dunia



SINGAPURA: Cucu perempuan individu terkaya di Indonesia meninggal dunia pada Jumaat di Singapura.

Deynica Welirang, 39 tahun, merupakan cucu kepada Sudono Salim, iaitu pemilik Salim Group yang meliputi pemilikan perniagaan seperti Indofood, Bank Central Asia, Indocement dan banyak lagi cabang perusahaan lain.

Sudono Salim kemudian menurunkan pengurusan kepada anaknya Anthony Salim dan seterusnya diuruskan oleh Franciscus Welirang, iaitu bapa Deynica.

Deynica ialah puteri tunggal Franciscus.

Jasad Deynica kini ditempatkan di Mount Vernon Sanctuary dan dijangka dikebumikan pada Isnin di Choa Chu Kang New Christian Cemetery, Singapura.



Source link

read more

Wan Ahmad Sasterawan Harapan Terengganu – Nasional


KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Lebih menonjol sebagai aktivis teater dan penulis skrip drama, Wan Ahmad Wan Ismail, 67, dinobatkan sebagai Sasterawan Harapan Terengganu dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Darul Iman (Hasdi) III, di sini malam ini.

Kemenangan bagi Hadiah Cekal Sastera itu membolehkan aktivis seni kelahiran Kampung Duyong ini menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan di samping turut meraih Hadiah Eceran Genre Drama Pentas Mas Babu (RM750 beserta sijil).

Wan Ahmad menceburi bidang penulisan pada 1962 ketika melangkah masuk ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Inggeris Dungun dan sehingga kini telah menghasilkan lebih 50 buku dalam pelbagai genre seperti drama pentas, cerpen, puisi dan novel di samping turut melukis.

Sepanjang penglibatannya, beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Hadiah Sastera Malaysia, Hadiah Drama Esso-Gapena, Hadiah Puisi Hari Kebangsaan Shahpadu-Gapena, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hasdi dan beberapa hadiah kecil sastera Pelita.

Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong dalam majlis yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran serta Ketua 1 Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Kamarulzaman Ismail.

Yang hadir sama, Ketua 2 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Amiruddin Md. Ali Hanafiah; Pengarah DBP Wilayah Timur, Che Zainab Omar dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mohd. Khir Ngadiron.

Hasdi II ditunjangi oleh kerajaan negeri dengan kerjasama DBP sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan para sasterawan di negeri ini dalam menyuburkan dunia sastera di samping merangsangkan penghasilan karya yang matang dan bermutu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gabung kelas Takkan nak biar murid melompat – Luahan guru terbeban



KUALA LUMPUR: “Kami terpaksa menyediakan modul pengajaran berbeza sebab tahap akademik mereka berbeza.”

Itu luahan guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang yang telah memulakan penggabungan kelas tanpa menilai tahap akademik murid.

Menurut guru berkenaan, ada 35 murid dalam satu kelas, lima daripadanya berada pada tahap lemah. Jelasnya, ia sedikit sebanyak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Cuba bayangkan bila saya tengah fokus mengajar murid yang lemah terutama yang masih tidak mahir membaca dan menulis, takkan saya nak biarkan murid yang cemerlang melompat dalam kelas. “Mesti saya kena bagi modul pengayaan kepada murid cemerlang, jadi kena ada modul berasingan. Murid sederhana pula macam mana?

BACA: Apa guna gabung kelas tapi 40 murid satu kelas? – PAGE

BACA: Kecilkan jumlah murid, elak proses PDP dalam kelas terjejas – NUTP

“Memang saya kasihan pada yang murid yang lemah, tapi murid Tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga tidak tahu lagi untuk membimbing rakan sekelas mereka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Guru yang telah bertugas lebih 12 tahun itu mengakui turut terbeban dengan tugas lain yang tiada kaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

“Nak semak kertas peperiksaan, semak kerja sekolah, persiapkan program LINUS, siapkan modul dan pelan pengajaran serta banyak lagi.

“Tidak termasuk lagi nak isi macam-macam maklumat dalam sistem, sampai terpaksa sambung buat kerja di rumah. 

“Kita bekerja sebagai guru ini disebabkan oleh minat, tapi banyak sangat perkara yang bukan menggambarkan tugas seorang guru,” keluhnya.

Justeru, beliau berharap agar jumlah murid di dalam sesebuah kelas dikurangkan sekali gus membantu para pendidik untuk lebih fokus dalam proses pengajaran. 

Malah, ujarnya penggabungan kelas mengikut tahap akademik pada pelajar tahap 1 masih terlalu awal untuk dilaksanakan kerana murid tersebut masih belum memahami konsep membantu kawan yang lemah. 



Source link

read more

Nepal keluarkan larangan pendakian solo ke Everest



KATHMANDU: Nepal mengharamkan pendaki solo daripada menjalankan ekspedisi di gunung-gunungnya, termasuk Gunung Everest, dalam usaha mengurangkan insiden kemalangan, ujar sumber rasmi kepada AFP.

Kabinet Nepal pada Khamis mengeluarkan laporan penilaian semula ke atas peraturan aktiviti pergunungan Himalaya yang antara lain menetapkan keputusan tersebut.

Ia adalah antara langkah tegas yang diambil sebelum bermulanya musim pendakian musim bunga bagi tahun 2018.

“Perubahan itu melarang ekspedisi solo, yang sebelum ini dibenarkan,” ujar Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, Maheshwor Neupane.

Neupane berkata undang-undang itu dinilai semula untuk menjadikan aktiviti mendaki gunung lebih selamat sekali gus menghindarkan kes kematian.

Pendaki berpengalaman Switzerland, Ueli Steck, telah terkorban pada April lalu apabila tergelincir dari rabung curam ketika melakukan pendakian solo ke Nuptse, iaitu puncak yang berdekatan dengan Everest.

Larangan itu dilihat bakal mencetuskan kemarahan komuniti pendaki gunung solo elit, yang gemar mendaki sendirian, dan sering menyalahkan ekspedisi komersial kerana dianggap membawa masuk ramai pendaki ke Everest hingga menyebabkan kesesakan di laluan tertentu.

Kabinet Nepal juga mengeluarkan larangan pendakian untuk pendaki buta dan yang kehilangan kedua-dua anggota kaki, meskipun lokasi gunung itu sering menjadi mercutanda bagi ramai golongan kurang upaya membuktikan kemampuan azam serta fizikal mereka.

Sebelum ini, pendaki New Zealand Mark Inglis yang kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat gigitan fros, menjadi OKU tanpa kedua-dua kaki pertama yang berjaya sampai ke puncak setinggi 8,848 meter itu pada 2006.

Pendaki buta dari Amerika Syarikat Erik Weihenmayer pula telah mendaki Everest pada Mei 2001 dan kemudian menjadi satu-satunya OKU penglihatan yang selamat sampai ke semua puncak tertinggi di tujuh benua.

Pendaki berpengalaman Hari Budha Magar, yang juga seorang askar Gurkha, berkata larangan itu satu diskriminasi.

“Jika Kabinet meluluskannya, ini satu diskriminasi kepada golongan kurang upaya, dan melanggar hak asasi manusia,” ujar Magar dalam media sosial.

Ribuan pendaki gunung terbang ke Nepal setiap tahun pada musim bunga dan musim luruh, kerena ketika itu cuaca lebih berpihak kepada mereka.

Hampir 450 pendaki – 190 warga asing dan 259 warga Nepal – telah selamat sampai di puncak Everest dari laluan selatan Nepal tahun lalu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons