HASDI III tidak menobatkan Tokoh Sastera – Nasional


KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Panel penilai Hadiah Sastera Darul Iman III memutuskan tiada pencalonan yang layak untuk menerima Anugerah Tokoh Sastera Terengganu 2017 yang membawa gelaran Sasterawan Negeri dalam edisi kali ini.

Anugerah dengan ganjaran RM5,000 bersama sijil penghargaan dalam program dwitahunan  itu diwujudkan sebagai pengiktirafan terhadap individu berwibawa, dengan karya bermutu dan konsisten yang memberi impak dalam dunia sastera tanahair itu.

Tokoh Sastera  sebelum ini diberikan kepada Sharif Putera dalam edisi pertama  2013 dan disusuli SM Noor semasa HASDI II (2015).

Dalam majlis penyampaian HASDI III di Hotel Permai di sini malam ini, Wan Ahmad Ismail yang lebih dikenali sebagai aktivis teater  selain penglibatannya dalam genre puisi diangkat sebagai penerima  Anugerah Cekal Sastera sekali gus dinobatkan sebagai Sasterawan Harapan Negeri.

Anugerah berkenaan yang sebelum ini diraih oleh Hilmi Rindu dan Husna Nazeri berdasarkan komitmen individu dalam proses penciptaan dan penataran  bidang penulisan yang digauli scara berterusan dan cukup menyerlah.

Wan Ahmad menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama sijil penghargaan yang disampaikan oleh  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Nawawi Wan Ismail; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Salahuddin Abang Shokeran; Pengarah DBP Wilayah Timur, Zainab Omar dan Ketua 1 Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Kamarulzaman Ismail.

HASDI didokong oleh kerajaan negeri dan diselenggarakan oleh Pelita bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan para sasterawan /penulis/pengarang anak negeri dan pemaustatin yang telah menghasilkan karya yang bermutu, dan menyemarakkan dunia sastera negeri dan  tanahair.

Sementara itu bagi karya sastera, Nawawee Mohamad menggondol dua hadiah utama kategori kumpulan puisi kanak-kanak dan kumpulan puisi remaja.

Marsli N.O pula memenangi hadiah utama kumpulan puisi umum dan Fahd Razy bagi puisi umum manakala Husna Nazeri meraih hadiah utama bagi novel umum sementara Sharif Putra bagi novel remaja.

Hadiah utama kumpulan cerpen pula turut dimenangi oleh Fahd Razy manakala Muhammad Irfan Nyia Abdullah bagi kumpulan cerpen kanak-kanak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Atas kasih sayang ibu bapa saya wakafkan tanah ini – Hassan Arshad



KANGAR: Mantan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Ustaz Hassan Arshad mewakafkan sebidang tanah miliknya berhampiran kawasan Mata Ayer di sini untuk pembangunan yang memberikan manfaat kepada warga kerja dan pelajar universiti keseluruhannya.

Beliau yang bersara daripada perkhidmatan secara lantikan kontrak penghujung tahun 2016 yang lalu berkata niat (wakaf) tersebut sebenarnya berpunca daripada nazar yang telah dibuat semenjak pertengahan tahun 2000 yang lalu.

“Antara lainnya, saya bernazar sekiranya ada sebuah Universiti Awam (UA) yang diwujudkan di negeri Perlis ini, saya akan mewakafkan sebahagian tanah pusaka yang saya miliki untuk pembangunan universiti tersebut.

“Pada asalnya, tanah ini adalah atas nama arwah ayah sebelum dipindahkan kepada tiga orang ibu saya yang kemudiannya menguruskan hal pertukaran nama tanah kepada nama saya tanpa pengetahuan saya yang ketika itu sedang menuntut di universiti.

“Atas kasih sayang mereka kepada saya, kini saya panjangkan kembali kasih sayang itu atas nama wakaf ini agar pahala dan kebaikan ini disalurkan kembali kepada ibu-ibu dan ayah saya,” katanya semasa majlis Menandatangani Surat Ikatan Amanah Tanah Wakaf bersama UniMAP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal manakala MAIPs diwakli oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.

Berdasarkan surat Ikatan Amanah tersebut, MAIPs akan bertindak sebagai Mutawali atau pemegang amanah manakala UniMAP bertindak sebagai pentadbir kepada tanah yang diwakafkan itu.

Sementara itu, Dr Zul Azhar berkata proses wakaf tanah itu merupakan satu pengalaman baharu kepada UniMAP terutama dalam memastikan pemberi dan penerima manfaat mengikut panduan dan syarat wakaf yang ditetapkan.

“Wakaf ini juga secara tidak langsung selaras dengan harsat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperluaskan wakaf pendidikan tinggi yang berpotensi besar menjadi sumber ekonomi dalam menjana pendapatan universiti yang mana ia juga mestilah dilaksanakan dengan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri terlibat.

“UniMAP komited untuk mengurus serta mentadbir tanah ini dengan sebaik mungkin untuk memberikan kebaikan dan manfaat secara bersama kepada semua pihak,”katanya.
_________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Aniss Rahim dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UniMAP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Source link

read more

Visa tamat tempoh lapan sekeluarga enggan pulang ke negara asal



BANGKOK: Kerana takut dibunuh pemerintah Zimbabwe, lapan sekeluarga menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebagai rumah kedua selama hampir tiga bulan.

Keluarga itu yang termasuk empat kanak-kanak di bawah usia 11 tahun, tiba di Bangkok pada Mei lalu dan semenjak itu mereka tidak pulang ke Zimbabwe.

Merumitkan lagi keadaan, visa pelancong untuk mereka berada di Thailand telah tamat dan mereka dikenakan denda kerana tinggal lebih masa.

Namun, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi perlu diberi pujian kerana masih memberikan kebenaran kepada keluarga terbabit.

Mereka pernah cuba mengambil penerbangan ke Sepanyol melalui laluan Ukraine, namun hasrat mereka terbantut berikutan urusan visa dan mereka terpaksa terbang semula ke Bangkok.

Walaupun Zimbabwe kini tidak lagi ditadbir Robert Mugabe, namun mereka mendakwa krisis dalaman masih berlangsung di negara itu dan mereka masih belum bersedia untuk pulang.

Pada sambutan Krismas lalu, seorang pekerja di lapangan terbang terbabit memuat naik gambar bersama beberapa anggota keluarga terbabit di media sosial dengan catatan:

“Selamat Hari Natal kepada Misha, Milan, Eden dan Tanaka, dengan harapan semoga kamu semua dapat pulang ke negara asal dengan selamat.”



Source link

read more

Anggota polis maut ditikam di Oman – Luar Negara


MUSCAT 31 Dis. – Seorang anggota polis ditikam sehingga mati dalam satu serangan yang disifatkan luar biasa, di sini semalam.

Menurut sumber polis, penyerang menikam mangsa di sebuah pusat beli-belah dan didakwa mempunyai masalah mental.

“Mangsa pergi ke pusat beli-belah tersebut selepas mendapat aduan mengenai kehadiran seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah restoran makanan segera.

“Sebaik mangsa tiba di sana, suspek terus mengeluarkan pisau dan menikam mangsa sehingga mati,” jelas sumber tersebut.

Kadar jenayah di Oman adalah sangat rendah berbanding negara Arab yang lain. – AFP



Source link

read more

Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak menjadikan 27



KUCHING: Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27.

Jawatankuasa pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu Datuk Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1, Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies.

“Memandangkan kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Menurut kenyataan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan dipengerusikan oleh Douglas Uggah bagi membincangkan langkah-langkah dan strategi bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak ke kawasan lain.

Sebelum ini kawasan terakhir yang diumumkan sebagai kawasan ke-26 wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak ialah pada 23 Okt lepas membabitkan kawasan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, di bahagian Samarahan.

— BERNAMA



Source link

read more

‘OKB kembalikan sinar hidup saya’ – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Terima kasih Persatuan Orang Kota Bharu (OKB) atas segala bantuan dan sumbangan diberi telah kembalikan semula sinar dalam kehidupan saya,” kata M. Pushpa Devi sambil bergenang air matanya.

Ibu tunggal berusia 60 tahun yang menjadi mangsa kebakaran Jun lalu, tidak pernah pun menyangka keprihatinan dan kemurahan persatuan itu membantu golongan memerlukan telah menemukan mereka.

“Saya ucap terima kasih kepada Persatuan OKB kerana bantu membaik pulih rumah saya dengan kos RM40,000 yang mungkin tidak mampu saya peroleh.

“Sumbangan ikhlas mereka akan diingati sampai bila-bila, mungkin sehingga akhir hayat saya nanti,” katanya yang ditemui selepas majlis perasmian baik pulih rumahnya di Taman Kajang Baru, di sini hari ini.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Presiden Persatuan OKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad turut diserikan jamuan ringan yang disediakan secara gotong-royong oleh wakil OKB dan jiran-jiran berhampiran.

Pushpa Devi yang kehilangan suami sejak usianya 36 tahun berkata, mereka sekeluarga sangat terharu dengan bantuan yang dihulurkan dan yakin setiap usaha murni dilaksanakan OKB akan memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat.

Sementara itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, bantuan disalurkan itu adalah antara 200 program kebajikan yang dilaksanakan oleh OKB sepanjang tahun ini melibatkan pelbagai golongan masyarakat di akar umbi.

Katanya, selain membantu golongan tidak bernasib baik, persatuan turut menyumbang kepada pesakit kanser berbentuk perubatan dan peralatan, orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan lima van bergerak lengkap kemudahan mesra OKU dan melancar sayap OKB-OKU yang disertai kira-kira 200 ahli.

“Kita turut bersedia menjadikan 2018 sebagai Tahun Mesra OKU sebagai tanda keprihatinan kepada golongan ini yang dianggarkan seramai 400,000 orang di seluruh negara.

“Semua ini tidak bermotifkan keuntungan, sebaliknya menggembleng usaha membina masyarakat kondusif, bersatu padu dan harmoni sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Wartakan kawasan tambak laut di Pulau Pinang sebagai taman laut



GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dicadangkan supaya mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata ia juga bagi memastikan kawasan yang menjadi ‘hasrat’ kerajaan negeri Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan tambak laut bagi membina tiga pulau buatan itu selamat selamanya daripada kerakusan manusia terhadap alam sekitar .

“Sebagai anak jati kelahiran Balik Pulau dan Pulau Pinang, sekiranya saya diberi kuasa, saya akan mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang itu sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman dan selamat daripada sikap rakus manusia.

“Eko-sistem dan kehidupan laut di kawasan itu akan musnah dan akhirnya menyebabkan sumber makanan dari laut kita turut terjejas. Jangan kita berlaku zalim kepada alam. Pada saya, jika kita berlaku zalim kepada alam, alam akan bertindak balas serta menyukarkan kehidupan kita pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Muhamad Farid berkata sekiranya projek tambak laut itu diteruskan, mata pencarian dan kehidupan para nelayan di sekitarnya akan terjejas.

“Mereka (nelayan) sudah menyatakan penolakan dan tentangan terhadap projek tambakan laut berkenaan. Malah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Alam Sekitar turut menyatakan tentangan serta bantahan mereka terhadap projek bakal memusnahkan kehidupan laut di kawasan yang akan ditambak serta mengancam ekosistem laut sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Farid turut menasihatkan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow agar tidak mempertikaikan ucapan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung butiran projek tambakan laut mega pesisir pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang.

“Saya ingin menasihatkan Yang Berhormat (YB) Exco untuk menulis surat kepada YB Menteri memohon satu pertemuan diadakan supaya YB Exco dapat menjelaskan dan menerangkan kepada YB Menteri butiran projek tambakan laut mega pesisir pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang.

“YB Exco tidak sepatutnya bersifat angkuh dan sombong meminta seorang YB Menteri Persekutuan datang ke Pulau Pinang untuk menghadap beliau bagi diberitahu butiran projek tambakan laut berkenaan. YB Exco perlu sedar diri dia hanya seorang exco Kerajaan Negeri, bukan seorang Ketua Menteri.

“Mungkin pada penggal depan, apabila YB Exco menjadi YAB Ketua Menteri, bolehlah beliau menjemput YB Menteri ke Tingkat 28 Komtar untuk minum kopi kerana mereka adalah ‘kawan lama’ di Parlimen,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kandungan industri kreatif Oppa Korea atau abang sado Hollywood jadi pilihan penonton



“WHILE that Hollywood international category was 60 – 70% a few years ago, that is coming down and the Asian category and the premium local category is going up.”

Pengarah dan pengasas Media Partners Asia, Vivek Couto berkata demikian kepada AWANI REVIEW.

Couto telah berkongsi pandangannya mengenai kandungan vernakular dan mengapa beliau berpendapat bahawa ia akan mengambil alih pasaran Hollywood semasa pembentangan ketika Sidang Kemuncak Communication ASEAN (COMMA 2017).

Antara negara Asia yang mampu menguasai penghasilan kandungan vernakular asli bagi memenuhi keperluan penonton ialah Korea Selatan, diikuti China dan India.

COMMA 2017 ialah persidangan 2 hari yang dianjurkan oleh Astro AWANI, pada November lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menghuraikan dengan lebih lanjut tentang trend industri kreatif, kandungan dan komunikasi.

Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Media Partners Asia Chief: Betting Big on Vernacular Content.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perkembangan industri kandungan vernakular.



Source link

read more

Lelaki bawa bahan letupan sembunyi dalam pejabat pos – Luar Negara


KIEV 31 Dis. – Seorang lelaki yang dipercayai membawa bahan letupan bersembunyi di dalam sebuah pejabat pos di bandar Kharkiv, semalam.

Jurucakap polis Ukraine, Yarozlav Trakalo berkata, motif tindakan lelaki itu tidak diketahui dan pihak polis akan menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Terdapat sembilan orang dewasa dan dua kanak-kanak terperangkap di dalam pejabat pos berkenaan bersama suspek,” katanya. – REUTERS



Source link

read more

Kubu Perang Dunia Kedua bakal jadi tarikan pelancongan baharu



MANJUNG: Kerajaan negeri Perak berminat untuk menjadikan kubu perlindungan bawah tanah (bunker) yang dijumpai di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebagai satu lagi produk pelancongan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak terbabit seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kubu itu oleh satu pasukan yang membuat kajian di kawasan LTSAS yang mendapat kebenaran pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Kita juga telah mendapat maklumat bahawa penemuan itu adalah bunker yang berada dalam kedudukan terbaik dan masih kuat.

“Ia boleh dijadikan salah satu daya tarikan dan insya-Allah, kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas lanjut dan kita akan berusaha untuk menjadikannya salah satu tarikan pelancongan  ke negeri Perak,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pelancongan di Kg Tanjung Kepah, Lekir dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Beliau mengulas penemuan kubu perlindungan bawah tanah di kawasan LTSA, Ipoh, yang dipercayai dibina tentera British semasa Perang Dunia Kedua.

Kubu itu berkeluasan kira-kira 9 X 9 meter dengan ketinggian 2.5 meter dan boleh memuatkan antara 30 dan 40 orang pada satu-satu masa.

Zambry berkata mungkin ramai pelancong yang ingin melihat dan merasai keadaan kubu bawah tanah itu yang dibina sewaktu Perang Dunia Kedua.

“Kalau sesiapa pergi ke Vietnam dan Kemboja, terdapat bunker yang dibina di bawah tanah dan ia menjadi satu tarikan,” ujarnya.

Menteri Besar menambah beliau sendiri juga akan pergi melihat sendiri kubu perlindungan bawah tanah itu.



Source link

read more