Stesen minyak dilempar bom petrol


pam17.jpg.transformedMO, 17/1/2018, KOTA SAMARAHAN: Tindakan pantas pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan berjaya menyelamatkan premis itu daripada terbakar selepas dilempar bom petrol, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.07 tengah malam itu, dua lelaki bermotosikal datang ke stesen minyak berkenaan.

Sebaik menghampiri mesin pam, pembonceng tiba-tiba menyalakan sumbu bom petrol yang diletakkan dalam sebuah botol lalu melemparkannya sebelum memecut lari.

Melihat api menyala dekat dengan pam itu, dua pekerja segera menyembur debu kering dan berjaya memadam api sebelum menyambar mesin pam berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata sebaik menerima panggilan pada jam 12.07 tengah malam, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

“Berikutan kebakaran sudah berjaya dipadam, pihak bomba hanya membuat pemantauan dan mengambil maklumat untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya.



Source link

read more

Gara-gara cemburu lelaki maut ditikam


GERIK: Gara-gara cemburu seorang lelaki mati dibunuh seseorang yang dipercayai kenalannya di Kampung Lalang, di sini, awal pagi Selasa.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berusia 28 tahun itu maut selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

“Selepas insiden itu, orang awam membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kampung Lalang untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia di sana.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis percaya punca lelaki itu dibunuh bermotifkan perasaan cemburu,” kata Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa yang mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa. 

Polis berjaya mengesan suspek dan kini sedang giat melakukan usaha memburu lelaki tersebut.

“Maklumat awal kita terima, mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan kita sudah kerahkan anggota untuk memburu suspek.

“Buat masa ini, butiran lain dalam kes ini tidak boleh didedahkan, namun semuanya dalam siasatan dan kita tumpukan untuk memberkas suspek.”



Source link

read more

Lelaki sekat bersin hingga pecah kerongkong



TINDAKAN seorang lelaki yang sering menekan hidung dan mulut untuk menyekat bersin menyebabkannya mengalami masalah kerosakan pada anggota badan yang serius.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikesan pakar perubatan dari Leicester mengalami masalah pecah kerongkong apabila tindakannya menyekat bersin dengan impak tinggi.

Tindakan menyekat bersin itu dilihat memberi tekanan kepada tisu-tisu lembut di bahagian kerongkong.

Tabiat itu juga boleh merosakkan telinga atau pecah otak aneurisme, pakar perubatan memberi amaran dalam jurnal Laporan Kes BMJ.

Menurut lelaki itu, dia merasakan sesuatu yang aneh ‘berada’ di lehernya selain mengalami kesakitan serta kesukaran untuk menelan dan bercakap.

Malah pemeriksaan doktor mendapati bahagian kerongkong dan leher lelaki itu mengalami radang serta bengkak.

Ketika rawatan, lelaki itu terpaksa menggunakan tiub selama tujuh hari dalam usaha memulihkan tisu-tisu yang rosak selain dibenarkan keluar hospital apabila didapati pulih sepenuhnya.

Para doktor dari jabatan telinga, hidung dan tekak di Hospital Diraja Leicester iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat berkata menyekat bersin dengan menekan hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya serta perlu dielakkan.

Ujar pakar, bersin boleh menyebarkan penyakit tetapi ia baik jika dilepaskan.



Source link

read more

A short hop soon from JB to Singapore


PM-SING

MO,17/1/2018, PETALING JAYA: The days of spending hours in a crawl along the Johor-Singapore Causeway and long queues at Customs and Immigration counters to get into Singapore are numbered. A new 4.2km Johor Baru-Singapore Rapid Transit System Link (RTS Link) will see easy movement of people from one city to another.

The link will have co-located Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) and provide seamless connectivity between Bukit Chagar station in Johor Baru and the Woodlands North station Singapore. Malaysia and Singapore yesterday signed the Johor Baru-Singapore Rapid Transit System agreement, the second cross-border rail agreement between the two countries in two years.

The signing of the agreement was witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Singapore’s Lee Hsien Loong after the eighth leaders’ retreat here. Malaysia was represented by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Rahman Dahlan and Singapore by its Coordinating Minister for Infrastructure and Minister of Transport Khaw Boon Wan.

“We have looked at how Customs and Immigration clearing is done for rail services between Britain and France,” Land Public Transport Commission’s chief executive officer Mohd Azharuddin Mat Shah said during a briefing on the proposed project. He said the RTS Link was necessary to ease congestion along the present 1.056m causeway.

“The causeway is heavily congested with the number of vehicles rising. “The matter is compounded as KTMB rail service can only ferry about 320 passengers an hour or 6,000 passengers a day to Singapore,” he said.  The RTS Link will be able to transport some 10,000 passengers an hour or 72,000 passengers a day in four coaches travelling at 70kph.

Lee said the link, when completed in 2024, will benefit thousands of daily commuters and reduce Causeway congestion. Najib took note that congestion at the Causeway peaked especially during festivities and school holidays. The RTS Link stations will also be well integrated with the local public transport networks in each country.

Mohd Azharuddin noted that the RTS Link would run above ground while in Johor and on a 25m-high bridge track across the straits before travelling underground to Woodlands North in Singapore. “Commuters will spend about 30 minutes to travel and clear customs and immigration,” he said. “This will save a lot of time compared to currently spending one or two hours stuck along the Causeway and Immigration,” he added.

Based on a study done by SPAD in 2016, an average of 4,000 buses, 52,000 cars and 72,000 motorcycles spend at least an hour to get across the causeway. He said the KTMB rail service will be discontinued six months after the RTS Link becomes operational in Dec 2024.

–TheStar



Source link

read more

Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam


KOTA BHARU: Pas sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berhubung jemputan ke Solat Hajat Wisma Tok Guru yang disifatkan sebagai provokasi angkuh.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan Husam seperti mendahului keputusan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Injuksi Erinford pada 8 Januari lalu.

“Pas tolak jemputan itu dan tidak berminat untuk melayan ucapan Husam, tetapi hal ini melibatkan keputusan mahkamah maknanya ada kaitan dengan parti.

“Husam melalui satu video di Facebook Pemuda Amanah Kelantan mengisytiharkan solat hajat dan menjemput Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli Pas, itu satu ucapan angkuh, sombong dan provokatif,” katanya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, tadi.

Beliau berkata, Adun Salor itu juga dikatakan mendahului mahkamah apabila berkali-kali menyebut beliau tuan punya bangunan sedangkan belum ada keputusan dibuat mahkamah terhadap hak milik wisma itu.

“Keputusan Injuksi Erinford lalu bertujuan mengharmonikan keadaan sementara keputusan sebenar dibuat, namun tindakan beliau seperti mencabar dan bercanggah.

“Dalam keputusan itu, defendan (Mohd Yasin Yusoff) tidak boleh mengganggu plaintif (Husam) masuk ke kawasan itu dan arahan setakat plaintif sahaja, yang lain boleh dihalang.

“Hak masih kepada Pas untuk guna kawasan, yang lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan,” katanya.

Katanya, Pas juga meminta Husam menghentikan provokasi atau mengelirukan penyokong parti masing-masing sehingga hak milik wisma itu diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Injunksi Erinford oleh Husam terhadap Mohd Yasin juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan sehingga rayuan permohonan injunksi plaintif didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.

Mahkamah turut memerintahkan tarikh sebutan semula pada 12 Februari depan sama dengan tarikh pengurusan kes induk Writ Saman yang difailkan Mohd Yasin terhadap Husam supaya mengosongkan bangunan itu.

Sebelum ini, injunksi plaintif terhadap writ saman itu ditolak mahkamah sama pada 16 November 2017.

Isu perebutan tanah di Pendek, Salor, di sini, mendapat perhatian bermula susulan tanah asal milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim atas nama isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd Yasin dengan harga RM700,000



Source link

read more

Dituduh upah pembunuh tembak Roslan Shah Ifa Raziah buat laporan polis


ARTIS versatil, Ifa Raziah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas didakwa mengupah pembunuh upahan untuk menembak Roslan Shah.

Ifa ketika ditemui berkata, dia dan suami terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan tentang satu laporan polis telah dibuat oleh Roslan terhadapnya.

“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila menuduh saya sebagai penjenayah.

“Dalam laporan Roslan, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!.

“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini?

“Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.

“Buat masa ini anak guam saya tidak ada masalah memberikan kerjasama untuk siasatan.

“Pihak kami juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi membersihkan nama anak guam saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa memberitahu sudah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Karyawan mengenai perkara tersebut.

“Esok, presiden Seniman dan Karyawan akan berada di IPD sentul bersama saya memberi kenyataan kepada pihak polis.

“Mereka (Seniman dan Karyawan) juga akan menyiasat serta meneliti perkara ini supaya tidak berulang kepada artis lain,” katanya.

Tambah Ifa, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada hari ini untuk mengambil keterangan daripadanya.



Source link

read more

Trump perlu turunkan berat badan


PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump diminta untuk mengurangkan berat badan sehingga tujuh kilogram tahun ini sebagai salah satu langkah mengamalkan gaya hidup sihat.

Pakar perubatan dari White House, Dr Ronny Jackson memaklumkan Trump yang sebelum ini tidak berminat untuk bersenam sudah mula mengambil pil anti rambut gugur, setiap hari.

“Sebelum ini, saya tidak begitu aktif dalam cara dan pemakanan Trump, tetapi tahun ini kami akan menumpukan kepada pemakanan.

“Setakat ini, Trump tidak mempunyai sebarang program senaman khusus dan saya akan melihat kepada perkara ini.

“Namun saya yakin Trump tetap memiliki kesihatan yang optimum untuk bertugas,” kata Jackson kepada pemberita.

Trump bersalaman dengan doktor Dr. Ronny Jackson.

Doktor itu turut menjelaskan Trump memiliki gen yang luar biasa kerana masih sihat walaupun sentiasa mengambil makanan segera dan kurang senaman.

Dalam pada itu, Jackson berkata Presiden yang berusia 71 tahun itu mempunyai skor normal dalam beberapa ujian kesihatan termasuk ujian kognitif, dan ‘cemerlang’ dalam ujian keseluruhan kesihatan.

“Keadaan kesihatan Presiden Trump adalah baik secara keseluruhannya.

“Saya tidak mempunyai sebarang kebimbangan terhadap kebolehan kognitif dan fungsi neurologi beliau,” kata Dr. Ronny Jackson kepada pemberita.

Antara ubat-ubatan lain yang diambil Trump adalah multivitamin, krim untuk rosasea, keadaan kulit yang menyebabkan kemerahan, dan ubat untuk mengurangkan kolesterolnya.



Source link

read more

Mangsa banjir Segamat berkurangan | Merdeka Online


SEGAMAT 12 JANUARI 2018. Anggota APM meninjau kejadian banjir yang berlaku di sekitar Segamat. NSTP/IHSAN APM JOHOR

MO, 17/1/2018, JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat menurun, dengan hanya 33 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sehingga kini, mangsa yang dipindahkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak itu membabitkan 12 lelaki dan 12 wanita, selain empat kanak-kanak serta satu bayi.

“Sementara itu, empat mangsa membabitkan masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak ditempatkan di Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ayub berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

Dadah Pekerja restoran terlepas hukuman gantung


IPOH: Seorang pekerja restoran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh di sini, semalam atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah berbahaya dengan berat keseluruhan 229.15 gram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu.

“Selepas meneliti hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan,” katanya pada akhir kes pendakwaan di sini, pada Selasa.

Mengikut kertas pertuduhan, Qusrein Izad Ahmad, 33, dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 224.13 gram di hadapan bangunan kedai di Jalan Pelangi Kuning, kira-kira jam 2 pagi pada 1 Jun 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung mandatori.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 5.02 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Charan Singh dan Jagdipe Singh.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons