Klavan gives Liverpool last-gasp victory United beat Everton



LONDON: Liverpool defender Ragnar Klavan’s 94th-minute header snatched a 2-1 victory at Burnley on Monday as the visitors coped without the injured Mohamed Salah and Philippe Coutinho and made up ground on their rivals near the top of the Premier League.

With Chelsea and table-topping Manchester City playing later in the week, Liverpool registered their second win in 48 hours after the Estonian popped up with his first league goal.

On the blue half of Merseyside, Manchester United climbed back up to second in the table after second-half goals by Anthony Martial and Jesse Lingard earned a 2-0 victory at Everton — their first win in five games in all competitions.

Stoke City’s Mark Hughes is under more pressure after his side’s 1-0 home defeat by Newcastle United, Leicester City beat Huddersfield Town 3-0 while Brighton & Hove Albion shared the points with Bournemouth in a pulsating 2-2 south-coast derby.

All the managers rotated players to deal with a busy festive period and Liverpool boss Juergen Klopp made seven changes, including giving Adam Lallana his first start this season, against a Burnley side who have often troubled the Merseysiders.

The absence of Coutinho will prompt inevitable speculation about the his future on the day the transfer window opened although Klopp said the Brazilian had a thigh injury.

With Liverpool’s top scorer Salah also ruled out with a groin strain and Firmino on the bench, Sadio Mane was the only member of their ‘Fab Four’ to start.

He opened the scoring with a superb strike after 61 minutes, picking up the ball with his back to goal and spinning to fire an unstoppable left-foot shot into the corner.

“He (Mane) came into the dressing room and the whole team got up and gave him a hand, because they know — he will be back on top,” Klopp said.

“In so many moments he is strong, quick, so many things. And in the other moments where it doesn’t click, he scores a goal like this and it is like ‘wow’.”

Burnley thought they had salvaged a point when Berg Gudmundsson equalised in the 87th but Klavan secured a win that moved Liverpool to 44 points, a point behind Chelsea.

UNITED BREAKTHROUGH

With no Romelu Lukaku in the United side, Jose Mourinho’s men were struggling to break down an Everton side who have become much more resolute under new manager Sam Allardyce.

However, Paul Pogba unlocked the Everton defence with a pinpoint pass into the feet of Martial, who controlled the ball brilliantly before curling it home in the 57th minute. Jesse Lingard’s clinching strike late on was equally well executed.

“We found a way to play without a player like Lukaku or Zlatan (Ibrahimovic) with more dynamism and freedom,” Mourinho said. “I think we played very well, second half better than the first.”

United’s victory took them to 47 points from 22 games behind local rivals City, who lead the standings on 59 after their 0-0 draw at Crystal Palace on Sunday and have a game in hand.

As eye-catching as Senegal international Mane’s goal was, it was probably topped by Riyad Mahrez’s opener for Leicester.

The Algeria midfielder, who like Coutinho has been linked with a January move, produced the deftest of sidefoot volleys to give Leicester the lead against Huddersfield, with Islam Slimani and Marc Albrighton adding further second-half goals.

A good day was made even better for the Foxes by a late cameo from Adrien Silva, who has had to wait to play his first game for the club after his move from Sporting was not registered in time in the last transfer window.

Stoke’s Hughes left the field to a torrent of abuse from supporters after his side’s latest setback, a loss made all the worse because the Welshman had rested players in the 5-0 defeat at Chelsea on Saturday to prepare for Newcastle’s visit.

Ayoze Perez scored the winner as fellow strugglers Newcastle United recorded back-to-back Premier League wins on the road for the first time since 2014.

Bournemouth are another side looking anxiously over their shoulders after starting 2018 five points worse off than last year but Eddie Howe’s side will be pleased with their point at Brighton.

Bournemouth’s Steve Cook and Brighton’s Glenn Murray both scored against their former sides after Anthony Knockaert got the year off to a good start for the home side by scoring their quickest ever Premier League goal after five minutes.

However, Callum Wilson secured a point for the visitors after a frantic scramble in the area when Brighton failed to clear their lines.



Source link

read more

33 murid terperangkap banjir di asrama sekolah berjaya diselamatkan



DUNGUN : Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan Pasir  Raja, Dungun, Terengganu berdepan detik mendebarkan selepas terperangkap di dalam banjir pada Isnin malam.

Dalam kejadian jam 10.00 malam itu seramai 17 murid lelaki dan 17 perempuan terkandas setelah asrama yang dihuni mereka ditenggelami air kira-kira dua meter.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Al Mukhtafi Billah Shah, Jaswari Awang berkata sejurus menerima panggilan pada jam 10.04 malam itu, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak kami turut menyelamatkan enam guru, dua pengawal keselamatan serta dua ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.

Katanya, ketika pasukan bomba berkenaan tiba di sekolah berkenaan, kesemua mangsa, termasuk murid yang berusia tujuh hingga 12 tahun itu berada dalam satu kumpulan di asrama.

Beliau berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk tiba ke sekolah itu berikutan cuaca gelap, manakala  laluan ke lokasi pula dipenuhi dengan kayu yang tenggelam akibat banjir .

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar pada 11.36 malam dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Dewan Sivik Pasir Raja.



Source link

read more

Kilang arak terbesar di Cameroon musnah dalam kebakaran



DOUALA: Sebuah kilang arak dan beberapa buah kediaman berdekatan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di bandar Douala, Cameroon pada Isnin.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari tong menyimpan alkohol di kilang Fermencam.

Api pantas merebak berikutan cuaca panas dan kering di bandar itu memburukkan lagi keadaan.

Menurut penduduk tempatan, api di kilang tersebut sangat marak dan merebak ke kawasan kediaman berdekatannya.

Sebuah sekolah berhampiran juga turut dilaporkan musnah.

Fermencam adalah salah satu pengeluar terbesar wain, minuman keras dan wiski di Cameroon.

Bagaimanapun setakat ini tiada mangsa yang maut laporan.



Source link

read more

Pemuda UMNO Kedah bantah kenaikan tambang feri – Nasional


ALOR SETAR 1 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menganggap tindakan operator feri menaikkan harga feri sebanyak RM3 tanpa notis dan kebenaran kerajaan negeri sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.



Shaiful Hazizy Zainol Abidin

SHAIFUL HAZIZY

Malah menurut ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, tindakan itu boleh diandai sebagai sabotaj secara langsung kepada kerajaan yang sedia ada.

“Tindakan yang dibuat ini walaupun ia tidak melibatkan penduduk tetap Langkawi, adalah tindakan yg tidak kena pada masanya dan Pemuda UMNO Kedah beranggapan ia adalah satu usaha sabotaj terhadap kerajaan negeri yang sedia ada, di mana ia secara langsung menaikkan kemarahan rakyat.

“Rakyat perlu sedar bahawa tindakan ini diambil tanpa mengambilkira pandangan kerajaan negeri, dan Pemuda UMNO Kedah amat yakin kerajaan negeri ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional sama sekali tidak akan membenarkan perkara ini daripada berlaku,” katanya, di sini hari ini.

Tambahnya, oleh demikian Pemuda UMNO Kedah menuntut agar pihak syarikat menarik balik caj perkhidmatan RM3 yang dikenakan baru-baru ini.

“Bagi Pemuda UMNO Kedah caj ini adalah tidak relevan sama sekali kerana rata-rata perkhidmatan feri yang sedia ada masih lagi kurang memuaskan dan perlu diperbaiki,” katanya.

Harga tambang baharu yang tular sempena tahun baharu, penguasa feri dikatakan mengenakan tambang baharu dari RM23 kepada RM26 untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak dari RM17.00 kepada RM20 untuk laluan itu.

Manakala tambang dari Kuala Perlis ke Langkawi RM18 ke RM21 untuk dewasa dan kanak-kanak pula RM12 ke RM16. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bumbung jatuh – MBKT tutup laluan sementara



KUALA TERENGGANU: Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini terpaksa ditutup kepada orang awam bermula hari ini setelah satu per empat daripadanya runtuh pada pukul 6 pagi tadi.

Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata struktur sepanjang 100 meter daripada laluan berbumbung sepanjang 400 meter itu runtuh, dalam hujan lebat dan angin kencang pagi tadi.

“Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda orang awam ketika kejadian berlaku.

Namun, MBKT tetap menutup seluruh laluan itu kerana bimbang kejadian sama berulang lagi dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan pejalan kaki itu di sini hari ini.

Laluan yang dibina dengan kos RM600,000 menerusi peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui program ‘Kesejahteraan Bandar’ itu mula digunakan pada Jun 2015.

Mengulas lanjut, beliau berkata melalui pemeriksaan awal, tiang-tiang itu patah kerana tidak dapat menampung beban bumbung dalam keadaan cuaca buruk hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sekarang.

“Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut terlibat dalam siasatan itu. MBKT akan menunggu laporan siasatan dari konsultan dalam tempoh lima hari dan akan menyelesaikan perkara ini dalam tempoh sebulan. Apabila laluan ini benar-benar disahkan selamat, ia boleh digunakan semula oleh orang awam seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengulas kejadian itu berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada MBKT berhubung kejadian bagi mengetahui punca sebenar struktur berkenaan runtuh.

“Adakah ia runtuh sebab reka bentuk atau pun kecuaian manusia atau bencana… jadi kita kena tengok dulu sebelum putuskan apa yang perlu dilaksanakan. Pada masa sama saya telah mengarahkan Datuk Bandar supaya memantau dan meneliti supaya keseluruhan struktur-struktur yang melibatkan orang ramai,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Amerika Syarikat yang bodoh beri Pakistan AS33 billion – Trump



WASHINGTON: Donald Trump menyifatkan Amerika Syarikat (AS) telah melakukan ‘tindakan bodoh’ dengan menyalurkan  lebih AS$33 bilion  (RM135 billion) bantuan kepda Pakistan sejak 15 tahun lalu, namun tidak mendapat apa-apa pulangan dan berikrar untuk menghentikannya.

Presiden AS itu turut mendakwa Pakistan memberi perlindungan kepada pengganas yang diburu dengan bantuan yang diberikan.

“Amerika Syarikat dengan bodohnya memberikan Pakistan lebih dari AS$33 bilion dolar bantuan selama 15 tahun dan mereka tidak memberi kita apa-apa tetapi pembohongan dan penipuan, ingat pemimpin kita tidak bijak.” ujarnya menerusi Twitter.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara pada Isnin memaklumkan, White House tidak merancang untuk menghulur AS$255 juta bantuan kepada Pakistan pada masa ini .

Katanya, pentadbiran akan terus mengkaji tahap kerjasama dengan Pakistan.

Dalam pada itu, Menteri Luar Pakistan, Khawaja Muhammad Asif, dalam reaksi segeranya memaklumkan akan memberi maklum balas kenyataan Trump dalam masa terdekat.

“Kami akan memberi reaksi kepada tweet Presiden Trump tidak lama lagi Insha’Allah. Akan membiarkan dunia mengetahui kebenarannya… bezakan antara  antara fakta dan fiksyen,” ulasnya.

Bagaimanapun ia tidak jelas apakah yang mendorong kritikan Trump ke Pakistan tetapi Washington telah lama mendakwa  Islamabad tidak lakukan cukup untuk menangani militan.



Source link

read more

Saya hanya jadi diri sendiri – Fara Mendoza – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Jan. – Pelakon Fara Mendoza yang dikecam netizen kerana berpakaian seksi pada sambutan malam tahun baru malam tadi memberitahu dia akan terus menjadi dirinya yang sebenar.

Kata Fara sudah sampai masanya mereka di luar sana tahu yang dia sedikitpun tidak terusik dengan kata-kata kesat yang dilemparkan pengikutnya di laman sosial dan meminta mereka juga berhenti menghakimi dirinya.

“Ini adalah diri saya, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja.

“Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, sebentar tadi.

Kata Fara atau nama penuhnya Norfaralinah Md Yunus,27, setakat ini juga dia turut menerima pesanan mesej oleh pengguna laman sosial yang mengecam cara pemakaianya.

“Saya tidak akan memadamkan kata-kata kecaman mereka atau block. Saya biarkan sahaja, jika mereka tidak suka, pilihan di tangan sendiri untuk tidak mengikuti saya.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan berubah kerana mereka,” katanya yang ketika ini masih berada di Langkawi, Kedah.

Sementara itu ditanya mengenai hubungan baiknya dengan Janna Nick yang sedikit renggang kini. Kata Fara dia dan Janna masih berkawan baik dan tidak pernah bergaduh.

“Netizen yang mengatakan kami bergaduh tetapi sebenarnya kami masih baik seperti biasa malah sering bertemu,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ibu gembira anak lahir tahun baharu terima ADAM50



IPOH: Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah Rozilawati Aziz, 39, apabila doa untuk melahirkan anak keduanya pada tahun baharu dan menerima skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dimakbulkan.

Kelahiran bayi perempuan seberat 3.4 kilogram di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira 2.30 pagi tadi disifatkan Rozilawati sebagai satu rahmat tidak ternilai untuknya dan suami Mohd Idrus Awang Kechil, 52.

“Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan saya bersyukur apabila melihat bayi selamat dilahirkan. Sepatutnya saya melahirkan bayi pada 30 Dis tetapi dia (bayi) nak keluar lewat sikit,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Rozilawati turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi insentif itu dan akan menabung setiap bulan bagi menambah dana RM200 yang diterima menerusi ADAM50.

“Saya akan menggunakan simpanan ini dengan sebaik mungkin demi masa depan anak saya kerana simpanan ini boleh digunakan untuk menampung kos pembelajarannya kelak,” katanya.

Turut berkongsi kegembiraan seorang ibu muda Nur Zahirah Zahari, 24, yang menyambut kelahiran anak pertama kira-kira jam 8.30 pagi tadi secara pembedahan.

Nur Zahirah ketika ditemui meluahkan rasa gembira kerana tidak menyangka bayi perempuannya itu dilahirkan sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor iaitu pada 3 Februari.

“Saya bersyukur kerana anak saya berpeluang menerima dana ADAM50 dan saya akan menggunakannya untuk masa depannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, seramai 10 bayi yang dilahirkan di HRPB hari ini menerima hamper dan skim ADAM50 yang disampaikan oleh wakil daripada Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) Perak.

— BERNAMA



Source link

read more

Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok macam tak percaya – Fizo Omar



PELAKON Fizo Omar akui pengalaman melihat sendiri proses isterinya, Mawar Karim melahirkan cahaya mata pertama mereka sesuatu yang sukar dipercayai.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Fizo berkongsi momen-momen Mawar berada di dalam bilik pembedahan melahirkan bayi perempuannya.

Fizo memberitahu dia tidak dapat menggambarkan perasaannya saat melihat doktor membelah perut isterinya di depan matanya secara langsung.

Ia bagaikan satu magika apabila dia berpeluang melihat anaknya keluar dari perut Mawar selepas empat tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Air mata Fizo terus mengalir selepas melihat doktor mengeluarkan bayinya keluar dari perut isterinya dan terus terpaku dengan keajaiban itu.

Fizo berkata air matanya mengalir deras apabila mendengar bayinya menangis lebih kuat.

Saat yang dinanti-nantikan ketika itu mengazankan zuriatnya sendiri.

Berikut merupakan cerita penuh pengalaman Fizo yang dikongsi:
 

Foto: Instagram Fizo Omar
Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

[VIDEO] Memali: Pas Johor buat laporan polis – Politik


JOHOR BAHRU 1 Jan. – Pas negeri ini membuat laporan polis berkaitan ucapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengaitkan parti itu dalam tragedi berdarah Memali.



Video oleh RAJA JAAFAR ALI

Laporan itu dibuat Ketua Penerangan Pas negeri, Shamsudin Jaafar di Balai Polis Sentral, di sini pada pukul 4.39 petang dan beliau diiringi 15 ahli Pas negeri.

Shamsudin berkata, laporan itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut pada Mesyuarat Agung PPBM, kelmarin.

“Dalam upacannya, Tun Dr. Mahathir telah membuat tuduhan palsu yang amat jahat terhadap Presiden Pas, iaitu sekali lagi mengaitkan peristiwa berdarah yang berlaku di Memali itu adalah berpunca daripada kenyataan yang digambarkan sebagai amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tun Dr. Mahathir juga pada kali ini cuba mengaitkan para mufti pula sebagai punca berlakunya peristiwa berdarah tersebut. Kenyataan Tun Dr. Mahathir adalah berniat jahat dan bersifat fitnah semata-mata bagi memburukkan nama baik Presiden Pas dan para mufti,” katanya selepas membuat laporan polis berkenaan, sebentar tadi.

Pihaknya menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap tragedi Memali pada 19 November 1985 yang telah mengorbankan 18 nyawa. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons