Kajian garis panduan hukuman pelajar ambil kira perbuatan buli siber



GELANG PATAH: Kajian mengenai garis panduan baharu hukuman yang dibenarkan terhadap pelajar akan memberi penekanan kepada perbuatan buli siber.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan menjelaskan, perbuatan buli siber bukan satu perkara remeh sebaliknya perlu ditangani.

“Sehubungan itu, hukuman terhadap perbuatan buli siber juga termasuk dalam kajian garis panduan hukuman dibenarkan terhadap pelajar.

“Kajian itu kini di peringkat akhir dan akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) Gelang Patah.

Menurutnya, kementerian juga terbuka menerima sebarang cadangan untuk penambahbaikan itu demi kebaikan guru dan pelajar.

“Kita mahu kedua-dua pihak dilindungi. Kita kini memiliki 430,000 guru di negara ini.

“Semua guru di Malaysia mempunyai harapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak murid. Sehubungan itu, kita nak membantu cikgu dan pada sama kita hendak membantu anak murid mendapat pendidikan yang terbaik,” katanya.



Source link

read more

Banjir: 188 mangsa dipindahkan – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 1 Jan. – Seramai 188 mangsa banjir dari dua daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air sejak semalam.

Daripada jumlah tersebut, Mersing mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu 173 diikuti Kota Tinggi (6) dengan jumlah keseluruhan melibatkan 52 keluarga.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kolonel (PA) Mat Zin Bujang berkata, kawasan yang terjejas di Mersing adalah Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Semanyir, Endau dan Kampung Air Tawar.

“Seramai 173 mangsa banjir melibatkan 46 keluarga dari Mersing semuanya dipindahkan ke balai raya, sekolah rendah dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sejak pukul 1 petang tadi.

“Berikutan itu Jalan Jemaluang-Mersing ditutup sementara. Jalan alternatif adalah melalui Jemaluang/Kota Tinggi ke Jalan Sri Pantai-Jalan Sekakap untuk ke bandar Mersing,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, di Kota Tinggi pula melibatkan 15 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Bukit Raja yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia sejak pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, Mat Zin yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, bagi 51 mangsa banjir daripada 14 keluarga di Segamat, mereka sudah dibenarkan pulang hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

DAPigs PALING “GEMBIRA” BILA MAHFUZ KELUAR PAS!!! ~ SEMUT HITAM


Memang bukan satu perkara yang mengejutkan apabila DAPigs menjadi pihak pertama yang mengucapkan tahniah serta melahirkan rasa gembira selepas Si Mahfuz Bean tu bertindak keluar parti.

Malah ianya juga tidak memeranjatkan apabila DAPigs menyerang dan membuat dakwaan terhadap kepimpinan PAS ekoran tindakan yang dilakukan oleh Si Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Antara lain, DAPigs mendakwa keputusan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean itu merupakan satu langkah yang tepat memandangkan PAS kini memperjuangkan dasar Politik yang sesat.

Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng juga mendakwa tindakan itu diambil Mahfuz kerana kecewa melihat PAS yang kini mesra berdampingan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

“Jelas di sini bahawa Mahfuz hendak memastikan ada satu pakatan pembangkang yang kuat untuk melawan BN. Kerana, sudah nampak dari segi politik perjuangannya, politik PAS sesat. Sesat sampai dipuji oleh Umno.

“Kalau anda dari politik ini, di mana pembangkang dipuji baik oleh parti pemerintah, maka lingkuplah,” kata Lim pada satu sidang media hari ini selepas majlis penyerahan cek kepada Hospital Kanser Mount Miriam di Komtar.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Mahfuz yang mengambil langkah meninggalkan parti berteraskan Islam itu kerana mahu sebuah pakatan pembangkang yang kuat.

Namun apa yang menjadi persoalannya, apa motif disebalik kenyataan Si Lim Guan Eng itu? Adakah itu merupakan satu isyarat bahawa DAPigs sudi menerima Si Mahfuz Bean menjadi Boneka mereka?

Pokok pangkalnya, tindakan Si Mahfuz Bean tu memang tepat. Setidak – tidaknya, dia tidak lagi perlu memalukan dirinya sendiri dengan berselindung disebalik Pengkhianatan yang telah dilakukan selama hari ini terhadap PAS secara terbuka!!!




Source link

read more

Remaja 18 tahun maut pilih ambang 2018 untuk terjun pasar raya



TAIPING: Seorang remaja lelaki maut apabila terjatuh daripada sebuah pasar raya di Taiping, Perak pada ambang Tahun Baru semalam.

Mangsa, Lee Horng Chinhang Siew Chun,18, yang berasal dari Pokok Assam maut di tempat kejadian sebaik jatuh dari bangunan setinggi enam tingkat dalam insiden berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 8.25 malam berkenaan insiden tersebut.

“Setibanya polis ke lokasi kejadian, kami mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan terlentang dan cedera teruk di semua bahagian badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan pihak kami juga menjumpai sebilah pisau di tangan kanan manakala sebilah pisau lagi dijumpai berhampiran mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Jelasnya,siasatan lanjut mendapati mangsa  terjun dari tempat letak kereta di pasar raya berkenaan.

“Kami juga menemui sebuah kerusi yang digunakan oleh mangsa untuk memanjat tembok di tempat letak kereta pasaraya berkenaan sebelum terjun ke bawah.

“Turut ditemui, sebuah kereta Suzuki Swift warna biru milik mangsa di tempat letak kereta dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa memberhentikan kenderaannya dan keluar dari kereta sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

“Selepas itu, mangsa tidak lagi kelihatan kerana dilindungi oleh tiang dan rakaman CCTV satu lagi menunjukkan mangsa telah jatuh di atas jalan tar di bahagian belakang pasar raya berkenaan,” tambahnya.
 
Menurut Razlam, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah mangsa alami pelbagai peringkat kecederaan berikutan terjatuh dari tempat yang tinggi.

“Setakat ini siasatan polis masih lagi diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan buat masa ini tiada unsur jenayah ditemui.

“Kejadian lebih menjurus kepada bunuh diri,” ujar Razlam.



Source link

read more

Lelaki maut dijerut di hotel bajet – Jenayah


JOHOR BAHRU 1 Jan. – Seorang lelaki ditemukan maut selepas disyaki dijerut pasangan sejenisnya di sebuah bilik hotel bajet di Taman Mount Austin, di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 30 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7.18 pagi oleh pekerja hotel berkenaan ketika melakukan kerja-kerja mengemas bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dua lelaki turut ditahan selepas bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan jerutan pada leher.

“Pagi semalam, pihak polis menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan tentang seorang lelaki maut dalam bilik hotel berkenaan.

“Siasatan mendapati tempat kejadian adalah di tingkat satu hotel yang mana bilik itu disewa seorang lelaki berusia 49 tahun. Lelaki itu turut menyewa sebuah bilik lain,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Malaysia akan terus bantu saudara se-Islam – PM Najib



KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus sedaya upaya membantu saudara se-Islam di Palestin dan Myanmar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, beliau berkata semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia perlu bersatu hati untuk menamatkan segala penderitaan dan penindasan terhadap mereka.

“Semoga Allah menyatukan hati-hati kita dan berterusan mengurniakan rahmat keamanan dan kestabilan kepada bumi Malaysia, agar dapat kita terus menggunakan pengaruh kita sebagai negara Islam contoh, membela nasib umat Islam yang tertindas di mana sahaja di dunia, Insya-Allah,” katanya dalam blog www.najibrazak.com, hari ini.

Perdana menteri berkata sepanjang tahun 2017, Malaysia terus dirahmati oleh Allah, kekal makmur, aman dan harmoni serta terus menjadi negara Islam contoh yang berpengaruh dengan suara yang kuat untuk membela Islam dan umatnya di serata dunia.

Berhubung isu Baitulmaqdis, beliau berkata Malaysia menentang sekeras-kerasnya dan tidak mungkin akan bersetuju sampai bila-bila usaha Amerika Syarikat mengiktirafnya sebagai ibu negara Israel.

“Perkara ini saya tegaskan berulang kali, di Perhimpunan Agung UMNO, di Mesyuarat Tergempar OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) di Istanbul dan juga di Perhimpunan Solidariti: Selamatkan Baitulmaqdis,” katanya.

Selain itu, Najib berkata penderitaan dan penindasan yang dialami oleh masyarakat Rohingya di Myanmar juga turut menyentuh hati umat Islam di negara ini dan Malaysia dengan lantang mengkritik dan membawa isu itu bukan sahaja di peringkat ASEAN tetapi juga di mata dunia.

Beliau menjelaskan Malaysia terus menghulurkan bantuan demi bantuan bagi meringankan penderitaan etnik Rohingya selain membuka pintu kepada segelintir daripada mereka untuk menumpang keamanan dan kestabilan yang ada di Malaysia selain menghulurkan bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Bangladesh dan Myanmar.

“Pada Februari 2017, Malaysia menerusi badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Ikhlas telah menghantar sumbangan kewangan sebanyak RM172,500 melalui NGO Bangladesh untuk pelarian Rohingya yang tinggal di kem pelarian Kutupalong dan Balukhali di Bangladesh.

“Seterusnya pada September 2017, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelaras penghantaran sumbangan kemanusiaan bernilai RM4 juta berupa barangan dan peralatan juga diagihkan kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh,” katanya.

Najib berkata 12 tan bantuan makanan dan barang keperluan seperti lampin pakai buang, tuala, beras dan biskut juga disalurkan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh melalui misi bantuan kemanusiaan oleh Angkatan Tentera Malaysia, Pejabat Perdana Menteri dan NGO iM4U.

Katanya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan beberapa NGO Islam dari Malaysia turut menghantar bantuan dalam bentuk barangan makanan dan ubat-ubatan khas kepada 140,000 orang pelarian Rohingya di Bangladesh yang bernilai RM200,000.

Selain itu, katanya Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) kemudiannya telah membuka klinik bergerak di penempatan pelarian Rohingya di kem Thangkhali dan Kutupalong serta memberikan bantuan makanan.

“Selain penghantaran bantuan kemanusiaan, kerajaan juga telah menubuhkan Hospital Medan dengan kos RM3.5 juta yang mempunyai sebanyak 50 buah katil dan boleh menempatkan seramai 150 pesakit pada satu masa selain dilengkapi bilik pembedahan, X-ray serta bilik khas bagi kemudahan ibu dan anak di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

“Hospital Medan ini dibina bagi membolehkan pelarian Rohingya mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan termasuk pemeriksaan bagi ibu mengandung,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

12 korban nahas pesawat ringan di Costa Rica



GUANACASTTLE: Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan hutan di Guanacaste, barat laut Costa Rica pada Ahad mengorbankan kesemua 12 penumpang dan akan kapal.

Sepuluh lagi mangsa merupakan warga Amerika Syarikat sementara dua orang lagi merupakan kru penerbangan warga tempatan.

Bangkai pesawat Berjaya ditemui pasukan bomba dan penyelamat dalam keadaan masih terbakar.

Pihak berkuasa  memaklumkan hanya memiliki senarai nama penumpang yang dibekalkan syarikat penerbangan dan masih menunggu pengesahan rasmi identiti mereka.

Lima daripada mangsa merupakan lima beranak yang dalam percutian di Costa Rica.

Mereka terdiri pasangan suami isteri Bruce dan irene Steinberg serta tiga anak lelaki mereka Matthew, William  dan Zachary yang menetap di Scarsdale.

Sementara itu Pengarah Penerbangan Awam Costa Rica Enio Cubillo mengesahkan pesawat Nature Air yang disewa khas itu berlepas pada tengahari Ahad dari Punta Islita menuju ke San Jose sebelum terhempas.

Pesawat berkenaan tiba di Punta Islita dari San Jose pada pagi hari sama namun terpaksa menangguhkan penerbangan balik kerana cuaca buruk.

Beliau turut mengesahkan identiti juruterbang pesawat malang itu sebagai Juan Manuel Retana, seorang yang amat berpengalaman.

Bekas Presiden Costa Rica Laura Chinchilla menerusi Twitter mengesahkan Retana adalah anak saudaranya.



Source link

read more

Peneroka Felda maut kemalangan – Nahas & Bencana


KUANTAN 1 Jan. – Seorang peneroka di Felda Selendang 2, Rompin dekat sini maut selepas kereta Proton Gen 2 dipandu anaknya bertembung dengan Nissan Sylphy dalam kemalangan di Kilometer 30 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Md. Razali Md. Derus, 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya manakala anaknya, Mat Rosdie, 21, patah tangan kiri dan paha kanan.

Pemandu Nissan Sylphy, Norhisham Ahmad, 42, pula luka pada kening kanan dan lutut kiri dan dua penumpang kenderaan itu, Mazliny Mohd. Zaid, 40, patah tangan kiri manakala anak Norhisham, Muhamad Norarif, 19, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, kejadian berlaku apabila Nissan Sylphy dipandu Norhisham terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dipandu Mat Rosdie.

“Akibat daripada pertembungan itu, penumpang Proton Gen 2 meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya cedera di tangan dan kaki dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Suami isteri mengaku tidak bersalah perdagang seorang wanita Indonesia



JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memperdagangkan seorang wanita Indonesia dengan eksploitasi bekerja secara paksa, awal bulan lepas.

G.David, 51, dan isterinya, A. Indra Ganthi, 50, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Kedua-dua mereka didakwa bersama-sama memperdagang wanita berumur 60 tahun itu bagi maksud mengeksploitasi kerja secara paksa di sebuah rumah di Taman Sri Putri, Skudai, di sini, kira-kira 2.30 petang, 4 Dis lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan RM50,000 setiap seorang, namun, peguam Tharamjit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan kedua-dua tertuduh mempunyai tiga anak berumur 19, 15 dan 11 tahun.

Mohammad Khalid kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin.

–BERNAMA



Source link

read more

Arab Saudi naikkan harga minyak



RIYADH: Arab Saudi telah mengumumkan kenaikan harga bahan api tempatan bermula Isnin.

Agensi berita SPA melaporkan inisiatif itu  adalah bagi menjadikan penggunaan tenaga lebih efisyen serta selari dengan pelan reformasi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap minyak sebagai sumber utama pendapatan negara.

RON 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini, sementara RON 95 dijual pada 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Harga diesel dilaporkan tidak berubah.

Kerajaan negara itu juga akan memperlahankan rancangan untuk menghapuskan subsidi terhadap mempelbagaikan produk tenaga berdasarkan pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet negara 2018 yang diumumkan pada bulan lalu.

Sebelum ini, Raja Salman secara rasminya telah mengumumkan sasaran menghapuskan defisit kerajaan dilanjutkan sehingga 2023, berbanding sasaran terdahulu pada tahun 2020, bagi mengurangkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Arab Saudi mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016, yang bertujuan meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan mencapai masa depan lagi kaya dengan pembangunan berdaya tahan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons