PPIK anjur solat hajat tahun baharu – Kelantan


KOTA BHARU 31 Dis. – Lebih 200 ahli Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK); Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti negeri serta penduduk tempatan menyertai solat hajat sempena sambutan Tahun Baharu 2018 di Masjid Tok Haji Yahya Kampung Landak, Pengkalan Chepa, dekat sini malam ini.

Program anjuran PPIK itu bertujuan menggeratkan ukhwah sesama Islam selain menangani masalah sosial membabitkan anak muda yang menjurus kepada hiburan ketika menyambut tahun baharu.

Presiden PPIK, Datuk Seri Dr. Fared Abdul Ghani berkata, program itu juga bermatlamat memberi ruang kepada orang kena parol mendekati masyarakat dan mereka tidak rasa tersisih serta terbiar.

“Kita mengambil pendekatan berbeza setiap kali sambutan tahun baharu iaitu dengan mengadakan solat hajat kerana tidak mahu golongan muda terbabit dalam masalah sosial.

“Pihak kita telah mengaturkan atucara melibatkan solat berjemaah, kuliah agama, dan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan keberkatan negara ini,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan negeri, Raja Amazon Raja Daud dan Iman Masjid Mukim Landak, Hassan Dollah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dihambur cacian makian cucu jadi penghibur – Mahfuz



KUALA LUMPUR: Selepas mengumumkan keluar daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar mengakui menerima cacian dan makian bukan sahaja daripada pengguna media sosial malah rakan yang pernah seangkatan dengannya sebelum ini.

Bagaiamanapun, beliau memilih untuk tidak mempedulikan kata-kata nista itu.

Sebaliknya, beliau dan isteri, Datin Ruswati Jaafar mengubat segala duka dengan berjumpa cucu mereka di Durian Tunggal, Melaka hari ini.

“Cucu saya yang berusia enam bulan ini jadi penghibur kepada saya selepas dihambur cacian dan makian.

“Saya akan tinggal di Melaka ini dalam tiga atau empat hari dan meluangkan masa dengan anak dan cucu saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Cucu kedua Mahfuz yang diberi nama Maisara Sofea Suhaimi itu merupakan anak sulung kepada Siti Nur Syahidah, iaitu anak kedua Mahfuz yang turut mengambil langkah sama seperti bapanya semalam.

Jelas Mahfuz, selain kata-kata nista, beliau mengakui turut disindir oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dianggap seperti ‘ayam betina bertelur’.

“Cacian dan makian ini bukan setakat netizen tetapi juga orang dalaman Pas sendiri termasuk pimpinan Pas kawasan yang memegang gelaran PhD.

“Tuan Ibrahim juga sindir saya cakap harumanis, ayam betina bertelur. Lantak mereka la.

“Saya doakan semua mereka yang caci maki saya sentiasa dalam rahmat Allah SWT,” katanya.

BACA: Selepas keluar Pas, Mahfuz tetapkan tempoh ‘idah’ sebulan

BACA: Mahfuz disaran letak jawatan ahli parlimen, dikhuatiri gajinya haram

Tuan Ibrahim dalam reaksinya terhadap keputusan Mahfuz itu berkata: “Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli. Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelur dia sendiri terkejut dengan telurnya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga.”

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengumumkan untuk meninggalkan Pas selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.

Berdasarkan isi kandungan surat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata, pemberhentian sebagai ahli Pas berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

“Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelor dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,” jelas Tuan Ibrahim lagi.



Source link

read more

Letupan pada majlis pengebumian ragut 18 nyawa – Nasional


KABUL 31 Dis. – Satu serangan pengebom bunuh diri pada satu majlis pengebumian di bandar Jalalabad, timur Afghanistan, hari ini meragut sekurang-kurangnya 18 orang nyawa dan mencederakan 13 yang lain.

Jurucakap gabenor wilayah, Ataullah Khogyani berkata, penyerang meletupkan dirinya ketika orang ramai berkumpul pada satu majlis pengebumian bekas gabenor daerah di sebuah tapak perkuburan di bandar terbabit.

Bagaimanapun masih tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. – AFP



Source link

read more

Lapan bayi penerima pertama ADAM50 di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Seramai lapan bayi dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari pertama tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, lima adalah bayi lelaki manakala selebihnya perempuan yang mana kesemua bayi comel itu dilahirkan antara pukul 12:00 tengah malam hingga 1 pagi hari ini.

Paling istimewa, mereka adalah antara kumpulan bayi terawal yang menerima Insentif Khas Amanah dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bermula tahun ini.

Rata-rata ibu yang ditemui teruja kerana anak-anak mereka menjadi bayi pertama penerima ADAM50 seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2018.

nsentif khas tersebut telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad di Pusat Latihan Obstetrik Dan Ginekologi, HKL hari ini.

Insentif khas tersebut telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad di Pusat Latihan Obstetrik Dan Ginekologi, HKL hari ini.

Menurut beliau, inisiatif ADAM50 layak untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

“Saya ingin menggalakkan kesemua ibu bapa agar ke cawangan PNB yang terdekat selepas memperolehi sijil kelahiran anak untuk mendapatkan insentif RM200 secara percuma.

“Ibu bapa juga digalakkan untuk menambah perlaburan di ADAM50 yang mana simpanan boleh dilakukan sehingga RM200,000,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusof.

Penyerahan juga turut diadakan di 30 lokasi lain seprti Kota Bharu, Pulau Pinang dan Shah Alam.

ADAM50 adalah insentif baru yang diperkenalkan dalam Bajet 2018 dan mula dilaksanakan pada 1 Januari ini yang akan memanfaatkan kira-kira 2.8 juta bayi di negara ini.

Kos keseluruhan ADAM50 yang akan dilaksanakan selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 itu dianggarkan mencecah RM560 juta.

Melalui ADAM50, kesemua bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima insentif percuma sebanyak 200 unit yang akan dikreditkan secara automatik selepas proses pendaftaran dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga ke dalam tabung unit amanah kendalian anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).



Source link

read more

[VIDEO] 2,000 ahli UMNO Tumpat bantah tindakan Trump – Nasional


TUMPAT 31 Dis. – Kira-kira 2,000 ahli UMNO Bahagian Tumpat berhimpun secara aman di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, di sini malam ini bagi membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Perhimpunan yang diketuai oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz diadakan sejurus selepas solat Isyak dan hajat bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada ancaman rejim Zionis.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Wan Hanafi Wan Yaacob; Ketua Pemuda Rosidi Mahamud Kamaruddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail serta barisan kepemimpinan bahagian tersebut.

Pada majlis tersebut mereka turut membakar dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman negara berkenaan terhadap Palestin selama ini.

Mohd. Rosdi berkata, ini merupakan bentuk penzahiran solidariti untuk umat Islam Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.

Menurutnya, sokongan terhadap perjuangan umat Islam Palestin perlu terus disemarakan dan tidak hanya dilakukan secara bermusim.

“Baitulmuqaddis merupakan masjid ketiga paling penting gene­rasi umat Islam. Namun, tindakan Trump itu nampaknya semakin rakus ingin merampas Baitulmuqaddis sebagai hak Palestin.

“Jadi saya rasa ini bentuk perpa­duan kita sebagai umat Islam untuk membela Palestin,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ingin selamatkan anak saudara OKU tangan melecur dalam kebakaran



ALOR SETAR: Menyambut tahun baru tidak bermakna apa-apa bagi satu keluarga yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka mereka musnah dalam satu kebakaran di Batu 2 Jalan Kuala Kedah, di sini pagi ini.

Selain rumah yang didiami mereka sejak 50 tahun itu, turut terbakar ialah sebuah rumah dan gerai berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, Jaafar Abu Bakar melecur tangan kanan ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Ketika kejadian, Jaafar, 64 tahun, dan adiknya Sarah, 51 tahun, serta anak Sarah, Mohd Hafiz Baharom, 31 tahun, sedang berada di dalam rumah.

“Tanpa kami sedari, api sedang merebak di tingkat atas rumah, asap sudah hitam. Saya tinggalkan bubur yang sedang dimasak di atas dapur, terus mahu menyelamatkan anak saya.

“Anak saya pula tidak mahu keluar. Dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak sempat mencapai apa-apa kerana saya terpaksa menariknya keluar,” kata Sarah.

Sebaik menyedari keadaan itu, Jaafar bingkas bangun lalu membantu Sarah mengangkat anak saudaranya dan ketika itu, tangannya terkena bara api yang terjatuh dari tingkat atas.

“Barang-barang semua tak sempat diselamatkan. Baik televisyen, kipas, lesen, kad bank, serta duit sikit, semua tak dapat diambil. Tangan cedera sikit, melecur dek api yang panas sangat,” kata Jaafar.

Menurutnya, mereka tinggal bertiga di rumah itu memandangkan adiknya sudah berpisah dengan suami manakala dia merupakan seorang duda yang tidak mempunyai anak.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Mohd Firdaus Isa berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati api sedang marak.

Ketika itu, rumah pertama sudah musnah 90 peratus manakala rumah kedua dan gerai itu hanya terbakar 10 peratus, katanya.

Api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya kira-kira jam 11 pagi.

Operasi pemadaman dilakukan enam anggota BBP Jalan Raja dengan turut dibantu 30 anggota dari lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Source link

read more

Amerika jangan main-main jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un



PYONGYANG: “Awas, hanya satu butang diperlukan untuk melancarkan peluru berpandu ke Amerika Syarikat.”

Itu amaran pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kepada negara Uncle Sam, susulan ketegangan berhubung pembangunan program nuklearnya.

Dalam amanat tahun baharu, Jong Un memaklumkan Amerika Syarikat kini dalam lingkungan sasaran senjata nuklear Pyongyang, dan butang untuk lancarkan peluru berpandu sentiasa berada di jarinya.

“Ini realitinya, ini bukan lagi ancaman,” kata Jong Un dalam amanat yang disiarkan di televisyen.

Sehubungan itu, Jong Un anggap Amerika tidak lagi berada dalam kedudukan untuk melancarkan perang, kerana kemampuan Pyongyang kini adalah sama.

Dalam pada itu, Jong Un memaklumkan akan memberi tumpuan kepada pengeluaran peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran.

Senjata itu akan digunakan apabila kepentingan keselamatan Pyongyang terancam.

Korea Utara melancarkan enam ujian peluru berpandu balistik tahun ini, menimbulkan kebimbangan timbul ketegangan baru di semenanjung Korea.



Source link

read more

Enam maut pesawat amfibia terhempas di Australia – Nasional


SYDNEY 31 Dis. – Sebanyak enam orang terbunuh apabila sebuah pesawat amfibia yang dinaiki mereka terhempas ke dalam sebatang sungai di Australia, hari ini ketika pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan itu.

Pesawat jenis DHC-2 Beaver itu terhempas di Sungai Hawkesbury berhampiran pinggir bandar Cowan, kira-kira 50 kilometer dari utara Sydney.

Menurut polis, pasukan penyelam menemukan kesemua enam mayat namun identiti mereka masih tidak didedahkan.

Berdasarkan laporan media tempatan, sebanyak empat penumpang merupakan warganegara Britain. – AFP



Source link

read more

UTHM komited lahir ramai sukarelawan melalui Kursus Kepimpinan



BATU PAHAT: Bagi menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kursus Kepimpinan Sukarelawan Kebangsaan Zon Selatan bagi tahun 2017 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Disember lalu.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Asri Selamat, kursus yang diuruskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM dengan kerjasama pihak Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) ini melibatkan penyertaan 100 peserta dari seluruh IPT di Malaysia.

Tambahnya, objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi mendekatkan para sukarelawan IPT dengan  masyarakat luar sekali gus mewujudkan nilai-nilai University-Community Engagement (UCE) dan hubungan baik di antara universiti dan penduduk setempat.

“Apa yang menarik dalam kursus ini ialah di samping dimotivasikan dengan semangat kesukarelawanan, para peserta turut melakukan aktiviti amal seperti ‘Buy & Donate‘ yang mana hasil kutipan aktiviti tersebut terus disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan yang dipilih dan juga mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, peserta kursus Hazim Halim pula menjelaskan program ini dapat mendedahkan dirinya berkaitan kerja-kerja kesukarelawanan dengan lebih mendalam selain mampu melatih peserta untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan masyarakat.

Baginya seorang sukarelawan itu bukan hanya dapat menyumbang daripada segi tenaga dan wang ringgit tetapi mereka juga boleh menggunakan apa sahaja kaedah yang ada untuk membuat amal kebajikan.
_________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Nurul Atiqah Rohaizar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan disunting oleh Suriayati Baharom.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).



Source link

read more

Peminat gembira Rajinikanth umum masuk politik



LEGENDA filem India, Rajinikanth akhirnya menamatkan penantian peminatnya di Tamil Nadu selepas mengumumkan penyertaan beliau dalam dunia politik, pada Ahad.

Pelakon berusia 67 tahun itu dilapor akan membentuk parti politiknya sendiri dan akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Saya akan membentuk parti politik sendiri dan parti saya akan bertanding di semua 234 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya akan datang pada 2021.

“Saya tidak melakukannya kerana jawatan, wang atau kemasyhuran kerana saya sudah memilikinya,” kata Rajinikanth kepada penyokongnya di sebuah dewan di Chennai, ibu kota Tamil Nadu.

Aktor yang digelar sebagai Superstar itu juga berkata, menjadi tugasnya untuk mengubah sistem di negeri Tamil Nadu itu.

“Saya akan berjuang untuk politik kerohanian tanpa kecenderungan terhadap mana-mana kasta atau agama.

“Sekiranya saya berkuasa dan tidak mampu menunaikan janji saya dalam masa tiga tahun, saya akan letak jawatan. Demokrasi di negeri ini ketika ini berada dalam kedukaan,” katanya.

Pengumuman itu disambut dengan meriah oleh peminatnya yang membakar bunga api dan melaungkan slogan untuk Rajinikanth di luar dewan.

Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen termasuk pengguna Twitter melahirkan rasa teruja mereka dan yakin pelakon itu akan mengubah masa depan negeri itu.

Turut mengucapkan ‘semoga berjaya’ kepada Rajinikanth ialah pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan, yang juga merupakan kawan baik beliau.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons