Kejantanan Putin dicabar Wanita pengikut Sufi ini mahu jawatan Presiden Rusia



DAGESTAN: 18 tahun tiada pencabar, kejantanan Presiden Rusia, Vladimir Putin bakal tergugat apabila wanita Islam dari wilayah Dagestan, Aina Gamzatova mengumumkan secara rasmi mahu bertanding menentang beliau dalam pilihan raya Presiden Rusia 2018.

Pengumuman Aina, mendapat sambutan ratusan penyokongnya di Makhachkala, dua hari selepas mengesahkan pencalonannya menerusi Facebook.

Aina mengetuai syarikat media Islam terbesar di Rusia, Islam.ru yang meliputi rangkaian televisyen, radio, syarikat percetakan, penerbitan buku Islam, serta mengendalikan kebajikan.

Suami Aina, Akhmad Abdulaev merupakan mufti wilayah Dagestan, wilayah pemisah yang menyaksikan konfrontasi berpanjangan melibatkan pejuang, perbalahan puak dan pasukan persekutuan yang mengorbankan ribuan nyawa.

Pencalonan Aina, bagaimanapun mendapat reaksi berbeza komuniti Islam Rusia.

Mereka yang setuju menyokong keazaman Aina mahu mencabar Putin, yang sebaliknya pula berpendapat Aina tidak sepatutnya melangkaui batas sebagai isteri seorang mufti.

Berjaya atau tidak misi cabar Putin, kempen Aina tetap dianggap membawa perkembangan positif.

Ia bakal melonjak imej wanita Islam di Rusia, dan tentang keperluan memberi perhatian kepada wilayah Dagestan dihuni pelbagai etnik yang dikatakan kurang membangun.

Aina merupakan sebahagian anggota Sufi yang dipimpin Said-Afandi Chirkavi, yang mati dibunuh oleh pengebom bunuh diri pada 2012.

Suami pertama Aina Said Muhammad Abubakarov, juga maut akibat letupan kereta pada 1998.

Pembunuhnya sehingga kini tidak ditemui.



Source link

read more

HRPZ II kecoh bapa ‘culik’ bayi dari wad – Jenayah


KOTA BHARU 31 Dis. – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini malam ini kecoh apabila seorang lelaki dikatakan melarikan bayinya yang baru berusia tujuh hari dari wad tanpa kebenaran pengurusan hospital.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam, petugas hospital cuba menghalang lelaki itu kerana tidak mengikut prosedur namun dia berjaya membawa keluar anaknya dari wad sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, bayi berkenaan dilahirkan secara pramatang pada 24 Disember lalu oleh ibunya yang berusia 19 tahun dan masih di bawah jagaan rapi pihak hospital.

Bagaimanapun katanya, si bapa berusia 29 tahun berkeras mahu membawa bayinya pulang dan enggan mengikut prosedur ditetapkan pengurusan hospital.

“Ketika dia itu cuba membawa bayinya keluar, berlaku kekecohan termasuk tarik menarik dengan jururawat. Mereka akhirnya terpaksa melepaskan lelaki itu kerana bimbang menjejaskan kesihatan bayi.

“Saya difahamkan kes ini tular di media sosial malam ini dan berlaku salah faham apabila orang ramai menyangka ia adalah kes culik. Punca kejadian termasuk motif sebenar lelaki itu melarikan bayinya masih disiasat,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Menurut Hasanuddin, pihaknya kini sedang mengesan lokasi pasangan suami isteri berkenaan dan bayi mereka. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perutusan Tahun Baru 2018 PM Najib



KUALA LUMPUR: Berikut ialah perutusan khas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena kedatangan tahun baru 2018 sepertimana dipetik daripada blog NajibRazak di www.najibrazak.com:


1. Tahun 2017 ini, kita menyambut 60 tahun sejak laungan “Merdeka!” bergema di Kuala Lumpur. Meskipun hari ini kita hidup di dunia yang jauh berbeza, serta mengharungi cabaran yang juga berbeza, saya percaya Bapa-bapa Kemerdekaan kita akan berbangga melihat apa yang telah rakyat Malaysia kecapi di dekad-dekad sejak kemerdekaan.

2. Bagi Malaysia, 2017 adalah tahun yang banyak membawa pencapaian.

3. Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan, tahun ini Bank Dunia menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan kita bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – kepada  5.8 peratus. Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan banyak institusi global yang dihormati telah memuji pengurusan ekonomi berhemat oleh Kerajaan, selain mengakui bahawa daya tahan dan daya saing ekonomi telah dikuatkan, demi kebaikan rakyat Malaysia. Sentimen ini diperkukuhkan lagi dengan keyakinan yang ditunjukkan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia sepanjang tahun lalu.

4. Pada bulan Februari misalnya, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor – menjadikan ianya pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi. HSBC melaburkan lebih RM1 bilion bagi membina ibu pejabat serantau baharu di Tun Razak Exchange. Dan banyak lagi syarikat multinasional turut ikut serta melabur dan membina nama mereka di Malaysia.

5. Kenapa? Seperti yang dinyatakan oleh pengasas Alibaba, Jack Ma, beliau memilih Malaysia untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama di luar China pada tahun 2017  kerana persekitaran cekap dan mesra perniagaan yang telah diwujudkan Kerajaan.

6. Pelaburan-pelaburan ini, bangunan, perniagaan dan projek infrastruktur baharu – daripada Lebuhraya Pan Borneo hinggalah kepada pengangkutan awam seperti MRT di Lembah Kelang – telah dan akan membawa perubahan yang nyata buat rakyat Malaysia. Lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ; manakala, dua fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baru – 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.

7. Lebih membanggakan lagi, projek ini siap lebih awal daripada jadual, dan menjimatkan RM2 bilion daripada kos yang diperuntukkan – menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan mengendalikan projek berskala besar di masa hadapan, seperti Laluan Rel Pantai Timur yang akan membawa begitu banyak manfaat kepada penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan selain meningkatkan ekonomi tempatan mereka.

8. Saya sedar ada di antara kita masih menghadapi cabaran dan kesusahan, tetapi langkah-langkah yang telah dan akan terus kita ambil bagi memastikan pertumbuhan negara kita mampan dan inklusif, meluas serta memanfaatkan setiap segmen masyarakat.

9. Ini adalah kerana saya ingin semua mendapat nikmat dari kemajuan negara yang sedang kita bina, dan agar tiada seorang pun rakyat Malaysia yang ketinggalan.

10. Inilah sebabnya dalam bajet baru-baru ini, saya telah mengumumkan pengurangan cukai, peruntukan untuk petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun pembiayaan pengajian buat para pelajar, waktu kerja lebih mudah bagi wanita mengandung dalam perkhidmatan awam, dan banyak lagi langkah-langkah lain untuk membantu meringankan beban rakyat dan memudahkan penyertaan penuh mereka ke dalam masyarakat.

11. Di samping kemajuan yang kita kecapi di peringkat tempatan, kita juga terus mengambil pendirian berprinsip di peringkat global, meningkatkan lagi kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

12. Usaha kita membela nasib masyarakat Rohingya telah berjaya mengubah pandangan global. Antaranya, para pegawai kanan Amerika kini mengambil pendirian yang lebih tegas selepas saya mengutarakan perkara ini semasa lawatan ke White House pada bulan September. Kita tidak boleh berdiam diri dan tidak gentar untuk menegaskan bahawa dasar konsensus ASEAN tidak boleh diterima dalam menangani malapetaka yang berlaku ini, dan hasil daripadanya kita dapat lihat pada sidang kemuncak pada bulan November apabila Myanmar membuat komitmen baharu untuk menyelesaikan krisis ini.

13. Kita juga terus bertegas di peringkat antarabangsa bahawa Jerusalem tidak boleh diiktiraf sebagai ibu negara Israel. Solidariti Kerajaan Malaysia dengan rakyat Palestin diketahui di seluruh dunia, dan tiada apa yang dapat menghalang kita daripada menyuarakannya dan menggesa keadilan buat mereka.

14. Status kita sebagai negara majoriti Muslim sederhana yang berpandangan jauh telah diiktiraf apabila Penjaga Dua Masjid Suci memilih Malaysia sebagai tempat untuk menubuhkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang akan menjadi institusi penting bagi memerangi ekstremisme dan mempromosikan Islam sebenar, di mana Malaysia adalah contoh yang baik.

15. Kepimpinan Malaysia juga diiktiraf di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila resolusi Gerakan Kesederhanaan Global kita untuk memerangi pelampau dan radikalisasi telah diterima melalui undian di Perhimpunan Agung. Selain itu, sambutan cukup  baik yang diberikan kepada delegasi Kerajaan Malaysia pada tahun 2017, dari Washington DC ke London, dari Riyadh ke New Delhi, menunjukkan betapa Malaysia dipandang tinggi oleh semua.

16.  Mengimbau kembali pencapaian kita di bumi Malaysia, tiada cara yang lebih baik untuk kita meraikan ulang tahun ke-60 Merdeka, iaitu dengan kejayaan kita memenangi Sukan SEA dengan prestasi terbaik dalam sejarah negara. Hati kita begitu teruja melihat atlet Malaysia merangkul 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa,  tahap kecemerlangan tinggi yang juga menjadi tanda pencapaian golongan muda Malaysia yang banyak menyumbang  buat negara.

17. Pada masa sama, 2017 juga mencatat cabaran dan tragedi yang tidak mudah untuk kita lupakan.

18. Seramai 23 pelajar dan guru telah kehilangan nyawa dalam kebakaran di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada bulan September. Banjir kilat dan tanah runtuh di Pulau Pinang. Pembunuhan Kim Jong Nam di bumi Malaysia pada bulan Februari. Kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang mencatat sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dalam hidup Baginda, dan pemergian Tan Sri Haji Adenan bin Satem, Ketua Menteri Sarawak. Kedua-duanya mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati rakyat, dan kita begitu merasai kehilangan mereka.

19. Tahun 2017 juga menandakan pencapaian berbeza, kerana ia adalah tahun di mana kita telah menggandakan usaha untuk memastikan tadbir urus yang baik dalam semua sektor – termasuk tidak membenarkan kesilapan masa lampau berlalu pergi begitu sahaja. Beberapa ahli politik seperti Lim Kit Siang telah lama menuntut  ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian mata wang asing antara tahun 1992 dan 1994. Tahun lepas kita memenuhi permintaan itu dengan menubuhkan panel yang dianggotai ahli berwibawa untuk membuat siasatan. Mereka mendapati  bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion ketika itu, yang mereka katakan, mempunyai “kesan negatif signifikan terhadap ekonomi negara,  telah merosakkan peluang pembangunan negara.”

20. Adalah wajar dan menjadi hak rakyat Malaysia untuk mengetahui apa yang telah berlaku, sepertimana wajar  untuk SPRM menunjukkan bahawa mereka yang bersalah  akan dikenakan tindakan, dan saya telah mengumumkan pada Julai lalu bahawa Kerajaan sedang menghapuskan budaya kapitalisme kroni yang diwujudkan pada masa seorang bekas pemimpin. Rakyat Malaysia telah membayar harga yang tinggi hanya supaya beberapa orang rakan bekas pemimpin itu boleh mengaut keuntungan, tanpa memikirkan kesan buruknya kepada rakyat.

21.  Kita bertegas menyatakan bahawa amalan ini perlu berakhir. Kelemahan tadbir urus, sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam, tidak boleh diterima. Ia mesti disiasat dan diperbetulkan – bukan hanya kerana ia perlu dilakukan untuk Malaysia terus melangkah menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi kerana ia adalah tuntutan akyat.

22. Rakyat Malaysia juga berhak menerima yang lebih baik daripada ahli politik mereka. Parti pembangkang mempunyai peranan yang mulia untuk meneliti undang-undang dan memastikan Kerajaan melaksanakan tanggungjawab. Mereka boleh dan sepatutnya memainkan peranan dalam pembangunan negara dengan penuh tanggungjawab, berprinsip dan beretika.

23. Walau bagaimanapun, cubaan mensabotaj ekonomi Malaysia dengan membuat tuduhan liar dan palsu yang boleh menjejaskan kebajikan dan kehidupan rakyat adalah satu perbuatan yang hina dan amat tidak bertanggungjawab. Berbohong mengenai negara mereka sendiri untuk kepentingan politik peribadi adalah perbuatan terkutuk dan tidak bermoral – mereka ini mengkhianati Malaysia.

24. Selain itu,  usaha seorang bekas pemimpin cuba menggulingkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik untuk merealisasi cita-citanya untuk anaknya, tidak dapat diterima sama sekali. Dalam demokrasi, yang paling penting adalah keinginan dan kehendak rakyat teramai seperti yang tercatat dalam peti undi, bukan kehendak peribadi seseorang untuk mewujudkan dinasti.

25. Juga, amatlah tidak bertanggungjawab bagi ahli politik untuk menentang sesuatu semata-mata  demi membangkang Kerajaan – meskipun secara peribadi mereka bersetuju bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan itu adalah tepat. Kita lihat ia berlaku berulang kali, sama ada dalam isu GST – yang dipuji hampir setiap ahli ekonomi terkemuka di seluruh dunia, dan satu dasar yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara lain termasuk India dan Arab Saudi – mahupun mengenai 1Malaysia. Tokoh pembangkang mengakui secara senyap-senyap bahawa mereka menyokong konsep ini untuk menggalakkan perpaduan negara – sesuatu yang semua rakyat Malaysia bersifat patriotik perlu sokong – tetapi mereka menentangnya atas dasar kepentingan politik peribadi. Ini amat memalukan.

26. Kita boleh mempunyai perbezaan pendapat, tetapi kita masih perlu bersikap baik dan sopan. Ia tidak sepatutnya dianggap pelik, sebagai contoh, untuk melawat seteru lama di hospital untuk menyatakan simpati dan harapan melihat mereka segera pulih. Perkara sebegini harus diterima dan difahami dalam masyarakat yang bertamadun, kerana kita tidak percaya, dan juga tidak mahu kembali, kepada cara buruk yang diamalkan di bawah seorang bekas pemimpin.

27. Cara yang lebih baik telah ditunjukkan oleh PAS di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang. Meskipun kami berada di pihak yang berlainan, tetapi kami menolak ke tepi segala perbezaan apabila ia berkaitan kepentingan bersama, seperti dalam isu Rohingya dan Palestin.

28. Inilah politik lebih matang yang membina negara kita, bukan cuba merobohkannya; ia membantu menyatukan kita, bukan memecahkan kita; dan ia menumpukan kepada apa yang kita ada bersama, dan bukannya menjadikan kepelbagaian kita sebaga suatu kelemahan –  bagi Kerajaan, kepelbagaian kita adalah kekuatan kita, dan kita tidak akan berhenti mempertahankannya.

29. Ini adalah pilihan yang dihadapi rakyat Malaysia pada tahun 2018, sebuah Kerajaan yang akan berterusan bekerja demi kebaikan rakyat, dengan halatuju dan polisi jelas untuk membawa Malaysia ke hadapan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang – atau parti yang hanya berkempen secara negatif, dengan harapan untuk menyebabkan kemarahan dan ketidakpuasan hati masyarakat untuk memenangi undi, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia kecuali angan-angan populis yang hanya akan merosakkan negara.

30. Memilih Kerajaan adalah perkara yang serius, dan kita yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Kita yakin bahawa mereka akan dapat melihat janji-janji palsu pihak-pihak tertentu, dan mengetahui siapa yang bekerja untuk kepentingan sebenar semua rakyat Malaysia, selain mengiktiraf siapa yang sebenarnya mempunyai rekod prestasi terbukti dan yang telah ‘deliver’ dan terus ‘deliver’.

31. Untuk tahun 2018, tatkala kita mula memandang ke pertengahan abad ini melalui program Transformasi Nasional 2050 serta Malaysia di masa hadapan, terdapat banyak perkara untuk kita terus kekal optimistik.

32. Bank Dunia melaporkan bahawa “Ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh”, dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat tahun hadapan dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.

33. Kita berharap semua akan memberikan sokongan teguh dalam usaha melaksanakan tugasan hebat ini. Ianya satu tugasan yang dimulakan oleh nenek moyang kita, yang diteruskan oleh Allahyarham Ayahanda saya, dan tugasan yang saya – secara peribadi – berasa bertanggungjawab untuk laksanakan.

34. Kita telah dapat lihat semangat yang diimpikan Bapa-bapa Malaysia semasa seluruh negara bersama-sama bersatu hati menyambut kejayaan Sukan SEA. Inilah Malaysia yang sedang dan akan terus Kerajaan perjuangkan. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan etnik, yang kaya dengan pelbagai adat, bahasa dan makanan, tetapi Malaysia yang  bersama di bawah lembayung 1Malaysia dan dipandang seluruh dunia sebagai model keharmonian dan kepelbagaian, sebagai contoh bukan sahaja kepada negara-negara membangun, malah juga buat negara-negara maju.

35. Inilah Malaysia yang patut kita banggakan, dan dengan itu saya menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama, mengalu-alukan ketibaan 2018 dengan kegembiraan dan semangat perpaduan di dalam hati kita.

36. Selamat tahun baru buat semua.



Source link

read more

Wanita Islam mahu cabar Putin – Nasional


MOSCOW 1 Jan. – Seorang wanita dari Dagestan, Rusia, Aina Gamzatova mengumumkan beliau akan bertanding menentang Presiden negara ini, Vladimir Putin dalam pilihan raya umum pada Mac tahun ini.

Portal Al-Jazeera melaporkan, Aina, 46, membuat pengumuman itu dua hari selepas mengesahkan hajatnya bertanding sambil diraikan kira-kira 200 orang penyokongnya di Makhachkala, Dagestan, kelmarin.

Aina mengetuai rangkaian media Islam terbesar Rusia, Islam.ru termasuk televisyen, radio, rangkaian percetakan, penulisan buku tentang Islam dan menjalankan kerja kebajikan.

Suaminya, Akhmad Abdulaev merupakan Mufti Dagestan.



Source link

read more

AKHIRNYA MAHFUZ BEAN JUMPA “TELUR” SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Mungkin Si Mahfuz Bean ni dah jumpa ‘telur’ dia sendiri apabila akhirnya dia berani ambik tindakan untuk tinggalkan PAS yang selama ini dihina dan dikutuk secara terang – terangan.

Atau mungkin, Si Mahfuz Bean tu dah jumpa dahan baru untuk berpaut sebelum tibanya Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi soalnya, siapa yang sanggup kutip Si Mahfuz Bean ni?

Adakah PAN sanggup menjadi ‘Pengutip Sampah’ PAS memandangkan parti itu sarat dengan pemimpin – pemimpin yang telah mengkhianati parti itu sejak mengikut telunjuk DAPigs?

Atau, adakah DAPigs sendiri membuka pintu mereka untuk menerima kehadiran Si Mahfuz Bean sebagai Boneka Melayu yang boleh dipergunakan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Kemungkinan besar, Si Mahfuz Bean ni telah mendapat platform dari parti yang diterajui oleh Tun Mahathir walaupun dia pernah memaki hamun Pengerusi PPBM itu secara terbuka.

Walau apa parti sekali pun yang sanggup mengutip Si Mahfuz Bean ni untuk bertanding bagi pihak mereka, kita ucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Setidak – tidaknya, Si Mahfuz Bean tu akhirnya mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Seperti kata Naib Presiden PAS, Si Mahfuz Bean tu berjaya membuktikan bahawa dirinya bukan Pondan Siam yang Kecut Buah Kerandutnya!!!




Source link

read more

UniMAP semarak semangat musim baru persekolahan



KANGAR: Menjelang sesi persekolahan yang bakal bermula 2 Januari ini, Aiman Azmi, 14 tahun bersama empat adiknya yang berusia antara 8 hingga 12 tahun hanya mampu menyiapkan sepersalinan pakaian sekolah lama dua tahun lalu.

Dengan keadaan keluarga yang hanya bergantung hidup kepada hasil menjual daun nipah kering untuk menghasilkan rokok daun, Aiman dan adiknya Amri, Asmira serta Haiqal tidak mampu untuk meminta persalinan persekolahan baharu.

Namun, dengan inisiatif Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita (Piskanita) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 3rd Force Perlis, hampir 50 anak-anak termasuk Aiman dan adiknya menerima bantuan pakaian seragam sekolah lengkap beserta beg dan alat tulis baharu untuk digunakan pada sesi persekolahan akan datang.

Inisiatif tersebut digerakkan oleh pelajar Ijazah Doktor Falsafah UniMAP, Ami Nurul Nazifah Abdullah bersama-sama warga kerja Piskanita UniMAP yang diterajui oleh Pengerusinya Datin Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Zain.

Perkara itu setidak-tidaknya mampu menghadirkan senyuman pada wajah kanak-kanak tersebut.

Menurut Ami Nurul Nazifah, bantuan diperolehi dari pelbagai pihak dalam bentuk wang tunai dan barangan manakala senarai serta saiz keperluan pelajar diperolehi daripada 3rd Force Perlis.

“Pembahagian tugasan dibuat sejak dua minggu lalu diikuti proses mengumpul dan membungkus peralatan persekolahan mengikut lokasi yang meliputi kawasan Beseri, Kuala Perlis, Kangar dan Pauh manakala proses menyerahkan sumbangan dimulakan semalam dan hari ini,” katanya ketika ditemui AWANI Rangers UniMAP.

Selain Aiman Azmi, turut ceria menerima sumbangan persekolahan ialah Aiman Asri, 14 yang tinggal bersama datuk dan neneknya di Kampung Wai Kuala Perlis selepas ayahnya hilang sewaktu keluar menangkap ikan di laut.

“Dengan bantuan yang diterima ini, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar yang berjaya. Terima kasih UniMAP,” katanya.

______________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Siti Nor Aisyah Rosli dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) suntingan Suhana Abdul Mutalib

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UniMAP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Source link

read more

[VIDEO] 2018: Tiada lagi tol di Batu Tiga, Sungai Rasau – Nasional


SHAH ALAM 1 Jan. – Sambutan tahun baharu 2018 di bagi rakyat Selangor khususnya yang tinggal di Lembah Klang membawa kegembiraan berganda apabila ia operasi kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau sejak 25 tahun lalu berakhir secara rasmi tepat pukul 12 tengah malam ini.



Video oleh ABDUL YAZID ALIAS

Tinjauan Utusan Online di Plaza Tol Sungai Rasau malam ini mendapati, para pengguna jalan raya turut meraikan penutupan operasi kutipan kedua-dua tol itu, malah ada di antara mereka turut menekan hon kenderaan masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat itu.

Pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau yang dibuat 20 tahun lebih awal dari tempoh perjanjian konsesi yang sepatutnya tamat pada 2038 itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu sebagai antara usaha untuk mengurangkan beban rakyat.

Selain kedua-dua tol tersebut, pemansuhan kutipan turut melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuh Raya Penyuraian Johor Timur (EDL), Johor berkuatkuasa 1 Januari 2018.

Dianggarkan kira-kira 270,000 penduduk sekitar Shah Alam dan Klang menerima manfaat daripada insiatif pemansuhan kutipan tol itu dari segi pengurangan perbelanjaan kewangan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan penutupan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau akan memberi lebih penjimatan perbelanjaan rakyat khususnya di kawasan Shah Alam dan Klang.

“Penutupan tol ini tanda keperihatinan kerajaan BN terhadap denyut nadi rakyat selain perjuangan yang konsisten yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Shah Alam.

“Saya fikir kalau masa zaman Tun. Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, dia buat tol. Tapi zaman Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri dua tutup tol,” ujarnya.

Terdahulu, Noh merasmikan majlis kesyukuran pemansuhan kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau serta sambutan tahun baharu 2018 Plaza Tol Sungai Rasau, malam ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin;  Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Dr. Ir. Ismail Md. Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Plus Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail serta hampir 1,000 masrakat di sekitar kawasan Shah Alam dan Klang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

3 maut 1 cedera dalam kes langgar lari Hilux-Alza



MIRI: Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Long Lama Bakong, Miri petang tadi.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Bahagian Miri, kemalangan pukul 3.20 petang itu mengakibatkan penumpang Eyeo Chun Hua, 51 tahun; Tan Ai Shan, 28 tahun, dan Tan Kheng Wei, 11 tahun, maut di tempat kejadian manakala pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu Toyota Hilux itu sedang memotong sebuah kenderaan dari arah Lapok ke Miri.

Bagaimanapun, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan pacuan empat roda tersebut.

Impak rempuhan itu mengakibatkan penumpang hadapan kereta Alza itu tersepit manakala dua yang lain cedera parah.

Pihak polis juga memaklumkan pemandu kereta Hilux terbabit telah melarikan diri sejurus selepas kemalangan dan suspek kini sedang dikesan.

Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

Ladang bunga matahari tarik pelancong ke Taman Negara Khao Yai



NAKHON RATCHASIMA: Taman Negara Khao Yai, kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan kereta dari Bangkok merupakan antara tarikan pelancongan alam sekitar dan tanah tinggi yang semakin popular di Thailand.

Menurut pihak berkuasa Taman Negara Thailand, tahun lepas sahaja sebanyak 1.2 juta pelancong luar dan dalam negara melawat taman negara yang terletak di wilayah Nakhon Ratchasima (juga dikenali Korat) di Timur Laut Thailand itu.

Taman Negara Khao Yai meliputi kawasan keluasan 300km persegi dan merupakan taman negara ketiga terbesar di Thailand, memiliki pelbagai tarikan daripada hidupan liar kepada kawasan pertanian musim sejuk seperti strawberi.

Bagaimanapun ladang Bunga Matahari yang terdapat di tanah tinggi taman negara itu kini muncul sebagai antara tarikan utama yang menggamit kedatangan pelancong dalam dan luar Thailand.

Pelancong sanggup menempuh perjalanan jauh termasuk dari China dan tidak kurang juga dari Malaysia untuk mengabadikan kenangan di hamparan lading Bunga Matahari yang terbentang luas serta indah di Taman Negara Khao Yai.

Dengan cuaca sejuk di Khao Yai bermula November hingga awal Januari menyebabkan suhunya mencapai sekitar 20 darjah Celcius pada waktu siang dan kira-kira 10 darjah Celcius pada malam, bilangan pelancong ke ladang Bunga Matahari terutamanya pada cuti umum melonjak.

Menurut pihak berkuasa Pelancongan Thailand, ladang-ladang ini semakin popular dengan semakin banyak ladang Bunga Matahari dibuka di kawasan berhampiran Khao Yai seperti Saraburi dan Lopburi.

Bagi menampung kebanjiran pelancong, puluhan hotel serta resort dengan pelbagai reka bentuk menyerupai bangunan di United Kingdom dengan nama seperti ‘Thames Valley’ dan’Notting Hill’ serta Lembah Tuscan di Itali sedia menerima kedatangan mereka.

Antara lain, Taman Negara Khao Yai juga memiliki ‘Toscana Valley’ yang direka bentuk persis perkampungan di Florence, Itali yang juga menjadi tarikan pelancong taman negara itu.

— BERNAMA



Source link

read more

[VIDEO] Kemeriahan sambutan tahun baharu 2018 Putrajaya – Nasional


PUTRAJAYA 1 Jan. – Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran Putrajaya, di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 500,000 masyarakat pelbagai kaum.



Video oleh RASHID MAHFOF

Sambutan tersebut dimulakan dengan persembahan cahaya berwarna-warni sempena Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2017.

Persembahan itu menampilkan kelainan dengan penggunaan teknik, teknologi visual dan audio terkini serta pencahayaan beresolusi tinggi di dalam pemetaan bercahaya tiga dimensi (3D) di fasad bangunan Istana Kehakiman.

Kiraan detik tahun baharu seterusnya dimulakan sebelum pengunjung diserikan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan bunga api digital.

Yang turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail.

Terdahulu, pada program sama, PPj turut menyampaikan hadiah Pertandingan Lampu Kreativiti 3R kepada organisasi yang berjaya menghasilkan rekaan arca berunsurkan kitar semula sempena penganjuran Lampu 2017 sepanjang tiga hari lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons