Pesawat terhempas di Costa Rica 12 dikhuatiri maut



GUANACASTE: Sebuah pesawat membawa sepuluh penumpang dan dua anak kapal tdilaporkan erhempas di kawasan hutan di Guanacaste, Costa Rica.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan pesawat berkenaan dipercayai milik syarikat penerbangan Nature Air.

Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica menyiarkan gambar dan video menunjukkan serpihan pesawat dan kebakaran yang berlaku di lokasi nahas.

Kenyataan kementerian itu juga memaklumkan semua penumpang dipercayai warga negara asing, sementara dua anak kapal adalah warga tempatan.



Source link

read more

Lagi foto bekas PM Yingluck tersiar di London – Luar Negara


BANGKOK 1 Jan. – Beberapa lagi foto tersebar yang menunjukkan seorang wanita dikatakan bekas Perdana Menteri Thai Yingluck Shinawatra yang ‘menghilang diri’ sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah yang tidak dinyatakan di London.

Gambar-gambar itu yang tersiar di sebuah Facebook akaun @secret100million juga menunjukkan “Yingluck” ditemani budak lelaki belasan tahun, dikatakan anaknya, Supasek Amornchat, 15.

Jurucakap National Council of Peace and Order (NCPO) Maj. Jen. Piyapong Klinpan telah meminta agensi-agensi berkaitan menyiasat foto yang dikaitkan dengan Yingluck di London itu.

Jika itu sebenarnya gambar Yingluck, maka ia merupakan imej pertama bekas perdana menteri itu sejak beliau meninggalkan Thailand pada Ogos sejurus sebelum Mahkamah Tertinggi membuat keputusan penting berhubung kes kecuaiannya.

Sejak menghilang diri, beliau belum membuat sebarang kenyataan umum.

Beikutan ketidakhadirannya di mahkamah, Mahkamah Tertinggi telah menangguhkan keputusannya, tetapi dalam penghakiman Sept. lalu, bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kecuaian dalam skim ikrar beras semasa pentadbirannya, yang mana kerajaan pimpinan tentera dakwa telah menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion dolar menerusi rasuah.

Ekoran siasatan pelbagai agensi selepas kehilangannya, kerajaan mengesahkan bahawa Yingluck telah melarikan diri ke Dubai di mana abangnya, Thaksin, juga bekas perdana menteri Thai memiliki sebuah rumah.

Bagaimanapun, pengesahan itu tidak melenyapkan spekulasi yang mengatakan destinasi sebenar Yingluck ialah United Kingdom di mana beliau dikatakan sedang berusaha mendapatkan suaka politik. – BERNAMA 

 

 





Source link

read more

10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta



KUALA LUMPUR: Tidak sampai empat minit, enam perompak bersenjatakan pistol dan tukul berjaya melarikan lebih lima dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta di sebuah pusat membeli belah di Taman Segar Cheras malam tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 8.30 malam tadi ketika ramai pengunjung sibuk membeli belah.

Insiden pantas itu turut mencetuskan panik kakitangan dan pengunjung berhampiran premis terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritenden Ismadi Borhan memaklumkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kesemua perompak terbabit memakai topi keledar menutup muka.

Ketika kejadian juga seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

“Tempat ‘standby’ perompak ini dengan tempat rompakan betul betul berdekatan di tengah-tengah kesibukan ini.

“Di sini orang ramai, jarak lebih kurang 20 meter sahaja. Maka perompak sempat melarikan diri. Memang ada kerjasama dari orang ramai yang cuba hendak hentikan rompakan. Ada yang baling tong sampah untuk menghalang, tetapi jarak terlalu dekat dan menyebab memudahkan mereka lari,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Asmadi berkata setakat ini pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Selain itu, pemeriksaan pasukan forensik turut menemui beberapa bahan bukti seperti puntung rokok yang boleh dikaitkan dalam kes ini.

“Menurut saksi, terdapat bunyi letupan ketika kejadian, bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur senjata api digunakan dan bunyi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada pukulan suspek memecahkan cermin pameran,” katanya.

Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

Operasi Ops Tutup kini giat dijalankan bagi mengesan penjenayah terbabit.



Source link

read more

Serangan hendap di pangsapuri seorang anggota polis terbunuh



DENVER: Seorang anggota polis terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam satu insiden serangan hendap di Colorado, Amerika Syarikat.

Ia berlaku di sebuah pangsapuri di Highlands Ranch, Selatan Denver.

Pihak berkuasa mengesahkan dua orang awam ditembak suspek sebelum dia ditembak mati polis.

Penduduk di kawasan berkenaan diletakkan dalam amaran ‘kod merah’ dan diarah menjauhi tingkap ketika insiden.

Orang ramai juga diminta mengelakkan kawasan tersebut sementara pasukat SWAT menjalankan siasatan.

Dalam sidang media yang diadakan Sherif Douglas County, Tony Spurlock mengesahkan anggota yang maut sebagai Zackari Parris, 29 tahun.

Siasatan awal mendapati, serangan membabitkan dua lelaki rakan sebilik di premis berkenaan.

“Selepas masuk ke pangsapuri berkenaan, kedua-dua mereka ditembak suspek.

Suspek melepaskan sekurang-kurangnya 100 tembakan sebelum terbunuh. Bagaimanapun identiti suspek masih belum boleh didedahkan,” jelas Spurlock.

Sheriff Spurlock juga mengesahkan empat anggota polis cedera berusia dalam lingkungan 28 dan 41 tahun dan berada dalam keadaan stabil.



Source link

read more

Azmin anggap kenyataan hina mufti keterlaluan – Selangor


SHAH ALAM 31 Dis. – Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan mufti berhubung insiden Memali yang berlaku 32 tahun lalu seolah-olah membuatkan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang itu tidak senang duduk.

Mungkin bimbang tindakan sedemikian boleh mencetuskan kemarahan serta kecaman daripada rakyat, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter miliknya semalam mengkritik mana-mana pihak yang mempersenda serta menfitnah mutfi atas kepentingan politik.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu yang menjadi sasaran kritikannya itu, kenyataan Mohamed Azmin tersebut dibuat beberapa jam selepas Dr. Mahathir dilapor menyalahkan golongan mufti ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

“Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha, hentikan sandiwara.

“Tidak wajar mana-mana individu mempersenda dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir menyalahkan golongan mufti kerana tidak menyangkal amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan menjadi punca tercetusnya insiden berdarah tersebut pada November 1985.

Menurut Dr. Mahathir, mufti ketika itu diam seribu bahasa seolah-olah mereka bersetuju dengan amanat Abdul Hadi berkenaan selain menggelarkan mereka kafir kerana tidak pula menyertai Pas.

Tragedi Memali di Baling, Kedah yang berlaku ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mencatatkan titik hitam dalam sejarah negara ini apabila 18 nyawa dilaporkan terkorban. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan



SEGAMAT: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih prihatin dan memberi penekanan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan,

Beliau berkata tugas PBT sebagai sebuah kerajaan tempatan telah berkembang dan menjadi lebih besar dalam menghadapi cabaran alaf baharu abad ke-21 ini.

“Desakan dan keperluan untuk PBT berubah didorong oleh saiz masyarakat yang kian bertambah menyebabkan berlaku peningkatan dari segi masalah, keperluan dan isu yang perlu diselesaikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Segamat di Dataran Segamat, di sini pada Ahad.

Majlis Perbandaran Segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat.

Beliau berkata selain itu juga peningkatan jumlah masyarakat majmuk kepada saiz yang lebih besar menjadikan keperluan masyarakat semasa jauh berbeza daripada 10 atau 20 tahun dahulu.

Mohamed Khaled berkata pentadbiran beliau mengambil serius mengenai kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh PBT dan mahukan institusi ini menjadi entiti yuang dipacu oleh prestasi.

Turut hadir pada majlis malam ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons