ALOR SETAR 1 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menganggap tindakan operator feri menaikkan harga feri sebanyak RM3 tanpa notis dan kebenaran kerajaan negeri sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.



Shaiful Hazizy Zainol Abidin

SHAIFUL HAZIZY

Malah menurut ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, tindakan itu boleh diandai sebagai sabotaj secara langsung kepada kerajaan yang sedia ada.

“Tindakan yang dibuat ini walaupun ia tidak melibatkan penduduk tetap Langkawi, adalah tindakan yg tidak kena pada masanya dan Pemuda UMNO Kedah beranggapan ia adalah satu usaha sabotaj terhadap kerajaan negeri yang sedia ada, di mana ia secara langsung menaikkan kemarahan rakyat.

“Rakyat perlu sedar bahawa tindakan ini diambil tanpa mengambilkira pandangan kerajaan negeri, dan Pemuda UMNO Kedah amat yakin kerajaan negeri ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional sama sekali tidak akan membenarkan perkara ini daripada berlaku,” katanya, di sini hari ini.

Tambahnya, oleh demikian Pemuda UMNO Kedah menuntut agar pihak syarikat menarik balik caj perkhidmatan RM3 yang dikenakan baru-baru ini.

“Bagi Pemuda UMNO Kedah caj ini adalah tidak relevan sama sekali kerana rata-rata perkhidmatan feri yang sedia ada masih lagi kurang memuaskan dan perlu diperbaiki,” katanya.

Harga tambang baharu yang tular sempena tahun baharu, penguasa feri dikatakan mengenakan tambang baharu dari RM23 kepada RM26 untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak dari RM17.00 kepada RM20 untuk laluan itu.

Manakala tambang dari Kuala Perlis ke Langkawi RM18 ke RM21 untuk dewasa dan kanak-kanak pula RM12 ke RM16. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: