RM3.5 juta taja sambutan ulang tahun MBJB – Johor


JOHOR BAHRU 2 Jan. – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama-sama Coronade Properties Sdn. Bhd, hari ini.

Menerusi MoU berkenaan, pihak Coronade bersetuju untuk menaja RM3.5 juta untuk sambutan ulang tahun MBJB selama 10 tahun bermula tahun lalu.

Datuk Bandar MBJB, Amran Abdul Rahman berkata, setiap tahun pihak Coronade menaja RM350,000 dan tajaan sudah pun bermula untuk sambutan MBJB ke-24 yang bermula hujung Disember lalu hingga Mac ini.

“Ini merupakan kerjasama, perkongsian pintar dan bertepatan bagi mengukuhkan sektor swasta dan MBJB. Saya harap ini akan menjadi contoh terutama kepada pihak swasta lain.

“Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dan kepada warga Bandaraya Johor Bahru khususnya,” katanya ketika berucap sebelum MoU tersebut.

MoU tersebut berlangsung di Hotel Puteri Pacific di sini sebentar tadi dengan MBJB diwakili Amran manakala Coronade diwakili Datin Alinah Ahmad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

330 murid di Sarawak tidak merasai hari pertama persekolahan 2018



KUCHING: Keterjuaan 330 murid dari tiga buah sekolah rendah di Sarawak untuk memulakan hari pertama sesi persekolahan hari ini terbantut gara-gara sekolah mereka dinaiki air.

Mereka bukan sahaja tidak dapat bertemu rakan yang hampir dua bulan tidak ditemui tetapi juga tidak merasai majlis suai kenal hari pertama sesi baharu persekolahan tahun ini.

Menurut Jabatan Pendidikan Sarawak tiga sekolah yang ditutup itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambap, di Belaga, SK Beliau Ahad dan SK Rumah Essau di Subis.

Tambah kenyataan itu lagi, seramai 240,676 murid berdaftar di 1,265 buah sekolah rendah di seluruh negeri.

“Daripada jumlah itu, seramai 39,231 murid yang berdaftar untuk kemasukan tahun satu bagi sesi persekolahan selama 214 hari,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, tinjauan krew Astro AWANI di beberapa sekolah di sekitar bandaraya Kuching mendapati sesi persekolahan di hari pertama berjalan lancar.

Tinjauan mendapati pelbagai gelagat dan reaksi murid tahun satu dirakam seperti gelak ketawa, tangisan dan ada yang kelihatan tenang.

Para murid tahun satu akan menjalani dua hingga tiga minggu Program Transasi dan suai kenal bagi merapatkan hubungan pergaulan dalam kalangan rakan sekelas yang baharu.

Walaupun terdapat segelintir yang menangis kerana terasa asing dan takut dengan suasana baharu di sekolah, namun terdapat mereka yang menunjukkan wajah ceria dan bersemangat berkenalan dengan rakan sekelas.

Bagi Aleesya Dania Rendi, murid tahun satu SK St Mary Kuching berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan baharu.

“Saya gembira hari ini kerana ramai murid tahun satu di sini dan saya turun ke sekolah tidak menangis”, katanya di sini.

Manakala bagi Kamariah Hulia, murid Tahun Satu di sekolah sama berkata dirinya sangat gembira dan ditemani cikgunya ke dalam bilik darjah.

“Sebab ada banyak kawan dan saya dibawa masuk ke dalam bilik darjah oleh cikgu. Ibu saya hantar saya ke sekolah dan diberi sarapan terlebih dahulu”, katanya.



Source link

read more

Pertaruh nyawa demi ke sekolah Pihak berwajib tolong segera bertindak



HARI pertama persekolahan hari ini tentunya mencatat pelbagai kenangan manis, khususnya bagi adik-adik yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Namun bagi seorang ibu, Siti Zaharah Othman, dia terpaksa menahan perasaan takut dan gementar melihat anak lelakinya menyeberangi jambatan uzur untuk ke sekolah.

Zaharah berkongsi video ‘perjalanan’ anaknya itu memulakan persekolahan darjah satu yang dipimpin bapanya, Abdul Jalil Sulaiman, untuk melalui jambatan berkenaan, ke akaun Facebook, pagi tadi.

Baru empat jam dimuat naik, angka tontonan sudah mencecah lebih 900,000 dengan majoriti netizen rata-ratanya ‘menahan nafas’ melihat kesukaran yang ditempuh dua beranak itu.

Difahamkan, video itu dirakamkan di Jambatan Gantung Pamah Aur, Bukit Betong, Kuala Lipis.
“Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah. Tapi kena harungi jambatan yang ‘canggih’ ni.

“Dah setahun, sayang tak ada perubahan langsung,” tulis Siti Zaharah.

Netizen menggesa pihak berwajib agar segera bertindak dan mengambil langkah sewajarnya demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini di masa depan.

BACA: ‘Jambatan maut’: “JKR dah lulus, bot pun ada” – ADUN Jelai

BACA: ‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf



Source link

read more

Jessica Alba lahirkan anak lelaki – Hiburan


KUALA LUMPUR 2 Jan. – Bintang filem antarabangsa, Jessica Alba baru sahaja dikurniakan bayi lelaki pada malam tahun baharu yang juga merupakan anak ketiganya bersama dengan suami, Cash Warren.

Alba menerusi laman instagramnya memberitahu, kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Hayez Alba Warren itu adalah hadiah tahun baharu paling istimewa baginya.

Selain itu, bintang filem Fantastic Four ini turut menyelitkan kata-kata ucapan buat bayinya yang menyentuh hati ramai netizen.

“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu dan kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.

“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” katanya.

Pasangan Alba dan Warren berkahwin pada Mei 2008 di Los Angeles dan sudah pun memiliki dua anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

JPJ Aliff Syukri anda ada 14 hari



KUALA LUMPUR : Pengarah Urusan dan Pengasas Produk Kecantikan dan Kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai tempoh 14 hari waktu bekerja untuk hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi keterangan.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan menghantar notis temu siasat kepada pihak Aliff Syukri.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menipu kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor yang boleh dikenakan penalti RM2,000 jika didapati bersalah,

“Notis berkenaan dihantar kepada syarikat kosmetik D`Herbs Holding Sdn Bhd tengah hari tadi memandangkan kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat berkenaan,

“Pihak D`Herbs perlu membawa segala dokumen berkaitan bagi membantu proses siasatan termasuklah dua pemandu warga Australia yang memandu kereta berkenaan pada malam kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: Kereta mewah ditahan: Aliff Syukri serah pada peguam

BACA: Bukan sita, sebab saya ada duit – Aliff Syukri

Kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost yansg didaftarkan di bawah syarikat D’herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, pada ambang tahun baharu.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak sedangakan ia digunakan di Semenanjung.

Dua warga Australia yang berada dalam kenderaan itu turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu sah dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.



Source link

read more

Jambatan maut JKR dah lulus bot pun ada – ADUN Jelai


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan beliau tidak berusaha untuk membantu membaik pulih Jambatan Gantung Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.

Tegasnya, beliau telah membuat permohonan kep`ada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaik pulih jambatan tersebut dan telah diluluskan pada 21 Dis lalu.

“Saya rasa kesal dengan apa yang telah diviralkan oleh isteri saudara Jalil ini. Bila penerangan diberikan kepadanya, dia telah berpuas hati.

“Sebab itu kalau ada sebarang masalah datang berjumpa dengan JKKK, Penghulu atau dengan saya sendiri untuk bertanya dan mendapatkan maklumat,” katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan perjumpaan dengan Abdul Jalil Sulaiman, bapa yang membawa anaknya menyeberangi sebuah jambatan uzur di Lipis, Pahang yang kini viral di Facebook.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan perjumpaan dengan Abdul Jalil Sulaiman, bapa yang membawa anaknya menyeberangi sebuah jambatan uzur di Lipis, Pahang yang kini viral di Facebook. - Astro AWANI
BACA: Pertaruh nyawa demi ke sekolah: ‘Pihak berwajib, tolong segera bertindak’

Menerusi satu surat yang dikongsikan kepada Astro AWANI, peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Jan dan berakhir 18 Mac 2018.

peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Januari dan berakhir 18 Mac 2018.

Malah, beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negari Pahang menegaskan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.

“Perkara ini sebenarnya ini salah faham di mana kita dapat berbincang dan berborak seperti keluarga di mana saya menegaskan dalam apa juga keadaan utamakan keselamatan.

“Kita ada jalan alternatif tetapi disebabkan banjir, ia tidak dapat dilalui. Kita juga ada sediakan bot JKKK sebagai pilihan lain,” tegasnya.

Tular di lama Facebook hari ini apabila seorang penggunanya, Siti Zaharah Othman memuat naik video yang menunjukkan suami serta anaknya terpaksa menyeberang sungai ke sekolah melalui sebuah jambatan gantung yang terlalu uzur.

Selain kecaman terhadap Kerajaan Negeri yang dilihat gagal menyediakan infrastruktur sempurna kepada masyarakat, ada juga netizen yang mengecam tindakan ibu bapa tersebut yang dilihat sanggup menggadai nyawa anak mereka.

BACA: ‘Jambatan maut’: Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf



Source link

read more

Saya bahagia terima kasih kerana jodohkan kami – Song Joong Ki



PELAKON drama popular ‘Descendants of The Sun’ (DOTS), Song Joong Ki akui kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran isterinya aktres, Song Hye Kyo.
 
Menurut Joong Ki, dia berterima kasih kepada pihak produksi Korea Broadcasting Sistem (KBS) kerana menemukan jodohnya menerusi drama tersebut.
 
“Saya telah bertemu dengan suri hati yang saya sangat cintai. Rasanya saya tidak akan lupakan tahun 2017 sepanjang hidup.
 
“Tak tahu macam mana nak gambarkan betapa gembiranya saya ketika ini, terima kasih KBS,” katanya.
 
Joong Ki membuat kenyataan itu sewaktu menjadi penyampai anugerah ‘KBS Entertainmen Awards’ yang berlangsung baru-baru ini.
 
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dipertemukan dalam drama (DOTS) tahun lalu dan keserasian gandingan mereka sememangnya memberikan impak kepada peminat drama Korea di seluruh dunia.
 
Menerusi drama itu juga, peminat mula membuat hashtag rasmi #SongSongCouple dan merestui hubungan pasangan tersebut.
 
Peminat juga berasa gembira kerana hasrat mereka untuk melihat pasangan ini berkahwin tercapai pada 30 Oktober tahun lalu.



Source link

read more

Puluhan cedera dalam kebakaran pangsapuri di New York



NEW YORK: Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan cedera dengan empat daripadanya mengalami kecederaan serius selepas sebuah pangsapuri di New York terbakar pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi waktu tempatan itu, api dikatakan bermula di sebuah kedai perabot di tingkat pertama bangunan itu sebelum merebak ke tingkat atas yang menempatkan pangsapuri kediaman penduduk.

Bangunan yang terletak di sekitar kejiranan Bronx itu menempatkan lebih 12 pangsapuri yang mempunyai penghuni.

Lebih 20 anggota bomba New York dikerahkan bagi memadam kebakaran dan terpaksa berhadapan api sewaktu cuaca sejuk pada 10 darjah celsius di bawah paras beku. Namun berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sekitar jam 2 petang.

Punca kejadian sedang dikenal pasti.

Khamis lalu 12 kanak-kanak maut dalam satu lagi kejadian kebakaran pangsapuri di New York.

Kebakaran itu dianggap  terburuk dalam tempoh suku abad di bandar itu.

Ia dikatakan berpunca dari tindakan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun bermain api di dapur sebuah pangsapuri.



Source link

read more

Banjir : Hampir 90 penduduk Teladas berpindah – Terengganu


KEMAMAN 2 Jan. – Hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan terutama di kampung Teladas Air Putih di sini dinaiki air, dan memaksa seramai 87 penduduk daripada lapan keluarga berada di pusat pemindahan bermula awal malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim memberitahu, mangsa ditempatkan dI pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Teladas dan Surau Haji Othman Seberang Tayor Hulu.

Mohd Said mengingatkan orang ramai sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa dengan menitikberatkan aspek keselamatan diri dan keluarga dalam keadaan yang sukar dijangka.

Beliau ditemui ketika meninjau pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Teladas hari ini bersama Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah, Asisten Superintenden Rizal Mohd Dan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Larian semangat konservasi alam sekitar


PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan larian yang ‘Run For The Wild UTHM’ (RFTW) di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh yang diinspirasikan dari program dianjurkan World Conservation Society (WCS) Malaysia.

Tujuan utama larian yang diadakan pada 16 Disember 2017 adalah untuk memupuk kesedaran dan semangat konservasi hidupan liar dalam kalangan peserta TN50 yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai program dari Hub Pendidikan Tinggi Pagoh termasuk masyarakat setempat.

Suriayati Baharom
Malaysia telah dikategorikan sebagai salah satu dari 17 negara megabiodiversiti di dunia sejak tahun 1998 oleh badan antarabangsa, Conservation International iaitu membawa maksud, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian tumbuhan, haiwan, serangga dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, tekanan yang dihadapi oleh hidupan liar di negara ini semakin meningkat disebabkan pelbagai faktor, antaranya kemusnahan habitat, penggunaan dan pembangunan secara tidak mapan, spesies invasif, perubahan iklim serta banyak lagi.

Tidak dinafikan, pelbagai usaha telah dijalankan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dikawal selia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Semenanjung Malaysia.

Di Sabah pula, tugas ini digalas oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Taman-Taman Sabah. Manakala Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Jabatan Perhutanan Sarawak serta beberapa agensi lain memainkan fungsi serupa di Sarawak.

Entah di mana silapnya pembangunan polisi, peraturan serta undang-undang seolah-olah terasing dari masyarakat, kerana kesedaran mengenai bahaya, kadar penurunan populasi, kepupusan dan sebagainya masih mentah di minda masyarakat Malaysia.

Dengan harapan agar masyarakat lebih cakna mengenai isu-isu ini, larian RFTW UTHM itu dimulakan dengan gimik dari mahasiswa Program Sarjana Muda (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) UTHM bagi mengetengahkan empat isu utama yang berkait rapat dengan masyarakat iaitu pembalakan, kemusnahan habitat, kemalangan melibatkan hidupan liar dan pemerdagangan hidupan liar.

Harapannya, masyarakat lebih cakna menerusi gimik hidupan liar

Ratusan peserta yang membanjiri lokasi perasmian program iaitu Stadium Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh memberikan maklum balas yang cukup memberangsangkan apabila gimik kemalangan dan pemerdagangan hidupan liar dilakonkan.

Saban hari, kemalangan demi kemalangan hidupan liar tular di laman sosial dan dilaporkan di media seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Inisiatif Jabatan Perhilitan sebelum ini wajar dipuji kerana menganjurkan sesi dialog bersama para penyelidik serta pihak berkepentingan yang terlibat dengan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia semasa Persidangan Biodiversiti Kebangsaan November lalu sekali gus mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu kemalangan melibatkan hidupan liar, terutamanya tapir, gajah, harimau dan lain-lain.

Antara faktor utama berlakunya kemalangan ini ialah pembinaan jalan raya yang memisahkan habitat hidupan liar dan budaya masyarakat Malaysia yang memandu dengan kelajuan yang tinggi.

Walaupun papan tanda amaran kawasan hidupan liar melintas telah dinaikkan di kawasan-kawasan terpilih, ia masih belum cukup berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.
_________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) suntingan Suriayati Baharom

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkogsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro Awani dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons