KUCHING: Keterjuaan 330 murid dari tiga buah sekolah rendah di Sarawak untuk memulakan hari pertama sesi persekolahan hari ini terbantut gara-gara sekolah mereka dinaiki air.

Mereka bukan sahaja tidak dapat bertemu rakan yang hampir dua bulan tidak ditemui tetapi juga tidak merasai majlis suai kenal hari pertama sesi baharu persekolahan tahun ini.

Menurut Jabatan Pendidikan Sarawak tiga sekolah yang ditutup itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambap, di Belaga, SK Beliau Ahad dan SK Rumah Essau di Subis.

Tambah kenyataan itu lagi, seramai 240,676 murid berdaftar di 1,265 buah sekolah rendah di seluruh negeri.

“Daripada jumlah itu, seramai 39,231 murid yang berdaftar untuk kemasukan tahun satu bagi sesi persekolahan selama 214 hari,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, tinjauan krew Astro AWANI di beberapa sekolah di sekitar bandaraya Kuching mendapati sesi persekolahan di hari pertama berjalan lancar.

Tinjauan mendapati pelbagai gelagat dan reaksi murid tahun satu dirakam seperti gelak ketawa, tangisan dan ada yang kelihatan tenang.

Para murid tahun satu akan menjalani dua hingga tiga minggu Program Transasi dan suai kenal bagi merapatkan hubungan pergaulan dalam kalangan rakan sekelas yang baharu.

Walaupun terdapat segelintir yang menangis kerana terasa asing dan takut dengan suasana baharu di sekolah, namun terdapat mereka yang menunjukkan wajah ceria dan bersemangat berkenalan dengan rakan sekelas.

Bagi Aleesya Dania Rendi, murid tahun satu SK St Mary Kuching berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan baharu.

“Saya gembira hari ini kerana ramai murid tahun satu di sini dan saya turun ke sekolah tidak menangis”, katanya di sini.

Manakala bagi Kamariah Hulia, murid Tahun Satu di sekolah sama berkata dirinya sangat gembira dan ditemani cikgunya ke dalam bilik darjah.

“Sebab ada banyak kawan dan saya dibawa masuk ke dalam bilik darjah oleh cikgu. Ibu saya hantar saya ke sekolah dan diberi sarapan terlebih dahulu”, katanya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: