GERIK 2 Jan. – Seekor gajah betina seberat dua tan ditemukan mati akibat terkena renjatan elektrik berdekatan Tasik Banding, di sini hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bangkai gajah itu daripada orang awam pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, pihaknya mengawal tempat kejadian dan arus elektrik telah diputuskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bangkai gajah betina yang ditemukan dianggarkan seberat dua tan dan saiz tapak kaki sebesar 35.5 sentimeter,” katanya.

Sementara itu, beberapa keping gambar bangkai gajah yang mati akibat terkena renjatan elektrik itu tular laman sosial hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: