KUALA LUMPUR : Pengarah Urusan dan Pengasas Produk Kecantikan dan Kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai tempoh 14 hari waktu bekerja untuk hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi keterangan.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan menghantar notis temu siasat kepada pihak Aliff Syukri.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menipu kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor yang boleh dikenakan penalti RM2,000 jika didapati bersalah,

“Notis berkenaan dihantar kepada syarikat kosmetik D`Herbs Holding Sdn Bhd tengah hari tadi memandangkan kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat berkenaan,

“Pihak D`Herbs perlu membawa segala dokumen berkaitan bagi membantu proses siasatan termasuklah dua pemandu warga Australia yang memandu kereta berkenaan pada malam kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: Kereta mewah ditahan: Aliff Syukri serah pada peguam

BACA: Bukan sita, sebab saya ada duit – Aliff Syukri

Kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost yansg didaftarkan di bawah syarikat D’herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, pada ambang tahun baharu.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak sedangakan ia digunakan di Semenanjung.

Dua warga Australia yang berada dalam kenderaan itu turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu sah dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: