Jambatan maut Gadai nyawa anak bapa mohon maaf



KUALA LUMPUR: Seorang bapa hari ini memohon maaf susulan membawa anaknya melalui sebuah jambatan gantung yang uzur di Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.

Abdul Jalil Sulaiman turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial Facebook pagi tadi.

Tegas Abdul Jalil, penerangan telah diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkenaan proses baik pulih jambatan gantung tersebut.

BACA: Jambatan maut: “JKR dah lulus, bot pun ada” – ADUN Jelai

“Ini cuma salah faham dan perkara ini telah dapat kita selesaikan secara baik.

“Yang Berhormat (Wan Rosdy) telah berjumpa dengan saya dan terangkan situasi sebenar.

“Saya dengan ini memohon maaf bagi pihak isteri saya yang telah viralkan isu jambatan gantung itu dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat serta Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Sebelum itu, Wan Rosdy serta Abdul Jalil mengadakan perjumpaan di sekolah anaknya, SK Batu Yon, Bukit Betong.

Malah, Wan Rosdy menegaskan peruntukan sejumlah RM462,414.40 telah diluluskan JKR dengan arahan kerja baik pulih akan bermula pada 8 Jan dan berakhir 18 Mac 2018.

Malah, beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negari Pahang menegaskan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menyediakan bot untuk menyeberangi sungai tersebut.



Source link

read more

Gajah betina mati terkena renjatan elektrik – Perak


GERIK 2 Jan. – Seekor gajah betina seberat dua tan ditemukan mati akibat terkena renjatan elektrik berdekatan Tasik Banding, di sini hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bangkai gajah itu daripada orang awam pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, pihaknya mengawal tempat kejadian dan arus elektrik telah diputuskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bangkai gajah betina yang ditemukan dianggarkan seberat dua tan dan saiz tapak kaki sebesar 35.5 sentimeter,” katanya.

Sementara itu, beberapa keping gambar bangkai gajah yang mati akibat terkena renjatan elektrik itu tular laman sosial hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pelajar tingkatan satu ditemui lemas


KUALA KRAI: Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai ditemui lemas di Sungai Kampung Gajah Mati, di sini petang tadi.

Mangsa Muhamad Aiman Syafiq Baharuddin, 13 tahun sebelum itu dikatakan bermandi-manda bersama beberapa rakannya di sungai kecil di kawasan itu kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Bagaimanpun, mangsa dikatakan dibawa arus deras akibat peningkatan air sungai sebelum lemas dan hilang.

Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh orang ramai dan pasukan penyelamat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Pegawai Bomba Mohamed Hanif Che Khalid, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.25 petang.

Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh orang ramai dan pasukan penyelamat.

Dalam operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan pihaknya menemui mangsa tidak jauh dari lokasi beliau dilaporkan hilang sekitar pukul 3.44 petang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Mayat mangsa yang ditemui dibawa ke Hospital Kuala Krai.



Source link

read more

Tiga sekawan mati lemas kesemua mayat ditemui



REMBAU: Dua lagi mayat mangsa lemas tragedi menjala di Sungai Pedas, Rembau, Negeri Sembilan ditemui sekitar jam 11 pagi tadi, sekaligus melengkapkan carian semua tiga jasad kanak-kanak yang lemas ketika menjala di sungai berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata, mangsa kedua Muhamad Syafiq Rosli, 15, ditemui pada jam 10.10 pagi manakala mangsa terakhir Muhammad Alias Sadri, 15, ditemui 45 minit kemudiannya.

Kedua-dua mangsa ditemui terperangkap di kawasan dasar sungai yang pasirnya digali dengan jarak 10 meter antara satu sama lain.

“Jarak mangsa ditemui dari mangsa kedua lebih kurang tiga meter dan kita percaya kedua-dua mereka cuba selamatkan mangsa yang kita jumpai semalam kerana kedudukan mangsa tidak jauh dari satu sama lain,” jelas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis.

BACA: Seorang daripada tiga mangsa lemas di Rembau ditemukan

BACA: Tiga sekawan dipercayai lemas di Sungai Pedas

Jenazah Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Undang Rembau ditemui semalam dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, ACP Nazruel Ekram Abu Shari berkata, susulan insiden berkenaan, pihaknya akan bertemu dengan Pejabat Daerah Rembau berikutan cadangan menutup lokasi berkenaan kepada orang awam.



Source link

read more

Banjir : 6 buah sekolah ditutup – Kelantan


KOTA BHARU 2 Jan. – Enam buah sekolah di daerah Kuala Krai dan Tanah Merah dekat sini terpaksa ditutup selepas ditenggelami air sejak malam tadi.

Pengarah Pendidikan Negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, ekoran daripada itu lebih 800 pelajar dan 50 orang guru di kedua-dua jajahan tersebut terjeas serta tidak meneruskan sesi persekolahan.

“Sekolah yang terlibat di Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kelang manakala di Tanah Merah pula ialah SK Sokor, SK Ladang Kerilla dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ladang Kerilla.

“Kita terpaksa menutup sekolah-sekolah ini berikutan paras air mula meningkat pada hari kedua sesi persekolahan 2018 di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pejabat Jabatan Taman Laut di Pulau Aur rosak akibat tanah runtuh


MERSING: Hujan lebat sejak semalam di daerah ini turut mengakibatkan tanah runtuh berhampiran pejabat Jabatan Taman Laut di Pulau Aur, Mersing, Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, terdapat keretakan pada struktur bangunan utama pejabat itu.

“Kita juga mendapati kerosakan berlaku melibatkan pagar, stor penguatkuasaan dan sistem tapisan air bersih.

Berlaku pergerakan tanah di belakang pejabat Jabatan Taman Laut Pulau Aur, Mersing.

“Bagaimanapun, anggaran kerugian masih belum ditafsirkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, setakat pukul 7 malam ini, seramai 352 mangsa daripada 95 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara.

Kawasan terjejas di Mersing masih melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Di Kota Tinggi, kawasan terjejas masih melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

Berlaku pergerakan tanah di belakang pejabat Jabatan Taman Laut Pulau Aur, Mersing.



Source link

read more

Banjir 11 sekolah di Pahang ditutup



KUANTAN: Sebelas buah sekolah di Pahang terpaksa ditutup akibat banjir setelah hujan lebat berterusan sejak semalam menenggelamkan kawasan sekolah berkenaan.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus ketika dihubungi berkata, daripada jumlah itu, sembilan sekolah adalah di Kuantan dan sebuah sekolah masing-masing di Pekan serta Jerantut.

Sembilan sekolah di daerah Kuantan melibatkan SMK Sungai Lembing, SJKC Sungai Lembing, SK Nadak, SK Sungai Lembing, SK Sungai Mas, SJKC Panching, SJKT Kuala Reman, SK Panching dan SK Bukit Kuin.

Sekolah yang terjejas di Pekan ialah SK Acheh manakala di Jerantut, SK Gintong.

Sekolah-sekolah berkenan ditutup kerana dinaiki air dan terputus hubungan.

Sementara itu, tinjauan di SK Jaya Gading, Kuantan mendapati murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 cukup teruja memulakan sesi persekolah baharu hari ini, meskipun sekolah tersebut turut dilanda banjir.

“Bila saya datang ke sekolah, saya tengok air dah penuh. Namun saya harap banjir seperti ini tidak mengganggu pelajaran saya memandangkan saya akan ambil UPSR tahun ini,” jelas Mohd Danial Hakimi Supar Azuan.

“Saya risau kerana saya berazam untuk lulus UPSR, kalau banjir tak dapat nak belajarlah,” tambahnya.

Tinjauan juga mendapati bangunan sekolah mula dinaiki air sedalam 0.5 meter sejak 7 pagi tadi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons