Pakistan panggil Duta Amerika Syarikat



PAKISTAN telah memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) dalam protes ke atas Presiden AS Donald Trump yang melemparkan tuduhan terhadap Pakistan, baru-baru ini.

Jurucakap Kedutaan AS di Islamabad mengesahkan satu mesyuarat telah berlangsung di pejabat Kementerian Luar bersama David Hale pada Isnin.

Donald Trump dalam kenyataan menerusi Twitter telah menyifatkan AS melakukan ‘tindakan bodoh’ dengan menyalurkan lebih AS$33 bilion  (RM135 billion) bantuan kepada Pakistan sejak 15 tahun lalu, namun tidak mendapat apa-apa pulangan dan berikrar untuk menghentikannya.

Sementara itu, kenyataan Trump telah diterima baik oleh musuh lama Pakistan iaitu India dan negara-negara jiran di Afghanistan, namun China tetap mempertahankan Pakistan yang berusaha memerangi keganasan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan Khaqan Abbasi akan mempengerusikan satu mesyuarat kabinet yang memberi tumpuan kepada tweet Trump.

Menteri Luar Pakistan, Asif menyifatkan tindakan Trump itu bersifat politik kerana kegagalan AS di Afghanistan dan militan Taliban telah mendapat wilayah serta melakukan serangan.

Sebelum ini, Washington telah memberi isyarat kepada Pakistan bahawa ia akan menghentikan bantuan dan membuat tindakan menghukum sekiranya Islamabad menutup sebelah mata terhadap kumpulan militan Haqqani yang sedang melakukan serangan merentas sempadan di Afghanistan.



Source link

read more

Banjir di Johor diramal bertambah buruk – Johor


PASIR GUDANG 2 Jan. – Banjir di Johor diramalkan bertambah buruk dalam tempoh beberapa hari lagi dengan taburan hujan yang lebih berserta angin kencang.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat mengingatakan penduduk yang tinggal di kawasan berpotensi dilanda banjir supaya berjaga-jaga dan bersedia.

“Kita gesa rakyat sentiasa peka dengan perkembangan banjir. Ketika ini banjir sudah pun berlaku Kota Tinggi dan Mersing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Produk PPRN KPD Industri di Politeknik Sultan Ibrahim di sini sebentar tadi.

Ayub berkata, setakat pukul 7 petang ini, stesen meteorologi utama di negeri ini merekodkan jumlah hujan di Mersing sebanyak 41 mm berbanding 38 mm pada 4 petang tadi.

Sementara di Kluang katanya, sebanyak 2.6 mm berbanding 2.4 mm manakala Senai 12.8 mm berbanding 7.8 mm.

Sementara itu, beliau berkata, terkini seramai 352 mangsa melibatkan 95 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara.

Katanya, kawasan terjejas di Mersing melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Di Kota Tinggi ujarnya, kawasan terjejas masih melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ku Serah Padamu Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height



GEORGE TOWN: Kebiasaannya pada hari pertama persekolahan, ibu bapa akan menemani anak masing-masing di dalam sekolah, khususnya bagi sesi kemasukan pelajar Tahun 1.

Namun kali ini, menerusi program ‘Ku Serah Padamu’ anjuran Sekolah Kebangsaan Minden Height, Gelugor, semua ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak mereka di perkarangan pintu pagar sekolah.

“Program ini bertujuan untuk galakkan murid datang ke sekolah dengan penuh keyakinan diri, jadi ibu bapa hanya hantar ke pintu pagar sahaja, kami akan terima dan bawa anak mereka masuk ke kelas,” jelas guru sekolah tersebut, Mazli Mohd Isa.

Ujarnya, pihak sekolah sudah bersedia menerima tanggungjawab mendidik murid yang diamanahkan kepada mereka dan berharap ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru di sekolah berkenaan untuk menguruskan anak mereka.

“Kami dapati murid yakin melangkah ke sekolah dan saya tak nampak ada murid yang menangis,” kata Mazli.

Semua guru bersedia seawal jam 6.50 pagi demi menanti kehadiran murid-murid dan pihaknya juga telah menjelaskan mengenai peraturan berkenaan kepada ibu bapa.

“Ada juga ibu bapa yang tidak begitu yakin untuk ‘melepaskan’ anak mereka di pagar sekolah tetapi kami cuba yakinkan mereka bahawa kami akan mengawasi murid sewaktu di dalam kelas serta pada waktu rehat, jadi ibu bapa tidak perlu bimbang,” tambah Mazli.

Sementara itu, rata-rata ibu bapa menyambut baik inisiatif yang dilakukan pihak sekolah ini.

“Mungkin sesetengah ibu bapa tidak suka, tapi saya tiada masalah setakat ini sebab saya nak anak saya berdikari. Kalau tidak sesuai, saya akan tukar anak saya ke sekolah lain,” kata Salbiah Mat, ibu salah seorang murid Tahun 1.

Seorang lagi ibu murid Tahun 1, Ranjini Ambigapati, berkata: “Ini cadangan yang baik kerana dari segi keselamatan, sekurang-kurangnya kita tahu tiada orang luar yang masuk ke sekolah. Cuma saya rasa gementar sedikit sebab ini pertama kali anak saya hadir ke sekolah.”

SK Minden Height mempunyai 1,217 murid dengan 221 merupakan murid Tahun 1 dan 25 lagi mengikuti kelas pra-sekolah.



Source link

read more

Timang bayi lelaki hadiah tahun baharu istimewa buat Jessica Alba



BINTANG Hollywood, Jessica Alba dikurniakan bayi lelaki pada malam tahun baharu.

Ini merupakan anak ketiga Alba bersama suami, Cash Warren.

Alba memuat naik gambar bayinya menerusi laman instagram dan mengumumkan nama bayi Hayez Alba Warren menerusi kapsyenya.

Kata Alba, Hayez adalah hadiah tahun baharu paling istimewa baginya.

Selain itu, bintang filem Fantastic Four ini turut memberi mesej kepada bayinya hingga menyentuh hati ramai netizen.

“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu. Kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.

“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” katanya.

Pasangan Alba dan Warren berkahwin pada Mei 2008 di Los Angeles dan sudah pun memiliki dua anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun.



Source link

read more

SK Pasir Raja masih ditutup esok – Terengganu


KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Keadaan banjir makin reda, dan hanya sebuah sekolah di negeri ini masih ditutup untuk sesi persekolahan esok.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, sebahagian kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja di Dungun masih digenangi dan kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan.

Dua lagi sekolah yang ditutup hari ini iaitu SK Kampung Shukor yang juga di kawasan Hulu Dungun dan SK Padang Kubu Kemaman dibuka esok. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kaki murid prasekolah tersangkut di lubang tandas sekolah


KENINGAU: Hari pertama persekolahan menjadi mimpi ngeri buat seorang murid prasekolah lelaki selepas kaki kirinya tersangkut di lubang mangkuk tandas di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Paganatan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi Selasa, mangsa kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dikatakan pergi ke tandas sekolah itu untuk membuang air kecil sebelum tergelincir sehingga kakinya terpelosok ke lubang terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pangiran berkata, kejadian itu disedari oleh guru-guru tadika berkenaan yang terdengar mangsa menjerit dan menangis sebelum mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau untuk meminta bantuan.

Murid prasekolah terpaksa berdepan detik cemas selepas kaki kirinya tersangkut pada lubang tandas selama setengah jam.
“Kita menerima panggilan pada pukul 9.25 pagi sebelum sebuah jentera dan turut dibantu oleh kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke sekolah itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun dipercayai tergelicir di tandas sekolah dengan keadaan kaki kirinya tersangkut di dalam lubang tandas,” katanya, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dibawa semula ke kelasnya selepas berjaya diselamatkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dengan menggunakan kaedah sabun sebagai pelincir.

Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan sudah mendapatkan rawatan oleh sepasukan anggota ERMS yang turut berada di lokasi kejadian.

Operasi itu ditamatkan pada jam 9.58 pagi tadi.



Source link

read more

12 maut dalam bedilan udara – Luar Negara


BEIRUT 1 Jan. – Seramai 12 orang penduduk terkorban dalam beberapa siri bedilan udara di kampung Susa, wilayah Deir Ezzor semalam.

“12 penduduk tempatan daripada keluarga yang sama, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh,” kata ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Tambah Rami, serangan itu berkemungkinan dilancarkan oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS). – AFP



Source link

read more