Bas ekspres jatuh gaung elak langgar lori


KULAI: Seramai 25 penumpang termasuk pemandu bas berdepan detik mencemaskan apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu masuk ke dalam gaung di Kilometer 26.4 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Kulai pada Selasa.

Dalam kejadian melibatkan dua buah kenderaan itu kira-kira pukul 1 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku apabila bas ekspres terbabit hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah lori yang secara tiba-tiba masuk ke laluannya lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar dua buah kereta.

Anggota Bomba dan Penyelamat membantu menyelamatkan penumpang yang terperangkap
Kata beliau, bas itu dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dari Terminal Bas Larkin, Johor.

“Dua mangsa cedera ringan iaitu pemandu kedua bas ekspres dan seorang pemandu sebuah kereta yang terlibat kemalangan.

“Manakala penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.

Tambah Dzulkhairi, penumpang bas yang terlibat terdiri daripada 11 warga tempatan, lima (Indonesia), dua (Singapura), seorang (Myanmar) manakala yang lain belum dikenal pasti identiti mereka.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekysen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Para penumpang bas terselamat selepas bas ekspres dinaiki mereka terjunam ke gaung selepas mengelak melanggar lori di KM 26.4 Lebuh Raya Utara Selatan.



Source link

read more

Askar tembak mati wanita hamil lima bulan kerana berebut daging babi



CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela menahan askar Pengawal Kebangsaan hujung minggu lalu atas tuduhan menembak seorang wanita berusia 18 tahun yang sedang hamil dalam insiden yang digambarkan media tempatan sebagai ‘pergaduhan yang tercetus kerana kekurangan bekalan daging babi’.

Alexandra Colopoy yang hamil lima bulan, ditembak mati oleh Sarjan Pertama David Rebolledo, menurut satu tweet oleh pendakwa raya negeri pada Ahad. Tiada maklumat lanjut diberikan, tetapi pengkritik kerajaan berhaluan kiri menggelarkan kejadian itu sebagai satu contoh yang jelas kepada krisis ekonomi meruncing yang dialami negara berkenaan.

Media tempatan melaporkan suami Colopoy dan beberapa orang lagi saksi memberitahu sepasukan askar tiba di kawasan miskin di Caracas itu untuk membeli daging babi, dalam keadaan mabuk.

“Rebolledo ‘naik gila’ dan mula melepaskan tembakan. Isteri dan abang saya ditembak, tetapi abang saya selamat dan sedang dirawat,” kata suami Colopoy, Bernabé dalam satu temuramah yang kini rancak dikongsi di laman sosial.

Pendakwaraya Tarek Saab mengutuk insiden itu.

“Venezuela menjamin kehormatan dan amalan hak asasi manusia, serta hukuman bagi mereka yang melanggarnya,” katanya.

Rusuhan akibat kekurangan bekalan makanan, khususnya di hadapan pasar raya semakin kerap berlaku di Venezuela. Negara itu mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk sejak empat tahun lalu. Berjuta-juta penduduk tidak menerima kenaikan gaji yang banyak menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan yang cukup.



Source link

read more

Insiden tikam cemar sambutan Tahun Baharu di London – Luar Negara


LONDON 1 Jan. – Seramai empat lelaki ditikam hingga mati dalam beberapa insiden berasingan di ibu kota negara itu sewaktu sambutan Tahun Baharu.

Menurut polis tempatan, mangsa kelima dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Berikutan kejadian itu, polis menjalankan empat siasatan berasingan terhadap serangan semalam.

Lima lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan. – REUTERS



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – In Sorong hope and promise



SORONG is booming. With 9.3% GDP growth in 2016 (almost double the national average) and located on the westernmost point of Papua, the 300,000-strong city is fast-becoming a regional transport and logistics hub, boosted by its proximity to the fabled Raja Ampat islands and the ever-elusive bird of paradise.

However, Sorong isn’t a pretty sight. In fact, the city feels as if it’s still emerging from the scrubland – its urban sprawl stretching many kilometres into the interior, far from the waterfront that’s now bustling with activity.

Having spent some time in Papua recently, I was very curious how the younger generation – the city’s millennials – viewed their future.

Were they optimistic? Did they see the new airport, port and Trans Papua Highway as the harbingers of a prosperous future? How were relations between indigenous Papuans and newer communities – the Bugis, Javanese and Minahassans?

I met three 18-year-old students: Maria Hestina, Maria Korwa and Mega Imbiri. All three were studying at the city’s largest tertiary institution, the Sorong Muhammadiyah University.

Maria Hestina’s background was unusual. The daughter of transmigrants, her family was originally from Flores in East Nusa Tenggara. Her parents – now divorced – weren’t well-to-do. Her father was a labourer while her mother sold petrol and fruits at the market. Maria Hestina and her sister lived with her mother while her younger brother was with her father.

“As the eldest of three siblings, and the first to go to university, there’s a lot of hope pinned on me. My sister is 12 years old and my brother is only 7 – I have to set an example for them.”

Maria Korwa’s family has been in Papua for generations. She was the product of an inter-religious marriage: her father was Muslim while her mother was Christian. In an arrangement that is common in Indonesia, her brothers were Muslim but she and her sisters were Christian.

“My entire family is scattered across the Republic. I have 6 siblings: two are in Jakarta, two in Raja Ampat, one in Pulau Doom (Doom Island) and another in Manokwari. It’s reassuring to know that wherever I go, I will have someone to rely on. Someday, I too will make my own way.”

Mega Imbiri was the daughter of a fisherman and a housewife, both of whom are Papuan natives.

“My father has to go out to sea every day and sometimes comes back with very few fish. He has to brave the rain, the waves and saltwater. As a child I would hold his hands; they were always coarse.”

“I want to be an office worker. I imagine myself leaving the house at 8am in neatly-pressed clothes and ending work at 4pm to return my family. That’s the life I want.”

Papua has long been considered a restive, troubled part of Indonesia.

However, Sorong on the very “tip” of the island has largely escaped the turmoil of the interior.

Instead, the city has benefited enormously from the current administration’s focus on strengthening transportation links with the rest of the republic – creating a boom that more than matches Timika, the central Papuan town, home to Grasberg, the world’s largest gold mine and second largest copper mine run by the controversial American miner Freeport-McMoran.

The three young women present a positive “spin” to the Eastern Indonesian region. Their religious diversity is remarkable – Maria Hestina is Catholic, Maria Korwa is Pentecostal Christian and Mega Imbiri is Protestant. Maria Hestina is a first-generation transmigrant while Maria Korwa and Mega Imbiri are natives.

The three of them, all close friends, work together at a Christmas booth in Sorong’s Ramayana Mall (named after the ancient Hindu epic), selling bags.

They are all studying in the same class, working towards a degree in Public Administration – a diverse group brought together at a university founded by the second-largest Islamic organisation in the country.

Maria Korwa is unequivocal about the province’s problems.

“There’s a lot of crime in Sorong. Every day, there are muggings, fuelled by alcoholism and drug addiction – including glue-sniffing among youths.”

Maria Hestina adds: “Around 2005-2006, the water supply was very unreliable and we often suffered from blackouts. It has improved since then, but there’s still a long way to go.”

“The price of petrol has also gone up – it’s now IDR5000 per litre. I know because my mother sells petrol; people are finding it difficult to cope.”

Mega Imbiri has her own take.

“Development is difficult in Papua. The terrain is hilly and heavily forested. It will take years before projects see results. What makes me very happy is the attention Jokowi (Indonesian President Joko Widodo) has been giving Papua. He’s visited the island more times than any other president before him.”

All of them nod vigorously in approval.

The administration’s initiatives have already begun to bear fruit. Maria Hestina noted that under former president Susilo Bambang Yudhoyono and Jokowi, primary and secondary education was made free. Last Dec 20, the government announced plans to bring electricity to the whole of Papua and build new roads.

“My goal is to become a civil servant. I want to play a role in developing my home,” says Maria Korwa.

“Me too!” shouts Mega Imbiri, who later sheepishly adds, “It’s also a really decent job.”

Maria Hestina laughs.

“You can all serve the government! I will have my own business, providing goods to people at a fair price. There’s more than one way to contribute!”

The trio burst out in laughter.

So while the two provinces (Papua and West Papua) continue to represent a major challenge to Indonesian unity and stability – the eagle-eyed focus on economic growth has brought tangible gains to their people.

It’s this transformation that may well hold the key to binding the island of Papua to Indonesia.

Admittedly, this is a very positive take – that the current administration’s focus on economic grievances is having an impact.

But is it enough?



Source link

read more

Pelajar sekolah maut dirempuh kereta


JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer empat, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor.

Mangsa Muhammad Haikal Ahmad, 16 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki itu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota.

Katanya, mangsa yang datang dari arah bandar dipercayai hendak membelok ke Jalan Kebun Teh Lama sebelum bertembung dengan kereta berkenaan di tempat kejadian berhampiran Danga City Mall.

“Mangsa yang beralamat di Taman Cempaka itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan teruk.

Remaja itu terbaring dengan berlumuran darah.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Source link

read more

Wow Comelnya gelagat anak selebriti ke sekolah


MUSIM persekolahan kembali dan tiada lagi mimpi indah buat si cilik yang akhirnya perlu bangun awal pagi setiap hari.

Pastinya hari pertama persekolahan mengundang pelbagai gelagat tidak kira pelajar yang baru berdaftar masuk sekolah mahu pun peralihan kelas untuk usia baharu.

Instagram pagi ini rancak dengan perkongsian menarik selebriti yang menghantar anak masing-masing ke sekolah.

Antaranya Sari Yanti, Stacy, Tomok, Abby Abadi, Memey Suhaiza, Elyana dan tidak kurang juga model cantik, Atita Haris.

Bagi artis muda seperti Mia Sara Nasuha, hari ini pasti membuka lembaran baharu apabila memulakan sesi persekolahan tingkatan satu bersama kenalan baharu.

Sementara itu, rutin kebiasaan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akan menemani anak-anaknya pada hari pertama persekolahan turut menghiburkan pelayar media sosial.

Tidak lupa juga isteri kepada usahawan kosmetik D’herbs Datuk Seri Alif Syukri, Shahida yang mempersiapkan tiga anaknya untuk menempuhi hari pertama buka sekolah.

Kami kongsikan adegan menarik yang sempat dirakamkan menerusi lensa kamera selebriti sempena hari pertama sesi persekolahan tahun 2018.

Antara yang memulakan persekolahan hari ini ialah (dari kiri, atas) anak Elyana, Cinta Sumaiyah; anak Stacy, Bella; anak Sheikh Muszaphar, Bella; (dari kiri, bawah) anak Atita Haris, Opi; anak Sari Yanti, Baasit; anak Tomok, Arrian; dan anak Memey dan Norman Hakim, Darwish.



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Di Sorong harapan dan janji masa depan


SORONG sedang berkembang.

Dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 9.3 peratus pada tahun 2016 (hampir berganda daripada purata nasional), Sorong yang mempunyai penduduk 30,000 itu kini pantas meneroka apabila menjadi pusat pengangkutan dan logistik bagi kawasan sekitar wilayah itu.

Malah, Sorong yang terletak di penjuru barat Papua itu juga berkembang kerana khazanah alam semula jadi yang terdapat pulau-pulau Raja Ampat yang mempunyai kisah dongeng serta burung cenderawasih yang sukar untuk dilihat.

Bagaimanapun, Sorong tidaklah indah seperti dipandang. Malah kota itu masih giat membangun dari kawasan asal belukar menjalar berkilometer jauhnya ke pedalaman dari sisi pantainya yang sibuk.

Setelah menghabiskan masa di Papua baru-baru ini, saya berasa ingin tahu bagaimana generasi muda – milenial kota itu – melihat masa depan mereka.

Adakah mereka optimis? Adakah mereka melihat lapangan terbang, pelabuhan dan Lebuh Raya Trans Papua yang baharu sebagai pembawa kepada masa depan yang makmur? Bagaimanakah hubungan antara penduduk asal Papua dan komuniti-komunit baharu – Bugis, Jawa dan Minahasa?

Saya berjumpa tiga pelajar berusia 18 tahun: Maria Hestina, Maria Korwa dan Mega Imbiri. Ketiga-tiga mereka belajar di pusat pengajian tinggi terbesar di kota itu, Universiti Muhammadiyah Sorong.

Raja Ampat termasuk salah satu dari sepuluh tujuan wisata yang akan dikembangkan di bawah Presiden Joko Widodo
Latar belakang Maria Hestina adalah luar biasa. Anak perempuan kepada transmigran, keluarganya berasal dari Flores di Nusa Tenggara Timur. Ibu bapanya – kini bercerai – tidaklah hidup senang. Bapanya ialah seorang buruh sementara ibunya berjual petrol dan buah di pasar. Maria Hestina dan saudara perempuannya tinggal bersama ibunya sementara adik lelakinya bersama bapanya.

“Sebagai anak sulung kepada tiga beradik, dan yang pertama  memasuki universiti, harapan tinggi diletakkan di bahu saya. Adik perempuan saya berusia 12 tahun manakala adik lelaki saya tujuh tahun. Saya hanya mahu menjadi contoh kepada mereka,” katanya.

Keluarga Maria Korwa pula telah lama berada di Papua. Beliau adalah hasil daripada keluarga perkahwinan agama berbeza: ayahnya Muslim sementara ibunya Kristian.

Adik beradik lelakinya adalah Muslim dan adik perempuan serta Maria Korwa adalah Kristian. Ini adalah satu perkara biasa yang dipraktikkan di Indonesia.

“Keseluruhan keluarga saya berada di merata tempat di republik ini. Saya mempunyai enam saudara: dua di Jakarta, dua di Raja Ampat, seorang di Pulau Doom dan seorang lagi di Manokwari. Ke mana sahaja saya pergi, saya bersyukur kerana saya mempunyai seseorang untuk bergantung. Suatu hari nanti, saya juga akan mencari jalan hidup sendiri.”

Mega Imbiri adalah anak perempuan kepada seorang nelayan dan suri rumah, kedua-duanya orang asal Papua.

“Bapa saya keluar ke laut setiap hari dan kadang kala kembali dengan hanya membawa sedikit ikan. Beliau perlu mengharungi hujan, ombak dan air masin. Sebagai anak saya memegang tangannya, dan sangat kasar.”

“Saya hendak menjadi seorang pekerja pejabat. Saya membayangkan diri saya meninggalkan rumah pada 8.00 pagi dengan berpakaian rapi dan kemas selain menghabiskan kerja pada pukul 4.00 petang lalu pulang ke rumah. Itulah kehidupan yang saya mahu.”

Papua telah lama dianggap sebagai bahagian Indonesia yang bergelora dan bermasalah.

Pemandangan dari atas di Kota Sorong
Tetapi Sorong yang berada di hujung pulau itu dan pada keseluruhannya terlepas daripada pergolakan yang berlaku di Papua.

Sebaliknya, kota itu telah memperoleh manfaat besar daripada pentadbiran semasa yang memberi fokus kepada usaha mengukuhkan hubungan pengangkutan dengan kawasan lain di republik itu – mewujudkan suatu perkembangan lebih daripada Timika serta bandar di Papua, Grasberg yang merupakan kawasan lombong emas terbesar dunia serta lokasi lombong tembaga kedua terbesar dunia yang dijalankan pelombong kontroversi Amerika Syarikat, Freeport-McMoran.

Tiga wanita muda itu menunjukkan suatu perubahan positif pada wilayah Indonesia Timur. Kepelbagaian agama adalah mengagumkan – Maria Hestina, seorang Katholik, Maria Korwa ialah seorang Kristian Pentekostal manakala Maria Korwa, Protestan. Maria Hestina adalah transmigran generasi pertama sementara Maria Korwa dan Mega Imbiri ialah orang asal.

Ketiga-tiga mereka adalah kawan rapat, sama-sama bekerja di gerai Krismas di Ramayana Mall, Sorong (dinamakan bersempena epik purba Hindu) dengan menjual beg.

Mereka juga belajar dalam kelas yang sama, berusaha mendapatkan ijazah dalam Pentadbiran Awam – ia merupakan suatu kumpulan yang mempunyai latar belakang berbeza tetapi berkumpul di sebuah universiti yang diasaskan oleh pertubuhan Islam kedua terbesar negara itu.

Maria Korwa berterus terang mengenai masalah wilayah itu.

“Terdapat banyak jenayah di Sorong. Setiap hari berlaku rompakan, dan jenayah itu didorong oleh kumpulan yang ketagihan arak dan dadah – termasuk kegiatan menghidu gam dalam kalangan anak-anak muda.”

Maria Hestina menambah:

“Sekitar 2005-2006, kami sering mengalami masalah bekalan air dan kami seringkali mengalami gangguan bekalan elektrik. Bagaimanapun ia bertambah baik dari semasa ke semasa tetapi penyelesaiannya masih jauh.

“Harga petrol telah meningkat – kini harga bahan api itu IDR5,000 seliter. Saya tahu kerana ibu saya menjual petrol, orang ramai mengalami kesusahan untuk menghadapinya.”

Mega Imbri mempunyai pendapat tersendiri:

“Pembangunan di Papua adalah sukar. Muka buminya berbukit-bukau dan penuh dengan hutan. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk melihat projek itu membuahkan hasil. Apa yang amat mmenggembirakan saya ialah perhatian Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) terhadap Papua. Beliau kerap melawat pulau itu brbanding presiden lain sebelum beliau.

Kesemuanya mengangguk kuat tanda setuju.

Inisiatif pentadbiran mula membuahkan hasil. Maria Hestina menyatakan bahawa di bawah bekas presiden, Susilo Bambang Yudhoyono dan Jokowi, pendidikan rendah dan menengah adalah percuma. Pada 20 Disember, kerajaan mengumumkan rancangan untuk membekalkan elektrik ke seluruh Papua serta membina jalan-jalan baharu.

“Matlamat saya ialah untuk menjadi penjawat awam. Saya mahu memainkan peranan membangunkan tanahair saya,” kata Maria Korwa.

“Saya juga!” jerit Mega Imbiri, yang kemudian tersipu-sipu menambah, “Ia juga benar-benar pekerjaan yang baik…”

Maria Hestina ketawa.

“Kamu semua boleh berkhidmat dalam kerajaan! Saya akan miliki perniagaan sendiri, membekalkan barangan kepada orang ramai dengan harga berpatutan. Terdapat lebih daripada satu cara untuk menyumbang!”

Ketiga-tiganya meledak ketawa.

Sementara dua wilayah (Papua dan Papua Barat) terus memberi cabaran besar kepada perpaduan dan kestabilan Indonesia – fokus terhadap pertumbuhan ekonomi memberi manfaat kepada rakyat mereka.

Transformasi ini barangkali merupakan kunci kepada perpaduan pulau Papua dengan Indonesia.

Diakui, pandangan ini adalah amat positif – bahawa fokus pentadbiran sekarang adalah kepada menangani keluhan ekonomi mendatangkan hasil.

Tetapi adakah ia mencukupi?



Source link

read more

Arab Saudi umum kenaikan harga petrol sehingga 126 peratus – Luar Negara


RIYADH 1 Jan. – Arab Saudi mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus hari ini.

Agensi berita tempatan, SPA melaporkan, susulan pengumuman tersebut, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini

Selain itu, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Tambah agensi berkenaan, langkah terbabit diambil bagi merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada hasil minyak sahaja. – AFP



Source link

read more

PAS BIDAS, DAPigs PUN SESAT JUGA!!! ~ SEMUT HITAM


PAS nampak gayanya memang tak puas hati dengan sambutan gilang gemilang yang diberikan oleh puak DAPigs diatas tindakan Mahfuz Bean yang keluar dari parti itu baru – baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Agung DAPigs mendakwa tindakan Mahfuz Bean itu membuktikan bahawa PAS kita sudah ‘Sesat’ dari perjuangan asal mereka.

Bahkan, Ketua Menteri Rejim DAPigs Pulau Pinang itu mendakwa tindakan Si Mahfuz Bean itu adalah kerana kecewa dengan pendekatan PAS yang dilihat mesra berdampingan dengan UMNO-BN.

Sebaliknya, PAS memberi amaran agar parti yang dikuasai oleh keluarga Lim Kit Siang itu tidak mencampuri urusan orang lain sedangkan ada juga dikalangan ahli yang keluar parti itu sebelum ini.

“Mereka tidak ada hak untuk komen tentang PAS. Jaga parti mereka sudahlah. PAS tahu uruskan parti sendiri. Bagi kita tindakan beberapa tokoh DAP keluar parti dahulu pun yang di Johor, Melaka; jika dilihat apa yang dibuat oleh DAP itu mencerminkan tindakan DAP sendiri diprotes oleh ahli-ahli mereka dan keluar parti, menyerlah sikap cauvanis, perkauman.

“Sikap DAP yang menentang dasar-dasar yang dibawa PAS semakin menyerlah dengan kenyataan beliau. Sebab itu PAS ambil keputusan bahawa tindakan DAP selama ini menjadi punca kepada sikap tak hormat kepada dasar yang diperjuangkan oleh PAS,” ujar Timbalan Presiden PAS.

Dari satu sudut, jika diguna logik yang dipakai oleh Guan Eng, bermakna DAPigs juga sudah tersesat dari agenda perjuangan mereka sehingga menyebabkan ahli dan pemimpinnya keluar parti.

Apa yang jelas, tindakan DAPigs yang cuba menyindir PAS itu seolah – olah membuktikan bahawa mereka tidak sedarkan diri dan sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencipta spekulasi yang sama taraf dengan Longkang sedemikian rupa!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons