AZMIN ALI “PONDAN” BERMAIN POLITIK LONGKANG!!! ~ SEMUT HITAM


Politik Pondan memang sesuai diberikan kepada Si Azmin Ali ni memandangkan dia sendiri tidak mempunyai sebarang keberanian untuk bersemuka dengan pesaingannya secara terbuka.

Amalan Politik Pondan Si Azmin itu dapat dilihat dengan jelas apabila dia hanya pandai membaling batu dan sembunyi tangan sewaktu mengkritik pendekatan kronisme dalam PKR.

Malah, ketika perlaksanaan agenda Langkah Kajang juga, Si Azmin Ali tu tak berani nak mengisytiharkan dirinya sebagai calon Menteri Besar dan merampas jawatan tersebut dari Wan Azizah.

Bahkan pendekatan yang sama juga digunakan oleh Si Azmin Ali sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Besar dimana dia hanya mengunci mulut dari menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Jadi, tak hairan la jika perkara yang sama berlaku pada ketika ini dimana Si Azmin Ali tu hanya mendiamkan diri dari memberi sebarang komen berhubung ahli PAS yang mahu masuk PKR.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Si Azmin Ali itu dianggap sebagai tanda restu agar permainan Politik psywar itu dapat diteruskan. Hanya dikalangan kartelnya sahaja yang bersuara.

IRONIKnya, apabila Tun Mahathir mengkritik Mufti dalam satu kenyataan baru – baru ini, pandai pulak Si Azmin Ali tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PPBM itu.

Antara lain, Si Azmin Ali tu mendakwa tindakan memfitnah Mufti itu adalah satu tindakan yang keterlaluan dan pihak yang terlibat perlu bertaubat nasuha serta menghentikan sandiwara.

Dari sudut mana sekali pun, kenyataan yang turut dimuat-naik melalui status dilaman twitter Si Azmin Ali itu jelas merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Namun Si Azmin Ali tu enggan mengakuinya. Sebaliknya Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa status itu ditujukan kepada Azwan Ali demi menjaga hubungan Politik dengan PPBM.

Jelas, alasan bertaraf Longkang seperti itu membuktikan bahawa Si Azmin Ali ni seorang pemain Politik Pondan yang sentiasa Kecut Buah Kerandut dan hanya pandai berselindung dicelah kain orang lain untuk menutup kemaluan dirinya sendiri!!!




Source link

read more

PM Najib percaya rakyat dapat lihat rasai keikhlasan kerajaan



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya rakyat dapat melihat dan merasai sendiri segala usaha dan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) antaranya melalui pemansuhan empat tol pada Isnin.

Beliau berkata segala janji dan tindakan yang dilakukan BN bukan untuk meraih undi sebaliknya ia adalah untuk kepentingan rakyat.

“Beberapa tol telah dimansuhkan sejak 2009, termasuklah empat hari ini, dan harga tol juga terus dihadkan walaupun perjanjian konsesi menuntut ia dinaikkan hasil legasi seorang dua bekas pemimpin terdahulu,” katanya menerusi catatan di blog rasmi beliau, www.najibrazak.com.

Najib berkata kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) di Johor dan Bukit Kayu Hitam di Kedah dimansuhkan bermula Isnin.

Katanya kerajaan akan terus mendengar denyut nadi rakyat dan membantu dengan pelbagai kemudahan Infrarakyat (infrastruktur rakyat) seperti Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol, projek-projek kereta api dan segala insentif serta pemberian kebajikan.

Najib berkata usaha itu akan diteruskan oleh kerajaan BN kerana inginkan semua rakyat negara ini menikmati pembangunan negara.

“Saya masih ingat lagi semasa mengumumkan perkara ini (pemansuhan tol) dalam pembentangan Bajet 2018. Gamat suasana dewan, lebih-lebih lagi para pembangkang yang sibuk mula memikirkan bagaimana mereka ingin memutar belit pengumuman ini untuk kepentingan politik mereka.

“Ada yang kata pemansuhan ini adalah hasil usaha mereka, padahal hakikatnya UMNO lah yang memperjuangkannya bersama komponen parti BN dan pemimpin kerajaan,” katanya.

Menurut Najib terdapat juga pihak yang mendakwa memang sudah sampai masanya perjanjian konsesi tol itu tamat atau sepatutnya dimansuhkan lebih awal lagi, sedangkan perjanjian menunjukkan bahawa ada tol itu ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada jadual.

Beliau berkata ada pihak yang cuba memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan pemansuhan tol itu hanya memudaratkan rakyat.

“Mungkin mereka ini tak dapat lihat kesesakan di kawasan bertol tersebut, atau mereka tak dapat mengira berapa ramai rakyat yang kini dapat berjimat apabila tidak lagi perlu membayar tol.

“Inilah pembangkang di Malaysia. Hipokritnya mereka, mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga terpaksa menanggung beban subsidi tol yang memanfaatkan kawasan dan kumpulan masyarakat tertentu sahaja sedangkan peruntukan tersebut boleh digunakan dengan lebih baik untuk hal ehwal kebajikan rakyat seluruh negara.

Katanya umum mengetahui bahawa pembangkang jugalah yang menjadi pemegang saham dalam beberapa konsesi tol.

“Malah, ada juga nak bina lebuh raya bertol di negeri yang mereka pimpin. Ada pula yang berjanji hapuskan tol sejak 2008 bila memimpin negeri, tapi sampai sekarang tol itu masih berada di situ. Kata-kata putar belit dan janji-janji manis yang ditabur kepada rakyat tak mungkin mampu mereka tunaikan.

“Kesemua ini hanya omong kosong, bukan sahaja tol, bahkan apa janji populis mereka kepada rakyat pun tidak mungkin dapat mereka laksanakan kerana hakikatnya mereka tidak mempunyai perancangan dan pelan kukuh untuk melaksanakannya,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Syafiq Kyle bintangi tiga filem pada tahun 2018



WAJAH tampan pelakon Syafiq Kyle bakal menghiasi pawagam tahun 2018 dengan tiga filem lakonannya.

Selesai membintangi filem Langsuir bersama Hannah Delisha yang dijangka muncul tahun 2018, Syafiq bakal menjengah dua set filem lain pada tahun ini.

“Untuk tahun 2018, saya sangat teruja menanti kemunculan lakonan saya di layar perak. Selepas selesai bergandingan dengan Hannah dalam filem Langsuir arahan Osman Ali, saya bakal membintangi dua filem lagi.

“Saya belum boleh mendedahkan lagi tajuk filem tersebut kerana semuanya masih dalam proses akhir. Insya-Allah, saya akan berusaha lebih bersungguh-sungguh pada tahun 2018 dan mahu mengembangkan sayap lakonan di peringkat yang lebih tinggi,” kata Syafiq.

Pelakon drama bersiri Mencintamu Mr. Photographer ini juga mahu berusaha lebih keras untuk membanggakan hati peminat yang tidak henti menyokong.

“Tahun 2017 berakhir dengan indah. Saya gembira kerana usaha saya membina nama sebagai pelakon membuahkan hasil.

“Semuanya berkat doa keluarga dan peminat yang tak berhenti menyokong. Saya menanamkan tekad untuk berusaha dengan lebih kuat bagi membanggakan semua peminat yang tidak henti menyokong,” katanya lagi.



Source link

read more

Dua beradik maut, seorang parah motosikal dirempuh kereta – Nahas & Bencana


KOTA BHARU 1 Jan. – Kegembiraan tiga beradik yang menaiki sebuah motosikal bersama untuk membeli peralatan sekolah berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kampung Chicha, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam, Fithri Aziz Mohd. Ramli, 13 dan adiknya, Hamdan Syakirin ,11, yang menjadi pembonceng maut di tempat kejadian manakala abang mereka, Muhamad Hakimi, 25, cedera parah di kepala.

Muhamad Hakim yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Mesir masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketiga-tiga beradik yang menaiki motosikal jenis Demak itu dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kedai untuk membeli peralatan sekolah.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, Muhammad Hakimi yang menjadi penunggang mahu melintas jalan dengan cara membuat pusingan U.

“Bagaimanapun sebuah kereta jenis Hyundai Atos dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun datang dari arah bertentangan gagal mengelak dan melanggar motosikal tersebut,” katanya, di sini hari ini.

Mayat dua mangsa yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif dan Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Stan dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka, hari ini.

Menurut Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiga negeri mula dilanda banjir dengan 442 mangsa dipindahkan



MERSING: Cuaca buruk berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir dipindahkan meningkat kepada 442 orang di tiga negeri iaitu Johor, Terengganu dan Pahang, malam tadi.

Terengganu merupakan negeri paling teruk terjejas dengan 205 mangsa di dua kampung dipindahkan sehingga 1 pagi tadi.

Setakat ini, dua pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja.

Jumlah mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan lebat berterusan di pedalaman Dungun.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata tiga sekolah rendah di Dungun dan Kemaman dijangka tidak beroperasi pada Selasa.

DI Johor,   203 mangsa dari 56 keluarga di Mersing dipindahkan ke lima pusat pemindahan.

Kawasan yang terjejas dengan banjir di daerah itu adalah Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan dan Kampung Air Tawar.

Dalam pada itu, di Kuantan, 34 mangsa dipindahkan malam tadi berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Jumlah penduduk dipindahkan dijangka meningkat berikutan kedaaan cuaca yang masih tidak menentu selain fenomena air pasang besar.



Source link

read more

Times Up Kuasa dan wanita Hollywood bersatu perangi jenayah seksual



LEBIH 300 aktres, penulis dan pengarah di Holloywood, melancarkan projek bagi membantu memerangi gangguan seksual dalam industri filem dan di tempat kerja.

Inisiatif yang digelar ‘Time’s Up’ itu diumumkan dalam satu muka surat penuh di New York Times.

Projek itu juga digambarkan sebagai ‘panggilan solidariti demi perubahan kepada wanita dalam dunia hiburan dan dimana-mana.” Ia menyusul selepas tuduhan penderaan seksual pelakon berprofil tinggi terhadap penerbit filem, Harvey Weinstein.

Dalam surat yang diterbitkan Time’s Up memaklumkan “perjuangan ini wanita untuk bangkit dan bukan hanya untuk didengar dan ia mesti dihentikan.

Surat yang ditujukan untuk setiap wanita itu turut menekankan, wanita  perlu menepis jenayah seksual denga nmenyifatkan  gangguan seperti itu berleluasa  kerana pelaku dan majikan tidak pernah menghadapi sebarang tindakan.

Kempen yang disokong ratusan pelakon termasuk Natalie Portman, Reese Witherspoon, Cate Blanchett, Eva Longoria dan Emma Stone itu,  telah mengumpul lebih daripada AS$ 13 juta daripada sasaran AS$ 15 juta.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membiayai sokongan undang-undang untuk kedua-dua mangsa wanita dan lelaki yang terkena gangguan seksual di tempat kerja.

Projek ini ditujukan terutamanya kepada mereka yang tidak dapat memenuhi pembayaran untuk mempertahankan diri seperti pekerja pertanian atau kilang, penjaga dan pelayan.

Ia juga menyeru supaya “ketidaksamaan jantina dan ketidakseimbangan kuasa” ditangani sambil, menekankan perlunya lebih banyak wanita mendapat kedudukan kuasa dan keutamaan gaji.

Pada Disember, majalah Time menamakan “The Silence Breakers” – wanita dan lelaki yang tampil bercakap mengenai penderaan dan gangguan seksual – sebagai “Individu Terbaik 2017”.

Tahun lalu juga menyaksikan kebangkitan hashtag  #MeToo, yang menyaksikan pergerakan global wanita dan lelaki untuk berkongsi cerita tentang penderaan dan gangguan seksual mereka.

Ia  mendapat momentum selepas aktres Alyssa Milano menggunakan Twitter, meminta mangsa serangan seksual untuk muncul ke hadapan dalam acara solidariti.
Antara bulan Oktober dan Disember 2017, #MeToo digunakan di Twitter dan Facebook lebih daripada enam juta kali.



Source link

read more

Protes Iran Polis maut ditembak penunjuk perasaan



DUBAI: Seorang anggota polis maut ditembak dalam protes di Iran, kes pertama dilaporkan membabitkan pasukan keselamatan yang bergelut mengawal kekacauan yang mencabar kepimpinan di negara itu.

Anggota polis itu maut apabila  penunjuk perasaan melepaskan tembakan di pusat bandar Najafabad, yang turut mencederakan tiga anggota lain, menurut jurucakap polis, Saeed Montazer al-Mahdi.

Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan yang bersenjata cuba merampas pangkalan polis dan tentera.

Protes yang masuk hari kelima itu menyaksikan 13 orang terbunuh dan ratusan yang lain ditahan dalam gelombang teruk yang paling teruk sejak tahun 2009, dalam protes jalanan yang menuntut pemilihan semula presiden ketika itu, Mahmoud Ahmadinejad.

Protes sebagai memberi tekanan kepada para pemimpin yang berkuasa semenjak Revolusi Islam 1979, serta Presiden Hassan Rouhani yang membuat kenyataan bahawa Iran berhak mengkritik tetapi tidak boleh menyebabkan kerusuhan.



Source link

read more

Seorang remaja maut, individu diminta serah diri – Jenayah


KANGAR 1 Jan. – Polis meminta seorang individu yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang remaja di Jalan Tengku Budriah, Simpang Empat di sini awal pagi ini agar segera menyerah diri di balai berhampiran bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Individu terbabit yang dipercayai mencuri sebuah motosikal di kawasan pasar Simpang Empat sebelum kemalangan tersebut berlaku dikatakan melarikan diri selepas kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi.

Ketika kejadian, motosikal jenis LC135 yang dinaiki mangsa, Al Afiq Roshaidi,18, semasa dalam perjalanan pulang selepas meraikan sambutan Tahun Baharu di Pulau Pinang telah bertembung dengan motosikal individu tersebut.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Mati, Mata Ayer, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dalaman badan selain mengalami patah kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Wari Kiew memberitahu, keterangan daripada individu terbabit amat diperlukan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta JPJ 1987 dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTK) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons