Jemaah umrah perlu berwaspada untuk elak jangkitan – Mas Ermieyati



MASJID TANAH: Rakyat Malaysia yang berhasrat  ke luar negara khasnya untuk menunaikan umrah dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit.

Langkah berkenaan perlu diambil supaya tidak meletakkan risiko masalah kesihatan kepada orang lain.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (Motac), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, mereka juga disarankan untuk peka terhadap maklumat yang diberikan pihak berwajib termasuk Motac dan sebagainya.

Beliau berkata, sikap sambil lewa boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Kita pun tak boleh jangka sebab mungkin ada yang kata tidak merebak, tetapi tiba-tiba ada.

“Maka saya harap semua jemaah dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan diharap dapat juga mengambil (serius) apa-apa juga pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa, kementerian dan sebagainya,” ujar Mas Ermieyati.

Beliau berkata demikian selepas Program Ziarah Kasih Cawangan UMNO Ayer Limau, di Ayer Limau, Masjid Tanah.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menafikan seorang rakyat malaysia dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-COV).

Ia susulan viral di Twitter seorang wanita, mengenai anggota keluarganya yang kembali dari menunaikan umrah dirawat di Hospital Putrajaya kerana disyaki dijangkiti penyakit itu.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata, Puteri UMNO bersedia menghantar sukarelawan ke pantai timur bagi membantu penduduk terjejas banjir melalui program Puteri Peduli.



Source link

read more

Bukan robot ada masanya kami juga buat silap – Seungri



ANGGOTA kumpulan pop Korea BIGBANG, Seungri akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
 
Menurut Seungri, selebriti juga mempunyai perasaan dan adakalanya membuat kesilapan.
 
“Terima kasih kepada semua yang sanggup meluangkan masa anda untuk bersama kami.
 
“Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami yang melahirkan dan menjaga kami.
 
“Kami bukan robot, kami juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain.
 
“Jadi ada masanya kami juga ada membuat kesilapan tetapi perkara itulah yang membuatkan kami lebih matang.
 
“Belajar daripada kesilapan dan kami juga kuat kerana peminat yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada BIGBANG.
 
“Kami juga telah tempuhi pelbagai dugaan namun saya harap BIGBANG akan kembali bersama sebagai lima ahli.
 
“Ketawa, menangis dan menyanyi bersama, terima kasih dan selamat tahun baru,” katanya mewakili BIGBANG.
 
Seungri berkata demikian ketika konsert akhir mereka, ‘BIGBANG 2017 Concert Last Dance in Seoul’ yang berlangsung di Gocheok Sky Dome baru-baru ini.
 
Konsert tersebut merupakan konsert terakhir mereka sebelum menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.
 
Sumber: Soompi
 



Source link

read more

Op Lavish 2, SPRM tahan dua lagi terlibat kes pemalsuan permit kerja – Kedah


ALOR SETAR 3 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan dua lagi individu disyaki terlibat ‪kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai jutaan ringgit dalam Op Lavish 2 di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM negeri, suspek yang berusia 38 dan 49 tahun itu merupakan isteri dan kakak kepada suspek utama berusia 38 tahun yang ditahan dalam Op Lavish 1 pada Mei tahun lepas.

“Isteri suspek yang merupakan seorang pengarah syarikat dan kakaknya seorang pegawai kerajaan ditahan di pejabat masing-masing hari ini.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek utama menggunakan akaun bank isteri dan kakaknya itu untuk menyembunyikan wang dipercayai hasil kegiatan haram itu,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Tambah beliau, ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Alor Setar dan Butterworth, Pulau Pinang, esok dan lusa.

Dalam Op Lavish 1 awal Mei lalu, lima termasuk pegawai imigresen ditahan berhubung kes rasuah, antaranya meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerajaan Kelantan pertimbang tindakan undang-undang terhadap Husam



KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berhubung tuduhan beliau terhadap penamatan kontrak sebuah syarikat bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat sepanjang 10 kilometer dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu di Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan peguam untuk meneliti kandungan ucapan Husam berhubung dakwaan yang dilemparkannya terhadap kerajaan negeri dalam satu majlis baru-baru ini.

“Sebenarnya kita tak tamatkan kontrak dengan syarikat terbabit (sebagaimana didakwa Husam), ia penamatan atas persetujuan bersama. Syarikat terbabit memaklumkan tak dapat nak teruskan kerja-kerja pembinaan kerana tekanan-tekanan tertentu.

“Maknanya syarikat terbabit menyerahkan kembali projek berkenaan kepada kerajaan negeri dan kita setuju dengan penyerahan itu dengan syarat-syarat tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hanifa berkata antara syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak termasuklah kerajaan negeri perlu membuat bayaran sebanyak RM50 juta kepada syarikat berkenaan berdasarkan kerja-kerja yang telah dibuat oleh syarikat itu sepanjang tempoh lapan bulan mereka melaksanakan kerja di tapak projek.

Beliau juga berkata syarikat berkenaan juga tidak akan membuat sebarang tuntutan tambahan terhadap kerajaan negeri dalam persetujuan berkenaan.

Hanifa berkata kerajaan negeri juga sedang menyiasat mengenai kebocoran dokumen sulit berkaitan projek berkenaan yang turut dikemukakan Husam pada majlis sama.

“Ini dokumen perjanjian penting dan kita sedang teliti kalau dokumen itu dilepaskan dengan apa (jua) cara oleh pihak syarikat atau pegawai-pegawai, maka kita akan ambil tindakan kerana membocorkan maklumat dokumen itu,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Maut selepas pecah masuk rumah – Johor


JOHOR BAHRU 3 Jan. – Seorang lelaki mati dipercayai semasa bergelut dengan mangsa apabila cuba melarikan diri selepas pecah masuk rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini pukul 2.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, suspek yang berusia 32 tahun ditemukan mati di belakang rumah tersebut dengan beberapa kesan luka.

“Terdapat luka di belakang kepala kiri dan kanan dipercayai disebabkan senjata pisau pemotong sayur yang dijumpai di tempat kejadian. Suspek luka parah di belakang kepala.

“Juga luka di belakang tangan kiri dari siku ke bawah dan ke atas. Sementara mangsa lelaki berusia 32 tahun itu pula luka di kepala kiri dipercayai disebabkan senjata pemutar skru yang dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, kejadian bermula apabila suspek masuk ke rumah mangsa melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur yang diumpil dari luar.

“Suspek pecahkan pintu bilik utama dan terus mengugut dengan menggunakan pemutar skru supaya menyerahkan barang-barang berharga miliknya yang ketika itu berada dalam bilik.

“Suspek menggeledah bilik kedua dan ketiga dipandu mangsa yang dalam ketakutan kerana suspek bersenjatakan pemutar skru,” katanya.

Katanya lagi, suspek kemudian membuka pintu dapur untuk melarikan diri dan ketika itu mangsa berjaya mencapai sebilah bilah pisau pemotong sayur anggaran ukuran 22 sentimeter.

Kemudian katanya, mangsa kemudian mengarahkan suspek memulangkan semula barang-barang miliknya enggan lalu berlaku pergelutan sebelum suspek mati. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

LHDNM sediakan prosedur memfail borang cukai pendapatan tahun 2018



KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memuat naik prosedur Program Memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun 2018 sebagai rujukan dan persediaan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BNCP pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, LHDNM berkata prosedur program memfail BNCP Tahun 2018 dimuat naik di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.

“Prosedur yang boleh dimuat turun tersebut merupakan panduan jelas kepada orang ramai amnya dan pembayar cukai khususnya mengenai pemfailan BNCP,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 ini, orang ramai boleh melayari Portal Rasmi LHDNM atau berhubung dengan Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.

Orang ramai juga boleh mengakses prosedur tersebut dengan mengikut arahan mudah iaitu melayari laman Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my kemudian klik Laman utama > Muat Turun > Borang/Info > Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 III atau capaian secara terus di pautan http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBNCP_2018_1.pdf

— BERNAMA



Source link

read more

Kejutan bagi peminat Rajinikanth Sabtu ini



KUALA LUMPUR: Kemunculan bintang filem terkenal India, Rajinikanth pada Sabtu ini di program Natchathira Vizha 2018 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka akan membawa beberapa kejutuan berkaitan filem terbarunya “Robo 2.0.”

Bendahari Persatuan Artis India Selatan (SIAA), Karthi Sivakumar, yang tidak mahu mendedahkan apakah yang dimaksudkannya dengan kejutan tersebut hanya berkata:

“Kejutan tersebut berkaitan filem ‘Robo 2.0’ yang menampilkan Superstar Rajinikanth, selain banyak lagi kejutan lain menanti rakyat Malaysia dalam acara tersebut.”

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan dengan program Natchathira Vizha 2018 yang merupakan sebuah pesta hiburan melibatkan 300 artis India dan Malaysia, termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Pesta itu yang menghimpunkan lebih 30,000 penonton, akan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam, dan ia bukan sahaja mengetengahkan acara hiburan tetapi juga perlawanan kriket dan bola sepak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada acara yang dianjurkan oleh SIAA dengan kerjasama MyEvents International serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata sebanyak 30,000 tiket yang berharga serendah antara RM10 dan RM30 telah dijual setakat ini.

Pada sidang media tersebut, Naib Presiden Univeristi Limkokwing, Datuk Tiffanee Marie Lim pula memgumumkan universiti memperuntukan biasiswa berjumlah RM10 juta kepada SIAA atau lebih dikenali sebagai Nadigar Sangam, dan RM2 juta untuk artis tempatan.

“Biasiswa ini bagi mengalakkan anak seni India dan Malaysia menerokai lebih banyak dalam bidang hiburan terutamanya bidang perfileman,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata biasiswa tersebut tidak hanya kepada tertumpu kepada kursus berkaitan perfileman, tetapi terbuka kepada lebih 200 kursus yang ditawarkan di universiti tersebut.

Selain kehadiran pelakon-pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee.

— BERNAMA



Source link

read more

Palestin tidak bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat – Duta Palestin



KUALA LUMPUR: Palestin tidak bergantung semata-mata kepada Amerika Syarikat (AS) bagi bantuan kewangan kerana banyak lagi negara yang menjadi penaja bantuan kepada negara itu.

Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha berkata Palestin menerima bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China.

“Kami (Palestin) tidak bergantung kepada AS untuk dana dan jika mereka (Amerika Syarikat) memutuskan untuk menghentikan daripada menghantar bantuan kepada kami, maka ada negara lain yang bersedia untuk menaja bantuan kepada kami.

“Palestin mempunyai banyak negara sahabat dan kami berunding dengan mereka mengenai isu kami,” kata beliau kepada Bernama dalam temubual melalui telefon, di sini pada Rabu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump awal hari ini berkata AS mungkin menyekat bantuan kewangan kepada Palestin jika mereka tidak bersedia untuk meneruskan rundingan damai.

Ketika ditanya berapakah bajet tahunan Palestin dan berapakah bajet itu yang meliputi bantuan asing, Anwar tidak memberi anggaran sambil berkata ia berubah bergantung kepada bidang-bidang yang memerlukan banyak bantuan.

“Bajet utama yang diperlukan ialah bagi pembinaan semula rumah dan bangunan, diikuti pembangunan ekonomi dan pendidikan,” kata beliau.

Ketika ditanya pendapatnya apabila menerima bantuan kewangan daripada negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China, Anwar berkata rakyat Palestin menghargai sepenuhnya bantuan daripada kedua-dua gergasi Asia itu.

“Kami amat gembira dan menghargai semua bantuan dan sokongan daripada Jepun dan China,” tambah beliau.

Jepun dan China telah menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dengan memberi bantuan bernilai berbilion-bilion dan muncul sebagai perantara baharu dalam proses perdamaian antara Israel dan Palestin dikenali sebagai “Menuju ke Arah penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin.”

— BERNAMA



Source link

read more

Portal therakyat.com pemangkin suara BN – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Portal therakyat.com iaitu sebuah portal rasmi Barisan Nasional (BN) telah dilancarkan hari ini dalam usaha parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, portal itu akan menjadi suara dan pemangkin segala aspirasi Barisan Nasional untuk mengekalkan kedudukan sebagai parti yang memerintah negara.

“Portal itu ada wadah terpenting dalam kejayaan BN kerana sosial media adalah wadah utama untuk menerima segala maklumat dan membuat penentuan ketika sampai masanya.

“Malah portal inilah cara pendekatan yang terbaik berhubung dengan rakyat segala yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat,” katanya ketika berucap ketika melancarkan portal itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, portal berkenaan bersifat interaktif di mana masyarakat boleh berinteraksi dengan lebih dekat menerusi program-program bantuan yang telah dijalankan oleh kerajaan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta presiden-presiden parti kompenan Barisan Nasional.

Portal yang mempunyai tujuh segmen utama iaitu wawancara, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, maklumat grafik, rakaman video dan manifesto BN dlengkapi beberapa ciri terkini dan digital supaya mesej yang disampaikan lebih dinamik dan menarik.

Selain itu portal tersebut juga akan memaparkan profil dan maklumat calon-calon BN yang akan bertanding pada PRU14 nanti untuk memberi kemudahan kepada rakyat bagi mengkaji rancangan dan janji BN untuk Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Dalam pada itu segmen mengenai wawancara, pemimpin politik dan penganalisis akan dipaparkan di portal The Rakyat untuk mengutarakan pelbagai isu-isu rakyat yang menjadi persoalan pokok selain isu semasa melibatkan ekonomi, sosial, politik dan kemanusian.

Portal e-rakyat akan dihasilkan di dalam enam bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris, Iban dan Kadazan Dusun.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MalaysiaMemilih TN50 ciplak Wawasan 2020 – Tun M



PUTRAJAYA: Transformasi Nasional 2050 (TN50) cuma satu konsep yang ‘menciplak’ Wawasan 2020, kata pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, pengenalan TN50 secara tidak langsung menunjukkan kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengalih perhatian umum di atas kegagalan mereka merealisasikan konsep Wawasan 2020 yang telah pun diperkenalkan sejak awal 90-an.

“Mereka (Barisan Nasional) cuba mengalih pandangan umum daripada Wawasan 2020 yang mana Najib tentu tahu dia tidak akan jadi perdana menteri masa itu. Itu sebabnya dia letakkan TN50 ini 30 tahun lebih daripada sekarang,” katanya Dr Mahathir kepada sidang media di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri di antara 1981 hingga 2003, telah memperkenalkan konsep Wawasan 2020 sebagai usaha menjadikan Malaysia negara perindustrian dan negara maju menjelang 2020.

Bagaimanapun, katanya lagi, Pakatan Harapan mempunyai cara untuk merealisasikan Wawasan 2020 seandainya gabungan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita mempunyai cara-cara untuk menjayakan Wawasan 2020, (tetapi) mungkin terlewat sedikit kerana kita kehilangan hampir sembilan tahun,” katanya merujuk kepada kegagalan pembangkang memenangi PRU pada 2008.

Datuk Seri Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden UMNO, pada Mac lepas menolak pandangan bahawa TN50 itu meniru konsep Wawasan 2020, sebaliknya menyatakan ia adalah satu kesinambungan.

“Ada orang cakap kita tolak Wawasan 2020. Kita tidak tolak. Ini kesinambungan. Selain menggunakan pendekatan lain seperti wacana dan dialog nasional, kita juga hendak wujudkan strategi kebangsaan dengan adanya pelan pelaksanaan dan pemantauan,” katanya sewaktu persidangan Dewan Rakyat.

Datuk Seri Najib juga berkata TN50 berbeza dengan Wawasan 2020 kerana ia menggunakan konsep ‘bottom up’, dan bukan ‘top down‘, kerana pandangan daripada rakyat yang berbilang bangsa dan agama diambil kira untuk merangka TN50.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons