ALOR SETAR 3 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan dua lagi individu disyaki terlibat ‪kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai jutaan ringgit dalam Op Lavish 2 di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM negeri, suspek yang berusia 38 dan 49 tahun itu merupakan isteri dan kakak kepada suspek utama berusia 38 tahun yang ditahan dalam Op Lavish 1 pada Mei tahun lepas.

“Isteri suspek yang merupakan seorang pengarah syarikat dan kakaknya seorang pegawai kerajaan ditahan di pejabat masing-masing hari ini.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek utama menggunakan akaun bank isteri dan kakaknya itu untuk menyembunyikan wang dipercayai hasil kegiatan haram itu,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Tambah beliau, ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Alor Setar dan Butterworth, Pulau Pinang, esok dan lusa.

Dalam Op Lavish 1 awal Mei lalu, lima termasuk pegawai imigresen ditahan berhubung kes rasuah, antaranya meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: