Tunjuk perasaan Iran merebak ke luar negara



LONDON: Tunjuk perasaan yang berlaku di Iran nampaknya kini merebak ke luar negara itu apabila sebilangan rakyat Iran yang menetap di Britain turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Iran di London.

Ia sebagai tanda solidariti mereka terhadap tunjuk perasaan yang berlangsung di Iran selain bagi melahirkan sokongan ke atas isu yang diperjuangkan.

Setakat ini sekurang-kurangnya 21 orang maut sejak tunjuk perasaan mula dilancarkan di Tehran dan yang terbesar pernah diadakan sejak 2009.

Ia diadakan berikutan rasa tidak puas hati rakyat negara itu akibat ekonomi Iran yang kian lemah serta harga makanan yang dilaporkan semakin meningkat.

Mereka turut menuntut agar pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei agar segera berundur.

Susulan itu, ratusan penunjuk perasaan ditangkap pihak berkuasa dan sebahagian hakim di Iran didakwa mengancam akan menjatuhkan hukuman mati terhadap penunjuk perasaan.



Source link

read more

Pas Perlis setuju RCI disegerakan, Mahathir cuba tutup kesalahan – Politik


KANGAR 2 Jan. – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan para mufti dalam peristiwa Memali pada 1985 dilihat sebagai salah satu langkah terdesak bekas Perdana Menteri itu untuk lari daripada kesalahan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli cukup bersetuju sekiranya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

Katanya, Dr. Mahathir juga tidak sepatutnya mengaitkan amanat Haji Hadi sebagai punca tragedi tersebut kerana sebagai seorang yang bijak beliau seharusnya melihat isi kandungan ucapan berkenaan secara menyeluruh.

“Amanat Haji Hadi tidak ditujukan kepada sesiapa atau dengan tujuan mengkafirkan sesama Islam, sebaliknya ia lebih kepada garis dan batas-batas yang bertentangan dengan Islam. Dr. Mahathir seharusnya lebih faham mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Pas mengulangi desakan supaya satu RCI ditubuhkan bagi merungkai kebenaran di sebalik tragedi Memali yang pada hari ini dipolitikkan oleh individu tertentu untuk kepentingan peribadi.

Sebelum itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengeluarkan kenyataan menyalahkan mufti kerana tidak menghalang amanat dikeluarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 sehingga mencetuskan kejadian tersebut.

Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahu Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika kejadian itu, beliau bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam.

Mengulas lanjut, Mohd. Syukri berkata, penubuhan RCI cukup penting kerana ia bakal membuka peluang kepada waris mangsa Memali yang masih hidup mendapat keadilan dan pembelaan sewajarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kes bunuh pusat tahfiz Sebutan semula kes esok



KUALA LUMPUR: Kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang berdepan 23 pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas akan disebut semula esok.

Majistret Siti Radziah Kamarudin sebelum ini menetapkan tarikh itu pada prosiding 28 November lalu.

BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz

Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

BACA: Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat – Bomba

BACA: Kes bakar tahfiz: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan

Prosiding sebelum ini dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan tertuduh di bawah umur.

Media termasuk anggota keluarga mangsa turut diperintahkan supaya tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding itu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Othman Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail manakala peguam Joanne Chua dan Noor Svetlana Mohd Noor Nordin masing-masing mewakili tertuduh remaja 16 tahun dan kanak-kanak 12 tahun.



Source link

read more

Lima jam menanggung kesakitan terperangkap di dalam lori terjunam ke gaung



KEMAMAN: Lima jam menanggung kesakitan.

Itu pengalaman mengerikan ditempuh seorang pemandu lori selepas tersepit dalam lorinya yang terjunam ke dalam gaung di Kampung Mat Lagam, Kemaman, Terengganu pada petang Selasa.

Namun, usaha menyelamatkannya berdepan kesukaran kerana sebahagian kepala lori berkenaan tenggelam di dalam parit.

Ketika kejadian mangsa Abd Rahman Che Ruas, 56 tahun dan isterinya Norazah Lahan, 54 tahun sedang menuju ke Kuantan dari Chukai.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori tujuh tan tanpa muatan itu secara tiba-tiba terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.

Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan di tangan dan kakinya.

Sementara itu, Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata, usaha menyelamatkan mangsa sukar dengan keadaan kepala lori di dalam parit.

Bagaimanapun, katanya dengan kerja keras 20 anggota bomba, serta penggunaan beberapa jentera berat, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan.

“Mangsa pertama kita berjaya keluarkan dalam tempoh 10 minit pada kira-kira 2.30 petang, namun mangsa kedua kita mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkannya.

“Kita berdepan kesukaran kerana lori ni terlalu berat dan terpaksa meminta bantuan jentera-jentera berat, termasuk eskavator dan kren dalam operasi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azmi berkata, mangsa kedua berjaya dikeluarkan kira-kira 7 petang selasa.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang berjaya diselamatkan itu kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut

Katanya, isteri mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons