Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus dapat sambutan biarpun pernah dilanda musibah



KUALA LUMPUR: Biarpun pernah dilanda musibah yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden, namun ia tidak menghalang untuk Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus mendapat sambutan.

Malah untuk sesi pengajian yang dijangka akan bermula minggu hadapan, pusat tahfiz tersebut menerima 160 permohonan daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka menimba ilmu di institusi itu.

Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmood memberitahu jumlah yang mendaftar itu diluar jangkaan dan melebihi dari permohonan tahun-tahun sebelum ini.

“Pada awalnya kita tidak ada buat iklan di mana-mana, baik media sosial atau sebagainya, jadi jangkaan kita mungkin berkuranglah sebab orang takut melihat bila tahfiz kita ini ada pelajar dibakar. 

“Tetapi yang memeranjatkan kami, biarpun tidak ada iklan, mereka datang tanya bila nak buka pendaftaran untuk belajar di tahfiz ini.

“Dalam sejarah selama 16 tahun kami, ini pertama kali paling ramai yang minta, hampir 160 orang yang sudah mengisi borang.

“Kami cuma nak ambil 50 orang jadi terpaksalah kami ketepikan 110 orang yang memohon,” katanya kepada Astro AWANI.

Bercerita lanjut, Mohd Zahid berkata semangat pelajar dan tenaga pengajar pusat tahfiz itu pulih dengan cepat kerana mendapat bantuan secara rohani dari Yang Maha Esa.

Selain itu, sokongan moral daripada masyarakat juga membuatkan pelajar dan tenaga pengajar bersemangat untuk menaikkan kembali nama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“Kalau tidak ada bantuan daripada Allah secara spiritual mungkin kami tidak dapat bangkit, kami diberi kekuatan yang luar biasa untuk kami  meneruskan usaha kami membangunkan institusi tahfiz.

“Malah, dengan apa yang berlaku itu, saya melihat ia sebagai bantuan yang Allah berikan kepada bukan hanya kami tetapi juga pusat-pusat tahfiz yang lain,” katanya lagi.

Mengulas mengenai sumbangan daripada orang ramai, Mohd Zahid menjelaskan, semua sumbangan yang diterima sedang diaudit oleh juru audit bertauliah dan selepas itu ia akan diserahkan kepada keluarga mangsa kebakaran.

September tahun lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi tumpuan seluruh masyarakat selepas asrama pelajarnya dilanda kebakaran. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September tahun lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut.

Hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang disabitkan kesalahan membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untu dibicarakan.

BACA: Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

BACA: Kes bunuh pusat tahfiz: Sebutan semula kes 3 Januari

BACA: Kes bakar tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah



Source link

read more

Pallares, Alvaro sah bermain untuk Kedah – Bola Sepak


ALOR SETAR 3 Jan. – Bekas pemain kelab Ponferradina dalam Segunda Division B, Sepanyol, Pablo Pallares dan pemain kebangsaan Filipina, Alvaro Silva secara rasmi mengikat kontrak selama setahun bersama skuad Lang Merah untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar berkata, Pallares, 30, yang menggalas tugas sebagai penyerang akan mengisi slot pemain import bagi kuota antarabangsa dan Alvaro, 33, yang akan beraksi di posisi tengah pula memenuhi kuota Asia.

Menurutnya, kehadiran kedua-dua pemain import baharu itu dijangka dapat membantu memperkukuhkan kekuatan pasukan Kedah dalam menghadapi Liga M yang lebih mencabar pada tahun ini.

“Pemilihan kedua-dua pemain import Kedah itu diputuskan ketua jurulatih Ramon Marcote selepas berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan mereka dalam beberapa siri latihan dalam tempoh beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita selepas majlis memandatangani kontrak Pallares dan Alvaro di pejabat KFA di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah penolong pengurus pasukan Kedah yang baharu, Haris Che Mat.

Pallares yang berketinggian 1.90 meter menjadi pilihan Marcote untuk mengisi posisi penyerang yang ditinggalkan Ken Ilso dari Denmark manakala Alvaro yang pernah beraksi dalam La Liga Sepanyol bersama kelab Malaga pula akan mengisi kekosongan pemain import tengah Zack Anderson.

Aminudin berkata, kedua-dua pemain import baharu Kedah itu diharapkan dapat mempamerkan aksi cemerlang bersama-sama dengan dua pemain tengah import Kedah musim lalu Liridon Krasniqi dan Sandro da Silva serta pemain-pemain muda tempatan.

“Saya percaya gandingan mantap empat pemain import tersebut dan pemain muda tempatan dapat membantu Lang Merah mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA serta merampas semula Piala Malaysia pada musim ini.

“Pada masa sama, pasukan Kedah juga meletakkan sasaran untuk muncul sebagai juara Liga Super pada musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aminudin memberitahu Marcote sedang mengenal pasti beberapa pemain dari Indonesia, Thailand dan Vietnam untuk dipilih bagi mengisi kuota ASEAN bagi melengkapkan lima pemain import pada musim ini.

“Bagaimanapun, pemilihan pemain import kelima Kedah itu pula dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan bulan ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kes bakar tahfiz Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah



KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang remaja lelaki yang merupakan antara suspek dalam kes pembunuhan penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tahun lepas.

Remaja berumur 16 tahun itu dilepas tanpa dibebas oleh Majistret Zilfinaz Abbas atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, September lalu.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 Sept lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Bagaimanapun tertuduh itu tidak boleh dibebaskan kerana mempunyai satu lagi pertuduhan iaitu membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz manakala dua remaja itu diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 Sept lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian terbabit.

BACA: Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah: Remaja lelaki bebas pertuduhan

BACA: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah

BACA: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan



Source link

read more

The Red Warriors intai Ferdinand Sinaga



SELEPAS gagal mengikat ‘awang’ import Filipina, Misagh Bahadoran, Kelantan mengalih perhatian untuk mendapatkan bekas penyerang Indonesia, Ferdinand Sinaga, dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman, berkata bekas penyerang kelab PSM Makassar itu berada dalam radar pihak pengurusan The Red Warriors (TRW) selain pemain Singapura dan Vietnam untuk melengkapkan kuota ASEAN.

“Saya tidak menafikan kelibat Ferdinand berada dalam pemerhatian kami berdasarkan aksi cemerlang yang ditunjukkannya bersama kelab terdahulu.

“Kami harap selepas gagal memikat Bahadoran, Kelantan mampu mendapatkan pemain ini (Ferdinand) selain daripada pilihan daripada senarai akhir yang dikemukakan, termasuk pemain Singapura dan Vietnam, bagi melengkapkan senarai penuh skuad TRW musim ini,” katanya.

Husin juga menyifatkan keputusan mendapatkan pemain import Asia Tenggara perlu diputuskan segera kerana Kelantan akan membuat persiapan rapi sebelum menghadapi saingan tiga penjuru Piala Super Boost SportsFix di Kuala Lumpur, pertengahan bulan ini.

“Ketua jurulatih (Sathit Bensoh) yang mengetuai panel pemilihan pemain akan membuat keputusan segera (hari ini) selepas balik daripada bercuti. Keputusan ini penting bagi  persediaan TRW menghadapi Piala Super Boost di Bukit Jalil nanti,” katanya.

Difahamkan, pemain berusia 29 tahun itu dijangka tiba di Kota Bharu esok bagi memuktamadkan rundingan bersama KAFA.



Source link

read more

Keputusan lebih baik berbanding Glasgow – Sukan


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kontinjen Malaysia diyakini mampu meraih keputusan lebih baik di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, April ini berbanding empat tahun lalu sewaktu di Glasgow.

Meskipun senarai penuh atlet yang akan beraksi masih belum dimuktamadkan, namun ketua kontinjen, Huang Ying How percaya Malaysia akan menghantar kontinjen yang lebih besar berbanding Glasgow.

Katanya, penanda aras utama kepada setiap atlet ialah melayakkan diri ke temasya itu kerana ia merupakan cerminan kepada sebenar kepada program pembangunan sukan di negara ini.

“Saya melihat kita berada di landasan terbaik untuk menampilkan aksi cemerlang dan saya bukan sahaja ingin melihat pingat emas tetapi pada masa sama ini melihat prestasi atlet di bawah Program Podium beraksi menentang atlet bertaraf dunia.

“Paling penting sebelum kita mendapatkan pingat emas ialah kita perlu layak dahulu ke temasya itu.

“Saya juga percaya, kita akan lakukan lebih baik (kutipan pingat emas) kali ini,” katanya selepas Majlis Apresiasi Media bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini hari ini.

Malaysia sebelum ini menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 terbaik di temasya itu selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-12 empat tahun lalu di Glasgow.

Aksi di Glasgow menyaksikan kontinjen negara mengumpul enam emas, tujuh perak dan enam gangsa.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Persempadanan semula belum tentu beri kemenangan kepada BN – IDE



SHAH ALAM: Syor persempadanan semula pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak semestinya memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata ini kerana cadangan tersebut hanya melibatkan ‘andaian di atas kertas’.

“Jika dilihat kepada data pengundi, memang secara keseluruhannya, persempadanan ini memberi kelebihan kepada BN.

“Namun, harus diingat bahawa dinamik politik pada 2013 dan kini adalah berbeza,” katanya pada sidang media Kajian Persempadanan Semula PRU dan Kesan terhadap PRU14 oleh Institut Darul Ehsan (IDE) di Auditorium Institut Darul Ehsan

Oleh itu, Mohammad Redzuan berkata kesimpulan yang diperolehi daripada analisis persempadanan semula patut digunakan parti-parti politik pembangkang untuk merangka strategi.

“Apabila mereka sedar dengan perubahan ini, mungkin mereka boleh mengolah pendekatan untuk meraih sokongan pengundi,” katanya.



Source link

read more

Dua beranak terselamat dalam kebakaran



ALOR SETAR: “Biasanya saya dan anak bongsu, Muhammad Irfan Ilham Mohd Ismail, 2 tahun, tak ikut suami keluar berniaga dan hanya duduk di bilik sewa di rumah ini tetapi hari ni anaknya itu tergerak hati nak ikut”.

Nada lega itu diceritakan Anifah Malek, 35 tahun, yang bersyukur kerana dia dan anaknya terselamat dalam kebakaran pagi tadi.

Anifah berkata, dia hanya menyedari rumah sewa di Lorong Panglima itu musnah selepas melihat banyak nombor panggilan tidak dijawab pada telefon bimbitnya ketika hendak pulang berniaga cakera padat digital (DVD) di pasar tani Bukit Pinang dekat Langgar di sini.

Malah, penyewa lain di rumah itu turut menyangka dia berada di rumah bersama anaknya dan menganggap dia dan anaknya terperangkap dalam kebakaran tersebut.

“Mereka ingat kami kat dalam selalunya suami saya keluar berniaga pagi kami tak ikut tetapi pagi ini macam mana hati saya tergerak hendak ikut suami pergi berniaga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Anifah, ketika kejadian anak sulungnya, Muhammad Ikram Ilham Mohd Ismail, 9 tahun, berada di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Sementara itu, menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abdul Jalil Ishak, sebaik sahaja tiba pihaknya terkejut selepas dimaklumkan pemilik rumah terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki terperangkap dalam sebuah bilik di rumah itu.

“Kita telah mengarahkan anggota penyelamat mencari keluarga kanak-kanak yang didakwa itu sebelum ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya ada bersama wanita tersebut,” katanya.

Abdul Jalil berkata, api berjaya dikawal pada pukul 11.24 pagi dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.



Source link

read more

Iskandar akur mula dari bawah – Badminton


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Akur terpaksa bermula dari bawah, pemain perseorangan badminton, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berazam akan memanfaatkan setiap peluang kejohanan yang diberikan kepadanya.

Mengikut syarat baharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Iskandar Zulkarnain terpaksa beraksi dalam kejohanan tahap empat sehingga enam ekoran kedudukan ranking dia jatuh ke tangga ke-99.

“Tahun ini sangat mencabar. Tidak banyak kejohanan yang boleh saya sertai kerana peraturan baharu (dikeluarkan BWF) menyebabkan saya susah untuk beraksi di kejohanan bertaraf tinggi.

“Dalam hal ini saya tidak boleh menyalahkan sesiapa, saya sendiri perlu lebih bersungguh-sungguh untuk menaikkan prestasi sendiri.

“Saya tidak boleh bazirkan peluang yang diberikan dan perlu bermain bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) baru-baru ini.

Iskandar Zulkarnain berkata, dia akan menggunakan pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi sebelum ini untuk kembali kompetitif di gelanggang dalam misinya untuk menaikkan ranking dunia.

Jelasnya ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya supaya tidak berputus asa walaupun terpaksa bermula daripada bawah.

“Yang menambah semangat saya adalah jurulatih Misbun, dia selalu nasihatkan saya supaya jangan malu dan segan walaupun terpaksa bermula daripada bawah,” katanya.

Ranking dunia pemain berusia 26 tahun itu jatuh berikutan kurang penyertaan dalam kejohanan bertaraf siri super kerana kecederaan teruk di bahagian belakang badan.

Mengikut struktur baharu kejohanan BWF, kategori 1 termasuk kejohanan akhir musim menawarkan hadiah wang tunai US$1.5 juta (RM6.038 juta), kategori 2 dengan tiga kejohanan menyediakan hadiah wang tunai US$1 juta (RM4.024 juta).

Lima kejohanan dipilih untuk kategori 3 dengan tawaran hadiah wang tunai US$700,000 (RM2.81 juta) setiap satu dan tujuh kejohanan dalam kategori 4 (US$350,000/RM1.40 juta) dan 11 kejohanan dalam kategori 5 iaitu hadiah wang tunai US$150,000 (RM603,846) setiap kejohanan.

Kategori 6 adalah kategori terbuka dengan negara anggota BWF perlu memohon pengiktirafan.

Kategori 1 hingga 3 hanya melibatkan pemain perseorangan ranking dalam kelompok antara lapan hingga 10 manakala 15 beregu terbaik dalam ranking dunia layak menyertai kategori tersebut.

Iskandar Zulkarnain akan memulakan saingan tahun ini dengan menyertai pusingan kelayakan Terbuka India iaitu kejohanan tahap empat pada 30 Jan hingga 4 Feb ini.- BERNAMA





Source link

read more

Persempadanan semula dahulu dibuat untuk keadilan semua kaum – Abdul Rashid



SHAH ALAM: Persempadanan semula bagi pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003 dilaksanakan mengikut prinsip keadilan bagi semua kaum.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata lebih banyak kerusi campuran diwujudkan ketika itu untuk memastikan wakil rakyat yang dipilih memberi perhatian yang sama kepada semua komuniti.

“Ini prinsip yang saya pegang ketika itu.

“Tidak pernah persempadanan dibuat untuk memberi kelebihan kepada parti pemerintah,” jelas Abdul Rashid yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara tahun 2000 hingga 2008.

Tambah beliau, SPR ketika dibawah kendaliannya pernah menerima aduan daripada pengundi tentang wakil rakyat tidak mengambil tahu hal mereka.

“Atas sebab itulah banyak kerusi campuran diwujudkan. Kita nak pastikan wakil rakyat beri perhatian kepada semua komuniti tanpa mengira kaum,” jelas beliau



Source link

read more

Selangor boleh tambah kerusi DUN kalau nak – Abdul Rashid



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sepatutnya mempertimbangkan untuk menambah sendiri bilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, perkara ini berhak dibuat Kerajaan Negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan.

“Tambahlah 10 atau 15 kerusi. Kalau mereka (Kerajaan Negeri) cadangkan, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kena lihat cadangan itu dan buat persempadanan,” kata beliau ketika ditemui di sidang media Institut Darul Ehsan (IDE) di sini, hari ini.

Namun, apabila ditanya impak tindakan tersebut dari sudut undang-undang kepada perjalanan proses persempadanan semula dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sendiri, beliau tidak dapat memberi jawapan yang kukuh.

“Mungkin PRU kena tunda. Saya tidak tahu. Itu kena tanya dengan pakar perlembagaan.”



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons