Kedudukan pingat Sukan SEA 2017 diketahui hujung Januari ini – Sukan


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kedudukan akhir pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dijangka diumumkan pada akhir bulan ini, selepas urusan berkaitan tiga kes doping temasya itu menemui jalan penyelesaian.

Setiausaha Agung Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Low Beng Choo berkata, pihaknya kini dalam proses pengambilan balik pingat daripada tiga atlet terbabit, sebelum menyerahkannya kepada pemenang yang berada di kedudukan seterusnya.

Tiga atlet tersebut ialah penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee yang meraih emas acara 3m papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama (bersama Nur Dhabitah Sabri), serta dua atlet Thailand, pemenang pingat emas acara seni berpasukan wanita (pencak silat) Nurisan Loseng dan pemenang pingat perak 10km renang perairan terbuka wanita dan 4x200m gaya bebas wanita, Benjaporn Sriphanomthorn.

Ketiga-tiga atlet didapati positif dengan bahan terlarang, sibutramine oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) di makmalnya di New Delhi, India pada 11 Oktober lepas.

Low yang juga Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), turut mengesahkan bahawa kedua-dua pingat emas milik Wendy, termasuk bagi acara seirama akan ditarik balik mengikut peraturan SEAGF.

“Walaupun ia acara seirama, ia bukan dianggap sebagai acara berpasukan kerana atlet itu tidak boleh digantikan oleh mana-mana atlet lain seperti dalam acara bola sepak atau hoki.

“Kedua-dua penerjun mesti ada bersama-sama ketika acara, jadi perkara ini telah dipersetujui oleh semua anggota SEAGF,” katanya kepada pemberita selepas jamuan media MOM di Kelab Diraja Selangor di sini, hari ini.

Ditanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan kepada Wendy, beliau berkata SEAGF hanya mempunyai kuasa untuk menarik pingat, tetapi kuasa untuk menentukan hukuman terletak pada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).- BERNAMA





Source link

read more

PM Najib pantau situasi terkini banjir pastikan bantuan mencukupi



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memantau situasi banjir di beberapa negeri di selatan dan pantai timur serta memastikan bantuan mencukupi diberikan kepada mereka yang terjejas.

Perdana Menteri juga mengingatkan semua mangsa mengutamakan keselamatan diri dan mendengar arahan pihak berkuasa serta meminta mereka supaya tabah.

“Saya memantau keadaan di beberapa negeri di selatan dan pantai timur yang dilanda banjir. Kerajaan akan pastikan bantuan mencukupi, dan saya harap semua yang terlibat tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Setakat hari ini, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak dilanda banjir dan mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Situasi banjir juga menyebabkan beberapa sekolah di kawasan terjejas terpaksa ditutup untuk sementara waktu. – BERNAMA



Source link

read more

Dua anggota polis trafik cedera dirempuh ketika bantu kereta rosak



PUTRAJAYA: Dua anggota polis trafik yang sedang memberi bantuan kepada sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di kawasan susur masuk berhampiran Hotel Sama-Sama, Sepang dekat sini, cedera setelah kenderaan tersebut dirempuh kenderaan lain dalam satu insiden awal pagi ini.

Kedua-dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu iaitu Lans Koperal Suzaili Mohd Marzuki, 31, dan Lans Koperal Abd Mutalib Ismail, 40, cedera di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu.

Menurut jurucakap polis, kereta yang mengalami kerosakan itu dirempuh dari belakang oleh sebuah van yang menyebabkan kereta itu maju ke hadapan dan terkena dua anggota polis trafik berkenaan.

Jurucakap polis itu berkata pemandu van tersebut telah ditahan untuk siasatan.

Kedua-dua anggota polis trafik berkenaan dirawat di Hospital Putrajaya. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

–BERNAMA



Source link

read more

Cikgu kaki porno tetak mati isteri dan anak sebelum bunuh diri



MALU selepas ‘wajah’ sebenarnya terbongkar, seorang penolong pengetua di sebuah sekolah di Cavan, Ireland bertindak di luar jangkaan dengan membunuh seluruh anggota keluarganya sebelum membunuh diri.

Alan Hawe, 40 tahun, bertindak demikian kerana malu dengan masyarakat setempat selepas ditangkap sedang beronani sambil menonton video lucah ketika bertugas dan dikenakan tindakan disiplin.

Memetik laporan The Irish Sun, Hawe menetak isterinya Clodagh, 39 tahun, tiga anaknya Liam, 13, Niall, 11, dan Ryan, 6, sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.

Jenayah kejam itu dilakukan 26 Ogos 2017 dan didedahkan dalam sesi inkues pada Selasa.

Hawe mengalami masalah ketagihan menonton filem lucah dan ia mengakibatkan hubungan dengan isterinya tegang.

Siasatan mendapati, Hawe menggunakan beberapa bilah pisau, sebilah kapak ketika membunuh anggota keluarganya.

Berdasarkan bahan bukti Hawe memilih untuk membunuh isteri dan anak sulungnya terlebih dahulu kerana bimbang mereka mampu untuk melawan atau mendapatkan pertolongan.

Kesemua mayat ditemui di kediaman mereka di Oakdane Downs, Barconey oleh ibu Clodagh, Mary Coll.

Mayat Clodagh ditemui berbaju tidur dan memakai gaun serta terduduk di atas sofa dengan kesan tetakan kapak dan tikaman.

Sementara ketiga-tiga anaknya ditemui dengan beberapa kesan tikaman selain leher mereka dikelar.

Rekod perubatan dan nota kaunseling membuktikan Hawe menyembunyikan masalah kemurungan dan sakit mental yang teruk daripada pengetahuan orang sekelilingnya.

Malah ahli psikoterapi yang pernah merawatnya mendedahkan kepada mahkamah Hawe pernah berkata “Orang fikir saya sebagai kekuatan masyarakat, namun mereka tidak tahu siapa saya sebenarnya.”



Source link

read more

Terpulang kepada ASUM – Tunku Imran – Sukan


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar menyarankan kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk mengadakan perbincangan sama ada ingin mewujudkan persatuan baharu bagi memantau setiap disiplin sukan yang bernaung di bawah badan induk sukan akuatik negara itu secara ber­asingan.

Buat masa sekarang semua jenis sukan akuatik iaitu renang, renang berirama, renang perairan terbuka, terjun dan polo air berada di bawah seliaan ASUM.

Tunku Imran secara peribadi berpendapat perkara itu perlu diputuskan sendiri oleh pihak persa­tuan namun perlu selari dengan struktur persatuan sukan akuatik di peringkat antarabangsa bagi mengelakkan sebarang konflik.

Sebagai contoh, beliau memberitahu, polo air merupakan sukan berpasukan yang jauh berbeza berbanding renang dan berpendapat perlu diasingkan kerana berpotensi untuk maju di peringkat antarabangsa.

“Bagaimanapun, mereka perlu berbincang dan membuat keputusan sendiri sama ada ingin bergerak secara berasingan atau sebaliknya tetapi perlu mengikut struktur disiplin sukan itu di peringkat antarabangsa,” katanya selepas Majlis Apresiasi Media bersama MOM, di sini hari ini.

Cadangan itu antara lain bertujuan meningkatkan tahap pemantauan dalam setiap disiplin di bawah sukan akuatik selain mengelakkan daripada berlakunya kejadian tidak diingini seperti insiden seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan dari China, Huang Qiang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol seorang atlet wanita Oktober lalu.

Bagaimanapun, Tunku Imran berkata, keputusan mewujudkan persatuan baharu bagi setiap disiplin sukan akuatik bukan penyelesaian terbaik untuk menghalang insiden seumpama itu daripada terus berulang.

Katanya, paling penting adalah individu yang dipilih untuk menerajui setiap persatuan itu perlu sedar dengan situasi semasa di dalam sukan itu selain memiliki sikap positif dalam meneruskan program pembangunan.

“Insiden (rogol atlet) mungkin boleh berlaku walaupun lima persatuan baharu diwujudkan tetapi paling penting ialah kebajikan atlet itu sendiri perlu diberikan perhatian serius.

“Selain atlet, jurulatih dan pihak pengurusan juga perlu memiliki mentaliti positif selain sedar dengan perubahan semasa dan dengan cara ini, mungkin keadaan akan menjadi lebih baik,” katanya.



Source link

read more

Harga petrol naik 3 sen diesel naik 6 sen



KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi produk petrol dan diesel pada minggu pertama bulan Januari mengalami kenaikan.

Berkuatkuasa tengah malam ini, harga RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen kepada RM2.29 dan RM2.56 seliter, manakala diesel pula naik enam sen kepada RM2.32.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), harga baharu ini diguna pakai bermula 12.01 tengah malam ini hingga 10 Januari 2018.



Source link

read more

Harapnya ada Superman ganti saya – TMJ rancang tinggalkan FAM selewatnya 2019



SELAIN membantu pasukan-pasukan Liga Malaysia mencari dana yang mencukupi, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tiada matlamat lain dalam peranannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hal itu penting, kata Tunku Ismail atau TMJ, kerana kewangan yang stabil menjadi titik tolak pembangunan dan kemajuan sesebuah pasukan.

Perkara itu diluahkannya dalam satu video bertajuk “Azam Tahun Baru 2018 – DYAM Tunku Mahkota Johor” yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

Beliau juga mendedahkan perancangannya untuk meninggalkan kerusi Presiden FAM, selewat-lewatnya tahun hadapan.

“Saya takkan lama di FAM, saya merancang untuk meninggalkan FAM pada 2018 atau 2019.

“Lagi cepat, lagi bagus. Harapnya, ada ‘Superman’ yang akan menggantikan tempat saya nanti,” kata TMJ.

Bagi perancangannya untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pula, beliau mahu melihat kelab itu lebih berjaya dan dihormati pada masa akan datang.

“Saya teruja menantikan 2019 kerana saya yakin kualiti JDT ketika itu akan bertambah baik,” ujarnya.

Selain isu bola sepak, video berdurasi kira-kira lima minit itu turut menyaksikan TMJ diajukan pelbagai pertanyaan, dari warna kegemarannya sehinggalah ke pekerjaan yang mungkin dilakukannya sekiranya beliau bukan Tunku Mahkota Johor.

TMJ juga sempat memberikan jawapan sinis yang ditujukan kepada haters beliau.

“Kalau jumpa mereka (haters), saya nak masukkan mereka dalam kandang buaya, nak tengok berapa laju mereka boleh berenang.

“Atau, mungkin mereka boleh berlari di atas air?” katanya.



Source link

read more

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam tunjuk perasaan di Iran



KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas setakat ini dalam siri tunjuk perasaan terkini di Iran, menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Kementerian Luar memantau rapi perkembangan di Iran dan menasihati rakyat Malaysia yang berada di negara itu atau bercadang melakukan perjalanan ke Iran agar sentiasa berwaspada.

“Ini bermakna mereka perlu, antara lain, meningkatkan kepekaan terhadap keadaan di sekeliling mereka pada setiap masa dan memberi perhatian khusus ketika menghadiri majlis besar-besaran atau berada di tempat yang penuh sesak,” katanya.

Reezal Merican berkata mereka juga perlu mengikut perkembangan mutakhir liputan media tentang peristiwa yang berlaku di dalam negara berkenaan dan memberi pertimbangan kepada perkembangan itu semasa merancang perjalanan.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia yang tinggal di Iran supaya mendaftarkan butiran diri mereka dengan kedutaan Malaysia di Tehran supaya mereka mudah dihubungi jika perlu.

Alamat kedutaan itu ialah No.25, Second Alley, North Zarafshan St., Eyvanak Blvd, Phase 4, Shahrak Qods, P.O. Box 868, Tehran.

Ia boleh dihubungi di talian (+9821) 8807 2444 atau (+9821) 8807 8606, faks (+9821) 8807 8716 dan emel [email protected]

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera kerajaan di Iran.

Tunjuk perasaan yang bermula Khamis lepas di bandar Mashhad itu pada awalnya berpunca daripada kemarahan terhadap kenaikan harga barang dan rasuah sebelum merebak kepada anti kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Wee Wern perlu tunggu ‘lampu hijau’ ISN – Sukan


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, yang dikhabarkan sudah pulih daripada kecederaan ligamen lutut (ACL), akan hanya beraksi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini, jika mendapat ‘lampu hijau’ daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How, berkata keutamaan untuk bekas pemain nombor dua negara itu adalah untuk mempertahankan pingat emas acara berpasukan wanita dan perak (individu) pada Sukan Asia di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

“Dia masih dalam proses pemulihan. Kami tidak mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dia di Sukan Komanwel…sasaran kami untuknya adalah Sukan Asia.

“SRAM akan hanya menyenaraikannya untuk Sukan Komanwel jika mendapat kebenaran ISN. Kami mahu dia pulih sepenuhnya sebelum beraksi pada kejohanan-kejohanan besar.

“Kami tidak mahu mengambil risiko dengan menyenaraikannya pada Sukan Komanwel nanti kerana jika dia mengalami kecederaan ACL, ia akan membunuh kariernya,” katanya kepada media selepas majlis jamuan tengah hari penghargaan media oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang mengalami kecederaan ACL buat pertama kali pada April 2015, djangka kembali semula beraksi buat kali kedua bulan depan, selepas lebih setahun berehat.

Huang, yang bakal menggalas tanggungjawab selaku Chef de Mission (CDM) ke Sukan Komanwel, yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk memperbaiki pencapaian enam emas, tujuh perak dan enam gangsa selepas gagal mencapai sasaran tujuh emas pada edisi 2014 di Glasgow, Scotland.

“Semasa temasya Sukan Komanwel nanti, kita dapat melihat bagaimana atlet Program Podium bersaing dengan antara atlet terbaik dunia,” katanya.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata pihaknya tidak akan meletakkan sasaran pingat kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 bagi mengelak tekanan kepada atlet.

Menurutnya, senarai muktamad kontinjen negara ke Sukan Komanwel akan diputuskan semasa mesyuarat pemilihan terakhir minggu depan.- BERNAMA





Source link

read more

Kebiasaannya Parlimen dibubar pada Rabu – Mohammad Redzuan



SHAH ALAM: Jika dilihat kepada sejarah politik Malaysia, pembubaran Parlimen biasanya akan dibuat pada hari Rabu.

Ini pemerhatian yang dibuat Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman berdasarkan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

“Bagi mereka yang mengkaji politik, dapat lihat biasanya Parlimen dibubar pada hari Rabu.

“Kenapa Rabu? Biasanya Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk urusan pembubaran,” kata beliau.

Mohammad Redzuan bercakap ketika sidang media yang dikendalikan IDE di Shah Alam pada Selasa.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons